Quran dan Penerokaan Angkasa
12. Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.
13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan: “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,
14. dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”
( Az Zukhruf, 12-14)
Setelah membaca beberapa laman web berkaitan dengan planet dan kehidupan lain, secara tak sengaja Allah telah temukan aku dengan ayat ini. terlalu besar kuasaNya. Ini menambahkan lagi keyakinanku padaNya. Al-hamulillah.
Selama ini, memang aku tau Al-Quran ini sesuai untuk sepanjang zaman. Al-Quran ini tidak akan lapuk untuk selamanya. Isinya kandungannya akan terpelihara untuk selamanya. Tapi bila secara tak sengaja aku terbaca ayat ini, aku menjadi sangat terlalu kagum dan segalanya membawa aku kepada berfikir jauh. Tentang hakikat alam dan kehidupan ini.
Sebenarnya ayat yang aku maksudkan ini ialah ayat ke 12 itu.
Maha Suci Allah. Segalanya Allah sediakan untuk keperluan kita. Sama ada di daratan, di lautan dan juga di angkasa. Apa yang kita perlu buat hanyalah berfikir dan berusaha mencari sesuatu kebaikan dari setiap yang Allah sediakan itu.
Di daratan sudah pasti kita semua sudah sedia maklum. Kalau zaman dahulu, kita ada unta, kuda, keldai, lembu, kerbau, gajah sebagai transport. Then, bila dah berkembang sikit, manusia dah semakin menggunakan akal. Terciptalah kenderaan berenjin.
Hari ke hari, manusia semakin nampak kerana masing-masing berlumba untuk menggunakan akal masing-masing. Bukankah akal itu tidak terbatas.
Dalam ayat yang aku petik ini, disebutkan tentang kapal. Tentu semua orang faham apa itu maksud kapal. Kapal itu sudah semestinya sesuatu kenderaan yang sifatnya terapung. Terapung! Sama ada terapung di udara atau di lautan, yang penting sifatnya terapung. Itu yang menarik perhatianku sesangat.
Di laluan sungai dan lautan, mereka bermula dengan mencipta kenderaan terapung seperti perahu, kapal-kapal kecil dan seterusnya membawa kepada penciptaan kapal-kapal besar. Tidak ketinggalan kapal selam.
Di udara pula, dari hanya memerhatikan burung yang bebas terbang di udara, manusia mula mendapat idea untuk terbang bebas seperti burung. Bermula dengan belon udara, replika kecil seperti burung, sehinggalah kepada penciptaan kapal terbang berenjin. Dan ia tidak berhenti di situ sahaja. Manusia tetap menggunakan kehebatan akal anugerah Allah ini dengan memperkembangkannya kepada penciptaan jet dan roket yang mampu membelah angkasa dan melangkaui pengetahuan manusia yang terdahulu.
Sampai ke satu tahap, kita dah berjaya menerokai angkasa. Walau tak sepenuhnya, itu adalah satu kejayaan bagi membuktikan bahawa akal ini tiada had untuk berfikir. Selama kita berusaha, Allah akan bagi. Dia sentiasa Maha Pemurah.
Lihatlah, apa yang terkandung dalam kitab yang berusia hampir 1500 tahun ini, tetap boleh diguna pakai sehingga ke hari ini. Then aku tersedar, rahsia masa depan rupanya ada dalam Al-Quran yang kita baca sejak dari kecil sampailah sekarang. Kita hanya akan menyedarinya kalau kita memahami dan mengkaji isi kandungannya. Kalau setakat baca tanpa pemahaman, tetaplah kita dalam golongan yang tidak sedar dan dalam keadaan yang rugi.
Dan kepala aku cepat jer nak kaitkan penciptaan kapal ni dengan penjelajahan atau penerokaan ke planet lain. Bukankah dah disebutkan manusia mampu menembusi penjuru langit. Dan bagi aku, ayat ini juga adalah sebagai hint untuk kita merealisasikan penerokaan kita ke planet lain. Allah dah bagi hint, kitalah yang perlu berusaha untuk ke arah itu.
Teringat aku dengan cerita sains fiksyen. Dengan gambaran teknologi yang begitu canggih dalam cerita sedemikian, tak mustahil kita pun dapat merealisasikannya juga.
