28 Aug
Andai mampu…
Inginku sapu tiap titisan
Inginku lerai segala kekusutan
Inginku ungkai segala kerinduan
Maksudku hanya ingin yang baik
Untuk kita dalam perjuangan ini
Jika ada yang terhalang dan menghalang
Bukan dayaku menghalang
Sedaya mana ku mencuba
Sejauh mana ku berlari
Setinggi mana ku menggapai
Andai tiada izinNya…
Janji ku pegang teguh
Kata kulafaz indah
Kususun dan sentiasa kurapikan
Agar tiada guris menambah luka
Berkorban..
Itulah lafaz ikrar antara kita
Biar jasad […]
Posted in Puisi by: Adila
No Comments
28 Aug
Elergi kasih ini terbuka untukmu
Pintunya melebar dan meluas
Meyambut hadirmu ke sini
Senyum terukir tanda senang
Nukilan kasih tiada henti
Bermain dan menari di birai hati
Berkejaran di birai mimpi
Beriringan meniti hari
Bicara hati tiada sepi
Sering berlagu irama berbeza
Kerap menari mengikut rentak
Biar songsang diredahi jua…
Viewed 2226 times by 760 viewers
Posted in Puisi by: Adila
No Comments
27 Aug
Ciptaan: AtanAryan
Gubahan: Kerasma
Renungan mata mu meresahkan
Membuat aku tak menentu
Ku cuba hindari segalanya
Namun apalah upaya ku
c/o
Ku ciptakan nada
Ku susun irama
Buat pengganti diri
Moga kau mengerti
Moga kau fahami
Apa maksud hati ku
Maafkan andaiku mengganggu
Bukannya niatku begitu
Izinkan ku mengingati mu
Kerna kau satu dalam seribu
Kerna kau satu dalam seribu
Viewed 2189 times by 767 viewers
Posted in Lagu by: Kerasma
5 Comments
26 Aug
Hari ni kita bercerita pasal marah dan benci. Tadi saya ada baca satu artikel pasal marah. Tergerak hati nak menulis pasal ini. Dan inilah hasilnya…
Sebelum membenci, biasanya didahului dengan rasa marah yang teramat sangat dan seterusnya membawa kepada kebencian yang yang susah nak dipadamkan. Mari kita mula dengan marah dulu.
Perasan tak kalau seseorang tu sedang […]
Posted in Pengakuan by: Adila
1 Comment
21 Aug
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal “(Ali ‘Imran, 190)
Merenung ke atas…
Aku disimbahi dengan cahaya bulan,
Ditemani bintang berkerdipan,
Dihiburkan bunyi angin yang menderu
Melihat ke bawah
Aku berpijak rumput yang melata
Berteman olekan ikan yang menghiburkan
Bersama kura kecil yang penuh kesabaran
NikmatMu luas…
Tak terhingga…
Untuk aku insan yang masih […]
Posted in Puisi by: Adila
3 Comments
20 Aug
Tulisan ini adalah sambungan dari yang lepas.
Renungkanlah…
Bertuahnya kita kerana dinaungi oleh sebuah agama yang di dalamnya menggariskan segala-galanya. Tanpa ada satu pun yang tertinggal. Berkenaan ibadah, akhlak, cara hidup, peraturan alam, dan segala macam yang kita perlukan dari hidup ini. Segalanya ada di dalamnya.
Dan kita juga didatangkan dengan sebuah Kitab suci untuk menjadi pedoman dan […]
Posted in Pengakuan by: Adila
2 Comments
18 Aug
Rasanya dah agak lama jugak aku tak menulis panjang kat blog ni. Syukur ada Kerasma yang sudi memeriahkan blog ni dengan tulisannya. Terima kasih.
Pagi ni aku sempat sediakan breakfast untuk hubby ku. Biasanya roti sapu mentega kacang, tak pun biskut bersama milo panas atau coklat panas kegemarannya. Tapi hari ni sempat buat roti yang dia […]
Posted in Pelbagai by: Adila
4 Comments
15 Aug
Salam untuk insan baru
Yang masih berada jauh di sana
Apa kita punya waktu untuk bersama
Atau kita punya masa untuk di sana
Biar hadirmu tanpa diduga
Biar hadirmu mengolah di jiwa
Aku menunggu tetap setia
Walau jalan beribu melanda
Walau hadirmu meresahkan
Menukar segala hariku
Memutar segala pandanganku
Namun, aku masih mampu tersenyum
Biar hadirmu…
Melemahkan langkahku
Biar hadirmu…
Mengubah rutinku
Untukmu…selamat datang ke duniaku…
PadaMu Yang Esa
Tiada aku lupa padaMu
Setelah […]
Posted in Puisi by: Adila
2 Comments
07 Aug
Lagu & lirik : AtanAryan
Bertahun tahun lamanya..ku nantikan
Namun kau menjauh..bila ku dekati
Hati tertanya mengapa..apakah salah dan dosa ..diri ini
Ku biarkan kau kembali..tenangkan diri
Ku tahu kau tak berniat melukai ku..ku pergi sementara
Fikir dan renungankan lah…niat suci ku
c/o:
Di perpisahan ini aku merantau pergi
Demi kecewa separuh hati
Di perantauan ini..aku sering mencari
Sebuah mimpi indah bersama mu
Perpisahan dulu kini berakhir […]
Posted in Lagu by: Kerasma
5 Comments
06 Aug
Sehari dua ni badanku rasa tak sedap. Asyik lenguh-lenguh dan sakit-sakit jer. Kekadang, kaki terasa lembik jer. Sindrom baru apa yang melekat ni…tak pasti aku. Tapi aku tetap teruskan harian dan rutinan macam biasa. Dengan Sofea yang suka bangun awal pagi, dengan Abang Yie yang tak bangun kalau tak pukul 9 ke atas.
Semua rutinan itu […]
Posted in Kesihatan, Cerita Aku by: Adila
3 Comments