09 Oct

Syawal Dan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua….

Ramadhan dah berlalu…semua perantau yang balik ke kampung dah kembali menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Namun, suasana raya masih terasa dengan adanya jemputan rumah terbuka oleh sahabat handai dan saudara mara.

Lepas balik raya, saya dan anak-anak tak berapa sihat. Sofea dan Abang Yie dah demam-demam tu. Dok dalam buai je…kesian tengok…semoga mereka berdua kuat semangat.  Mungkin sebab jalan jauh, ditambah dengan jalan jammed pulak tu. Masa nak balik ke Kelantan jalan ok jer, tapi bila sampai di Machang nak masuk Tanah Merah dah mula jammed. Bertembung yang nak ke jeli, ke Grik dan tanah Merah. Sudahnya, tersadai dalam kesesakan tu hampir 3 jam la jugak.

Then masa nak balik sini pula, kitorang balik pagi Isnin. Jalan ok pada mulanya. Cuma kalau ikut belakang lori tu, berderet jugakla kereta. Then masa nak masuk Raub dan Bentong, masa inilah kesabaran mula teruji. Dengan anak-anak yang dah mula boring dalam kereta, mulalah merengek nak itu dan ini. Sudahnya terlena macam tu jer…kesian anak-anak ibu.

Macam tu la suasana bila tiba musim perayaan. Tak kira raya apa pun. Lebih-lebih lagi perayaan besar macam Hari Raya Puasa ni. Dan sekarang, Ramadhan dah berlalu…Syawal pun dah nak masuk ke sepuluh pertama.

Ramai yang beranggapan berlalunya Ramadhan bererti terbebaslah segala syaitan-syaitan yang diikat dan dibelenggu. Dan kita semua akan terdedah kepada bisikan jahat dari syaitan. Kita semua  akan kembali kepada kehidupan biasa yang penuh dengan lara. Masa bulan Ramadhan, kita dapat melepaskan diri dari kehidupan yang lara dan hati yang penuh berpenyakit kerana kononnya makhluk yang berperanan membusukkan hati kita itu telah dibelenggu dan dirantai.

Sedarkah kita, bahawa kita sendirilah yang berupaya untuk membelenggu segala bisikan jahat dalam diri kita dengan izinNya. Kalau kita kata masa bulan Ramadhan syaitan terbelenggu dan dirantai, tapi kenapa masih ramai yang dengan teganya berbuat jahat dan perkara tak senonoh? Mengapa ada segelintir dari kita yang dengan beraninya makan dan minum di bulan Ramadhan? Adakah ini kerana syaitan dalam badannya tidak di belenggu dan dirantai?  Bukankah sebelum ini dikatakan semua syaitan dibelenggu dan dirantai? Atau ada yang terlepas atau yang dapat memboloskan diri?

Di bulan mana-mana pun, tak kira di mana dan dan bila, persoalan nafsu ini adalah persoalan dalaman yang hanya tuan punya diri itulah yang faham dan arif. Kerana nafsu itu ada dalam diri mereka. Mungkin tahap ketinggian atau kerendahan nafsu seseorang itu berbeza. Ada yang cenderung untuk berbuat jahat, tetapi dikalahkan oleh kebijaksanaan akalnya dan akhirnya dia selamat. Dan tak kurang pula yang cenderung berbuat jahat dan tanpa diimbangi akalnya yang waras, niat jahatnya diteruskan jua.

Diri kita, nafsu kita, akal kita dan hati kita hanya kita yang faham. Bolehkah  dicarikan seorang tukang tilik untuk membaca apa yang bermain dalam hati dan fikiran kita? Kalau ada yang meneka dengan betul pada tekaan pertama, bagaimana pula dengan tekaan ke dua, ke tiga dan seterusnya?  Sebab, benda yang terlindung dan tersembunyi, hanya Allah dan tuan punya diri yang tau. Orang lain hanya dapat meneka.

Kalaupun diberikan berpuluh panduan tentang cara menjaga hati, cara mengawal kemarahan; kita boleh baca dan faham. Tapi apakah kita pasti kita dapat mengikut segala step yang kita baca tu bila kemarahan mula menguasai diri? Orang lain hanya boleh membantu kita dari segi memberi panduan sebegitu. Tapi yang dapat membantu diri kita yang sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Sebab itu, apa jua persoalan dalaman dalam diri kita, hanya diri kita berserta pertimbangan akal yang waras sahaja dapat membantu dengan sepenuhnya. Orang lain hanya dapat memberi panduan. Tapi kesedaran, tempatnya bermula dari diri kira sahaja. Dan Allah adalah tempat utama dan terbaik untuk kita memohon petunjuk dan pertolongan. Kerana Dialah yang kita sembah dan hanya pada Dialah kita memohon pertolongan. Yakinilah…apa yang Allah berikan itulah yang terbaik dalam diri kita. Kerana urusan masa depan, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply