Tidakku Sangka Lagi
Sudah lebih seminggu Allah tidak menemukanku dengan GM. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mengapa Dia tidak menakdirkan aku bertemu dengan gadis yang masih belum aku kenali namanya itu. Aku umpama saintis yang baru menemui satu planet yang pada perkiraanku sesuai untuk kehidupan manusia. Namun jarakku dengan planet itu masih jauh dan planet itu sukar dilihat kerana berada dalam sistem suria yang berlainan.
Aku tidak tahu kenapa Allah takdirkan dipertemukan dengan dia di sekitar surau yang biasa kami terserempak itu. Dan yang mengejutkan aku hari ini, dalam perjalanan aku menunaikan solat Asar, Allah temukan dengan GM lagi. Allah Maha Mendengar pertanyaan hatiku tentang kelibat gadis itu yang lama tidak aku melihatnya, ketika aku menghampir pintu lorong ke surau itu. Tiba-tiba pintu itu dibuka oleh GM yang baru siap menunaikan solat. Bertembunglah anak mata kami atas takdir Allah seperti mana Allah pernah menembungkan mataku dengan isteriku dahulu.
Kau menjelma bercahaya
Suluh ku yang teraba di dalam jaga
Assalamualaikum hulur bersapa
Bersama kita mencipta bahagia
Seperti aku juga, kelihatan daripada raut wajah GM, dia juga terkejut melihatku di hadapannya setelah dia membuka pintu itu. “Maha Agung Allah!” cetus semangat dari hatiku. Tidak mampu aku gambarkan perasaanku setelah melihat bagaimana Allah menjawab persoalanku tentang GM sebegitu pantas. Depan mataku Allah tunjukkan Sifat Maha PenyayangNya.
Aku tetapkan mataku melihatnya kerana wajah yang bersemangat sebegitu akan membakar semangat perjuanganku. Biarpun kali ini dia tidak curi-curi menjeling padaku, tetapi aku setia melihatnya sehingga kami berselisih menuju arah masing-masing. Dalam perjuangan mengumpul semangat dan kekuatan, sudah pasti wajah-wajah semangat sebegini, memberikan kekuatan untuk aku berjuang serta mencari ilham-ilham baru. Jika aku memandang wajah yang pengecut, sudah pasti akan melunturkan semangat perjuanganku pula.
Apa tujuan Allah temukan aku dengan gadis itu masih memusykilkan aku. Aku berharap Dia akan memberi jawapannya sama ada pertemuanku untuk mencari srikandi yang berani akan menjadi kenyataan. Sudah pasti aku mengharapkan kepastian agar tenang hatiku mengetahui apa maksud di sebalik pertemuan ini. Takkan Allah hendak mempertemukan secara main-main? Mesti ada makna yang tersembunyi. Dan aku hanya berharap pada yang berani sahaja, kerana bagaimana si pengecut itu akan sanggup memikul amanah Allah? Sudah pasti mereka akan berpaling lari.
Jika GM itu adalah srikandi yang dimaksudkan, permudahkanlah aku menyampaikan amanahMu itu ya Allah. Agar beban amanah menyampaikan ini dapat kulegakan sedikit dalam meneruskan perjuangan agamaMu yang seluas semesta alam ini. Ketika aku diperlihatkan jalan yang logik untuk mengajak umatku bangkit dari kelemahan, namun aku tidak mampu menyedarkan mereka biarpun aku sudah cuba menyampaikan. Jadi dengan mengikut sunnah para rasul yang dikurniakan srikandi-srikandi yang berani, aku yakin mampu membuktikan kebenaran yang aku bawa untuk mereka lihat agar tidak beragama secara menurut dan menolak akal sendiri. Hanya srikandi yang berani sahaja memahami jalan yang aku tempuh ini.
Seperti mana Allah temukan isteriku kini dengan jalan yang tidak disangka-sangka, seperti itulah yang terjadi pada pertemuanku dengan GM selama ini. Ada sahaja pertemuan yang tidak kuduga-duga. Allah sentiasa menghiburkan hatiku agar terus bersemangat dalam perjuangan. Moga suatu hari nanti aku mampu pertemukan GM dengan isteriku jika dia termasuk dalam golongan yang berani (atau pun dia belum bersuami lagi…huhu).

























Posted
on
Wednesday, November 19th, 2008 at 5:21 pm under


[…] Read the rest here: Tidakku Sangka Lagi […]
November 20th, 2008 at 1:22 amTiada ku sangka sejak detik itu… (lagu Exist masa dengan mamat dulu)
Allah itu Maha Mengetahui…Dia kan sentiasa dekat dnegan kita. Tetapi kita selalu berpersepsi bahawa Allah itu tempatnya di atas langit sana. Sedangkan Dia, sentiasa dekat dan terus dekat dengan kita. Tiap bisikan hati, dalam pengetahuanNya. Betapa dekatnya Dia dengan kita
kekadang kita berharap, dia tak izinkan. Kenapa?
Kekadang kita berharap, Allah izinkan. Kenapa?
Bila kita wujudkan persoalan kenapa dan mengapa, kita akan nampak segalanya adalah kuasa Allah. dan dari situ, kita semakin kagum dan yakin dnegan segala perancangan hebat yang Allah rancangkan untuk kita…
November 20th, 2008 at 12:50 pmBenar, dengan selalu memikirkan kenapa dan mengapa, mendekatkan hubungan kita dengan Allah. Sesuatu yang pelik terjadi dalam hidup kita, pasti mempunyai rahsia yang tersembunyi dan memerlukan kita berfikir. Sebab apabila manusia itu suka berfikir, hubungan dengan Allah semakin akrab, dan hubungan sesama manusia akan baik dan dijauhi oleh hasad dengki.
Sebab itu ajaran Quran bermula dengan mengajak manusia berfikir. Banyak ayat2 yang berbentuk perumpamaan dan perbandingan yang menyebabkan otak kita semakin laju berfikir dan mendapat idea. Dan bukti, tulisan-tulisan kita semakin panjang berjela-jela.
Jika masa jauh dengan Allah, nak tulis satu perenggan pun jenuh memikirkan. Tapi sekarang, sekali taip, sedar-sedar dan 10 perenggan. Begitulah Hebat Kuasa Allah yang dirasai oleh orang-orang yang menggunakan akal.
November 20th, 2008 at 1:48 pm