Kecundang Oleh Masa
Ciptaan dan Nyanyian: Atan Aryan
Lagu ini mengisahkan sebuah percintaan yang terhalang kerana ibubapa si gadis itu tidak menyukai anaknya bercinta dengan seorang rockers. Sampai gadis tersebut terpaksa dipindahkan ke lokasi yang jauh. Begitulah jadinya bila manusia itu menilai orang guna pandangan zahir sahaja. Tidak memahami perasaan cinta suci seorang insan. Kesian mat rock tu.
Izinkan ku mengingatimu
Barang sejenak detik-detik yang berlalu
Yang ku sangkakan beredar bersama waktu
Rupanya ku keliru
Ia tetap datang memburuku
Di setiap kesepian dan rinduku
Tak mampu ku hindari ia tetap jitu
Apalah kini dayaku
Kita berdua tak inginkan perpisahan
Namun perjalanan cinta kita derita
Kita tersenyum meskipun hati terseksa
Kecundang jua oleh masa
Kecundang jua oleh masa
Namun begitu tiada kepastian
Kata pemisah antara kita berdua
Kita biarkan segalanya terus berlalu
Dan kita terus terseksa
p/s: Terima kasih bro kerana izinkan saya publishkan lagu terbaru bro ni. Suara bro tetap sedap. InsyaAllah, saya akan upload lagu-lagu yang lain tu tapi bagi saya masa untuk belajar buat arrangement lagu itu dulu.
Untuk tatapan peminat bro Atan. Gambar beliau bersama keluarga tersayang.


























Posted
on
Saturday, July 19th, 2008 at 10:42 am under


terima bro..Kerasma…tapi audio nyer cume 6 second jer? mungkin boleh di perbetulkan lagi insyallah…!
July 19th, 2008 at 11:12 amYe ker bro. Mungkin masa nak download ke pc bro, dia terdisconnect sampai 6 second aje. Bro leh cuba download time tak peak. Tadi wa try download, ok dapat full song.
July 19th, 2008 at 11:23 amdi usia tua begini..berdosa dan bersalah tak abg kalau abg teringatkan insan di dalam lagu ini bro?
September 5th, 2008 at 7:03 amSekadar teringat itu lintasan daripada Allah bro. Perkara normal yang terjadi pada semua insan tak kira tua atau muda. Apatah lagi seseorang yang bermakna atau yang pernah kita cintai. Apalah daya kita bro, bila Allah hadirkan lintasan-lintasan sebegitu.
Yang menyebabkan berdosa adalah bila kita teringat insan tersebut, kita menyimpan dendam dan amarah pada kisah yang lalu, bagaikan kita tidak redha ketentuan Allah. Hati kita tidak akan tenang jika masih ada sekelumit dendam. Memaafkan semua orang akan mendamaikan jiwa kita.
Hidup kita sekejap aje kat dunia ni. Entah esok entah lusa kita akan pergi. Takkan kita nak pergi dengan bawa penyakit-penyakit hati?
September 5th, 2008 at 8:14 amSalam Bro Atan…
Kenangan adalah satu khazanah yang tak dapat kita kikis dari ingatan. Walau sedaya upaya untuk dibuang, ia tetap ada di memori kita. Tak ada daya nak delete melainkan Allah tarik balik ingatan kita…
Tak salah mengingati seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita. Tak salah untuk merindui seseorang yang pernah mengembirakan hidup kita. Dalam kerinduan dan ingatan itu, hadiahkanlah Al-Fatihah untuknya. Doakan kebahagiaannya.
Al-Fatihah bukan sekadar untuk kita hadiahkan pada yang telah tiada. tapi, itulah yang menjadi anggapan orang kita selama ini. Sama-sama kita betulkan…
Kenangi dia kerana telah hadir dalam hidup kita dan kehadirannya mengembirakan kita. Kehadirannya juga membuatkan kita kenal erti hidup.
