Akhir Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Kita dah melangkah ke akhir Ramadhan. Kejap jer rasanya. Pejam celik dah nak masuk Syawal dah. Waktu sekarang semakin cepat. Kalau dulu, rasanya nak tunggu pukul 7 tu, lambat sangat. Tapi sekarang, kejap jer. Tambahan lagi kalau masa kita terisi dengan sesuatu yang bermakna dan kita seronok melakukannya. Masa berlalu pun kita tak sedar.
Pagi ni, syukur sangat server blog dah ok. Dah hampir smeinggu jugak server down. Walaupun ada banyak jugak posting yang sebelum ni dah ghaib entah ke mana. Tapi syukur, sebab ada buat back up blog. Allah sentiasa membantu dan Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bila kita yakin dan sentiasa bersangka baik dengannya, Allaha kan kurniakan RahmatNya kepada kita. Dia tak pandang rupa, tak pandang harta, tapi sekeping hati yang tulus ikhlas menjadi penialaiannya.
Sekarang ni sejak anak dah 2, masa terasa cepat jer berlalu. Diorang biasa bangun dalam pukul 9 atau 10 pagi. Sejak bulan Ramadhan ni, Sofea selalu bangun sahur. Pukul 5 pagi dah tersengeh-sengeh datang ke dapur. Dia tidur depan tv, kat ruang tamu. Bila lampu nyala, dia pun sedar la. Sejak pandai berjalan ni, panjang benar langkahnya. Asyik ke toilet jer kerjanya. Dan grill tu, pantang terbuka. Sure dia dah melangkah ke luar. Pagar depan memang kena make sure locked.
Kalau diorang dah bangun, nak ibu ada kat depan dengan diorang je la. Jawabnya, terpaksalah aku off kan pc ni dan ngadap diorang kat depan. Kalau tak, asyik keluar masuk bilik pc ni je la kerjanya. Abang Yie pun sama…
Pagi tadi, untuk kali pertamanya Abang Yie bangun sahur. Siap makan lagi. Kebetulan pagi tadi aku masak nasi goreng kampung. Favourite dia la tu…agak banyak jugak dia makan. Lepas tu dia sambung tidur balik. Si adik pulak, sejak pukul 3 pagi lagi dah bangun. Then, sambung tido balik dalam pukul 5 tu. Tak sempat sahur.
Ramadhan ni, terasa begitu bermakna sekali dalam hidupku. Bertambah berseri dan bermakna dengan kehadiran 2 orang insan kecil yang sentiasa menceriakan hariku. Bersama cahaya Al-Quran yang terus dan semoga tetap bersemi dalam dadaku. Bersama perjuangan untuk mencapai erti hidup yang sebenar bersama suami tercinta. Kehidupan makin bererti dan bermakna bila kita tau apa yang kita nak buat dan apa yang kita nak capai dalam hidup ini. Kehidupan makin berseri bila kita selalu memikirkan tentangNya dan selalu mengkaji dan mendalami KalamNya. Terasa Dia sentiasa bersama kita.
Seringkali digambarkan Allah itu berada jauh di atas langit. Bersemayan di atas ArasyNya nun jauh di atas sana. Pada hal Dia sentiasa dekat dan selalu bersama kita. Gambaran yang seperti itu seakan Allah tu seperti seorang raja yang duduk relaks memerhatikan sekalian rakyatnya. Amat jauh dari kita. Sedangkan Dia sentiasa dekat dan bersama kita. Sentiasa membantu bila kita kesusahan, sentiasa mendengar bila kita meminta, sentiasa melihat pergerakan kita. Dia tidak pernah tidur. Kerana tidur itu adalah sifat makhluk ciptaanNya.
Dengan akal yang sihat dan waras, kita akan dapat mengenali diri dan seterusNya mengenali Pencipta kita ini. Dengan melihat, memerhati dan meneroka segala ciptaanNya, ia akan makin mendekatkan kita padaNya. Matahari, bulan, bintang, gunung-ganang, tumbuhan, segala macam haiwan, dan segala jenis kejadian membawa kita kepadaNya.
Keheningan dan kedinginan malam makin mendekatkan padaNya. Bersama udara bersih yang menyegarkan dan simbahan air ke beberapa anggota membuka mata yang malas terbuka. Penyerahan diri padaNya membuatkan kita semakin terasa Dia begitu hampir dan mendengar setiap ratap tangis dan rayuan kita.
Ramadhan ini juga memberi penghayatan yang indah bagiku. Perkara pertama yang aku dapat lihat adalah dari segi nafsu makan. Kalau sebelum ni, nak makan ikut selera yang sedap sahaja. Tapi kali ni, aku dan family makan ikut keperluan dan gizi yang seimbang. Sekali sekala berkunjung ke pasar Ramadhan, tak ada lagi bermacam jenis kuih dan lauk pauk yang diborong. Cukup la sekadar yang perlu. Sebab aku tau, dari pengalaman lepas, segala kuih muih yang banyak tu sudahnya akan ke dalam tong sampah jugak.