Segala apa yang tertulis dalam Al-Quran sedikit demi sedikit telah dapat direalisasikan. Dan mungkin puncak kepada kebenaran ayat ini akan terbukti bila kita semua mampu merealisasikan penciptaan piring terbang sebagai salah satu benda terapung yang sebelum ini tak mampu kita kuasai. Dan waktu itu, mungkin manusia telah berjaya melakukan perjalanan ke planet-planet lain dan berkomunikasi dengan segala hidupan di sana serta membentuk satu komuniti baru. Masa ni barulah apa yang kita khayalkan dalam Star Trek, Babilon 5, Superman, Independence Day akan menjadi satu realiti. Insya Allah.
Hm…sebenarnya aku juga teruja dnegan sistem perpindahan jasad yang macam dalam cerita Star Trek tu. Bagi aku, itu juga bukan satu kemustahilan bila satu hari nanti kita semua dah berjaya mencari satu cara untuk melakukan perpindahan tenaga. Dan bukankan sifat tenaga itu boleh dipindahkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Ini aku belajar dari sekolah rendah lagi. Tapi sekarang baru terfikir…ada logiknya…
Masa zaman kanak-kanak dan awal remaja dulu, aku memang sangat teruja dengan cerita sains fiksyen dan sering berkhayal atau berangan untuk berada di alam seperti itu. Rupanya, itu semua tak mustahil andai kita semua menggunakan akal ini dengan semaksimumnya.
Alam semesta ini teramat la luas. Allah cipta untuk kita terokai dan seterusnya mendapatkan kebaikan daripadanya. Tetapi kita sebagai yang dicipta, janganlah lupa dan bangga diri setelah berjaya menguasai sesuatu ilmu itu. Sebab segalanya dalam genggamanNya. Kalau Dia nak tarik, sekelip mata pun boleh berlaku. Jadilah macam padi…semakin berisi semakin menunduk…

























Posted
on
Tuesday, November 18th, 2008 at 11:40 am under


Begitulah Allah ajar manusia berperingkat-peringkat. Daripada buat kenderaan darat, tahu buat kenderaan laut, kemudian kenderaan udara, seterusnya kenderaan angkasa. Itulah bukti perkembangan akal.
Namun ada manusia kata tidak boleh kaji Quran guna akal sebab akal manusia terbatas. No wonder umat Islam sekarang ketinggalan ilmu sains dan teknologi sebab berpegang pada kata-kata “akal manusia terbatas”. Kesian kat orang Islam kan?
Belajarlah kenal diri agar akal kita berkembang. Tidaklah nampak hidup kita sempit atas bumi sahaja. Bila lagi nak teroka planet-planet lain?
Mungkin kisah Nabi Nuh itu untuk menyedarkan manusia ketika itu bahawa bumi Allah luas. Tetapi umat baginda malas berfikir, mereka hidup secara lalai bermewah-mewahan di tempat mereka. Diilhamkan kepada Nabi Nuh supaya buat kapal agar manusia sedar yang bumi itu luas dan banyak benua perlu diterokai.
Sekarang bumi sudah terasa sempit. Bayangkan 100-200 tahun lagi, mesti populasi manusia makin berkembang. Dunia makin panas sebab kuantiti manusia yang ramai (pelepasan tenaga oleh manusia). Jadi sudah tiba masanya kita fikirkan penerokaan angkasa supaya penghijrahan manusia ke planet baru akan menyama-ratakan populasi manusia di antara planet-planet. Tidaklah semuanya tertumpu ke bumi.
Kesian kat bumi, kena tanggung sorang-sorang populasi manusia, sedangkan banyak planet lain boleh bantu bumi itu sebab alam Allah ini luas. Tidakkah manusia itu mahu memikirkan?
November 18th, 2008 at 3:36 pmMungkin ada yang berfikir, tapi tak ada inisiatif ke arah itu. Belum ada inisiatif. Sebab tak ada dorongan atau semangat.
Then mungkin ada pemimpin kita yang dah nampak, sebab tu dah ada orang kita yang dah mula menjejaki angkasa. Tapi mungkin kita tak tahu di mana nak bermula. Kita sedar, tapi tak tahu di mana titik mula.
