Aku dan Muzik (part 4)
Selepas peristiwa yang sedikit mengecewakan itu, aku masih terus bermain gitar bersama Wan. Berbekalkan kaset minus-one yang diberikan oleh bro Siso, kami jamming dengan gitar tong kami. Kaset tersebut mengandungi lagu Permata Untuk Isteri, yang tengah top dimainkan di corong-corong radio pada waktu itu. Itulah aktiviti memenuhi waktu luang kami setelah seharian menimba ilmu.
Di penghujung semesta kedua untuk tahun pertama universiti, Allah menghadirkan saat yang aku idam-idamkan selama ini. Melalui Wan, aku mendapat tahu yang ada rakan-rakan yang senasib dengan kami yang berminat bermain muzik, tetapi tidak layak untuk mengambil kursus Muzik Moden. Sebenarnya pihak universiti ada menyediakan Kelab Muzik moden untuk sesiapa yang berminat. Tetapi oleh kerana aku tidak menemui rakan-rakan yang satu kepala pasal muzik ini, aku tidak terfikir hendak menyertai kelab ini. Namun kuasa Allah menentukan segala-galanya yang kita tidak terfikir akan kelogikannya sebelum ini menghadirkan peluang menarik untuk hidupku.
Kami bergabung menubuhkan sebuah band walaupun sebelum ini kami tidak mengenali antara satu sama lain dan tinggal di kamsis yang berlainan serta jurusan yang berlainan. Begitulah muzik menyatukan manusia. Kegagalan sebelum ini tidak mematahkan semangat juang kami dalam minat yang sama ini. Pemain drum kami yang ku kenali dengan Sahrul adalah ahli kelab Muzik Moden tersebut, tetapi tidak mempunyai band. Sebab itu dia begitu excited bila mendapat tahu yang kami juga minat main muzik. Dia mengajak kami menubuhkan band pun kerana kelab muzik tersebut akan mengadakan malam persembahan untuk para pelajar yang mengambil kursus Muzik Moden. Biarpun sebelum ini kami tidak terpilih untuk mengambil kursus kokurikulum ini, sekurang-kurangnya dapat menyertai mereka dalam persembahan itu sudah memberikan satu semangat baru untuk kami.
Kami mula berlatih di studio yang disediakan oleh universiti. Baru aku tahu di mana studio muzik itu berada selama hampir setahun mendambakan diri sebagai pelajar di sini. Sebenarnya agak suntuk juga masa untuk praktis kerana ada dalam dua minggu sebelum malam tersebut. Kami merancang membawa sebuah lagu 60an (lupa apa ntah tajuknya) dan lagu Suci dendangan kumpulan May. Risau juga hendak bawa lagu yang berpitch tinggi, tetapi vokalis kami sanggup mencuba.
Tibalah saat yang dinanti-nantikan untuk kami membuat persembahan. Inilah kali pertama bagi diriku membuat persembahan secara formal seperti ini. Terasa debarannya juga, tetapi kuredahi demi menguji kemampuanku dalam bidang muzik ini. Lagi pun jika kita fikir-fikirkan, bukan selalu dapat peluang yang memenuhi tuntutan minat kita sendiri.
Untuk persiapan sound, kami saling bantu membantu bersama peserta-peserta lain. Dapat juga aku belajar sedikit bagaimana hendak setting sound dan peralatannya di bawah seliaan En. Kamal, iaitu pensyarah muzik untuk kursus ini. Walaupun beliau bermisai tebal, tapi beliau sporting dengan para pelajar dan peserta yang menyertai persembahan ini.
Aku tidak memiliki gitar elektrik sendiri lagi. Mujurlah segala peralatan disediakan untuk mereka yang ingin membuat persembahan. Jadi aku datang dengan membawa pemetik gitar sahaja. Ada juga mereka yang memiliki gitar efek untuk dinafkahkan untuk malam itu. Jadi aku berpeluang mencuba efek yang tidak pernah aku rasai sebelum ini.
