27 Sep

Suasana Nak Raya…

Hari ni semua orang dah mula bercuti. Tapi husband saya still kerja lagi hari ni. Besok la jawabnya baru balik kampung. Tahun ni macam biasa lagi, raya kat kampung husband dulu, then baru balik Kelantan. Raya Haji baru kat Kelantan. Sebenarnya tak kisahlah kat mana-mana pun dulu, asal husband dan anak-anak tetap bersama. Tidak lekang dan berpisah walau sehari pun. Itu yang penting. Tetap bersama walau ke mana sahaja.

Ramadhan semakin mendekati penghujungnya dan kemeriahan Syawal mula terasa. Semalam abang saya yang kat Putrajaya dan kakak yang kat Johor pun dah bertolak ke Kelantan. Mungkin dah sampai ni. Adik saya pulak pilih nak balik Ahad. Mertua dia kat sini jer. Spend masa dengan mertua dulu. Lagi pun nak lari dari jalan jammed katanya. Ramai jugak yang amik keputusan nak balik Ahad rupanya. Kuasa Allah tidak terbatas. Dia berkuasa untuk memberi ilham kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Anak saya baru nak masuk 4 tahun. Kalau tiba musim raya, apa yang dia tau nak main bunga api je la…saya ada simpan bunga api yang tahun lepas. Ok lagi. Seronok dia main. Sofea pun bukan main lagi. Kat kawasan taman saya ni, kalau musim raya tak kisah la raya apa, bunyi mercun..bukan setakat kita yang terkejut, tapi dengan kereta sekali. Kesian pulak kat tuan punya kereta tu. Dok pegang remote je kot kerjanya. :)

Kekadang kita suka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Apa kesannya pada orang lain. Apa akibatnya pada diri sendiri. Yang main mercun tu pun bukan budak umur 5 atau 6 tahun. Mostly yang dah akil baligh dah. Yang dah dapat berfikir dengan waras. Tapi bila nafsu mengatasi akal, itulah jadinya. Main redah jer tanpa berfikir kesan di sebalik tindakan tu.

Semalam saya sempat jalan kat taman ni. Kelihatan di tepi-tepi tong sampah sudah ada perabot lama yang sudah dibuang digantikan dengan yang baru. Tinggal lori sampah angkut jer…dan tak kurang juga ada lori perabot yang datang hantar perabot baru. Persediaan raya la tu…

Nampaknya mentaliti orang kita masih sama macam dulu. Kalau raya menjelma, semua benda kena baru. Dari diri sendiri, sampailah kepada peralatan rumah.

Kebiasaan yang kita dengar, lepas raya ramai yang kekeringan. Poket dah kering sebab berhabisan untuk raya. Gaji pulak dapat awal. Beli belah tak ingat la…

Tapi sampai bila kita nak hidup dengan cara yang sama sebegini. Sampai bila kita nak dibelenggu dengan masalah kewangan selepas raya berlalu. Masa raya seronok la…tapi selepas tu mula la pening kepala. Bagi yang bergaji besar dan berharta, ini bukanlah satu masalah bagi mereka. Tapi sedarkah mereka, yang tindakan mereka itu juga boleh mengundang kesusahan kepada jiran tetangga yang tak berapa nak kaya tu… Adat manusia, bila tengok orang lain ada, kita pun nak ada juga…ditambah lagi dengan hati yang berpenyakit, lagi-lagi la teringin nak ada.

Tengok jiran beli perabot baru, mula la hati rasa bergelora. Tak tenang. ‘Ish… tak boleh jadi ni. Aku pun kena beli perabot baru gak…”

Ditambah pula dengan sikap isteri yang dikipas laju dek syaitan. “Abang, kita pun kena tukar perabot baru la. Tengok Si Tipah tu, dia dah beli sofa baru untuk raya. Saya pun nak jugak la bang…malu la kalau orang datang nanti kalau masih dengan sofa lama jer. “

Dan si suami yang dah teruja tadi pun, apa lagi. Nak beli cash, tak mampu. Pergi Court Mammoth la jawabnya. Bayar bulan-bulan. Ok la…padahal dia tak ingat, yang semua perabot dan kelengkapan rumah yang ada tak habis berbayar lagi. Sebab bayar bulan-bulan la…tak ingat atau buat-buat tak ingat?

Sampai bila kita nak hidup dengan berfikiran macam ni? Macam mana kita nak hidup aman dan tenang kalau tak boleh tengok orang lain lebih dari kita. Mula la rasa dengki dan rasa nak bersaing. Ke mana fungsi akal yang Allah anugerahkan itu? Adakah kita gunakan semata untuk memikirkan perhiasan dunia sahaja tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku selepasnya?

Berfikirlah. Apa tujuan dan erti hidup ini? Adakah untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah sesama sendiri. Bukankah itu perbuatan yang Allah tak suka? Kita tau itu silap, tapi kenapa kita masih lena dan leka dalam kesilapan itu. Kenapa kita tak berusaha untuk memperbetulkannya? Sedangkan hidup kita ini perlu lebih baik dari semalam.

Gunakan nikmat akal anugerah Allah ini. Semoga Ramadhan ini dapat melahirkan satu rasa teruja untuk melakukan perubahan dalam diri kita. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Sama-sama kita berusaha. Insya Allah.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

2 Responses to “Suasana Nak Raya…”

  1. zool Says:

    Ukur baju badan sendiri..
    Kalau ukur badan orang lain susahlah

  2. Adila Says:

    ye zool…kalau pun badan tu nampak sama saiz pun, belum tentu sama jugak.

    kKemampuan kita..hanya kita yang tahu.

Leave a Reply