Terungkai Satu Siksaan
Lagu & lirik oleh: Atan Aryan
Gubahan oleh: Kerasma
Terasa dunia ini
Seakan kejam padaku
Setelah aku kau tinggalkan
Apakah dosa diriku
Apakah salah diriku
Maka begini nasib yang menimpa
Berikanlah belas kasihanmu
Agar terungkai siksaan diriku
Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Andainya engkau kembali
Pastikan daku terima
Dengan penuh kemaafanku
Jujurlah pada dirimu
Jujurlah pada diriku
Hanya itu kepastianku
Berikanlah belas kasihanmu
Agar terungkai siksaan diriku
Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Viewed 2522 times by 920 viewers
























Posted
on
Monday, July 21st, 2008 at 12:55 am under


subhannallah…tak sangka bro kerasma begini punya hebat…tahniah bro….!
July 21st, 2008 at 6:56 amaslmkum bro Kerasma..dengan rasa rendah diri dan juga keihklasan..abg serahkan semua lagu2 ciptaan abg kepada bro…buat lah arrangement..dan pilih lah rakan2 bro yg berkemampuan utk menyanyikan lagu2 abg..cuma satu permintaan abg..kekalkan nama penciptanya..!terima kasih bro..semoga berjaya…!
July 21st, 2008 at 7:15 amTerima kasih bro kerana berikan kepercayaan untuk wa buat arrangement lagu-lagu bro tu. Kehebatan itu semuanya datang dari Allah yang telah menemukan kita.
Sebagai junior, bila otai macam berikan kepercayaan kepada wa, rasa suatu yang tak ternilai dalam hidup…dengan belajar dari bro, wa dapat semangat untuk bangkit berjuang…terima kasih banyak2 sebab bro sudi melawat blog ini…
InsyaAllah, wa akan kekalkan nama pencipta lagu-lagu tu bro…itu anugerah Allah untuk bro…wa cuma bercita-cita nak pandai buat lagu macam bro…tgk bro macam senang aje petik idea buat lagu…jika diberikan keluangan masa, wa akan buat arrangement utk lagu2 seterusnya….
Oh yea, lagu ni wa turunkan key dia ke Em sebab key original bro tu tinggi la…hehe. Bro dah berusia pun still ade pitch yang tinggi…ni yg buat wa terbakar nak menyanyi ni…
July 21st, 2008 at 8:42 amsalam…
July 21st, 2008 at 8:53 ambro..knp gua dpt dgr 5 second je ni…confius seh…huhu…tlg bgtau mcm mn nk dgr sepenuhnye…
mn tau gua leh jd vokalnye…hik2..
zaasssss…..
salam…
bro browse blog ni guna Internet Explorer ke? Wa rasa kalo bro guna Mozilla Firefox ok kot sebab so far wa guna Firefox wa dapat dengar penuh…semalam wa ade try bukan guna IE, memang wa pun dapat dalam 3 sec aje…cuba bro guna Firefox…free aje download…
Bro dialu-alukan untuk nyanyi kan lagu ni…unless kalo bro Atan tak bagi…hehe
July 21st, 2008 at 9:11 amSalam bro Atan…
Masa mula2 Kerasma bagi dengar ni, terlopong saya seketika. Yer la, hanya berbekalkan gitar dan pc, dia boleh buat macam yang rakam kat studio…Masya Allah.
Ini menunjukkan kehebatan dan keluasan ilmu Allah. Semakin kita mendalami kita rasa makin banyak yang kita tak tahu…
Saya seronok dengar lagu ni…bila dah ada vokal, lagi best ni…
lagu ciptaan bro Atan ni memang boleh jadi killer song sekarang, di kala peminat rock seakan kekurangan lagu-lagu yang seperti tahun 90-an dulu…
Bro Atan tak der plan nak buat album ke? Boleh pakai semua lagu bro sendiri…puas hati.