Kami memasuki dewan tempat diadakan persembahan itu dengan semangat untuk membuktikan sesuatu kerana kami adalah antara band di kalangan pelajar yang tidak berjaya mengambil kursus muzik moden. Kalau boleh kami ingin buktikan yang kami ada bakat dan kemampuan dalam bidang muzik setanding atau lebih daripada pelajar yang mengambil kursus tersebut. Band kami adalah antara yang terakhir membuat persembahan kerana memberi laluan dahulu kepada band-band terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus Muzik Moden ini. Kebanyakan para pelajar itu adalah dari Sabah dan Sarawak.
Tidak ramai sangat penonton hadir melihat persembahan tersebut, apatah lagi di universiti yang ramai pelajar bercirikan “Islamik”, sudah tentu program sebegini tidak mendapat sambutan yang hangat dari kalangan pelajar. Selalu muzik dipandang negatif orang yang menilai dengan pemikiran yang sempit. Tapi kekurangan penonton memberi suatu kebaikan bagi aku yang baru-baru belajar membuat persembahan sebegini, kerana ini membantu aku menenangkan diri untuk membuat persembahan nanti.
Bila tiba giliran band kami membuat persembahan, aku capai gitar yang disediakan. Keadaan gitar itu tidaklah begitu baik (biasalah barang studio yang digunakan oleh banyak tangan), tetapi bolehlah untuk aku yang masih merangkak dalam bidang muzik ini. Kami mulakan dengan lagu 60an seperti yang dirancangkan. Permainan kami agak baik walaupun ketika berada di atas pentas terasa sukar mengimbang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh band-mate aku yang lain. Biasa dengar bunyi dalam studio yang tertutup, semua bunyi jelas kami dengari. Tetapi di dalam dewan yang agak luas ini, bunyi tidak seperti dalam studio. Itulah pengalaman baru aku bagiku.
Kami meneruskan persembahan dengan lagu kedua seperti yang telah dirancang. Yang aku perasaan, vokalis kami agak kurang menyerlah pada persembahan itu. Mungkin dia mula terasa gugup menghadapi khalayak. Untuk lagu Suci, dia tidak mampu hendak capai part suara yang tinggi, walaupun masa praktis dia boleh lakukannya. Memang terasa terkilan sedikit apa yang berlaku, tapi kami teruskan menamatkan permainan dengan sebaik mungkin. Yang pentingnya kami belajar dan menilai kemampuan sendiri.
Setelah tamat semua persembahan, kami berkumpul. Pensyarah memberikan taklimat kepada para pelajar yang mengikut kursusnya untuk post mortem persembahan mereka. Dan dia tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kami yang memeriahkan persembahan walaupun kami tidak mengikuti kursus muzik tersebut. Bagiku, mengutip pengalaman begini adalah satu rahmat dari Tuhan. Bukan selalu peluang begini datang dalam hidup kita. Kelak jika aku mati, tidaklah rasa terkilan melepas peluang-peluang terbaik dalam hidupku.
Bila difikir-fikirkan, di sebalik sesuatu kekecewaan, Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik yang kita tidak terfikir tentangnya. Biarpun gagal membuat persembahan unplugged, aku berjaya membuat persembahan berplugged di samping mengenali lebih ramai rakan-rakan yang sama minatnya.

























Posted
on
Wednesday, August 6th, 2008 at 10:54 am under


abg sungguh terharu bila baca sekali layang..kerana kesuntukan masa..belum lagi betul2 menghayatinye…tntu lebih syhdu…tahniah bro kerana cekal dan tabah ..!
August 6th, 2008 at 11:50 amTerima kasih bro. Lama tak nampak bro online, termasuk kat LRO. Mungkin bro tengah bizi dengan tugas. Takpelah, dahululah tugas yang perlu didahulukan.
Semalam Allah temukan wa dengan brader2 Bloodshed. Kebetulan diorang jamming kat studio kat area wa ni. Macam mana Allah temukan wa dengan bro (walaupun di talian maya), macam tulah dengan diorang. Semuanya kerana kita mempunyai minat yang sama.
