24 Jul

Aku Yang Terlepas…

Jangan lagi kau tanyakan pendirianku
Ku tak ingin kau semakin terluka
Tak inginku memaksakan cinta ini
Mesti tak sanggup kau terima

Aku memang manusia yang berdosa
Sedari diri ku susun jari pohon ampun
Sejuta kata, andai terasa dan terluka
Sekali lagi ku pohon ampun

Dari jauh kau ku tatapi
Ada sesuatu yang seakan aku fahami
Namun andai tiada kau bicarai
Mungkin aku kan terus begini…

Berakhirlah segala kisah piluku
Kau punyai segala untuk dituruti
Untuk aku yang terlepas pelukanmu
Rasaku telah mati…untuk meyedarinya….

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

4 Responses to “Aku Yang Terlepas…”

  1. AtanAryan Says:

    tak berakhir dgn gerbang perkahwinan ke?

  2. Kerasma Says:

    Hanya kuasa Allah yang akan menjodohkan bro… :)

    Cik Adila tengah praktis buat lirik lagu tu…semuanya kerana dapat semangat dengan mendengar lagu2 bro tu…much thanks from us…

    Syukur, suara wa hampir pulih, walaupun batuk wa makin teruk…tak sabar nak rakam lagu Terungkai tu…moga Allah perkenankan…

  3. Adila Says:

    Tq bro Atan sebab alert dengan puisi saya ni… :)

    Ilham puisi ni saya dapat lepas baca novel “Bulan Berbisik”.

    Kisahnya berakhir dengan perkahwinan, tapi suaminya ada niat untuk bercinta lagi. Dan ini diketahui oleh isteri dia.

    Isreinya cuba mendalami apa yang dirasai oleh suaminya dan girlfren suami dia. Mula-mula dia meradang dengan suaminya sampai menceetuskan perbalahan.

    Then, entah macam mana dia tersedar dari semua itu dan bangkit semula. Dengan rasa hati yang berdosa. Merasakan dirinya terlalu kerdil di sisiNya, dia bermunajat mengharapkan petunjuk Ilahi.

    Dengan kekuatan itu dia bangun menjalani hari seperti biasa. Dia usaha dan terus mencuba membuang segala rasa marah dan dendam pada suaminya sehingga tercetusnya rasa berdosa kerana mungkin ini semua adalah balasan atau kaffarah daripada dosa-dosanya yang terdahulu.

    Dia dengan suaminya macam biasa. Dia tetap menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan mama kepada anak-anaknya. Dia sudah tidak kisah dengan perasaan hatinya pada suaminya lagi. Bukan dia melupakan suaminya, tetapi dia seakan terlepas dari pelukan suaminya sendiri.

    Bila melihat suaminya, dia dapat merasakan cinta suaminya itu untuk perempaun yang bertaraf adik untuknya. Walaupun tidak diutarakan perasaan sebebanr, tapi dia memahami. Dia sudah bosan dan letih untuk memendam rasa. Lantas dia amik jalan untuk merealisasikan hajat suaminya. Di lamaarnya gadis itu untuk suaminya.

    Bukan kerana tak sayang atau sudah tiada cinta untuk suaminya, tapi dia tak sanggup melihat keadaaan suaminya bermuram durja kerana cinta yang seakan tak kesampaian itu.

    Selepas itu, berakhirlah segala kisah pilunya. Dia sudah mengeringkan hatinya untuk rasa seperti semalam untuk suaminya. Apa pun, dia serah segala ketentuan pada Allah selepas dia mendapat cinta Allah di atas peristiwa yang dia alami. malah dia berterima kasih kepada gadis itu kerana menemukan dia dengan cinta Allah.

    Tetapi yang menyedihkan, gadis itu tak menerima lamarannya. Sebaliknya gadis itu terlalu merasa bersalah kerana dah mengganggu kebahagiaan seorang wanita sepertinya.

    Bila lamaran ditolak, suaminya terlalu sedih, sehingga hilang semangat dan terlalu patah hati. Segalanya membuatkan si isterinya kian pilu dan sayu. Merasakan diri tak berjaya membahagiakan suaminya dengan menghadirkan cinta impian suaminya…

    nanti, kalau bro ada idea, bolehla buat lagu dari kisah ni… :) Kisah seorang suami yang jatuh cinta lagi, isteri yang setia dan si gadis yang mencari cinta.

  4. Kerasma Says:

    Kisah sebegini juga telah dialami Rasul-rasul terdahulu. Kerana itulah ia dipanggil sunnah. Ia berlaku berulang-ulang. Di setiap zaman dan tempat, pasti ada kisah yang sama.

    Cinta Allah manusia tidak nampak. Tapi kesan menyatukan cinta sesama manusia. Dan cinta sebegini akan datang bila kita ikhlas kepadaNya. Sebab itulah surah Al Ikhlas itu mempunyai nilai yang tinggi.

    Di zaman materialistik, manusia sudah hilang keikhlasan dan kejujuran. Bila hilang sifat-sifat ini, hilanglah keinsanan dalam diri kita. Sebab itu susah kita nak jumpa orang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu terletak pada hati.

    Sesungguhnya Allah Melihat segala yang nyata dan yang tersembunyi.

Leave a Reply