31 Oct
Pagi ni, bila bangun dari tidur, perut terasa pedih sikit. Mungkin minta diisi. Orang kat dalam dah minta makanan. Malam tadi makan biskut empat segi ngan air milo. Abang Yie suka makan biskut tu cicah air milo. Oya pulak, sibuk dok usung kurma ke sana ke mari. Rasanya dalam 4 biji juga kurma dia makan […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
2 Comments
30 Oct
Hari ini, pagi-pagi lagi Allah dah uji dengan satu ujian… dan sememangnya ujian Allah itu tak kira tempat atau masa. Masa kita tidur, masa kita jaga…Allah Maha Berkuasa. Kerana sifat tidur hanyalah sifat makhluk ciptaanNya, sedangkan Dia bebas dari segala sifat yang menyerupai makhluk ciptaanNya itu.
Setiap hari aku pakai pc husbund aku ni, (memang aku […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
4 Comments
29 Oct
Antara kita jarang terlafaz cinta
Walau hakikat ada cinta antara kita
Bagimu cinta bukan sekadar kata-kata
Tapi dari perlakuan bukti sebuah cinta
Caramu kuterima cinta terpatri
Menjalin rasa mengukuh ikatan
Sedar cinta ini bermula dari diriku
Segala dihadapan aku hadapi
Dalam tenang mengalun cinta
Aku menggalas sebuah perjuangan
Menentang segala rasa menongkah arus
Biar terkadang bagai berliku
Aku terima logik diberi
Aku mengerti perjuangan digalas
Menerima seseorang antara kita
Berkongsia […]
Posted in Puisi by: Adila
7 Comments
29 Oct
Salam perjuangan untuk semua…
Semalam hati ini rasa tak keruan sikit. Serba tak kena. Rasa macam-macam ada. Rasa bersalah, rasa kesian dan macam-macam.
Setelah memberi satu pendapat yang bukan paksaan, tak ku sangka apa yang aku terima adalah satu kesedihan. Niat pendapat diberi adalah untuk membantu orang yang memerlukan dalam kesukaran. Tapi bila pendapat yang aku berikan […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
3 Comments
24 Oct
Ciptaan Allah tiada yang tidak sempurna. Setiap satu tercipta dengan halus dan teliti dan tak dapat dikritik lagi. Seramai mana pakar di dunia ini bergabung untuk meniru ciptaan Allah, tidak pernah ada khabar yang berjaya. Hatta untuk meniru untuk mencipta seekor lalat. Serangga kecil yang terbang ke sana-kemari. Mampukah ditiru sepenuhnya? Dan sudah pasti jawapan […]
Posted in Aku Dan Alam by: Adila
2 Comments
23 Oct
Sehari dua ni Abang Yie dah kembali aktif depan pc. Kadang-kadang berebut dengan ibu dia. Kalau husband saya pakai pc dia, danAbang Yie dah mula on pc dia jugak, jawabnya melangut la si ibu. Nasib baik ada Oya si peneman. kalauOya tidur, alamatnya ibu terpaksalah cari kerja lain. Lipat kain ke, buat-buat mengemas ke, apa […]
Posted in Cerita Aku by: Adila
No Comments
23 Oct
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan (Al-Ikhlas, 3)
Allah itu Tuhan yang satu dan Maha Esa. Kalau Allah itu beranak dan diperanakkan, apa bezanya dengan makhluk ciptaanNya? Jika Allah itu beranak dan diperanakkan, sudah pasti zuriat dan keturunannya dan berduyun-duyun dah.
Apa gunanya diciptakan kita semua kalau Allah itu sendiri beranak dan diperanakkan. Lebih baik […]
Posted in Pengakuan by: Adila
2 Comments
22 Oct
“Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (Al-Ikhlas, 2)
Allah adalah tempat segala makhluk meletakkan pergantungan sepenuhnya. Bukan bersandarkan pada makhluk lain yang tak lain tak bukan merupakan ciptaanNya juga.
Dalam usaha untuk mendekatiNya dan mendapatkan cintaNya, tiada satu pun yang dapat menolong kita kecuali Allah yang Satu. Kita boleh berguru dan mendapatkan tunjuk ajar daripada […]
Posted in Pengakuan by: Adila
2 Comments
21 Oct
Berkatalah benar walaupun pahit.
Berkatalah benar walau kawan bertukar menjadi lawan.
Berkatalah benar walau saudara bertukar menjadi musuh.
Berkatalah benar walau diri jadi taruhan.
Berkatalah benar walau kepentingan tergadai.
Berkatalah benar walau nyawa di hujung pedang.
Berkatalah benar walau pedih dan luka menghiris
Berkatalah benar walau kemenangan jauh di hadapan.
Berkata benar memang senang untuk diungkapkan. Tapi ia sesuatu […]
Posted in Pengakuan by: Adila
2 Comments
20 Oct
Seronok tengok anak-anak tidur dengan lena. Rasa tenang dan kasih tertumpah sepenuhnya pada mereka berdua. Malam tadi mereka susah nak tidur sikit. Berebut nak ibu…
Sejak dua menjak ni Abang Yie dan Oya macam tak nak berpisah dari ibu jer. Pantang ibu bangun nak ke dapur atau nak ke mana-mana, mula la si adik merengek dan […]
Posted in Rehat Sejenak by: Adila
No Comments