Aku Tersingkir Jua…
Harapanku yang menggunung…
Terbuang terasing di daerah ini…
Di saat ku curahkan rasa hati
Tiada lagi rahsia hidupku…
Bukan sandiwara cinta…
Bertemu tiada bicara
Pandangan tiada mesra
Kasih yang mula bersemi
Terkulai layu tiada seri
Ketika kau melangkah pergi
Sempat kau berpaling…
Membuat cinta makin terhimpit
Tinggal harapan aku pasrahkan
Demi masa depan yang kita impikan
Hapuskan dendammu
Lepaskan egomu…
Berilah aku peluang
Jangan biar masa berlalu
Andai masih tersisa di hatimu
Cinta dan rindu masih bertandang
Berpalinglah…
Setiaku menanti…
Walau terasing diri tersingkir
Berpalinglah…
Aku tetap di sini…
p/s- Sekarang ni dalam mood nak buat lagu. Puisi ni saya dapat dalam masa singkat. Ilham dari Allah. nanti kalau dah dapat melodi yang kena dan jadi lagu, Insya Allah saya akan upload kat blog ni
Hidup perlu keceriaan dan keseronokan. Barulah kita rasa tak tertekan. Buat sesuatu yang kita suka dan kita minat…tiada istilah boring dalam hidup ini.
Cuma terkadang mungkin ada rasa sunyi dan sepi menyelinap dalam hati…tanya diri kita…adakah aku jatuh cinta.. huhu..
Saya?? Tiap hari bercinta. Dengan kehidupan yang indah ini. Dengan kehadiran anak yang menceriakan. Dengan kehadiran insan bergelar suami yang teramat memahami. Dengan cintaNya yang tak pernah lupa untuk memandang dan mengawasi kita….
Kerana… CINTA MENCINTAI KITA….

























Posted
on
Wednesday, May 14th, 2008 at 10:14 am under


Perghh…menusuk jiwa, menikam kalbu…
Boleh jadi penyambung Habsah Hassan…ade berbau-bau lagu Sudirman …
Nanti fikirkan melodi dia pulak…mungkin puisi ni nanti kena adjust nak suitekan dgn melody dia…
May 14th, 2008 at 10:21 amBaguslah tu dah jadi penulis lirik lah plak..tahniah
May 15th, 2008 at 1:19 amtq Zool…
sedang dan masih merangkak-rangkak lagi ni…
Seronok sebab husband memahami kehendak hati saya. Dia sudi belikan keyboarad…
Tq abang…
May 15th, 2008 at 9:23 am