Nampaknya Bro Atan dah melebarkan sayap menjadi penulis lirik dan muziknya disusun oleh Kerasma. What a great combinatrion…
Lets rock unite us…teruskan berkarya bro…kitorang sentiasa menyokong..kan Kerasma
July 21st, 2008 at 9:13 amKami sentiasa menyokong perkara2 yang boleh menajamkan minda dan melatih otak berfikir kreatif…mencipta lagu salah satu cara mudah melatih otak…di samping menenangkan jiwa…
Bagi yang memandang zahir, mereka nampak lagu hanya dari segi hiburan semata-mata, tetapi bagi yang menilai dari segi dalaman, lagu-lagu mampu membentuk jiwa yang tenang…ketenangan jiwa akan memudahkan manusia berfikir secara waras…kewarasan memudahkan manusia menilai beza di antara baik atau buruk…seterusnya akan melahirkan insan yang berbudi pekerti dan bermentaliti tinggi…
Itulah intipati Al Quran yg umat Islam sendiri abaikan kerana hanya melihat Al Quran sebagai kitab untuk berbalah-balah pasal hukum…
July 21st, 2008 at 10:38 amwalaikum salam buat saudari adila..terima kasih atas segala komen saudari…abg rase biarlah abg hasilkan karya dan bro kerasma yg sempurnakan karya2 itu…abg kire bukan senang jugak nak arrange music ni..penat dan letih di buat nya..tetapi oleh kerana di sertai dgn rsa minat maka hilang lah kepenatan itu bila dah terhasil segalanye..jgn lupe utk bersyukur kepada nya…!
July 21st, 2008 at 12:57 pmYe Bro Atan, kesyukuran tanda kita berterma kasih padaNya lantaran nikmat yang tak pernah henti ini….
Teruskan berkarya…combination bro dan Kerasma saya nampak ada chemistry…great chemistry…
Saya pun ada jugak belajar keyboard…tapi yang sedikit susahnya nak learn by ears…tetapi saya percaya tiap yang susah ada kemudahan di sebaliknya…
Anak-anak saya pun minat dengan muzik…yang umur 4 tahun tu dah siap boleh hafal lirik lagu dah…then yang 10 bulan tu, dah siap main ketuk-ketuk tangan buat drum la kononnya…tergelak dan seronok dengan gelagat anak-anak…
July 21st, 2008 at 1:06 pmBetul bro…kerana minat itulah segala penat akan hilang…Allah akan bagi rasa kepuasan bila apa yang kita ciptakan itu berjaya….wa tak sangka bleh arrange lagu ni dalam masa sehari…tapi kena tunggu weekend, baru ade keluangan masa….
July 21st, 2008 at 1:53 pmASLMUALAIKUM…ABG TAK DAPAT DWNLOAD MINUS ONE NI..MUNGKIN ADA TUNJUK AJAR DARI BRO?
July 22nd, 2008 at 6:51 amooo…tak dapat ek Bro Atan?
Nanti saya try contact Kerasma…
Seronok tengok c0-operate dari Otai dan orang baru ni…saling memberi dan menerima tanpa ada rasa besar atau bangga diri…inilah yang kita nak terapkan dalam kehidupan kita.
Yang berpengalaman tak lokek berkongsi ilmu dan yang baru tak segan untuk bertanya…
Combination antara lama dan baru akan melahirkan satu impak yang maksima.
Bukannya yang otai terus dengan caranya dan yang baru berbangga dan hanyut dengan cara mereka tanpa melihat ke belakang.
thats why…music can unite us…
July 22nd, 2008 at 7:30 amSalam bro Atan. Kalo nak download minus-one tu bleh pergi kat link ni:
http://www.shahdila.com/downloads/
Tapi bro kena login dulu…
July 22nd, 2008 at 8:58 amterima kasih adila dan bro kerasma…
July 22nd, 2008 at 12:37 pmSalam bro, jangan lupa bagi rakaman vocal bro tu. Walaupun kita tidak pernah bersua, tetapi melalui alam cyber, vocal bro dan muzik gubahan kami mampu disatukan.
Macam lagu yang bro ciptakan tu. Semua ini berlaku atas rahmat Allah yang mengizinkan manusia mencipta teknologi internet. Semoga kita semua termasuk dalam orang-orang yang menggunakan akal.
