Anak Vs Quran
Sejak dua menjak ni, rasa kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Oya dan Oyie pun dah demam. Sejak malam semalam badan diorang panas jer. Tiba jer malam, mula la meragam. Oya mula merengek. Tapi Oyie ok sikit. Dia dah faham. Kalau demam kena banyakkan berehat dan banyakkan tido. Husband pulak dari minggu lepas lagi tak sihat. Selsema.
Dalam Allah bagi ujian tu, ada RahmatNya yang terselit. Biasanya kalau demam, saya dan anak-anak jer. Husband tak. Tapi kali ni, husband dan anak-anak pulak. Saya tak. Nampak kan? Kalau semua demam, macam mana jadinya? ternyata Dia Maha Adil dan maha Bijaksana dalam semua perancanganNya.
Saya letak towel basah kat kepala Oya. Bila nak letak kat Oyi, dia menolak. “Tak selesa” katanya. tapi kalau bab makan ubat, Oyie la yang cepat. Malah tiap sejam sekali dia ingatkan… Saya lebih suka bagi ubat homeopati kat budak-budak ni. kalau saper-saper berminat pasal homeopati ni, boleh la layan Pak Cik Google ni…gedung ilmu tanpa batasan
Amat friendl…tanpa banyak soal, tau memberi jawapan jer..
Lepas saya pujuk kata nak bagi kepala dia sejuk, barulah dia bagi letak towel basah tu. Apa yang saya perasan, Oyie ni kalau bab kepala dan otak dia, memang dia jaga betul. Cerita nakal, anak sulong saya ni jenis malas mandi sikit. Tapi kalau dah jumpa air, lama betul dia mandi…Ada satu hari tu dia ngadu pening kepala.
“Abang Yie rasa pening kepala la ibu..” Dia mula mengomen.
Saya pun, apa lagi…mula la mencucuk jarum.
“Tu la, sebab Abang Yie tak mandi. Sebab tu la jadi pening. kalau Abang Yie pening, macam mana nak berfikir? Nak buat lori dari lego…nak buat kontena…bla…bla…” Masa ni la nak brainwash dia…tak sangka lak taktik saya tu menjadi sampai ke hari ni. Dah makin senang dah kalau disuruh mandi. Supaya senang berfikir katanya.
Ni pasal gigi pulak. Masa ngandungkan Oya, saya kurang kalsium. Gigi pun terpaksa tampal. Sebelum tu, dia dok dengar la ibu dia dok cakap sakit gigi. Then dia mintak nak tengok gigi saya.
“Kenapa gigi ibu ada hitam-hitam? Ibu tak gosok gigi ke?” Bagai orang mengantuk disorong bantal, sekali lagi saya mula guna kaedah psiko untuk dia.
“Ni sebab, masa ibu kecil-kecil dulu ibu tak gosok gigi. Sebab tu la kena tampal. Bakteria makan gigi ibu sampai jadi rosak. Abang Yie pun, kalau tak gosok gigi, nanti jadi macam gigi ibu la. Tak cantikkan?”
Dan seperti yang saya jangka, dia dah semakin kerap gosok gigi. Siap ajar saya cara gosok gigi macam saya dok ajar dia sebeblum ni. Tak payah suruh. kalau mandi mesti nak gosok. Pagi tadi dia merungut, malam tadi tak ingat nak gosok gigi. Then pagi-pagi lepas bangun, dia terus mintak nak gosok gigi. Tersenyum saya dibuatnya.
Permainan seharian Oyie, saya lihat dia banyak bereksperimen dengan lego dan lori dia. Dah hampir nak habis satu salotape yang besar tu dia buat eksperimen tape binaan dia…tiap kali dia tengok video crane atau lori dari youtube, then dia mula la mencari bakul mainan dan lego dia untuk tiru apa yang dia tengok…seronok jugak tengok apa yang dia buat tu. Malam tadi, masa dok tengok Ali Din, dia sempat tiru dan buat bentuk zebra dari lego dia.
