14 Nov

Bila Langit Terbelah…

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Setiap apa yang ada di alam ini adalah milik Allah sahaja. Dia yang mencipta dan Dia berhak ke atas setiap ciptaanNya. Dan sudah lazimnya, yang dicipta akan patuh dan taat pada pencipta.

Dan kita ini, ciptaan Allah yang dibekalkan dengan hati dan akal, kenapa kita seringkali melanggar kepatuhan dan janji kita dengan Allah. Berbanding dengan ciptaan Allah yang lain. Yang tak berakal. Mereka tak pernah engkar, tak pernah belot dengan Allah. Apa yang Allah tetapkan, itulah ketetapan mereka. Tiada bantahan tiadal sangkalan.

Itulah bezanya kita dengan ciptaan Allah yang lain. Kita yang Allah ciptakan denggan akal ini seringkali alpa dan lupa diri. Walaupun Dia sentiasa dekat dengan kita tetapi perbuatan kita sendiri yang menjarakkan kita dariNya.

Allah ciptakan kita ini begitu sempurna. Tiada satu pun yang dapat kita sangkal lagi.  Diri kita ini, apa yang ada pada kita semuanya tak dipandang Allah. Cantik, tinggi, rendah…segalanya bukan penialaiannya. Apa yang dinilai hanyalah dalam hati kita. Dan hati yang aman dan tenteram adalah hati yang bersih dan bebas dari penyakit hati yang meresahkan.

Dan bila hati adalah penilaian, bermakna itulah yang paling penting sekali untuk kita jaga. Untuk kita kurung dengan sebaiknya agar tidak lepas bebas tanpa kawalan. dan apabila hati itu bergabung dnegan akal yang waras, apa yang terhasil adalah sesuatu yang indah dipandang pada pemiliknya. Hati yang bersih terpancar pada wajah yang ikhlas dan bercahaya. Dan akal yang waras dan seimbang terpancar dari kata-kata yang logik dan bernas. Gabungan dari akal dan hati akan melahirkan seorang insan yang tingkah lakunya dan kata-katanya mempersonakan di mata orang lain.

Apabila Allah pancarkan keindahan hati seseorang pada wajahnya, hanya orang yang sepertinya menyedari dan dapat melihat cahaya itu. Sedang mereka yang penuh dengan hasad dengki tidak akan merasa atau perasan apa-apa. Macam mana dia nak perasan, kalau dia sendiri asyik sibuk dengan sifat dendam dan khianat yang membara dalam diri. Kalau keikhlasan orang lain dikutuk dan disindir…

Macam Rasulullah, kejernihan dan ketenangan wajahnya hanya dapat dinikmati oleh mereka yang bersih hatinya. Sedangkan musuh yang memeranginya tak menyedari semua itu kerana hati mereka sentiasa bergelora untuk menghaouskan baginda. hati mereka penuh dnegan hasad dengki yang hanya menghitamkan wajah mereka sendiri.

Hati yang berpenyakit dialiri oleh akal yang sempit. Akal yang sempit tidak dapat menerima pendapat yang bertentangan dnegan mereka. Mereka hanya nak membuktikan mereka benar tanpa mahu berfikir atau memikirkan pendapat atau pandangan orang lain. Malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menunjukkan mereka benar hatta memutar belitkan Kalamullah.

Tapi bila akal itu dilapangkan dan diluaskan, ia tak ubah seperti terbebas dari satu kotak kecil yang menyesakkan. dan kita dapat bernafas dengan lega…Apabila akal yang sempit itu dibelah dan dilapangkan, setiap pandangan dirasakan seluas saujana. Barulah nampak apa yang sebelum ni kita tak nampak. barulah kita faham apa yang selama ini kita tak faham. Apa yang kita tak nampak dan tak faham sebelum ini, sebenarnya tertutup kerana kita sendiri yang menyempitkan pemikiran kita. Bila pemikiran itu menjadi sempit, kita tak boleh berfikir dengan waras. Bila tidak dapat berfikir dengan waras, kita tidak dapat menimbang sesuatu dengan logik akal.

Dan ketika kita membuka pemikiran kita seluas-luasnya, laksana langit yang terbentang luas, setiap apa yang kita fikir akan mencapai piawaian neraca pertimbangan dan logiknya,Sebab itu dikatakan bila langit terbelah…

Dan bumi itu seumpama hati kita. Bila akal kita lapang dan luas, kita mudah mengawal hati. Akal yang berfikiran waras dan seimbang akan memudahkan lagi untuk membuang segala penyakit hati yang beraja dalam diri kita. Kerana hanya akal yang dapat menimbang baik buruknya apa sahaja yang dibisikkan oleh hati.

Bila hati itu bersih, bersamanya pula adalah akal yang waras dan seimbang, yang sentiasa berfikir tentangNya, terpancarlah pesona pada pemiliknya. Hatinya tenang dalam menjalani kehidupan. Tiada resah gelisah atau gundah gulana lagi.

Hidupnya diinfakkan untuk mengenal Allah. Mengenal diri kita bermakna kita mengenal siapa yang mencipta kita. Masa yang ada digunakan untuk melihat kebesaran Allah. Ayat-ayatNya dikaji dan diresapi ke dalam diri. Tiap yang datang padanya, difikirkan dulu kebenaran sehingga mencapai logiknya. Tiada lagi hanya mengangguk dan mengiyakan.

Kerana kita semakin sedar, kealpaan selama ini hanya membawa kita kepada penyakit hati yang seterusnya menyempitkan akal fikiran kita yang tak terbatas itu. dan sudahnya, kita hanya mengikut sahaja tanpa berfikir. Dengan kata lain, kita juga menafikan fungsi akal anugerah Allah ini untuk berfikir.

 

Ilham dari Surah Al-Insyiqaaq (1-9)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Bila Langit Terbelah…”

  1. Kerasma Says:

    Apabila kita selalu berfikir, adakalanya kita rasa pening kepala. Kepeningan kepala ini kerana kekurangan gula pada otak kita. Jadi banyak makan manisan agar kita tak pening bila berfikir.

    Terbelahnya langit pemikiran kita, maka kita akan dapat macam-macam ilham untuk menulis. Jika dahulu, rasa nak pecah kepada fikir apa benda yang nak ditulis, tetapi dengan melatih diri yakin guna akal sendiri, Allah akan kurniakan macam pendapat untuk dikongsikan bersama.

    Menulis mampu mengembangkan penggunaan otak kiri kita. Apatah lagi kita menulis secara logik. Untuk mengimbangkan pembesaran otak, lakukan sesuatu yang melibat seni agar otak kanan kita pun berkembang.

    Mendengar atau bermain muzik, melukis atau grafik baik untuk perkembangan otak kanan. Keseimbangan perkembangan otak kita akan memudahkan kita menjalani hidup dengan hati yang tenang dan damai. Itulah matlamat hidup kita.

    Mencari harta menyebabkan manusia berebut-rebut bagaikan beruk dapat pisang, tetapi mencari ketenangan, hanya manusia yang beramal saleh (rajin berfikir) sahaja yang berlumba-lumba melakukannya, sebab semua manusia yang berfikir itu dapat ganjaran nikmat yang sama-rata di sisi Allah.

Leave a Reply