25 Nov

Jawapan Kepada Persoalan.

Pagi ni aku berchatting dengan seorang member lama. Dia kata kawannya nak minta tolong aku set up blog untuk dia. Nak buat bisness katanya. Then kawan aku pun teruja jugak nak ada blog sendiri. Dia tanya dari segi harga dan beberapa perkara lain. Aku tak kenakan bayaran yang terlalu mahal. Just untuk harga hosting dan domain serta upah aku set up blog tu. Then, kalau ada apa-apa dia nak tahu atau nak minta aku bantu, servis selepas itu aku tak kenakan apa-apa bayaran pun.

Masa berchatting tu, tersenyum sendiri aku mengingatkan pertanyaan spontan member aku tu. “Naper blog u sekarang asyik citer pasal poligami jer?” Macam tu la bunyi pertanyaan dia…

Sebenarnya aku pun macam perempuan dan isteri lain jugak. Bila dengar pasal poligami, huh, menderu darah…bukan tak setuju dengan kalimah yang berat tu, tapi tak setuju kalau suami kawin lagi… :) Segala kebiasaan yang berlaku berkaitan dengan cerita poligami ni, membuatkan aku dan mungkin wanita di luar sana teramatla fobia dengan kalimah ini. Tambah lagi kalau ada antara family kita yang gagal dalam berpoligami.  Lagi-lagi la haru biru hati dan perasaan ini.

Satu ketika dulu, aku pun berfikir macam kebiasaan seorang isteri berfikir. Rasa bimbang yang mencurah-curah  bila suami mula bercerita tentang seseorang yang menarik perhatiannya. Dan rasa takut dan gerun yang menderu-deru bila suami membayangkan kehidupan berpoligami. Dalam hati, merintih dan menangis. Mengenang nasib yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Tapi, bila setiap hari telinga ni asyik dok sumbat dengan cerita poligami, dok sumbat dengan kebaikan dan faedah poligami, lama kelamaan jadi kebiasaan. Malah boleh la pulak berbincang dengan suamiku pasal poligami ni. Dan dia…kalau bincang bab ni, huh, bersemangat waja betul :) . Lelaki oh lelaki… jangan marah ye bang… :)

Dalam hati dah terbuka dengan kalimah poligami ni, kekadang hati masih juga digayut kebimbangan dan kerunsingan yang teramat sangat. Kekadang hati ni ada gak menuntut supaya  difahami dan dimengerti. Sampai satu ketika, Allah berikan kekuatan dan keyakinan untukku.

“Jangan takut, jangan bimbang. Allah bersamaku. Nasib dan masa depanku ada di tangan Allah. Dia memberikan sesuatu itu berdasarkan kemampuanku. Kerana Dia Maha Mengetahui. Dan setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. yakinilah…apa yang Allah beri itu, itulah yang terbaik untukku…”

Bukan hatiku tak pernah diganggu gugat…berkali-kali. Malah sehingga aku lemah. Tapi dengan berbekalkan semangat yang masih ada, aku tangkis dengan segala logik yang Allah tunjukkan. Aku membayangkan kehidupan yang indah di sebalik kalimah yang sering menjadi ketakutanku suatu masa dahulu. Aku ajar diri supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga dengan suami sendiri.

Sebab aku tahu, kalau aku asyik bersangka buruk pada suami, kehidupan kami tak mungkin tenteram. Malah mungkin perbalahan dan pertengkaran menjadi muzik utama dalam rumah tanggaku. Apa yang berlaku, aku bincang dengan suami. Aku tak mahu membelakangkan dia dan juga dia membelakangkan aku.  Kerana aku yakin dnegan apa yang kita kerjakan, itu yang Allah balasi untuk kita.

Walau perjalanan hidupku terlalu jauh, dan hanya Allah yang tau apa yang tertulis di depan, sama ada hidupku ini tertulis untuk dipoligamikan atau tidak, aku tetap serah segalanya pada Allah. Kerana hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk diriku, anak-anakku dan seterusnya keluargaku.

Apa yang aku dapat setelah membuka hati dan minda tentang poligami ni?

Aku dapat ketenangan. Jiwa tak lagi risau dengan gambaran buruk poligami. Hati tak lagi keruan bila mendengar nama-nama gadis lain meniti dari mulut comel suamiku. Walau terkadang ada rasa sayu dan pilu, cepat-cepat aku sedarkan diri agar tidak jauh hanyut bersama rasa itu. Ikut rasa binasa… dan yang paling penting, keyakinanku pada Allah semakin meningkat dan kian hari kian bercambah rasa indah itu. Apa lagi…hm, aku juga merasakan pergantunganku pada Allah semakin kuat. Kalau sebelum ini, aku sering bersandarkan pada sesuatu, tapi sekarang aku sedar.Caraku selama ini silap. Dan aku mencuba dan terus mencuba untuk mengubah kepada pergantungan padaNya semata-mata.

Aku tau hakikat yang harus aku depani kalau Allah takdirkan inijalanku. Dikhabarkan para isteri nabi pun ada rasa cemburu. Itu adalah perasaan yang Allah campakkan. Tak siapa boleh halang dan elak. Tapi ianya bergantung pada cara kita menangani rasa cemburu itu.  kalau ikutpertimbangan akal, terkawallah ia. Kalau ikut tuntutan nafsu dan bisikan syaitan, ia akan meliar dan bersarang dalam diri sehingga membuahkan sesuatu yang pastinya memburukkan keadaan.