Kalau separuh dari populasi di Malaysia ni yang memikirkan benda ni atau mempunyai kesedaran, tak mustahil kita negara kita akan memacu penerokaan angkasa juga. Kita ada 24 juta. Bayangkanlah apa kita akan dapat dari hasil pemikiran 10 juta rakyat Malaysia berkenaan penerokaan angkasa ini. Macam-macam kan…
Mungkin di negara barat, ini adalah perkara biasa. tapi di tempat kita, berlainan pula caranya. Kita lebih suka membeli teknologi dari berfikir. Mungkin kita terlalu manja dan terlalu disogok dengan kesenangan.
Bila kita berfikir, kekadang kita seakan tak percaya kita berupaya memikirkan sesuatu itu. Tambah lagi bila kita tulis apa yang kita fikirkan itu. Then, kita tertanya- “eh, betul ke aku yang tulis ni…macam tak caya jer”. Ini adalah kerana masa berfikir, tangan kita cepat menterjemahkan apa yang kita fikirkan itu ke dalam bahasa yang orang lain nampak. Kalau di fikiran kita, hanya kita sahaja yang tahu. Orang lain tak nampak. Macam persoalan hati…
November 19th, 2008 at 8:04 amYa, adakalanya bila baca balik tulisan-tulisan yang lama-lama, buat kita terfikir, “betul ke aku yang tulis ini?”. Sebab masa ilham datang mencurah-curah, kita tulis apa yang disampaikan. Dan semua yang benar itu datangnya daripada Allah.
Perjuangan Islam yang kita perlu bawa sekarang bukan sesempit menegakkan Islam di muka bumi. Kita kena ada semangat meneroka ke angkasa.
Nabi Muhammad dah beritahu yang manusia boleh melepasi penjuru langit asalkan ada kekuatan. Jadi kita kena buktikanlah yang orang Islam boleh melepasi penjuru langit. Sekadar cakap ikut sunnah Nabi, tetapi tak mampu buktikan apa yang Nabi pernah sampaikan, bukankah itu memalukan kita sendiri sebagai orang Islam?
Jadi sudah tiba masanya kita mengumpulkan kekuatan diri untuk memiliki semangat yang melayakkan kita menembusi penjuru langit. Kekuatan dan keyakinan diri boleh dikumpulkan apabila kita mula belajar kenal diri.
Hanya kita yang kenal siapa diri kita. Jadi tidak usah ragu-ragu nak guna akal sendiri untuk kenal alam rohani kita. Sebab itu tidak wujud beragama secara menurut tok guru. Bila manusia itu beragama secara menurut, dia akan jadi penakut dan hilang keyakinan diri. Sebab keyakinan diri terbesar akan ada bila manusia itu yakin nak kenal Penciptanya sendiri dengan guna segala keupayaan diri yang Pencipta itu beri.
Semakin ramai umat Islam yang kenal diri, maka semakin kuatlah umat Islam. Ketika itu mereka dilimpahi pelbagai idea-idea yang mempersona manusia yang suka berfikir.
Inilah perjuangan berat yang digalas oleh insan-insan yang berani kerana benar. Allah amanahkan untuk sedarkan umat yang sudah lama terlena dibuai status umat terbaik. Kita kena rasa insaf dan sedar diri bahawa umat Islam sudah terpesong daripada ajaran Quran. Sebab itu Allah hukum kita dengan kelemahan dan suka berpecah-belah.
Kesanggupan kita mengakui kesilapan diri yang beragama secara menurut (dan penakut guna akal sendiri untuk belajar kenal diri) akan mencetus semangat baru untuk melonjak ke tahap pemikiran yang lebih tinggi.
Semakin tinggi pemikiran, semakin kita nampak ruang-ruang di angkasa yang logik untuk didiami. Barulah kehidupan manusia jadi luas dan lapang tidak sesempit di bumi.
Macam kita tinggal di kawasan kampung, terasa lapang dan nyaman sebab luas kawasannya, berbanding di bandar yang sempit, sesak dan menyebabkan jiwa selalu tertekan. Suatu hari nanti kampung akan jadi bandar sebab manusia sibuk kejar material dan kebendaan.
Alangkah ruginya hidup kita di dunia dalam keadaan tertekan sedangkan Allah ciptakan alam semesta ini punyalah luas agar manusia hidup dengan tenang, aman dan damai. Sesungguhnya Dia sebaik-baik Pemberi kurnia.
Dan tidaklah yang berani menyahut amanah Allah untuk diperjuangkan ini melainkan orang yang yakin dengan keupayaan akalnya sendiri lagi tidak berpaling lari.
November 19th, 2008 at 8:34 am