July 22nd, 2008 at 4:40 pmsalam bro kerasma…terkadang keinginan kita di batasi oleh kemampuan kita…dan abg tak berjaya utk membawa balik minus one terungkai satu siksaan kerumah..biasa nya abg gunakan pendrive utk down load,masa mula2 bro post lagu baiduri nyanyian bro abg dpt simpan dlm pendrive..yg kali ini tak dapat abg tgk kt cmptr abg. kerana kt ruma h abg cuma ada cmptr tanpa internet…abg rasa bro masukan vocal bro jerr…insyallah..bro akan berjaya utk lagu terungkai ni….!
July 23rd, 2008 at 6:38 amBro Atan tak dapat download minus one lagu ni ke?
July 23rd, 2008 at 6:52 amboleh tapi cume di tmpat keja lah….tak kisah lah…moga bro kersma akan dpt meneruskan misi ini…!
July 23rd, 2008 at 7:06 amInsyaAllah bro…wa akan try nyanyikan lagu bro ni nanti selepas Allah pulihkan kesihatan wa…skrg ni kena cari semangat balik…
Sebenarnya sejak dengar suara terbaru bro, wa jadi segan nak nyanyikan lagu bro ni, sbb mutu vokal wa tak setanding dengan bro…anyway, wa akan cuba yg terbaik…untuk wa menguji tahap kemampuan wa…
Terima kasih sbb bro sudi beri sokongan dan galakan…Allah menyediakan wa sahabat yang baik biarpun di alam cyber…
July 23rd, 2008 at 7:34 amabg sentiasa mendoakan agar kesihatan bro akan pulih..sewaktu abg jadi band boy dulu2…andai abg ada show di mjlis2 perkahwinan 2 hari berturut biasa nya hari sabtu dan hari ahad ,maka hari isnin abg akan kehabisan suara….cume satu yg dapat memulih kannye ialah..tidur yg cukup..jgn terlalu lewat tidur kerana ia menjejaskan mutu suara..ketika itu juga abg tak minum air batu…satu petua yg abg kira boleh tahan juga kesan nya ialah dgn merendam kerak nasi dgn air masak embun kan di luar ruamah semalaman..dan fist thing in the morning kena minum air tu dulu….!
July 25th, 2008 at 6:35 amdan satu lagi..tentang penafasan ketika menyanyi..sebelum sampai kepart tone yg tinggi..biasa nya chorus..cube tarik nafas dalam2 dan lepaskan bersama melodi tone tadi…..!sekian bro..terima kasih…!
Thanks bro dengan petua-petua tu. Wa try cuba bereksperimen dan amalkan petua-petua bro tu. Bro masih amalkan ke petua tu sampai sekarang? Wa memang cuba elakkan minum air batu sbb wa ni dari kecik mudah kena batuk. Sekali kena makan 3-4 bulan baru baik.
Wa tengah cari kekuatan nak pulihkan semangat. Pada pendapat wa, penyakit yang Allah beri ni boleh kita pulihkan sendiri dengan mencari semangat.
Sekarang ni wa nyanyi main lepas aje. Tak pandai nak alun-alunkan suara macam bro buat. Tak tau tekniknya. Teknik pernafasan pun takde. Kadang tu sampai tercungap-cungap bila kat part tinggi tu. Barulah wa tau rasanya kenapa time live lebih susah nak nyanyi compare time record. Teringat Juara Lagu 90 dulu ada vokalist yang gagal bawak masa live.
July 25th, 2008 at 8:37 amsalam geng2 semua…
July 25th, 2008 at 9:47 amhuhu…makin besh lak forum ni…gua dh cube bwk lagu ni..siap print lirik lg utk praktis…hik2…pg ni gua pegi keje nek kete n then cube melalak dlm kete bwk lagu ni…ye la…dlm kete org x dgr kite menjerit…hik2..tp gua msh x leh dpt lg die punye tempo…tang courus gua dh dpt ckit2..hihi…
gua akan cube smpi succes…amin….nnt gua akan ajak member2 jamming lagu ni and record skali…kasi semua dgr…hehe…insyaallah…
salam…
zaaasssss……
Cayalah bro lekir. Kalo dah rekod lagu tu, sharelah sama. Boleh kita dengar lagu ni dalam pelbagai versi. Lagi banyak idea, lagi tajam otak kita berfikir.
