22 Jul

We Are Stars

 

Masih tak habis lagi berbicara pasal bintang. Sambil dengar lagu Letto-Permintaan hati ni, saya dapat idea yang melimpah ruah untuk menulis pasal bintang lagi. Seperti bintang yang tak terkira di langit itu, begitu juga dengan idea kita. Semakin kita berfikir, ada-ada aje idea atau ilham yang Allah berikan. Dan akal kita itu umpama langit yang meluas dengan idea umpama bintang yang berkerdipan bertaburan tanpa berjaya kita mengira bilangannya . Seronok kan?

Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.

Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.

Bintang terdekat dengan bumi adalah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh Proxima Centauri dalam constellation Centaurus kira-kira empat tahun cahaya. Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya yang dihasilkan yang menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim, ketumpatan, dan komposisi kimianya.

Nebula tak mempunyai cahaya yang sendiri seperti bintang. Sebab itu ia sukar dilihat. Ia hanya dapat dilihat apabila gas gas dalamnya mengeluarkan cahaya atau pantulan cahaya dari bintang, dan ia juga boleh dilihat jika ia dilintasi oleh satu sumber cahaya.

Macam kita, kita hanya dipandang biasa jika potensi diri kita sama macam orang lain. Tanpa kerlipan. Apa akan jadi kalau potensi diri kita tertonjol? Kita dikenali dengan satu kepakaran yang tiada pada orang di sekeliling kita. Bukankah kita umpama bintang yang bekerdipan?

Untuk jadi bintang yang berkerdipan kita kena asah apa yang ada pada kita. Tiap orang ada potensi diri. Tonjolkan agar ianya bercahaya dan berkelipan seperti sebutir bintang. Tanpa potensi diri, , kita hanya dipandang biasa sama seperti orang lain. Apa akan jadi kalau potensi diri kita tertonjol? Kita dikenali dengan satu kepakaran yang tiada pada orang di sekeliling kita. Bukankah kita umpama bintang yang bekerdipan?Dengan tertonjolnya potensi diri, kita akan dapat melahirkan pelbagai idea baru, yang terkadang tak terfikirkan oleh orang lain. Itulah kelebihan berfikir. Nikmat kepuasannya adalah ketika kita mendapat idea dan apa yang kita usahakan itu berhasil. Rahmat Allah tak pernah kurang. Sentiasa melimpah ruah, cuma kita yang tidak bersyukur.

Lihat matahari. Apa yang ada padanya menjadikan ia diperlukan oleh semua kehidupan sejagat. Matahari juga salah satu daripada bintang. Bintang sifatnya memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga. Matahari bukanlah bintang utama, sebab banyak lagi bintang lain yang lebih besar dari matahari. Kita merasakan ia bintang utama sebab itulah yang kita nampak yang paling besarkan? Sudah tentulah kita nampak ia besar sebab ia paling dekat dengan bumi. Jangan tertipu dengan alam semesta kita. Seperti bintang yang kita nampak kecil, tetapi saiz sebenarnya adalah beribu-ribu berganda dari yang kita nampak itu. Sebab itulah kita tidak boleh menilai sesuatu hanya dari zahir. iringkan setiap pandangan dengan mata hati dan logik akal jangan ditinggalkan. Bukan ke Allah dah bekalkan kita dua mata?

Macam kita, bintang juga ada jangka hayat dia walaupun ia bukannya benda hidup. Dan benda bukan hidup lain pun ada expiry date kan? Bintang mula menghampiri expiry date bila ia dah mencapai tahap bintang gergasi. Kematiannya disebabkan oleh letupan yang besar. Letupannya akan menyebabkan kemusnahan bintang lain atau planet yang berhampiran dengannya.

Bila membincangkan pasal bintang, tak sempurna rasanya kalau tak disebut nama Bimasakti. Ingat lagi pasal galaksi? Bimasakti adalah galaksi yang amat besar yang menempatkan bumi kita. Bimasakti berbentuk pusar, atau lebih tepat lagi ia seperti roda pin. Di sinilah terletaknya Sistem Suria kita.

