08 May
Pintu Perjuangan

Harapan telah menggunung tinggi
Ikatan hati telah bersemi
TaliMu ku pegang dengan teguh
Antara kemungkinan atau kepastian
Membawa seribu pengertian
Ikhtiarku mengejar matlamat
Tawakalku dalam perjuangan
UntukMu ku berserah diri
Marilah kita memperindahkan Islam
Emaskanlah masa mengingatiNya
Nikmat yang diberi dilupa jangan
Allah Maha Mengetahui segalanya
Wang ringgit bukan tujuan
Akal yang tinggi perlu dibangunkan
Nilai akhlak mulia harus diserlahkan

























Posted
on
Thursday, May 8th, 2008 at 5:53 am under


satu gambar menggambaarakan 1001 cerita.
Sebelum baca puisi ni saya tertarik sangat dengan gambar ni…Gambar tu telah bercerita…
Lihat pada sesekor kucing…terpegun melihat sebuah istana yang cerah bercahaya dari pintu yang terang. Istana yang dihiasi pokok dan jalan yang terbentang luas untuk ke arahnya.
Namun langkah si kucing ini hanya berhenti di muka pintu. hanya sekadar memerhati. Tak berani mak masuk. Pelbagai kemungkinan bermain di kepalanya…apa akan jadi kalo di sebalik pintu tu ada anjing garang yang menunggu?
Di belakang kucing itu ada sebuah pintu yang gelap. Cahaya dari pintu yang terang menerangi sebahagian kecil pintu gelap itu. Kucing itu tidak ragu-ragu dalam pilihannya. Dia tetap pilih pintu yang terang bercahaya, lantaran fokud dan pancainderanya 100% terhala pada pintu cahaya itu.
Cuma apa yang menjadi persoalannya…
adakah kucing ini seumpama tamu yang tak diundang. Tuan rumah tak jemput macam mana nak masuk…walau pintu terbuka luas, untuk meredah, kucing itu tau adab dan adat.
Adakah kucing ini dalam dilema untuk melangkah ke pintu yang terang dan bercahaya itu walaupun dia pasti ada sinar di dalamnya.
Atau kucing ini sekadar ingin memerhati dan seronok melihat keindahan istana itu tapi tak berniat untuk bersama bersenang di dalmnya.
Ada pelbagai kemungkinan untuk seekor kucing….
May 8th, 2008 at 10:00 amHidup kita macam kucing itu la…
May 8th, 2008 at 1:23 pmTidak semua apa yang kita cita-citakan akan tercapai…
Jika Allah tidak izinkan, walaupun indah mata memandang, tunduk berserah dirilah kepadaNya…
Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar…
Carilah Allah, pasti hidup kita akan bahagia…