06 Sep

Stream Of Consciousness

Sejak tamat persembahan untuk majlis perpisahan tempoh hari, kini aku mula menumpukan latihan muzikku dengan mendengar lagu-lagu dari kumpulan Dream Theater. Semuanya gara-gara bassist band kami yang mengajar kami mendengar lagu-lagu sebegini.

Sesuai dengan judul album untuk lagu ini iaitu Train of Thought, maka aku berminat untuk melayan lagu-lagu “seganas” ini bagi melatih otakku bekerja. Ganasnya lagu ini bukan sebab bunyi bisingnya, tetapi dari segi teknikal muzik yang dibawa oleh kumpulan ini.

Selalu ku terfikir, macam mana orang Barat boleh mencapai tahap bijak begini, sampai boleh buat lagu-lagu yang bijak, ada elemen semangat dan penuh dengan teknikal. Seolah-olah mereka mempunyai ruh yang kuat. Kenapa tidak kepada umat Islam, walhal sama-sama kita ada otak? Adakah kerana otak umat Islam tidak bergerak lagi, akibat belenggu-belenggu yang dipasang atas nama agama, sehingga lahirlah generasi yang lemah semangat dan tidak tahu mencipta?

Walaupun lagu ini hanyalah instrumental, tetap bagiku ia mempunyai jalan ceritanya tersendiri. Ada unsur epic dan perjuangan. Secara mudah, lagu ni mengisahkan sebuah perjuangan untuk membuktikan keupayaan diri. Intro lagu ini menceritakan permulaan perjuangan. Mengorak langkah dengan hikmah dan sabar. Mengumpulkan kekuatan mental dan fizikal. Di pertengahan lagu ini, bermula peperangan. Berjuangan dengan penuh kesungguhan, untuk membuktikan keyakinan pada diri sendiri, bukannya bergantung atas nama orang lain. Yakin diri yang kita adalah insan, bukannya binatang ternak.

Adat perjuangan, ada yang dihidupkan dan ada yang dimatikan. Tetapi setiap yang melangkah untuk berjuang tetaplah golongan yang menang. Dalam lagu ini, di bahagian hujungnya agak syahdu kerana pejuang itu telah terkorban dalam peperangan. Namun namanya tetap terpahat sebagai seorang pejuang. Semangatnya terus diwarisi oleh generasi seterusnya agar hidup sentiasa dalam perjuangan. Dengan semangat yang terus diwarisi, akan bangkitlah umat itu untuk menjadi umat yang bijak berfikir, seperti yang dicapai oleh orang Barat. Itulah erti hidup kita sebagai insan, untuk melawan keraguan bisikan syaitan yang menyebabkan kita jadi malas berfikir.

Bila manusia itu hidup secara malas berfikir dan mengkaji, kerjanya hanya tahu menghukum orang. Maka wujudlah puak-puak dalam umat sehingga berlaku perpecahan. Sebab itulah kita umat Islam sekarang jadi lemah dan tiada semangat. Bila ditimpa kesusahan, hanya tahu menyalahkan pemimpin sendiri. Bukannya hendak hidup secara bijak mencari jalan keluar daripada setiap permasalahan hidup. Sekadar manis di bibir mengaku beriman kepada Allah Maha Bijaksana, tetapi tidak mahu berfikir dan mengkaji agar jadi bijak. Maka tertipulah mereka sebab mengatakan akal manusia terbatas, sehingga Al Quran tidak dikaji guna akal dan rasional lagi. Jadilah seumpama keldai yang membawa kitab-kitab.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

2 Responses to “Stream Of Consciousness”

  1. Adila Says:

    Saya dah dengar…memang semangat giler lagu ni…bila dengar lagu ni dada kita pun turut berdegup kencang kerana muziknya yang menggambarkan semangat perjuangan yang berterusan yang hanya mati yang memisahkan…

    walau hanya instrumental, tapi kalau kita hayati kita seakan tau apa mesej yang mereka bawa…seakan kita turut sama berperang bersamanya…seakan terdengar lirik lagu yang tak ada tu :)

    terlalu variety…tak banyak yang sebegini. Bawa muzik teknikal gini. Seingat saya dulu ada la
    Metalica…

    dah la tu dapat perform hampir 11 minit nonstop…

    kagum tengok kebodis dia…tangan dia macam dah diset nak tekan yang mana…seronok.

    Gitaris dia pun…nanti kerasma kena la study lebih lagi…buktikan yang orang kita juga boleh. Gamatkan performance yang seterusnya dengan lagu-lagu ala-ala DT pulak…. ;)

  2. Kerasma Says:

    Ya, memang kena gandakan usaha. Tambahan pula di bulan puasa, kenalah lebih bersemangat. Nabi Muhammad sampai menerima ilham yang logik dan benar (Quran) sebab pada bulan ini baginda gandakan semangat dan kesungguhan untuk berfikir. Dengan kata lain, pada bulan puasa inilah kita lebihkan otak bekerja.

    Namun kini orang Islam sebab sudah tidak nampak kepentingan berfikir, maka kita anggap pada bulan ini kena buat ibadah ritual sebanyak mungkin, sedangkan tetap dalam ketulian. Bila hidup dalam ketulian, semangat akan hilang. Hidup rasa tak bermakna.

    Tetapi bila kita hidup menggandakan semangat untuk membuat sesuatu yang kita rasa mustahil, tetapi logik boleh dilakukan, kita akan rasa satu kepuasan bila berjaya lakukan. Sebab itu kita tengok bangsa yang kuat daya fikirnya mampu melakukan macam-macam yang mencabar minda.

    Kemajuan perlu dilihat dari segi semangat dan kesungguhan, bukannya pada perhiasan zahir. Orang kita nak nampak maju, sekadar bermewah-mewahan dengan perhiasan zahir, tetapi semua itu hanya dibeli dari bangsa yang kuat berfikir.

    Melangkah untuk mencuba sesuatu yang memerlukan semangat itu sudah satu kemenangan bagi seorang perjuang. Berjaya capai atau tidak itu dalam Kekuasaan Allah.

Leave a Reply