Buang Halangan Mendampingi Tuhan.
Kita sering dengar kata-kata mengatakan Allah itu sentiasa dekat dan berhampiran dengan kita. Allah Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita.
Tapi kita, adakah kerana kita tau Allah itu Maha Tahu, jadi kita serah segalanya kepadaNya kerana Dia sudah tau. Tanpa rasa ingin mengadu dan merintih padanya?
Sememangnya Allah tau segala apa yang berlaku pada kita. Apa yang akan berlalu pada kita. Apa yang akan kita doakan dan apa yang kita telah doakan. Dia lepas dari sifat pelupa dan nyanyuk. Kerana sememangnya segala kelemahan itu adalah milik kita semata.
Allah itu Maha Memahami tiap bahasa. Kenapa kita selalu mengspesifikasikan kalau nak berdoa kena dalam bahasa Arab. Apa akan jadi kalau kita tak tahu berbahasa Arab? Tak boleh berdoa? Allah tak terima doa kita? Sedangkan Allah cipta manusia ini dalampelbagai kaum, pelbagai bahasa. kalau takpandai Bahasa Arab tak boleh berdoa la? Perlu ke masuk kelas Bahasa Arab dulu baru boleh berdoa? Dibuatnya dua tahun baru nak pandai kenal vocabulary jer, then berapa lama untuk membuat satu ayat untuk berdoa? Memang la bahasa Arab itu satu bahasa yang seni dan penuh puisi, tapi Allah tak pernah membebankan hambaNya.
Mengaji Bahasa Arab tiga tahun, belum tentu dapat membuat satu ayat yang baik. Belum tentu dapat menjamin kita dapat merintih dan merayu dalam Bahasa Arab? Sedangkan doa itu satu pengaduan dan satu rintihan hati dari hamba kepada Pencipta. Perlukan penghayatan dan keikhlasan.
Macam mana pula kalau kita berdoa dalam bahasa Arab, tersalah nahu dan sebutan? Adakah agama Allah ini telah menghilangkan peruntukan keistimewaan doa mustajab ini kepada orang yang tak pandai bahasa Arab?
Insan ni, bila berdoa pada Allah, kita akan merintih dan merayu. Kita lebih senang menggunakan bahasa kita untuk merintih dan merayu pada Allah. Bila kita menggunakan bahasa kita, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah. Apa guna berdoa kalau kita sendiri tak faham apa yang kita baca dan apa yang kita doakan itu. macam mana nak hayati kalau kita sendiri tak faham kan. Sebab bila kita menghayati dan merintih padaNya kita akan rasa lebih dekat padaNya.
Berdoalah dalam Bahasa yang kita faham. Allah suka kita mengadu dan merintih padaNya. Tanda kita memerlukanNya. tanda kita bergantung harap hanya padaNya sahaja. Dan sememangnyalah hanya pada Dialah tempat kita sembah dan tempat kita bermohon. Buanglah halangan yang menghalang kita dari mendekatiNya…kerana halangan itu ciptaan manusia yang tak menggunakan akal dan sememangnya tak pernah memahami hakikat hubungan dengan Allah.

























Posted
on
Wednesday, November 19th, 2008 at 11:22 am under


Apabila manusia itu sudah sampai tahap beragama secara menurut, itu yang sampai nampak Islam itu adalah Arab.
Mereka tidak nampak Islam itu adalah kebenaran. Segala yang benar itu datangnya daripada Allah, tidak kira orang Arab atau orang Barat yang menyampaikan.
Islam itu adalah agama yang suci dari segala amalan yang menjurus kepada ketaksuban pada sesuatu yang bersifat zahir.
Bahasa Arab itu zahir, tetapi intipati ucapan itu yang penting. Seperti Quran juga, intipati pengajarannya itulah yang sepatutnya ditekankan, bukannya belajar tajwid itu sudah memenuhi maksud memahami Quran.
Nabi Muhammad seorang yang ummi (tidak tahu membaca) tetapi baginda seorang yang membawa kebenaran sebab benar itu tercapai apabila ia logik setelah difikirkan, bukan sebab sejauh mana mulut menyebut sesuatu nahu.
Semakin kita menerokai Quran semakin kita nampak amalan-amalan yang diada-adakan yang menjarakkan hubungan manusia itu dengan Allah. Mereka kata nak kenal diri kena belajar dengan tok guru. Mereka menjarakkan hubungan mereka dengan Allah melalui adanya perantara. Akibatnya, rasa bergantung terus kepada Allah jadi lemah.
Bila manusia itu lemah pegangannya kepada Allah, dia akan hilang keyakinan diri, seterusnya jadi pengecut. Dan hanya pengecut sahaja yang berpaling lari daripada amanah Allah.
November 19th, 2008 at 1:35 pm