Bayangkan betapa besarnya galaksi ini, matahari dan sistem suria kita mengambil masa selama 220 juta tahun atau lebih untuk menyempurnakan satu putaran. Hebatnya ciptaaan Allah. Rupanya di atas sana terdapat bermacam rahsia yang tak terungkai oleh pandangan mata kasar kita. Maha Hebat KuasaNya. Semakin kita kaji dan dalami, membuatkan kita semakin kagum dengan KuasaNya.

Bayangkan, bagaimana Bimasakti ini dapat mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama berbilion-bilion tahun ini? Dengan kelajuan binatang yang lebih beribu ganda dari jet, mana mungkin semua ini teratur dan tersusun dengan sendirinya, melainkan ada satu Kuasa yang Maha Agung di sebalik segala ini.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

2 Responses to “We Are Stars”

  1. Kerasma Says:

    Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala. (Al Mulk: 5)

    Bintang-bintang menjadi petunjuk kepada manusia dalam menentukan sesuatu arah. Otak kita juga dihiasi bintang-bintang atau dipanggil dengan idea-idea. Idea-idea ini menjadi petunjuk kepada kita dalam menentukan arah hidup kita.

    Orang yang memiliki banyak idea akan mengharungi hidupnya dengan tenang kerana ada petunjuk. Macam masa kita memandu di jalan raya yang tidak pernah kita lalui, tetapi mempunyai papan tanda yang menunjuk arah destinasi yang hendak kita tujui, kita akan rasa tenang dan tenteram.

    Dengan mencari idea-idea yang logik dan nyata, ia akan menjadi pelempar kepada syaitan, kerana syaitan hanya suka manusia berada dalam keraguan dan persangkaan. Lawanlah keraguan syaitan dengan menajamkan minda agar ilham yang logik itu akan menguatkan jiwa kita, sebab kita berpijak pada bumi yang nyata.

    Untuk memperkuatkan kembali umat Islam, kita kena beragama secara logik dan rasional, bukannya menurut atas nama orang-orang terdahulu sehingga uma jadi penakut untuk membicarakan pasal Tuhannya sendiri.

    Bila umat jadi penakut dan terpaksa bergantung atas nama orang-orang terdahulu untuk menunjukkan dia d pihak yang benar tanpa dia memahami apa yang dituruti itu, maka mudah syaitan membisikan keraguan dalam diri. Maka umat mudah berprasangka di antara satu sama lain, sehingga hidup dalam kepanasan lagi suka berpecah-belah. Inilah sebahagian azab neraka yang Allah telah tunjukkan yang mamnpu dilihat orang-orang yang menggunakan akal.

  2. Adila Says:

    Saya tertarik dengan ayat ni (Al Mulk: 5)…

    “Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan”

    Dari konteks ini, kita lihat bintang sebagai idea atau ilham dariNya dan syaitan adalah kejahatan dari dalam diri kita sendiri dan makhluk lain (dari kalangan jin dan manusia)

    Denagn akal yang berfikir secara waras kita akan dapat mengimbangi antara bisikan kejahatan dan kebaikan. Allah bekalkan 2 jalan untuk kita pilih, dan Dia juga bekalkan akal dan nafsu untuk menguji kita.

    Hanya dengan akallah kita dapat menilai yang baik dan buruk. Idea yang terhasil dari kita berfikir berguna untuk melihat kebaikan dan keburukan dalam pelabagi konteks.

    Dan idea itu jugalah berguna untuk kita menolak bisikan jahat dengan pelbagai logik yang dicapai oleh akal kita.

    Hidup ini mudah kalau kita mudahkan, tetapi bukannya mengambil mudah. Allah sentiasa beri kita dua pilihan. Baik dan buruk. kalau kita rasa apa yang ada pada kita buruk atau tidak baik, kita ubahlah ia menjadi baik. sama-sama kita berusaha ke arah itu….

Leave a Reply