17 Nov

Mencari Planet Lain

Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, aku suka menonton rancangan seperti Battlestar Galactica, Star Trek dan StarWars yang mengisahkan kehidupan di angkasaraya. Ada kapal angkasa untuk membelah galaksi menuju ke planet-planet lain.

Dahulu bagiku, ia sekadar cerita fiksyen untuk menghiburkan penonton, tetapi sejak mengkaji Quran dan memahami kehendak sebenar Quran untuk melahirkan generasi manusia yang suka mencipta dan meneroka alam, barulah aku sedar bahawa cerita itu sebenarnya menyambung kelogikan yang pernah Nabi Muhammad sampaikan bahawa manusia mampu menembusi penjuru langit asalkan ada kekuatan semangat.

Mungkin pengarah-pengarah cerita itu ingin menyedarkan manusia bahawa kehidupan ini bukan setakat di atas muka bumi yang terlalu jauh lebih halus berbanding semesta alam ini. Bukankah Allah mencipta angkasaraya ini bukan sia-sia? Mesti ada caranya manusia mampu membina kehidupan yang luas berbanding sempit di atas muka bumi ini, sebab kita telah dikurniakan akal yang mampu berkembang. Jangan sempitkan kehidupan kita setakat atas planet bumi semata-mata.

Sebelum kita mampu meneroka angkasa, kenalah meneroka alam rohani sendiri atau dengan kata lain, kenalah belajar kenal diri. Dan yang tahu segala perasaan-perasaan tersembunyi dalam dada kita ini hanyalah kita dan Allah sahaja. Jadi, logikkah manusia itu kata nak kenal diri kena ada tok guru? Bukankah Allah Maha Mengetahui segala yang ghaib dan nyata? Kenapa tak guna akal untuk bergantung terus hanya kepada Allah dalam meneroka alam rohani sendiri?

Manusia akan jadi lemah jika penakut kaji alam rohani sendiri guna akal. Mereka terpaksa cari tok guru untuk membawa mereka kenal Allah. Walhal Allah sudah kurniakan akal untuk menyuluh hati agar nampak secara logik tanda-tanda Kekuasaan Allah itu sendiri. Mana logik kita tumpang mata orang lain nak nampak macam mana rupa Kaabah yang sebenarnya. Kenalah guna mata sendiri untuk nampak rupa bentuk Kaabah yang realistik.

Jika kita kaji ibadat-ibadat dalam Islam ini, banyak rahsia yang tersembunyi yang menjurus supaya manusia itu yakin guna logik akal sendiri untuk mengenali diri seterusnya kenal siapa Pencipta kita. Namun apabila umat itu sudah sampai tahap beragama secara menurut tak guna otak, mereka main buat tanpa tahu apa hikmah di sebaliknya. Mereka anggap buat ibadat itu sekadar satu suruhan untuk dapat banyak pahala yang melayakkan mereka masuk syurga. Mereka tidak nampak perkaitan ibadat itu kepada perkembangan akal dan kesucian hati.

Apa guna buat ibadat banyak-banyak tetapi otak jadi lembab dan dalam hati penuh hasad dengki? Mereka sombong dengan status Islam mereka padahal mereka tak sedar-sedar umat mereka lemah dan berpecah-belah serta dipijak-pijak oleh bangsa yang memiliki kepandaian ilmu alam. Mereka telah mencontohi iblis yang beranggapan dengan taat berbuat ibadat itulah tanda kemuliaan di sisi Allah. Mereka lalai memikirkan apa yang telah mereka buat terhadap jiwa mereka sendiri. Jadilah mereka binatang ternak atau lebih hina lagi. Di dunia lagi Allah dah tunjukkan logik orang yang sombong dan tolak akal sendiri itu mendapat kedudukan yang hina di atas muka bumi.

