Andai Aku pergi…
Sehari dua ni badanku rasa tak sedap. Asyik lenguh-lenguh dan sakit-sakit jer. Kekadang, kaki terasa lembik jer. Sindrom baru apa yang melekat ni…tak pasti aku. Tapi aku tetap teruskan harian dan rutinan macam biasa. Dengan Sofea yang suka bangun awal pagi, dengan Abang Yie yang tak bangun kalau tak pukul 9 ke atas.
Semua rutinan itu adalah penghibur bagi aku. Keletah anak-anak dan gelak tawa amat meredakan ketidakselesaan yang aku tanggung. Kekadang terfikir, andai ini adalah saat-saat terakhir aku bersama mereka, akanku abadikan saat terindah ini sebaik mungkin.
Kalau sebelum ni, aku suka layan Abang Yie dan Sofea berborak, kali ini, aku layan mereka dengan lebih dari sebelumnya. Bial Sofea bangun dari tidur, cepat-cepat aku peluk dan bawa dia borak. Dan sekarang ni, Sofea lebih banyak melekat atas dukung berbanding sebelum ini. Tapi dia seorang anak yang berdikari. Kehadiran seorang abang membuatkan seorang adik menjadi cepat matang.
Suami dan anak-anak adalah anugerah yang terbaik dan amat bermakna dalam hidupku. Mereka yang mengajar aku untuk jadi seorang isteri dan ibu, mengajar aku erti sabar. Merekalah yang sentiasa mengisi masa-masaku, sehinggakan tiada tersisip rasa sepi atau keseorangan walaupun dunia aku hanyalah sebuah rumah yang umpama istana bagiku ini.
Dikurniakan seorang suami yang memahami kehendak dan kemahuan seorang isteri, apa lagi yang aku mahu? Punyai anak yang comel dan sempurna, apa lagi yang aku inginkan? Allah telah sempurnakan hidup aku dengan kehadiran mereka. Tak bekerjaya bukan satu masalah bagiku. kerana apa yang ada di sekelilingku telah mencukupi untuk hari-hariku dan anak-anak.
Dipinjamkan seorang suami yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk keluarga, yang sanggup berkorban rasa dan perasaan…hanya rasa kufur yang membuatkan aku melupakan semua ini.
Melalui segala susah payah bersama, meredahi segala kesakitan tanpa meninggalkan. Berkongsi segala duka bersama membuatkan kau dan aku seperti satu. Pilumu adalah resahku dan sedihmu adalah tangisanku. Dan gelak tawamu adalah lagu yang menghiburkan dalam hidupku. Dan ternyata kau tak pernah meninggalkan aku walau apa kondisi yang melanda…kau tepati janjimu…terima kasih untuk seorang suami…
Tersenyum aku dengan permintaanmu, hanya engkau suamiku dunia dan akhirat…sekali lagi terima kasih dariku.
Segala rasa indah yang Allah kurniakan untuk tiap isteri, Dia telah izinkan aku mengecapinya. Segala rasa bahagia untuk seorang ibu, Dia telah izinkan aku merasainya. Syukur padaMu Ya Allah…
Bila terfikir soal mati…rasa sedih menyelinap dalam diri. Terasa sayang nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil dan suami tercinta. Terasa baru semalam aku bersama mereka. Terasa masih tak cukup lagi masa untuk bersama mereka. Kesian anak-anakku masih kecil lagi. Abang Yie baru nak masuk 4 tahun bulan November ni. Sofea pulak baru nak setahun bulan depan.
Demi “Sesungguhnya hidup dan matiku keranaNya”, aku serah segalanya pada yang Maha Mengetahui apa yang akan terjadi. Andai masaku tiba, aku serahkan padaNya kedua anakku itu. Kerana hanya Dia yang tau yang terbaik. Dia tak akan menzalimi hambaNya, kerana Dia penuh dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Untuk suamiku, nanti carilah ibu yang baik untuk anak-anak kita. Yang lebih baik dari aku. Yang lebih sempurna dan dapat menjaga permata hati kita ini.
Tapi aku tetap berdoa padaNya…agar dipanjangkan umurku untuk bersama mereka. Melihat mereka membesar. Namun, andai saat itu tiba…aku redha dengan ketentuanMu.
Semoga ketentua Ilahi akan bersama kita, dan Dia akan menemukan kita semua di sana nanti.
Syukurku atas sebuah kehidupan yang terlalu indah ini….


























Posted
on
Wednesday, August 6th, 2008 at 10:02 am under


Kita akan merasai saat kematian itu. Hanya bila dan bagaimana ia berlaku dalam pengetahuan Allah. Semoga kematian itu hadir seperti yang kita harap-harapkan. Mati dalam keadaan tenang dan puas, bukannya berputus asa akibat lalai mengingatiNya.
Capailah segala apa yang kita idamkan sedaya mungkin, kerana kita tidak tahu banyak mana lagi ruang waktu Allah sediakan untuk kita di dunia.
Ku syukuri nikmatMu kerana memberikan peluang kecapi saat-saat bahagia di dunia yang fana ini. Mengasah minat bersama sahabat, menemui insan-insan yang memberikan semangat dan bertemu otai-otai yang sama jiwa dan semangat juang denganku.
August 6th, 2008 at 3:51 pmya..Allah ampuni lah segala dosa2 ku…..!
August 7th, 2008 at 6:55 amInsyaAllah bro…sama-samalah kita bersihkan jiwa dengan membuat sebanyak mungkin kebaikan…kerana setiap kebaikan menghapuskan dosa-dosa terdahulu…sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengampun…
August 7th, 2008 at 7:04 am