Suami pun turut membantu aku dalam bab untuk elakkan pembaziran ni. Kalau aku leka atau lalai…dia akan ingatkan dan nasihatkan dengan cara yang baik. Terima kasih abang… Sentiasalah membantu dan mendidik diriku ini
Seingat aku, sejak puasa ni, baru 2 ekor aku beli ayam. Azam kami untuk kurangkan makanan berlemak dan lebihkan makanan berprotein seperti ikan dan banyakkan makan sayur.
Dalam minggu ni, aku dan adik aku dok buat biskut raya sesikit. Kami family besar. Nak beli, agak besar juga belanjanya tu. Sudahnya beli bahan-bahan dan buat sendiri. Oven dan mixer dah ada. Cuma kerajinan sahaja. Seronok jugak…anak-anak pun suka membantu. Bantu menyelerakkan…
So far dah siap dalam 4 jenis. Tart nenas, Cornflake Bermadu, Dates dan Almond London. Dates tu resepi sendiri. Kisahnya, kakak ipar adik aku ada bawa balik biskut dari Sudan. Bila dimakan sedap la pulak. Tambahan lagi ingredient dia pun penuh berkhasiat dan baik untuk otak iaitu kurma, badam dan coklat. So, apa lagi…aku dan adik mula la mencipta resepi sendiri. Bila dimakan…wah sedap juga. Abang pun suka… tu yang bertambah seronok tu… Syukur…yang penting kita ada daya usaha untuk mencuba dan mereka cipta. Tak semestinya sama seperti yang asal, yang penting kita kreatif dan ada semangat untuk mencuba. Asyik beli yang orang punya jer, bila nak ada hasil dari orang kita pulak kan?
Minggu lepas adik ipar aku gi beli tart nenas. Satu balang dah RM23. Banyak balang juga dia beli. Tapi lepas makan yang kitorang buat, dia berkerut. Sebab rasa seakan nak sama. Sedangkan modal aku untuk buat tu hanya dalam RM15 jer. Itu pun dapat dalam 3,4 balang kecil yang sama dengan yang dia beli tu. Kalau ada masa, buat sendiri lebih memuaskan dari main order jer kan. Tapi kalau dah terpaksa…apa nak buat kan… Cakap pasal masa, mana pernah nak cukup kalau kita tak pandai arrange kan…
Kekadang orang kita ni, lebih berbangga kalau barang beli. Lagi pula kalau mahal harganya dan ada brand pulak..lagi seronok bercerita. Kekadang malu nak cakap buat sendiri, takut orang kata budget sangat la pulak. Walaupun tak semua macam tu, tapi ada yang jenis macam tu.
Sebenarnya sikap bangga diri dan menunjuk macam ni memudaratkan diri kita sendiri. Kita pulun dan berhabis untuk persediaan raya. Tukar langsir baru, perabot baru, baju baru berpasang-pasang, kasut baru…adat kata semua benda nak baru. Sudahnya lepas raya, duit makin susut. Mula la bermasalah sana sini. Meminjam sana sini. Kesan dari terlalu nak tunjuk hebat untuk sesebuah perayaan. Sedangkan Allah sendiri tak suka kepada pembaziran dan terlalu berlebihan atau melampau dalam membuat sesuatu walaupun dalam beribadah.
Macam mana pengertian dan pengahayatan sebenar Ramadhan nak sampai kalau kita masih dengan sikap, cara dan tabiat lama? Apakah hanya menahan lapar dan dahaga sahaja kita rasa dah cukup untuk erti sebuah puasa? Tepuk dada tanya akal. Allah kurniakan akal kepada kita semua. Jangan disempitkan fungsi dan pengguanaannya kepada perkara tertentu sahaja.
Hm…panjang jugak yer. Lepas gian selepas hampir seminggu server down.

























Posted
on
Thursday, September 25th, 2008 at 9:01 am under


Ramadhan telah pun pergi meninggalkan kita. Bulan Bonus inilah yang sering kita nanti-nantikan. Kehadirannya membawa seribu erti dalam kehidupan setiap ummat Islam. Namun… setelah pemergiannya, berapakah jumlah daripada kita yang menangis dan merinduinya? Apakah kita tergolong dalam insan yang menyintai bulan yang penuh dengan barakah ini? Dan mungkinkah kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan seterusnya setelah setahun ia meninggalkan kita? Mudah-mudahan diperlambatkan ajal maut kita dan insya-ALLAH dapatlah kita bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Aameen.
Cerita sis adila cukup menarik. Terkesan di hati pada sesiapa yang membaca. Insya-ALLAH. Teruskan karyamu yer sis. Kerana di sini ada yang setia membaca tulisanmu yang penuh erti ini. Sering-seringlah memberi kami secebis nasihat yang bernas. (:
*~* I do really miss you *~*
October 13th, 2008 at 7:08 amTerima kasih Abeen. segalanya dari Dia Yang Maha Pemurah.
Insya Allah selagi ada daya dan upaya, tangan ini akan terus setia mengetuk keyboard ni…
October 17th, 2008 at 12:16 pm