12 Sep

Jangan Kau Bersedih Lagi

Sayang,
Jangan kau bersedih lagi
Dunia bagai hilang serinya tanpa keceriaanmu
Perjuangan memerlukan ketabahan
Teruskan mengkaji dengan upayamu

Sayang,
Jangan kau hiasi wajahmu dengan kedukaan
Seindah mana alam menjadi pudar tanpa tawamu
Hidup ini memang untuk diuji
Susah atau senang kita harus tempuhi

Sayang,
Ketahuilah betapa bersyukurnya aku memilikimu
Srikandi yang setia berjuang bersama
Melawan segala penyakit hati dan keraguan
Untuk membuktikan kebenaran risalah Tuhan

Sayang,
Ketahuilah aku berbangga dengan dirimu
Biarpun diuji sebegini, engkau tetap setia di sisi
Terbukti cinta yang kau ucapkan selama ini
Untuk menjadi bekal ku bawa ke mati

Sayang,
Kita merancang bersama mencipta bahagia
Walaupun yang kita harapkan tidak menjadi
Namun, percayalah kita tidak akan menyesal
Kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba

Sayang,
Jika aku dipanggil kembali
Semua ketetapan itu tidak mampu didustai
Seperti apa yang telah Allah tentukan selama ini
Seperti yang terjadi telah pada insan sebelumku

Sayang,
Mungkin sudah menjadi destiny ku
Yang menjadi destinasi titian hidupku
Berjihad dalam cinta sebegini
Dan mati dalam cinta sebegini

Sayang,
Bersemangatlah untuk terus berfikir dan mengkaji
Mengenali Allah melalui dalam diri
Agar wadah perjuangan disambung oleh zuriat kita
Agar sia-sia hidupku diceria oleh serimu

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

9 Responses to “Jangan Kau Bersedih Lagi”

  1. AtanAryan Says:

    salam bro..ini mesti nya buat isteri yg tersayang ye bro…?

  2. Kerasma Says:

    Hehe…betul tekaan bro tu… :)

  3. AtanAryan Says:

    sebagai seorang suami yg di amanahkan ,jangan sesekali kita membuatkan dia bersedih hati…!

  4. Kerasma Says:

    Terima kasih bro atas nasihat bro tu sebagai orang yang dah lama makan asam garam rumahtangga…dengan puisi ni dia dah ceria kembali… :)

    Err kena OT ker bulan2 puasa ni?

  5. AtanAryan Says:

    yer bro..abg selesai kerja malam tadi jam 2 pagi…ni jam 6 pagi dah tercongok balik di tempat kerja…! kehidupan bro,,,makan utk kerja ke kerja utk makan?

  6. AtanAryan Says:

    dalam rangkap ketiga bro kata..
    sayang betapa bersyukur nya aku memiliki mu…
    satu pertanyaan dari abg..seblum bro memiliki nya bro menghadapi saingan tak? andai ada, maka amanah itu terletak di bahu mu bro utk membahagiakan nya…!

  7. Kerasma Says:

    Mak aii bro. Kerja sampai 2 pagi? Berapa jam bro tido? Ofis bro jauh ker dari rumah ke? Takpelah, sudah amanah bro tu. Redha dengan ketetapan Allah, dan berusaha supaya tak selalu kena balik pagi. Kasihan kat badan bro tu. Kurang tido.

    Dulu masa wa baru-baru kerja, selalu jugak wa kena OT sampai ke pagi macam bro tu. Tapi sejak kahwin, wa cuba seboleh mungkin nak bahagikan masa untuk famili dengan balik awal. Wa takut umur wa tak panjang, sedangkan masa dengan anak isteri kurang.

    Alhamdulillah, Allah beri kelapangan masa untuk wa buat masa ni. Sebab itu masa yang Allah lapangkan ini wa nak gunakan untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat dan bersemangat untuk membalas apa yang Allah berikan.

    Pasal wife wa tu, mula-mula kenal dia, memanglah tau dia ada peminat. Terasa persaingan gak. Lagi pun pengalaman kegagalan lalu membuatkan wa risau berulang kembali. Tetapi lepas wa lihat cinta wife (masa dia jadi awek lagi) wa tu kuat untuk wa, hati wa pun yakin dengan kejujuran dia, sampaikan kami disatukan.

    Sebab itu, walaupun diuji, wa tetap bersama dengan dia. Sebab bagi wa, cinta itu untuk dimiliki, bukan dibuang bila tidak perlu. Ia umpama permata yang akan menemani kita di akhirat kelak. Isteri-isteri inilah yang menjadi bidadari-bidadari kita di syurga nanti. Sebab itu sejak atas dunia ini kita kena berlatih jadi ahli syurga dan isteri-isteri kita itu jadi bidadari-bidadarinya.

    Terima kasih sekali lagi bro, kerana sudi mengingatkan insan yang khilaf seperti wa ini…

  8. AtanAryan Says:

    sama2 bro….

  9. Adila Says:

    Kita manusia tak pernah lepas dari kesilapan…apa yang terjadi adalah satu pengajaran yang terindah untuk kita semua. Bukan untuk di kesali tetapi untuk diambil iktibar daripadanya…

    Sure wife Kerasma dah tersenyum mendapat puisi ni kan…hati perempuan…kalau kena caranya cepatlah dia tersenyum.

    Mungkin ada sebab yang tersendiri yang menyebabkan dia bermuram durja tu…

    Anyway, tahniah kerana telah berjaya mendamaikan hatinya dnegan puisi ini…

Leave a Reply