Allah tak sukakan sesuatu yang melampau. Asal jangan memudaratkan diri sendiri dan keluarga….macam bro Kerasma kata tu, jangan ingat keranan dendam dan amarah sudah la…tapii ingat yang manis sahaja
September 5th, 2008 at 8:19 amthanks bro and sis….!
September 6th, 2008 at 6:49 amwelcome…
Hidup ini indah.
Jangan sisakan keindahan itu kerana pelbagai perkara yang kita hadkan tanpa kita selidiki sebab dan musababnya….
Kata Walls ‘Hidup Biar Sedap’
September 6th, 2008 at 7:29 amkecundang jua abg oleh masa…apa yg abg maksudkan dgn MASA itu?bro and sis tolong lah buat ulasan…!
September 13th, 2008 at 6:54 amPada pandangan wa, maksud kecundang oleh masa itu adalah kita gagal melupakan orang dicintai itu. Kita anggap kenangan itu mudah dilupakan bila masa berlalu, tetapi masa tetap membawanya sampai bila-bila. Ia terus terakam dalam kotak fikiran kita biar kita cuba melupakannya.
September 13th, 2008 at 8:31 amterima kasih bro…
September 13th, 2008 at 11:36 amApa pula yang bro maksudkan dgn kecundang dgn masa tu?
September 13th, 2008 at 6:39 pmpendapat saya lak, walaupun kita cuba melenyapkan kenangan lalu, tapi ada satu-satu masa ia tetap bermain di fikiran kita. macam tv. menayangkan segala kenangan indah bersama.
walau pun kita cuba nak usir dengan sibukkan diri dengan perkara lain, tapi ia tetap hadir…
dan lepas kita melayan kenangan indah itu, baru kita tersedar…kecundang jua aku oleh MASA…
Satu lagi persepsi…
Ia membawa kepada maksud…walau berusaha sedaya upaya untuk bersama, tapi takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita. SAmpai masanya, ia tetap terjadi. Kalau sudah memang itu kehendak Allah, sekuat mana kita berusaha masa yang dijanjikan tetap akan tiba…
Saya ada belajar satu perkara=kita perlu bersangka baik dengan Allah. Anggaplah segala yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik walau kekadang berlawanan dengan kehendak dan kemahuan kita smeua. Sesungguhnya sampai satu hari yang indah kita akan berkata.”oooo, patutlah tak jadi macam yang aku harapkan, ini rupanya hikmah yang tersembunyi…Al-Hamdulillah:
September 14th, 2008 at 8:50 amYa benar kata-kata adila tu. Hidup ini untuk kita belajar redha dan pasrah atas segala ketentuan Allah. Biarkan Allah tentukan yang terbaik untuk kita walaupun melawan kehendak hati kita.
Tapi, maksud kita biarkan Allah tentukan itu bukan bermakna kita melepak-lepak menunggu bulan jatuh ke riba. Maksudnya kita berusaha dulu mengikut yang terbaik kita fikirkan, jadi atau tak jadi itu biar Allah uruskan. Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa.
September 14th, 2008 at 11:31 amasalamualaikum…buat semua rakan2…salam hari raya dari abg…maaf zahir dan batin..andai ada tersalah dan tersilap ketika berbicara di jaringan maya ini..terutama di Shahdila.com ni…..!
October 9th, 2008 at 12:45 pmwaalaikumsalam
Salam Aidilfitri untuk bro juga. Semoga Raya tahun ini kita mencapai erti kemenangan yang sebenar. Kemenangan menegakkan yang benar, dan menumpaskan yang tak masuk akal.
Salam maaf juga dipinta jika ada kata-kata khilaf yang tidak menyenangkan dari kami.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada syaitan2 yang berternakan di hati sendiri.
October 10th, 2008 at 4:45 amSalam AidilFitri dari saya sama…semoga tahun ini lebih baik dan lebih bererti dari tahun yang sebelumnya…
Tahun ni beraya dalam keadaan anak-anak tak berapa sihat. Selsema. Tapi bila dah balik kampung tu, seakan lupa badan tak sihat. Seronok dengan sepupu diorang yang dok melayan beli bunga api, didukung ke sana sini. Bila malam mula la merengek…siang main tak ingat
October 13th, 2008 at 4:17 am