Aku juga sedar hakikat bahawa hanya mereka yang mengalami tau dan merasai keadaan sebenarnya. Kita yang melihat hanya mampu mendengar dan melihat sahaja. Dalam pada itu, ambillah iktibar dari apa yang kita lihat dan dengar itu.  Kalau baik, jadilan ia satu teladan dan untuk kita. Kalau sebaliknya, jadikan ia sempadan. Agar kita tak mengulangi kesalahan sama yang Allah tunjukkan di depan mata kita sendiri.

Aku ada seorang saudara terdekat dan rapat denganku yang berpoligami. Apa yang Allah tunjukkan depan mataku, mungkin sebagai iktibar untuk diriku sendiri. Bahawa dalam hal ini, isteri berhak mendapat tahu tentang perihal suaminya. Tidak boleh berrahsia dalam hubungan suami isteri  lebih-lebih lagi kalau bab poligami ini. Jangan sampai isteri mendapat tahu dari mulut orang lain. Jangan sampai gunung berapi meletup dah la….

Apa yang aku lihat dan dengar, adalah pengajaran dan pelajaran yang terbaik dalam hidup aku untuk menjalani kehidupan yang seterusnya.

Kalau Allah dah takdirkan jalan hidup kita sebegitu, sudah mesti ada hikmahnya…

Harap member aku tu, berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar aku ni. Sebab masa dia tanya semalam, aku jawab simple jer.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 889 times by 397 viewers

6 Responses to “Jawapan Kepada Persoalan.”

  1. Kerasma Says:

    Dahulu kita ditakutkan dengan anggapan bahawa Quran tidak boleh dikaji guna logik akal. Namun apabila kita lawan ketakutan ini, akhirnya kita berjaya membuktikan Quran itu mudah sahaja dikaji guna logik. Yang penting ada semangat untuk rajin berfikir dan memahami sunnah alam.

    Kemudian Allah ilhamkan supaya kita belajar lawan takut pada mati. Maka sejak memahami pengajaran Quran, kita sudah jadikan kematian itu sebagai pembakar semangat untuk kita terus hidup kekal abadi. Jika kita anggap diri kita adalah jasad yang diciptakan daripada tanah, kita akan takut mati. Tetapi bila kita makin merasai bahawa diri kita ini adalah tenaga atau ruh atau semangat, kita makin berani menghadapi mati, sebab lepas ini kita sudah tidak tumpang pada jasad sebaliknya kita tetap hidup kerana tenaga itu tidak boleh dimusnahkan. Selain tenaga, semua jisim akan musnah.

    Sekarang ini Allah perkuatkan diri kita dengan berani menghadapi poligami. Walaupun selalu ditakut-takutkan dengan gambaran buruk pasal poligami, hakikatnya ia adalah manis jika kita sedar siapa diri kita yang sebenarnya. Jika kita faham tanggungjawab dan amanah Allah, poligami itulah yang akan mendekatkan kita kepada Allah. Menjauhi poligami sama seperti menjauhi mati dan samalah seperti menjauhi Allah. Sebab Allah sudah letakkan ketetapan bahawa untuk hidup secara bersemangat agar kita penuh dengan tenaga, kena melawan segala ketakutan yang dibisik oleh syaitan yang mematahkan semangat.

    Hanya golongan pengecut sahaja yang berpaling lari akibat syaitan kuat meragu-ragukan mereka.

    Sebab itu yang sanggup menerima poligami dengan hati yang terbuka itu adalah golongan yang berani lagi bersegera menuju kepada Allah. Mereka tidak mudah tipu-daya syaitan kerana mereka tahu syaitan itulah musuh sebenar yang menipu mereka. Musuh itu bukannya suami yang ikhlas nak berpoligami dan bukannya bakal2 isteri seterusnya, tetapi syaitan yang berbisik dalam hati sendiri.

  2. Adila Says:

    Bila seseorang wanita itu dicipta, Allah dah sediakan satu ruang perkongsian dalam hatinya. Bergantung pada wanita itu sama ada untuk menyempitkan atau meluaskan ruang itu. Mengikut daya fikir masing-masing.

    Asalkan jangan disempitkan sehingga menolak hukum Allah dah la…

  3. Kerasma Says:

    Sama juga apabila Allah cipta seorang lelaki, dia memang berkemampuan untuk meluaskan cintanya. Cuma bergantung kepada kebijaksanaan akalnya untuk gunakan nikmat cinta itu untuk menegakkan kebenaran.

    Kebenaran itu perlu ditegakkan kerana ia menyeimbangkan alam. Dan kebenaran itu perlukan bukti yang nyata sebagai mana para Rasul terdahulu menyampaikan kebenaran secara terang yang mudah masuk akal. Hanya golongan yang malas berfikir sahaja yang tidak akan faham.

    Allah sudah program alam semesta ini mengikut KebijaksanaanNya. Apabila manusia menolak kebenaran, pasti kena azab. Itulah sunnah atau piawaian yang telah ditetapkan dan kita tidak nampak perubahan piawaian ini. Sesungguhnya Allah Maha Teliti dalam menentu ukur.

  4. Fairy Tail Manga Says:

    […] Jawapan Kepada Persoalan. […]

  5. lela Says:

    pompuan nie bukan takut ngan poligami cuma takut si suami tak boleh berlaku adil pada isteri2nya…kesian dia…

  6. Kerasma Says:

    Perasaan takut itulah yang kena dilawan sebab itulah bisikan syaitan yang suka meragu-ragukan manusia.

    Kenapa perlu bersangka buruk dengan suami sendiri? Macam mana nak masuk syurga jika bersangka buruk dengan suami sendiri? Bukankah lebih bijak dan mulia jika si isteri-isteri itu bantu membantu perlihatkan keindahan Islam dalam keluarga sendiri?

    Jika hidup dalam ketakutan jangan harap umat Islam akan bangkit kembali.

    :)

Leave a Reply