Respek kat diorang, walaupun dah otai, tetapi ramah dan layan kitorang yg baru merangkak2 ni. Diorang siap bakar semangat kitorang dalam muzik dan bagi kata2 perangsang. Syukur pada Allah temukan dengan otai2.
August 6th, 2008 at 12:19 pmbegitu lah insan seni yg sejati..tak mampu untuk meninggi diri..malah sentiasa merendah diri…seronok ye dapat jumpe dia orang..abg pun membesar di dalam band bersama lagu seri kandi cinta ku…!
August 6th, 2008 at 12:57 pmMaknanya bro muda sikitlah daripada diorang la kan?
Diorang siap ajak kitorang jamming sama semalam, tapi seganlah bro, tahap ilmu bagai langit dan bumi. Tapi kami berazam nak maju macam diorang juga. At least sementara hidup ini, nak buat sesuatu yang bermakna dan memberi kepuasan diri kan bro?
Semoga Allah perkenankan, sebab bila wa pikir, banyak perkara Allah tolong wa untuk bangkit dengan semangat muzik…jika Nabi Muhammad pernah bangkitkan umat baginda dengan puisi dan sastera, kita gunakan muzik untuk membangkitkan bangsa kita…
August 6th, 2008 at 2:31 pmbro ..abg ni ilmu agama pun kurang…bro tlg jelaskan pada abg..kata org muzik tu tak boleh..kalau boleh pun alat2 yg tak bertali jerr..abg ikhlas bertanya ni…!
August 6th, 2008 at 2:59 pmTidak semua orang berpendapat begitu bro. Malah di kalangan ulama ada pendapat yang bercanggah pasal hukum muzik. Ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan.
First kita kena faham, sesuatu yang Allah haramkan, ia mestilah jelas keharamannya. Maksudnya ia akan mengundang mudharat kepada diri manusia itu sendiri. Macam hukum haramnya arak. Bro pun tahu sebab kenapa kan? Dan dibangkitkan para Rasul adalah untuk menjelaskan sesuatu perkara.
Allah pernah menegur Nabi Muhammad apabila baginda mengharamkan makan madu demi mengikut kehendak hati isteri baginda. Sedangkan madu itu mengandungi kebaikan untuk kesihatan, bukan yang mudharat.
Begitu juga dengan muzik, tiada rasional mengatakan muzik itu haram. Lainlah kalau bro main muzik, akan membawa mudharat kepada diri bro. Muzik ini kita boleh analogikan seperti pisau. Pisau jika digunakan untuk kebaikan, maka baiklah natijahnya. Tetapi jika pisau digunakan untuk membunuh, adakah haram guna pisau, atau salah si pembunuh itu yang tidak menggunakan akal yang waras?
Gunakanlah muzik dengan akal yang waras. Bermaksud kita bermuzik untuk membangkitkan semangat perjuangan dalam hidup. Jika benar muzik suatu yang haram, sudah pasti dalam Al Quran ada menjelaskan. Tetapi adakah bro temui ayat yang dengan jelas dan nyata mengharamkan muzik?
Antara sebab ada ulama terdahulu mengharamkan muzik kerana dulu ia digunakan ke arah kemaksiatan. Jadi bukan sebab muzik itu haram, tetapi kerana salah guna muzik itu yang haram. Mentaliti masyarakat waktu itu bila bermuzik, mula lalai ingat Allah. Jadi kenapa kita tidak gunakan muzik untuk ajak manusia ingat Allah?
Pasal alat muzik bertali, di mana rasional haramnya tali itu? Kenapa pakai gendang boleh, pakai tali tidak boleh? Adakah tali itu membawa mudharat dalam kehidupan manusia sampai diklasifikasi begitu?
InsyaAllah, bila bro tahu yang agama adalah untuk memandu hati kita (sebab Allah nilai kita pada hati) ke arah kebaikan, bro akan boleh membezakan kata-kata orang yang bercakap pasal agama ikut rasa dan yang mana berkata ikut rasional akal. Ikut rasa badan binasa.
Hiduplah dengan berpandukan kewarasan akal. Jangan cepat mengikut sesuatu hukum yang kita tidak tahu apa hikmah atau rasionalnya. Allah tidak mengajar manusia itu menjadi tuli dan tidak berfikir.