Sekarang ni, dia dah mula nak bersolat. Dua tiga hari ni selalu ikut saya ambil wudhuk dan solat. Complete satu solat. Mulanya saya sangkakan macam sebelum ni jer. Dia solat just rukuk dan sujud pastu simpan sejadah. Tapi sekarang, dia bertahan dari awal rakaat sampaila habis rakaat. Macam malam tadi, dia sanggup tunggu nak solat Isyak dengan saya. Kebetulan saya solat lambat sikit dalam pukul 10.30 malam. Dan dia dengan tekunnya solat dengan saya dari rakaat pertama sampaila akhir doa. Terharu dengan sikap dia, terus saya peluk dan cium dia.
Rupanya ada cara senang nak bagi anak kita bersolat. Bukan setakat suruh sahaja…
Teringat pula saya, kalau dulu kitorang adik beradik solat dan baca Quran sebab takut arwah abah atau ma marah. Kalau abah tanya, kitorang jawab tak solat lagi, kecut perut gak la. Arwah abah sensitif sikit bab solat ni.
Dan bila dah ada anak sendiri, saya dan husband bereksperimen sendiri. Mencari jalan dan kaedah bagaimana nak wujudkan keinginan anak untuk solat dan belajar tanpa dipaksa atau kerana takut kena marah. Tak mahu anak-anak jadi macam kitorang dulu. Bila kita dah sedar, kita berusaha untuk membetulkan keadaan. Bukankah itu yang terbaik. Kehidupan kita perlu lebih baik dari semalam.
Sebab bersolat kerana takut atau terpaksa, kalau ibu bapa tak ada, tak solat la jawabnya. tapi bila anak-anak dah tau sebab dan tujuan bersolat, mereka akan bersolat tanpa disuruh. Bila jer tengok kita nak solat, mereka yang terlebih dahulu bentangkan sejadah. Bukankah itu sesuatu yang paling mengembirakan dan mendamaikan hati ibu dan bapa? Dari sini, kita dapat mendisiplinkan anak-anak dengan waktu dan sikap. Dengan kata lain, sebenarnya, banyak rahsia yang dapat kita ungkap dari solat ni.
Sekarang ni, kalau jer dengar azan kat tv, Abang Yie akan cakap kat saya dan abah dia dan suruh solat
Dia dah semakin faham. Dan saya amat bersyukur, dalam umur baru nak menjangkau 4 tahun dia dah faham banyak benda. Dan tahu nilai solat dan nilai buat baik.
Dan saya merasakan pengorbanan tak bekerja untuk didik sendiri anak-anak semakin Allah berikan balasan. Syukur…NikmatNya memang tak pernah dapat kita dustai.
Untuk abang tersayang, terima kasih di atas dorongan ini. Kita semakin melihat hasilnya. Ternyata janjiNya tak pernah mungkir. Berkat semangat yang abang berikan, cayang dah tak ralat meninggalkan semua cara hidup dahulu…
p/s-tadi ingat nak upload gambar Oya dan Oyie bersama rekaan dia. tapi Kamera tak der bateri la pulak…Nanti nak cas dulu. Lepas tu saya upload. Insya Allah.


























Posted
on
Friday, July 18th, 2008 at 12:21 pm under


Dah dapat upload…
Bukan main seronok lagi Oya kalau bab amik gambar…Oyie pun apa kurangnya…Pantang nampak camera.
July 18th, 2008 at 4:59 pmOyie dah faham nilai solat dalam memberikan oksigen kepada otak. Sesuatu suruhan Allah itu ada nilainya tersendiri. Mengajar anak memahami nilai di sebalik sesuatu suruhan Allah yang logik difikirkan akan menyebabkan mereka pun mudah faham. Jadi mereka melakukan suruhan itu bukan atas nama suruhan, tetapi kerana mereka sendiri tahu sebab apa perlu buat sesuatu perkara itu. Inilah yang dinamakan keikhlasan.
July 19th, 2008 at 6:43 am