Sahabat Di Talian Maya
Pencipta: AtanAryan
p/s: Lagu ni mempunyai makna mendalam bagi wa. Thanks bro sebab buatkan lagu utk sahabat-sahabat bro yang di alam cyber ni. Jika dizinkan Allah, wa try gubah semula lagu ini untuk wa belajar…
Terjalin kini sebuah persahabatan
Meskipun tak pernah bersua muka
Terasa keikhlasan serta kejujuran
Meskipun tidak pernah diketemukan
Syukurlah padaMu Tuhan
Masih punya insan-insan
Yang penuh pekerti, yang bijak berbahasa
Sujud aku syukur padaMu Tuhan
Moga diberkati tali silaturrahim
Di talian maya yang tak bersempadan
Moga dihiasi segala pertuturan
Puji-pujian kepadaMu Tuhan
Syukurlah padaMu Tuhan
Masih punya insan-insan
Yang penuh pekerti, yang bijak berbahasa
Sujud aku syukur padaMu Tuhan

























Posted
on
Wednesday, July 23rd, 2008 at 9:23 am under


Thanks bro Atan…
Lagu ni, lirik pun dah touching..walaupun pun tak dapat dengar lagu dia lagi…tapi saya yakin dengan lagu ciptaan bro Atan.
Ternyata ilham Allah untuk bro Atan mencurah-curah. Seperti bintang yang berkerdipan di langit tanpa ada yang mampu menira bilangannya. Maha hebat kuasaNya bila nikmat akal itu kita gunakan sepenuhnya
Lirik ni bermakna sangat bagi kita-kita yang berhubungan secara maya ini…biarpun tanpa bersua, tapi Allah ikatkan hati kita menjadi satu kerana di sana ada keikhlasan yang terpatri.
July 23rd, 2008 at 10:02 amKita disatukan dengan rahmat Tuhan. Masing-masing saling berendah diri biarpun usia berbeza. Macam Rasulullah disatukan dengan para sahabat baginda tidak kira bangsa, usia dan warna kulit. Yang penting sama-sama ikhlas menunjukkan budi pekerti yang mulia. Masing-masing ikhlas melakukan yang terbaik untuk menghiburkan hati sahabat.
July 23rd, 2008 at 11:23 ammaha suci Allah…bro dan sis..pertama2 bersyukur kita kerana masih punya segala budi pekerti budi bahasa yg bukan mudah utk kita praktikan….!
tentang lagu..bro tak dapat lagi melodi yg sempurna ye?try bro..sampai berjaya..kirimkan lah pd sahabat2 yg sudi berkongsi karya..!moga kita semua di berkati dlm menjalin persahabatan di jaringan maya ini..!
abg dah serahkan pd bro…ambil lah dgn senang hati..anggap lah ianya satu anugerah demi persahabatan kita..
abg nak dgr projek pertama bro menyanyikan lagu TERUNGKAI SATU PENYIKSAAN….!
July 23rd, 2008 at 12:44 pmMemang menjadi Manusia yang Berseni Untuk Menyediakan Hiburan yang Berada Di landasan yang Betull..
July 23rd, 2008 at 1:26 pmInsya Allah, wa doakan agar Allah mudahkan wa download lagu ni. Setiap kesusahan ada kemudahan. Kehadiran bro dalam hidup wa terasa satu rahmat yang besar untuk wa bersemangat dalam bidang seni ini. Untuk memperlihatkan keindahan Islam dengan seni, kerana Allah sendiri Maha Halus. Lihatlah betapa halus dan seni ciptaan2 Allah termasuk diri kita sendiri kan?
Memang wa pun berharap dapat nyanyikan tu bro, agar terungkai juga satu siksaan dalam hidup wa ni.
Macam sdr Rozaidi kata, kita jadi insan seni untuk menyeru manusia kembali kepada fitrah diri, mengenali diri seterusnya mengenal Pencipta kita…
Itulah perjuangan hidup kita…
July 23rd, 2008 at 3:24 pmterima kasih buat bro mrozaidi dan kerasma…
July 23rd, 2008 at 7:19 pmPuji-pujian bagi Allah yang mengizinkan wa upload lagu ni kat sini. Tenang wa dengar lagu ni di pagi hari. Semoga Allah ambil wa kembali kepadaNya nanti pun dengan ketenangan sebegini…thanks bro kerana buat lagu best macam ni…
Wa fikir kalo nak gubah lagu ni, kena masukkan bunyi gitar accoustic. Tambah dengan bunyi kibod, sure layan…
July 24th, 2008 at 6:01 amBesh….
suara bro yang power dan serak tu dengan dengungnya… tangkap habis…buat lagu ni lagi besh…
Tahnian bro…ia amat bermakna bagi orang yang memang sukakan muzik dan sentiasa berada di talian maya seperti saya ini….
syukurlah padaMu Tuhan…masih ada insan yang menggabungkan seni dengan kerendahan hati padaMu…sujud aku syukur padaMu Tuhan…
July 24th, 2008 at 8:20 amalhamdulillah….
July 24th, 2008 at 12:22 pmWa doakan bro menjadi penulis lagu yang berjaya suatu hari nanti…berjaya membangkitkan semangat manusia untuk membuat kebaikan dan meninggalkan keburukan…
Setiap keikhlasan dan kejujuran, pasti ada balasan kejayaan…tak sempat terima masa kat dunia, kat akhirat itu pasti…tanda-tanda kita bakal mendapat kenikmatan akhirat, kita sudah tidak takut menghadapi mati…malah rasa tidak sabar-sabar menanti kedatangannya…
July 24th, 2008 at 3:38 pmmoga doa bro itu di makbulkan tuhan ..terima kasih bro…
July 25th, 2008 at 9:09 pmTerima kasih bro…walaupun sibuk, tapi sempat meninggalkan sepatah-dua komen untuk memeriahkan blog ini…
July 26th, 2008 at 8:10 am