Thanks kerana sudi jadikan blog ni sbg platform untuk kita sama-sama memeriahkan balik muzik rock kita. Dengan adanya sifu AtanAryan kat sini, moga kita sama-sama dapat manfaat…
Wa pun belajar menyanyi dalam kereta…jerit kuat2 pun sapa pun tak dengar…cuma menyanyi sambil duduk, tak cukup nafas jadinya kat part2 tinggi tu…
July 25th, 2008 at 12:11 pmsalam..
July 25th, 2008 at 12:39 pmhehe…lu pon mcm gua jgk ke bro…hihi..
dlm kete x pe..jgn kat umah…nnt jiran2 bwk parang lak..huhu…
yuk g solat jumaat dulu…doa byk2…
zasssss….
Wa bukan setakat dalam keta, kat rumah pun sama…tapi berpada-padalah…so far takde lagi jiran bawa parang…harap2 janganlah…moga Allah lindungi…
July 25th, 2008 at 6:08 pmsorry..satu hari tak berkesempatan utk online..sibuk dan sentiasa sibuk dgn kerja…..abg bangga kerana lekir,kerasma..sudi menyambung karya abg..ia itu abg seorang pesara rockers yg cuma punya skelumit nama di persada seni yg maha luas….!
July 25th, 2008 at 9:07 pmpraktis nyanyi dalam kete…
Sure kalo sesaper yang nampak tu, tergelak besar…ye la, kalau nyanyi esp part yang tinggi tu, muka berkerut semacam, sampai tersembul urat kat leher…
tapi tak kisah la…janji tetap bahagia dan tak kacau orang…
nak nyanyi kuat-kuat kat umah ni, terasa segan la pulak…dah la jiran kiri kanan. huhu…
tq untuk semua yang memeriahkan blog ini….
July 25th, 2008 at 9:10 pmNak ade studio sendiri yang kedap bunyi, tak mampu lagi…so caranya dengan praktis dalam kereta la..
Takpe bro Atan, jika ada kesibukan, pasti ada masa Allah beri keluangan. Gunakanlah masa yang terluang itu nanti untuk membuat sesuatu yang kita minat yang tidak sempat kita lakukan ketika sibuk.
Bagi wa, bro tetap salah seorang rockers yang sama-sama berjuang untuk industri seni. Tiada erti pesara dalam perjuangan. Perjuangan hanya terhenti bila kita kembali kepada Yang Esa.
Blog kami ini diwakafkan untuk rockers2 mengenengahkan karya secara tulus dan jujur, tanpa mengharapkan fulus. Inilah salah satu cara kami untuk membantu memeriahkan indsutri seni kita. Gunakan ruang talian maya ini sebagai penghubung di antara penggiat seni dengan peminat…
July 26th, 2008 at 8:06 amSalam bro,
Alhamdulillah, wa dah berjaya masukkan vokal untuk lagu ni. Mulanya wa ingat nak tunggu batuk wa sembuh dulu, tapi masih takde perubahan dan bisanya makin terasa ke dada. Jadi wa rakamlah dulu mana yang wa termampu.
Bro pandai tafsir mimpi tak? Malam kelmarin wa mimpi arwah mak wa. Dia dengan sorang kawannya tengah menguruskan satu jenazah. Wa tertanya-tanya apa maksud mimpi ni…
July 26th, 2008 at 3:12 pmwalaikum slm bro..abg kesuntukan masa ni…maaf ye bro…tahniah ..tahniah..dan tahniah buat bro…pertama kali dalam sejarah org menyanyikan lagu ciptaan abg..tahniah bro…ok lah tu..cuma andai abg ada bersama bro ketika rakaman ni..tentu abg akan tunjukan part mana yg perlu di perbaiki…
July 26th, 2008 at 5:19 pmrakaman suara tu boleh di kuatkan lagi ke bro..abg rasa vocal tenggelam sikit dek music lah..
anyway tahniah dan terima kasih banyak buat bro ..dalam sakit2 pun masih berupaya utk menjayakan projek ni…! tentang mimpi tu abg tak pandai tafsir bro…cuma kita sebagai anak kena lah dokan selalu pd mereka2 yg telah pergi..moga roh mereka akan sentiasa di cucuri rahmat..aminn…
ok bro jumpe senin nanti..!