Mereka hidup secara malas dan mengharapkan subsidi kerana beranggapan bumi ini milik mereka. Bagi mereka cukuplah Islam itu sekadar tahu buat syariat dan rukun-rukun, sedangkan urusan mengkaji dan meneroka alam, mereka tinggalkan. Ada pula yang jadikan alasan menegakkan negara Islam untuk bercakaran sesama sendiri umpama beruk berebut pisang. Akibatnya, otak mereka jadi lembab berfikir sehingga hidup hanya tahu melantak dan beranak-pinak sahaja. Kemudian lahirlah generasi pengecut yang hanya jaguh di kampung sendiri sedangkan bangsa lain lagi hebat keupayaan mereka.

Bab berbalah-balah (penggunaan nafsu) pasal siapa Islamik dan siapa tak Islamik, pasal siapa ikut sunnah Nabi dan siapa tak ikut sunnah Nabi, siapa tak bidaah dan siapa bidaah, merekalah nombor satu. Tetapi bab yang melibatkan penggunaan otak untuk menjadi umat yang kreatif dan innovatif, mereka paling corot. Mereka hakikatnya tiada semangat dan seperti umat yang mati. Atau lebih keras lagi bolehlah diumpamakan seperti bangkai bernyawa.

Oleh itu, bagi yang menggunakan akal, sudah tiba masanya kita mengubah persepsi kita terhadap Islam yang berakar ajaran Quran. Selagi nampak Quran itu sekadar kitab untuk dibaca dengan memastikan tajwid dan nahunya betul, selagi itulah Islam jadi lemah macam sekarang. Berfikir secara logiklah (bukan magik) untuk mengkaji pengajaran Quran biarpun ada manusia pengecut mengatakan tidak boleh kaji Quran guna logik akal. Mereka hanya mampu katakan “tak boleh” sebab hati mereka penuh ragu-ragu, namun bila diminta bukti kenapa tak boleh, mereka cabut lari. Bukankah itu pengecut namanya?

Bukankah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang? Bukankah Dia yang akan membantu kita kenal siapa diri kita, sebab mana mungkin ada tok guru yang nampak alam rohani orang lain? Silap haribulan, tok guru itu pun tak kenal siapa dirinya lagi. Itu yang sampai ada tok guru pergi suruh tolak akal sendiri agar anak-anak muridnya menurut sahaja segala kata-katanya tanpa boleh dipersoalkan. Bila dipersoalkan, dia jadikan alasan akal manusia itu terbatas, jadi jangan persoalkan. Maka dia dan anak-anak murid yang menurut itu jadi sempit dan jumud pemikiran. Mereka nampak Islam itu sekadar berunsur Arab dan menolak segala yang baik yang datang daripada Barat atas alasan itu semua sekular.

Kerana Allah telah memberikan arus kesedaran kepadaku untuk tidak beragama secara menurut seperti itu lagi, kini aku memencilkan diri daripada beragama secara ikut-ikutan orang kebanyakan. Aku hanya mengikut apa yang baik dan logik yang Allah tunjukkan tidak kira datang daripada bangsa mana sekali pun.

Untuk menyiapkan diri agar mampu meneroka angkasa, aku kena berlapang dada dengan semua kebenaran dan bertegas kepada sesuatu yang tiada bukti logik, agar syaitan tidak mengambil kesempatan meragu-ragukan keupayaanku. Syaitan adalah musuhku yang utama.  Syaitan ini bermula dalam diriku sendiri yang membisikkan perasaan was-was dalam dada. Aku kena perangi syaitan ini dahulu sebelum aku mampu meneroka angkasa seperti cerita-cerita yang pernah aku tengok dalam TV itu.

Mungkin ada yang tidak percaya manusia suatu hari nanti manusia boleh mencipta kapal untuk belayar jauh di angkasa. Mungkin juga ada yang tidak percaya suatu hari nanti bumi ini akan dimusnahkan akibat pelanggaran dengan objek-objek dari langit. Sama seperti kaum Nabi Nuh tidak percaya tempat mereka tinggal akan ditenggelami air seterusnya mengejek kebenaran Nabi Nuh.

