Nisan Kasihnya
Mendung berarak melindungi sinar
Bagai petanda hati gelora
Palang rintangi diberi nilai
Mencarilah aku sebuah persinggahan
Dengan telunjuk mengasing diri
Dibawa naik ke puncak aqli
Dalam pelombongan mengenal hati
Menantilah aku dengan kepasrahan
Kau bagai bulan purnama
Gerakmu di orbit ketentuan Ilahi
Sepuluh pintu jadi matlamat
Dua bingkai beri keputusan
Menjauhnya engkau dari diriku
Tawakal dan doa aku panjatkan
Redahmu itu menundukkan tujuan
Tinggallah dua nisan penanda
Jika aku diberi pilihan
Mampukah aku miliki keduanya
Biarpun bagai tiada harapan
Selagi bernyawa aku mencuba
Perkiraan itu telah dinyatakan
Tetaplah aku ada di hadapanmu
Sebagai tanda sebuah keikhlasan
Biar di mana jasadku dikuburkan

























Posted
on
Tuesday, May 6th, 2008 at 12:08 am under


Kehidupan dan segala perjalanan hidup kita sudah ditentukanNYA. Kita hanya mengikut segala aturanNYA.
Kita dibekalkan dua elemen-nafsu dan akal.
Kitalah yang memilih jalan mana yang hendak kita tujui setelah Allah berikan dua jalan yang terbentang luas untuk kita.
Nisan adalah satu tanda adanya jasad yang terkubur di situ.
Dan nisan juga kerap dikaitkan dengan cinta yang tak kesampaian. Biarpun cinta tak bersatu, tapi ada satu tanda yang mengingatkan kita bahawa, dia pernah berada dalam hati kita. Nisan percintaan. Kalo buat tajuk lagu…jadi killer song ni..
Koya la…
May 6th, 2008 at 8:58 amNi langkah-langkah permulaan nak buat lagulah. Sesungguhnya Allah yang mengilham untuk orang yang menggunakan akal. Segala puji-puji bagiNya.
May 6th, 2008 at 10:14 am