Terima kasih…terima kasih…terima kasih dengan komen bro tu. Walau kesuntukan masa, tapi bro masih mahu meluangkan masa untuk beri tunjuk ajar…
Betul bro, wife wa pun kata vokal tu tenggelam dengan muzik…insya Allah nanti wa perbetulkan…sebenarnya wa tengah bereksperimen dengan setting mic…selama ni wa hanya tumpukan kat bunyi gitar aje…kali ni kena belajar nak tangkap bunyi suara pula…
Terima kasih bro atas nasihat yang diberi…insyaAllah, wa akan selalu doakan utk arwah ibu wa tu…
July 27th, 2008 at 6:16 ambro..utk mengetengahkan karya abg..di wktu ini amat lah sukar..jika di bandingkan masa dulu memang dia org akan mencari kita utk komersial…!
July 29th, 2008 at 12:48 pmbiarlah abg bergerak dgn cara begini..selagi abg tak menggangu hak cipta org lain..!dan selagi masih ada sahabat2 yg sudi melekapkan halwa telinga nya pada karya2 abg..abg akan bergerak secara indie….!
takpe bro…bro berkaryalah secara jujur…suatu hari nanti Allah akan membalasnya…yang penting bro rasa puas dengan kemampuan bro, dan yakin bro ada bakat dalam penulisan lagu…tugas wa untuk membakar semangat bro dengan menyediakan ruang untuk perdengarkan karya bro kepada insan-insan yang mencari hidup yang penuh erti keikhlasan…
Ya, kita sama2 bergerak secara indie…bebaskan minda kita agar kita semakin yakin dengan potensi diri kita…kita adalah insan yang diciptakan dengan kemampuan yang tidak terbatas…jika kita hendak pergi ke penjuru alam ini boleh, tapi perlukan kekuatan….
July 29th, 2008 at 3:17 pmasalamualaikum ..kemana bro kerasma?sihat ke demam ke?
August 19th, 2008 at 9:25 pmwaalaikumusalam bro…sihat bro…cuma rasa lain macam sikit sejak dua menjak ni…
Bro sihat? Bizi sekarang ker bro?…singgah kat blog bro, takde lagu baru lagi?…
August 20th, 2008 at 6:35 amalhamdulilah..sihat rupenya bro…lagu baru?ilham dtg tak tentu masa…bro…!
August 20th, 2008 at 12:49 pmteruskan mencari ilham bila keluangan masa bro…hidup di dunia ini sebentar cuma…gunakan ruang masa yang diberi untuk mengajak manusia berfikir pasal Tuhan…Allah tahu apa dalam hati kita…
August 20th, 2008 at 2:50 pmBro Atan dah baca ke cerita Kerasma n d band di malam persembahan dia tu? Siap ada dengan gambar sekali….seronok saya baca dan tengok gambar tu…
mula-mula tak perasan gak yang dia posting pasal tu pasal tajuknya macam tak der kaitan jer
August 20th, 2008 at 4:07 pmtak tengok lagi….kat mana?camane nak tgk?
August 20th, 2008 at 8:29 pmwa dah jumpa dah..tima kasih puan Adila…..
August 20th, 2008 at 8:41 pmSyukur…rupa2nya bro tak perasan posting tu…mujur cik Adila mengingatkannya…thanks
Moga bro terhibur dengan kisah tu…
August 20th, 2008 at 9:38 pmRupanya bro Atan pun tak perasan gak…saya pun. Tak pe la kalau dah jumpa tu…
August 21st, 2008 at 7:55 amhidup rock..
December 12th, 2008 at 10:35 amgabungan abg atan dan kerasma amat mantap kan lg..
bykkan lagu ciptaan abg atan…
hidup rock kapak
Wa pun harapkan bro Atan akan bangkit kembali biarpun kumpulan Aryan dah lama berkubur. Jika tidak menyanyi pun, bro Atan muncul dengan ciptaan2 lagu rock yang membakar semangat juang dan mengenal diri.
December 12th, 2008 at 4:43 pmterima kasih..atas sokongan bro Rock Kapak dan bro
December 16th, 2008 at 6:44 amKerasma…..hidup rock…!
sis Adila sihat?
December 16th, 2008 at 6:45 amSaya sihat bro Atan. Al-Hamdulilah.Cuma kena selsema dan batuk sikit.