Jika kita fikirkan dengan mendalam, sejak penemuan planet-planet lain selain bumi dan terciptanya roket-roket ke angkasa, kebarangkalian bumi akan dimusnahkan semakin logik dan semakin hampir. Kita mungkin anggap azab Allah ini masih jauh, tetapi pada perkiraan Allah Yang Maha Perkasa, waktu terjadinya kiamat pada bumi ini semakin hampir.

Pernah dikhabarkan bahawa Rasulullah menunjukkan dua jari baginda untuk menunjukkan jarak kemusnahan planet bumi ini (kiamat) dengan zaman baginda. Dan seperti yang kita selalu dengar, 1 hari di akhirat umpama 1000 tahun di dunia. Jika 2 jari yang Rasulullah tunjukkan itu sebenarnya adalah 2 hari akhirat, dengan kata lain, dari zaman baginda ke waktu terjadinya kiamat (kemusnahan bumi) adalah lebih kurang 2000 tahun. Sekarang kita sudah 1500 tahun daripada zaman baginda. Bermakna, kita tinggal lebih kurang 500 tahun untuk mempersiapkan diri berhijrah ke planet lain seperti Nabi Nuh berhijrah dengan bahteranya sebelum bumi dimusnahkan.

Sekadar tahu buat roket macam sekarang, kita hanya mampu membawa beberapa kerat manusia dan tidak boleh terbang dengan jarak yang jauh dan lama. Kita perlukan satu kekuatan semangat (selaras dengan ajaran Quran) untuk membina sebuah kapal angkasa untuk membawa golongan yang beriman yang percaya bumi ini akan dimusnahkan dan percaya manusia mampu berhijrah ke planet lain untuk tempoh perjalanan yang lama dengan bergerak pantas.

Allah tidak akan tenggelamkan umat Nabi Nuh selagi Nabi Nuh tidak mampu membina bahtera. Kemampuan Nabi Nuh membina bahtera itu menunjukkan logik umatnya ditenggelamkan semakin hampir. Begitu juga sejak kemampuan bangsa Barat mencipta roket meneroka angkasa, logik menunjukkan bumi ini akan dimusnahkan semakin hampir.

Mungkin kita anggap kiamat itu terjadinya kemusnahan alam secara total. Tetapi sekecil-kecil kiamat adalah kematian individu manusia itu. Kemalangan jalanraya pun satu kiamat bila melibatkan kematian. Acheh kena tsunami dahulu pun satu kiamat. Jadi kemusnahan planet bumi inilah kiamat yang diperingatkan dalam Quran sebab Nabi Muhammad sudah nampak logik bahawa manusia boleh meneroka angkasa.

Allah sudah tunjukkan logik ini. Kepada yang percaya, bersiap sedialah untuk menjadi manusia yang suka berfikir dan mengkaji, dengan meneroka alam rohani sendiri dahulu sehingga kita mampu membina kapal angkasa yang boleh berjalan jauh. Bagi yang tidak percaya dan anggap kehidupan ini sempit di bumi sahaja, seperti itulah otak mereka sempit memikirkan erti kehidupan manusia. Sedangkan mereka kononnya mengaku ikut Quran yang menyebutkan ilmu Allah adalah luas, tetapi mereka sendiri menyempitkan pemahaman Quran menurut kata-kata tok guru mereka yang suruh tolak akal itu (mengatakan akal manusia terbatas). Kelak mereka-mereka itulah yang akan tertinggal di muka bumi ketika hari bumi dilanggari objek-objek langit, sedangkan golongan beriman sudah menaiki kapal angkasa untuk menyambung keturunan manusia untuk terus menjadi khalifah semesta alam.

