15 May

Bersama teman baru…

Dua hari lepas, husband halfday. Tengahari tu dia balik umah dan ajak saya dan anak-anak temankan dia ke pergi ke Cheras. Ada urusan di sebuah bank. Hampir sejam tunggu berurusan di bank tu. Al-Hamdulillah. Semua keje settle.

Perjalanan pergi dan balik kitorang tak terasa. Sebab sibuk berkaraoke dalam kereta.

Masa nak balik tu, berdebar-debar jugak saya. Sebab masa on the way pergi, saya ada suggest kat husband nak singgah kedai muzik. Berdebar la kot dia buat-buat tak ingat ke… :)

You make me so happy with flying colours. Dia turn left masuk METRO. Ayyo…banyak bagus…

Apa yang nak di cari di sana? Hehe…saya nak beli keyboard setelah bulan lepas terbakar tengok husband beli gitar accousticnya. Bukan ape, saya nak join juga husband memainkan lagu-lagu nyanyiannya. Tapi saya tak reti pun main keyboard mahupun piano, jadi tengah merangkak-rangkak belajarlah sekarang ni. Nak posting kat blog pun dah kurang.

Abang Yie paling seronok sekali dapat keyboard ni. Biasalah budak-budak. Habis semuanya dia nak godek-godek. Sofea pun apa kurangnya, dia tidak ketinggalan nak mencuba “teman baru” yang menyeri hidup saya. Bak kata perpatah, patah tumbuh hilang berganti. Boleh juga mengubat rasa sepi dan sunyi di hati sambil cari idea buat lagu…chewah!

Pagi ni awal-awal pagi saya dan husband bangun. Bukan setakat kami sahaja yang bangun awal, Muqrie dan adiknya pun turut sama. Hehe seronok bangun awal-awal pagi ni. Boleh menceriakan hidup. 

Husband ajar sikit chord untuk lagu Semangat Yang Hilang. Dia kata, kalau hilang semangat, mainlah lagu ni. Tak sabar nak jamming dengan husband. Kesian dia, sejak bekerja ini, dia takde kawan nak jamming. Jadi jamming bersama anak-isteri cukuplah hehe.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

3 Responses to “Bersama teman baru…”

  1. Kerasma Says:

    Gunakan nikmat Allah ini dalam memperindahkan Islam. Muzik mampu meransang otak menjadi kreatif dan innovatif. Kelembutan melodi akan menenangkan jiwa seperti mana kicauan burung-burung. Hati akan jadi tenang dan sabar. Bukankah ahli-ahli syurga itu di kalangan orang-orang yang tenang dan sabar?

    Islam bukannya agama yang sempit sampai ruang minat disekat sehingga terlahirnya generasi muda yang suka memberontak dan kuat marahnya. Dengan menghasilkan generasi yang ceria, damai dan bahagia, insya Allah kita dapat keluarkan umat Islam daripada pertelagahan sesama sendiri.

    Generasi yang ceria akan menghasilkan manusia yang kreatif berfikir, bukannya manusia yang lembab otaknya bagai binatang ternak.

    p/s: Di sebalik senyumanmu, redup matamu bagaikan menanggung kesedihan itu…bersabarlah wahai insan…

  2. Adila Says:

    Yer…biasanya orang kita kalau disebutkan pasal muzik ni, cepat benar menghukum. Itu tak boleh, ini tak boleh…itu haram, ini haram.

    Tapi sedarkah kita, muzik ini satu seni ciptaan Allah. Untuk kita nikmati dan rasai. Sebab tiada satu pun ciptaan Allah itu yang sia-sia. Ulat dalam batu pun ada fungsinya.

    Satu lagi, bila sebut pasal muzik islam, tergambar dalam kepala hanya nasyid hiburan Islam. kalau yang tak nasyid tu nasyid tu tak Islam la yer? :)
    Apa pulak jadi kalau yang tak minat nasyid. Tak de hiburan la yer… :(

    Pemikiran seperti ini kerana kita sendiri yang menyempitkan pemikiran kita. Kita tidak buka minda dan luaskan fikiran untuk menilai dengan sebaiknya. kaji mana betul dan mana kurangnya…

    nasyid, rock dan tak kiralah apa jua genre muzik tu, yang penting kita buka minda. Tiada salah untuk menghiburkan diri…asal jangan sampai lupa diri dan lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba dan seorang insan.

    Hidup kita perlu ceria. kalau muzik boleh ceriakan hidup kita…why not?

  3. Kerasma Says:

    Kerana itu Quran sendiri pun dilagukan. Tapi melagukan Quran dalam bahasa Arab sahaja sedangkan intipati Quran tidak dikaji dengan alasan ulama-ulama silam sudah habis mengkaji, tidak memberi makna pun kepada hati kita. Kerana itu kita jadi umat yang lemah.

    Hati akan memahami Quran jika tahu maksudnya. Yang tahu maksud sebenar Quran adalah Allah, bukannya tulisan Arab itu.

    Islam itu umpama cahaya. Cahaya itu indah dan meluas sifatnya. Kerana itu kita kena perindahkan Islam dan meluaskan pemahamannya, bukannya dengan memburukkan dan menyempitkannya.

    Bukalah minda untuk memperindahkan Islam. Tutuplah diri dengan takwa.

Leave a Reply