Jangan Kacau Aku!!!
Nampaknya kau semakin naik kepala
Kau semakin tak sedar diri
Kau semakin menjadi dedalu
Parasit yang tak pernah sedar
Kau ekori aku
Walaupun aku benci
Kau intai aku
Biarpun aku tutupi
Wah!!!
Kau memang tak tahu malu
Cuba merajai takhta milik aku
Jangan kau rampas milik aku
Beraja di mata betakhta di hati?
Jangan pernah kau mimpi…
Di saat aku takbir
Aku nyalakan pelita untuk terangi barzkahku
Kau datang bersama tarian angin
Siapa kau untuk padamkannya?
Siapa kau untuk malapkannya?
Ketika aku alunkan Al-Fatihah
Aku sediakan pakaian indah di sana
Kau datang dengan debu lumpur
Siapa kau nak kotorkannya?
Siapa kau untuk gantikan dengan yang buruk?
Di saat aku ruku’
Aku bentangkan tikar di sana
Kau datang dengan permaidani
Siapa kau untuk alihkan tikarku?
Siapa kau untuk koyakkan indah tikarku?
Di saat aku sujud
Aku sediakan pagar untuk titianku
Kau datang dengan pedang mata tiga
Siapa kau untuk tolak aku?
Siapa kau nak robohkan pagar aku?
Nampaknya kau sentiasa ada
Aku tak dapat lari
Aku tak dapat sembunyi
Kerana kau yang tersembunyi
Tapi…
Aku tau sifatmu
Pandangan zahir mainanmu
batin bukan bidangmu
Di saat aku bertafakur,
Di saat aku ke puncak akli
Aku fokuskan pada sesuatu
Dan…dengan RahmatNYA
Allah ilhamkan….
Ilham yang indah penuh kesucian
Memberi ketenangan
Membawa kedamaian
Penuh erti penuh makna
Di mana engkau ketika itu?
Mengapa kau tak hadir lagi?
Antara aku dan ilhamNYA
Bukan gapaianmu
Alam ghaib hanya milikNYA
Itu kelemahanmu…
Kerana mampumu
hanya pada yang zahir
Lantas…
Aku semakin sedar…
Tipu dayamu…adalah lemah
Untuk mereka yang berfikir

























Posted
on
Friday, May 16th, 2008 at 8:27 am under


Bukankah dalam Quran sudah katakan yang syaitan-syaitan itu tidak mampu mendengar berita-berita langit?
Jika syaitan = nafsu, langit = akal, ilham-ilham yang dicapai oleh akan tidak mampu didengari oleh nafsu. Semakin tinggi akal, semakin mudah menundukkan nafsu.
Begitulah mudahnya formula yang Allah guna dalam Quran untuk manusia yang berakal memahaminya.
May 16th, 2008 at 3:38 pmJangan pandang pada zahir…chewah lagu xpdc la pulak…
Apa yang saya tengok, lagu-lagu rock ni banyak selitkan unsur-unsur macam ni. Keras tapi bermesej. Sebab tu makin seronok layan lagu-lagu rock dengan husband sekarang ni….
Sampaikan Abang Yie pun teruja sama…
Al-Quran itu adalah ikutan yang mudah bagi mereka yang berfikir. Ia akan menjadi susah dan menyusahkan bila kita cuba mengikuti dan mengamalnya tanpa memahami segala intipati dan terkandung di dalamnya.
Nak buat maths pun kena faham cara dan tau stepnya. Kalau menghafal, sampai satu masa kita akan terlupa. Itulah logiknya….
May 17th, 2008 at 7:40 amPerbezaan menghafal dengan memahami adalah seperti perumpamaan ini:
Katakan akal adalah perpustakaan. Orang yang menghafal itu seperti seorang yang pergi ke perpustakaan itu dan mencari sebuah buku, lepas baca dia terus balik. Orang yang memahami itu seperti orang yang pergi ke perpustakaan, mencari buku, dan selepas membaca buku itu dia terus memimjam buku untuk dibawa balik. Supaya dia boleh terus mengulangkaji buku itu.
Kita suka jadi umat Islam yang menghafal bukan yang memahami. Dihafaznya Quran biar pun tak paham isi kandungannya (sbb tak tahu bahasa Arab) dengan rasa kita dan baca Quran. Apa ertinya membaca benda yang kita tak faham maksudnya? Cuba kita fikir logik, kalau kita belajar sesuatu ilmu dalam bahasa yang kita tak faham, kemudian pergi exam, agak-agak boleh lulus ke?
Lemahnya kita umat Islam sekarang kerana bukannya hendak memahami Quran, tetapi sekadar melagukannya dalam bahasa yang tak faham. Tak salah kalau minat bertarannum tu, tapi intipati Quran tu janganlah diabaikan, supaya akal dibangunkan.
May 17th, 2008 at 8:32 am