Archive for September, 2008

27 Sep

Suasana Nak Raya…

Hari ni semua orang dah mula bercuti. Tapi husband saya still kerja lagi hari ni. Besok la jawabnya baru balik kampung. Tahun ni macam biasa lagi, raya kat kampung husband dulu, then baru balik Kelantan. Raya Haji baru kat Kelantan. Sebenarnya tak kisahlah kat mana-mana pun dulu, asal husband dan anak-anak tetap bersama. Tidak lekang […]

25 Sep

Akhir Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Kita dah melangkah ke akhir Ramadhan. Kejap jer rasanya. Pejam celik dah nak masuk Syawal dah.  Waktu sekarang semakin cepat. Kalau dulu, rasanya nak tunggu pukul 7 tu, lambat sangat.  Tapi sekarang, kejap jer. Tambahan lagi kalau masa kita terisi dengan sesuatu yang bermakna dan kita seronok melakukannya. Masa berlalu […]

12 Sep

Kembalilah Bersama Kidungmu…

Aku ingin kembali…
Moga tiada lagi kakiku kaku di sini
Moga tiada lagi senyumku hambar di sini
Moga tiada lagi senduku di ketika ini
Aku ingin kembali…
Mengayam rindu melerai resah
Mengungkai sendu merapi sayang
Menghambat duka melempar lara
Aku ingin kembali…
Meraih cinta yang sememang milikku
Menggenggam kasih yang menjadi milikku
Mendakap sayang yang pasti untukku
Aku ingin kembali…
Bawalah aku bersama
Bimbinglah aku ke sana
Sesungguhnya, sehari tanpa […]

12 Sep

Puasa = Kurus @ Gemuk?

Ramadhan dan Syawal, ia umpama isi dan kuku.  Selepas Ramadhan pagi Syawal akan muncul dengan indah. Tanda kegembiraan kerana telah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Selain Syawal, bila sebut Ramadhan juga, akan tergambarlah bazar Ramadhan yang penuh dengan gerai yang dikerumuni manusia. Di gerai itu terdapat pelbagai jenis makanan yang kekadang kita sendiri tak peernah […]

11 Sep

Apa Sudahnya…

Hati meruntun ingin berlari
Tapi kaki tetap melekat di sini
Jiwa gelisah ingin keluar
Namun jalannya seakan hambar
Merenung jauh ke hadapan
Apa sudahnya ceritera ini
Menganyam resah menggamit pilu
Hati menjauh jiwa merana
Mengalirlah semahumu
Seperti sungai yang berliku ke lautan
Terbanglah seinginmu
Seperti burung yang bebas di awanan
Demi jiwa yang masih di sini
Demi raga yang tersimpul mati
Selagi daya aku turuti
Sampai ketemu hujung yang pasti

 
[…]

10 Sep

Lambaian Syurgawi

Tersentak…
Terganggu lena pagi
Tergapai tangan seakan mencapai
Membuat aku terfikir kembali…

Dalam lena itu
Ku lihat….
Sebuah taman indah
Bercahaya penuh damai

Leka di dalamnya
Sedang hati tertanya
Tempat apakah ini
Inikah namanya syurga???
Seperti yang kudengar
seperti yang ku baca
Seperti yang ku fahami
Tak inginku lepaskan syurga itu
Andai telah dalam pelukanku
Tak inginku keluar darinya
Andai telah disinari cahayanya
Ya Allah…
Izinkan aku terus di sini…

 
Viewed 2388 times by […]

10 Sep

Kalam Agung

Malam hari dikelilingi kegelapan. Kiri dan kana suasana gelap gelita. Pandangan mata terhalang. Gerakan terbatas. Teraba-raba di dalam gelap. Kalau ada tongkat pun, kelentang kelentung bunyinya kerana terlanggar benda lain. Ternyata kepekatan malam tanpa cahaya amat meresahkan. Fizikal terhalang dan mental kerisauan.
Dan tiba-tiba datang satu lintasan cahaya dan singgah di depan. Menerangi sekeliling, menampakkan yang […]

09 Sep

Mungkin…

Mungkin kerana salah sendiri
Tetiba aku rasa kau semakin jauh
Ingin ku gapai hatimu kembali
Bersama seribu keampunan
 
Mungkin kerana dosa sendiri
Aku rasa kian bersalah
Ternyata dosa itu masih memburu
Sedang dikau tenang di sana
 
Kekadang…
Hati teringin untuk dipujuk
Hati teruja untuk ditenangkan
Hati merayu untuk dijelaskan…
 
Ingin ku hibur hatimu
Namun mengapa terasa canggung
Adakah rasaku sendiri??
Ya Allah…ampunkan aku…

Viewed 2320 times by 753 viewers

09 Sep

Aku Vs Bahasa Arab

Teringat dulu,selepas UPSR, arwah abahku mengajak aku mengisi borang untuk kemasukan ke Sekolah Agama Arab. Sekolah tradisi keluargaku. Semua kakak dan abangku, di situlah tempat mereka menuntut ilmu.
Mulanya hatiku agak jengkel. Niat hati nak masuk MRSM. Aku dapat keputusan yang membanggakan, tapi ke sekolah tepi rumah juga tempatku. Teringin juga nak ke sekolah yang jauh-jauh […]

09 Sep

Ku Mohon…

Pagi nan indah…
Ternyata ada hati yang terguris
Ada air mata yang mengalir
Kerana kata bertingkah laku
Bukan niat menambah derita
Bukan ingin merobek rasa
Hati bertingkah meluluh rasa
Diri berlalu mengikut rasa
Ya Allah…
Syukur petunjukMu menghampiri
Menyedar dalam tangis
Mengejut dalam rasa
Menerkam segenap minda
Ya Allah…
Ampunkan kelantanganku
Ampunkan tingkah jelekku
Aku ini masih teraba…
Sering terjerumus lalu terjatuh
PetunjukMu ku selarikan dalam diri
HidayahMu ku sematkan dalam hati
Lempar ego […]