22 May

Takdirku Begini

Ketika sepi
Ku dambakan secebis kasih
Air mataku yang bergenang
Kau biar jatuh…

Terus berlinangan…
Dengan payah ku pujuk hati
Kerana tanpa pintaku
Tiada kau ubati luka ini

Berbulan lamanya…
Aku rawat hati sendiri
Bertingkah tawa dan duka
Apa mungkin takdirku begini

Apakah aku yang berdosa
Di atas semua ini
Tuhan tunjukkilah diri ini
Apa harus aku lakukan..

Akhirnya Tuhan berikan jawapan yang pasti
Bukannya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci


Sebaliknya kau terus mencari
Ku iringkan doa yang suci
Agar kasih ini tak kau abaikan
Aku menangis di depanMU…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Takdirku Begini”

  1. Kerasma Says:

    Cinta adalah pengorbanan
    Adakalanya kita yang terkorban

    Mengejar segunung harapan
    Namun tetap tak kesampaian

    Menerbit bibit kerinduan
    Biarpun hanya pada bayangan

    Terhadir dia dalam mimpi
    Walau realiti kejauhan sepi

    Sesungguhnya perasaan halus itu milikNya
    Tiada ia datang untuk memaksa
    Semakin ditolak semakin menyeksa
    Kerana kita secebis jiwa dalam genggamanNya

Leave a Reply