Ada orang ikut sesuatu hukum atas alasan imam-imam terdahulu pernah mengatakan begitu, sedangkan dia tidak faham pun apa rasionalnya diharamkan sesuatu perkara. Bila ditanya kenapa sesuatu perkara itu diharamkan, mereka jawap “Entah! Sebab ulama dulu2 cakap begitu”. Sedangkan dia tidak berani bertanggungjawab yang ulama terdahulu pernah menghukum sebegitu. Jika yang dikatakan itu bukan dari ulama yang dimaksudkan, bukankah kita sudah memfitnah ulama tersebut?
Oleh itu, hendak hidup dengan selamat, jangan cepat ikut kata orang yang tiada rasionalnya. Allah sudah bagi akal kepada kita. Gunakan kewarasan akal dalam hidup kita, insyaAllah kita akan semakin yakin pada diri kita sendiri.
August 6th, 2008 at 4:14 pmalhamdulilah..syukur abg kerena di berikan seorang sahabat seperti bro…terima kasih ..terima kasih atas penjelasan tadi…!
August 6th, 2008 at 5:14 pmSama-sama bro…saya hanya sampai kebenaran yang jelas dan logik untuk difikirkan. Hendak terima atau tidak, kita semua ada pertimbangan akal masing-masing. Dan sesiapa yang mendustai kebenaran yang dicapai oleh akal masing-masing, merekalah yang rugi, sebab manusia yang tolak akal, secara logiknya dia akan menuruti nafsu.
Kita kena beragama ikut logik dan bukti yang nyata. Barulah hati kita jadi teguh dan kukuh. Allah cipta alam semesta ini dengan kukuh dan teguh. Ada bukti yang menunjukkan kejadian alam ini secara logik, bukannya secara magik. Sebab itu kita boleh belajar ilmu sains. Kalau Allah cipta alam ini secara magik, macam mana akal kita boleh sampai mengkaji ilmu2 sains tersebut, walhal ilmu2 ini tidak dikhabarkan lagi masa zaman Nabi Muhammad? Dan roket tidak wujud masa zaman baginda?
Jika bro menyanyi, bermain muzik dan mencipta lagu, yang kesannya membentuk jiwa yang tenang, damai dan bersemangat juang yang tinggi, bukankah ia memberikan kebaikan kepada diri bro sendiri? Ketenangan jiwa memudahkan manusia berfikiran waras. Kewarasan akal akan membawa hidup yang selamat. Dan hidup yang selamat itulah Islam.
Tetapi kalau bro dengar ceramah atas nama agama, yang kesannya membentuk jiwa yang kasar, kaku, bengis dan pemarah, bukankah itu memberikan keburukan kepada diri bro sendiri? Kepanasan hati akibat ego rasa diri lebih Islamik dari orang lain menyebabkan raut wajah manusia itu jadi cepat tua. Sedangkan ada dikatakan ahli-ahli syurga itu muda-muda.
Jadi bila kita sudah nampak nilai muzik sebenarnya selaras dengan ajaran Islam jika kita pandai menggunakannya, maka bermuziklah kita untuk mengembalikan ketenangan hidup agar kita sentiasa dimudakan biarpun usia meningkat.
Puji-pujian hanya bagi Allah. Masa berborak dengan brader Bloodshed semalam, diorang teka umur wa 21 tahun, walhal umur wa lebih kurang tua 10 tahun daripada itu. Dan brader Hamdan tu terkejut bila wa kata dan ade wife dan anak 2.
Bila Allah tunjuk semua ini kat wa, jadi semakin yakin dengan jalan yang wa tempuhi ini iaitu sejak wa berQuran sambil bermuzik. Jika Nabi Muhammad berQuran sambil bersyair dan berpuisi, sama sahaja dengan zaman kita yang manusia suka pada muzik. Jadi gunakanlah nikmat Allah ini untuk kebaikan diri kita sendiri.
Dan lagi satu, pedulikan kata orang yang tiada rasionalnya itu.
August 7th, 2008 at 6:01 am