Seronok tengok bro Atan muncul lagi kat sini
December 16th, 2008 at 10:16 ambegini lah sis kehidupan….bro kerasma masih aktif ngan music?
December 17th, 2008 at 6:26 ambuat pengetahuan rakan2 semua..lagu abg SAHABAT DI TALIAN MAYA..telah pun di keudarakan di selangor fm 2 minggu yg lalu dlm segment retrorock….
December 17th, 2008 at 6:28 amooo. ye ke bro?
Tahniah dari kami di shahdila.com. Seronok rasanya mendengar berita baik dari bro ni, syukur…
Setau saya bro Kerasma sentiasa aktif dengan muzik.Dia dan muzik umpama isi dengan kuku la…tak dapat dipisahkan.
December 17th, 2008 at 9:40 amBro, lagu Sahabat Di Talian Maya yang dikeudarakan tu versi unplugged yg bro nyanyi dulu atau ade versi muzik penuh?
Dan macam mana boleh lagu tu dipilih ke segment retrorock tu? Bro diinterview sana ker? Anyway, tahniah wa ucapkan kerana itu antara langkah awal bro nak comeback. Ramai otai2 dah comeback. Kehadiran bro sudah pasti membakar semangat generasi baru rock setelah lama industri muzik kita layu di hujung mekar.
Wa sentiasa dengan muzik. Macam Cik Adila tu katakan. Kalo tak jamming, wa bermuzik depan PC ni.
Rock tetap Rock!
December 17th, 2008 at 4:48 pmabg dah burn 7 lgu ciptaan abg ke cd…
February 13th, 2009 at 7:08 pmdan abg antar ke dj selangor fm…
dan dj pilih lagu sahabat di talian maya..utk di udara kan…
Mesti ade nilai tersendiri mengapa DJ tu pilih lagi Sahabat Di Talian Maya tu. Jika ditakdirkan, mungkin bro boleh rakam lagu ini untuk dimuatkan dalam album2 koleksi rock.

February 13th, 2009 at 10:31 pminsyallah bro..setelah sekian lama baru kini abg berkesempatan on line bro..rindu utk berbicara ngan teman2 di Shahdila….
March 25th, 2009 at 6:22 pmTerima kasih bro kerana tetap mengingatkan sahabat2 di talian maya ini sempena tarikh keramat semalam.
Apa perkembangan terbaru berkaitan dunia seni bro?
March 26th, 2009 at 5:00 amaslamualakum..buat semua terutama sis aila dan bro kerasma…apa perkembangan terbaru?slmt menjalani ibadah puasa….
August 20th, 2010 at 11:32 pmSalam bro Atan,
Lama tidak bersua di talian maya. Tetapi lagu bro Sahabat Di Talian Maya tetap dalam ingatan. Semoga bro dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.
Perkembangan terbaru? Sibuk dengan kerja macam bro juga. Adila pula baru berjinak-jinak nak jadi businesswomen.
Bagaimana pula dengan perkembangan terkini bro? Ada dijemput menyanyi untuk hari raya nanti ke?

August 22nd, 2010 at 11:36 pmsalam kembali bro Kerasma….abg tak ada jemputan apa2..dah berenti nyanyi dah bro…
August 27th, 2010 at 7:08 pmSalam bro,
O ye ke? Lama tak dengar alunan suara bro yang terbaru.
August 30th, 2010 at 10:06 pmaslamkum bro kerasma..tlg hubungi abg di facebook…
October 30th, 2010 at 12:18 ambest lagu tu hehehehe
November 7th, 2010 at 9:21 pmNantikan bro Atan sempurnakan lagu ni.
November 7th, 2010 at 10:54 pmAkhirnya dapat juga masukkan vokal bro Atan ke dalam lagu ni…
November 11th, 2010 at 12:53 amterima kasih bro kerasma..atas daya usaha bro..namun kita akan baiki lg mutu vocal nya..dlm bilek umah tak dpt nk lontar semua suara yg ada bro..
November 11th, 2010 at 7:53 pmOk bro…nanti kita perbaiki apa yang kurang. Wa sentiasa support bro.
November 11th, 2010 at 9:57 pm