Di Kala Perpisahan Itu…
Langkah itu semakin menghampiri
Saat yang telah ditetapkan pasti
Meninggalkan famili, sanak, handai dan taulan
Mengenal erti sebuah perpisahan
Di kala itu terlerailah satu seksaan
Saat yang tiada guna penyesalan
Pasrahlah diri menghadap Tuhan
Bakal dibalasi setiap perbuatan
Apa diharapkan jihad fisabilillah
Mengorbankan diri demi memuji Allah
Tiada mengenal kecewa mahu pun kalah
Teruskan berjuang biar seribu satu kesakitan
Perindahkan sisa hidup dengan cintaNya
Agar manusia mencari titik kedamaian
Biar seruan diragui tapi terus dirempuhi
Kerana masih ada insan yang bermata hati
Bisa kesakitan terus menjalari
Bagaikan perjuangan bakal terhenti
Untuk disambung generasi ke generasi
Agar alam terus bersinar cahaya Ilahi
Semoga mendapat keampunan Tuhan
Untuk insan yang hargai akal fikiran
Membeza erti kebenaran dan kebathilan
Berdasarkan rasional dan kelogikan
Salam kedamaian diucapkan
Untuk insan yang mencari Tuhan
Kuperhiasi diri dengan senyuman
Barangkali tiada lagi kesempatan…

























Posted
on
Friday, August 8th, 2008 at 4:38 am under


semakin menginsafkan diri…tak ada yang kekal disini, semuanya akan mati
August 8th, 2008 at 8:18 amSyukurilah kepada Allah yang melahirkan rasa insaf itu….tidak semua orang rasa insaf bila ingat mati…sebab itu manusia cuba lari dari kematian biar pun waktu itu semakin menghampiri…
Orang yang hidupnya lari dari kematian adalah orang yang tidak guna logik akal. Tetapi bila kita berfikir panjang, kita akan nampak bahawa kita memang kena tempuhi mati…
Bila datang kesedaran hendak mati, maka lakukanlah perubahan agar kematian itu bukan lagu suatu yang menakutkan, tetapi untuk kita cintai…
Mencintai sesuatu yang pasti kita dapat lebih menenangkan jiwa, dari berharap pada yang tak pasti…
August 8th, 2008 at 12:14 pm