Aku kini dalam proses mengumpul golongan beriman ini yang bermula pada diriku dan keluargaku dahulu. Sebab memberitahu sesuatu yang pelik tetapi logik ini bukan mudah manusia nak percaya. Lebih-lebih lagi orang yang tolak akalnya sendiri, pasti mereka tak percaya dan masih sedap berebut harta dan kuasa. Kita tinggalkan mereka itu dengan ragu-ragunya. Tugas kita hanyalah menyampaikan secara logik, jelas dan nyata. Bukannya untuk memastikan hati manusia itu nak percaya atau tidak. Mereka sendirilah kena bertanggungjawab terhadap usaha mereka sendiri, seperti mana aku bertanggungjawab terhadap diriku sendiri.

Permulaan ke arah penciptaan kapal angkasa itu apabila Allah izinkan aku menegakkan panji hitam dengan kehadiran srinkandi-srikandi perjuangan. Aku tidak boleh mengelak dari sunnah ini seperti yang dilalui oleh Nabi Muhammad dan para Rasul yang umat mereka tidak kena azab, sebab apakah aku sampai hati hendak melihat umatku sendiri tertinggal ketika bumi dimusnahkan? Sejak Allah tunjukkan pertemuan-pertemuan yang tidak disangka-sangkakan dengan gadis-gadis yang terpancar keberanian itu, aku makin faham bahawa srikandi yang aku kena cari untuk meneruskan generasi manusia di planet lain adalah seorang yang berani, sebab si pengecut itu pasti berpaling lari dengan ragu-ragunya. Sebab itu bukan mudah mencari srikandi ini sebab kita bukan nampak perihal hati orang lain sama ada dia berani atau pengecut. Mungkin ada yang zahirnya nampak macam berani, rupa-rupanya pengecut.

Mungkin ada yang ketawa bila membaca coretanku ini, tetapi tidak mustahil akan ada yang memikirkan jauh apa yang aku sampaikan ini seperti adanya Abu Bakar memikirkan kebenaran Nabi Muhammad. Dalam kehidupan ini hanya ada dua kemungkinan, sebab Allah cipta semuanya berpasang-pasangan. Baik lawannya buruk. Benar lawannya salah. Hidup lawannya mati. Begitu juga, berani lawannya pengecut. Jadi secara mantik, nak jadi manusia yang baik hati, kita kena berpegang pada suatu yang benar (ada logik), barulah kita hidup (ada semangat) seterusnya jadi manusia yang berani meneroka angkasa.

Hanya genarasi manusia yang berani dan berkualiti ini sahaja yang Allah akan pilih untuk meneruskan kehidupan manusia di planet-planet lain. Selepas ini, kehidupan manusia bukan sempit di atas muka bumi, tetapi mampu berjalan-jalan di antara planet dengan planet lain seperti mana kini kita mampu berjalan-jalan di antara benua ke benua yang lain. Semua terjadi selepas teknologi dicipta dan direalisasikan. Dan tidaklah teknologi ini tercipta melainkan setelah manusia lawan keraguan dan belenggu atas nama agama. Kejayaan aku melawan belenggu pemikiran atas nama agama Islam, secara logiknya akan terciptalah teknologi yang melayakkan manusia berhijrah ke planet lain.

Aku ingin menyambung generasiku agar orang Melayu terus wujud di alam semesta ini. Bak kata Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia”. Kata-kata nenek moyangku ini perlu aku genggam sebagai azimat meneruskan perjuangan golongan beriman. Bagi yang ragu-ragu, teruskanlah menunggu dengan jiwa yang pengecut, kerana aku juga termasuk dalam golongan yang menunggu tetapi sambil berusaha membawa manusia bersemangat meneroka angkasa.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

3 Responses to “Mencari Planet Lain”

  1. Adila Says:

    Allah tak turunkan banjir yang besar selagi kapal nabi Nuh tu tak siap di bina. Bila kapal dah siap di bina, dan orang yang beriman dan yakin dnegan ajaran nabi Nuh masuk ke dalamnya, baru lah ALlah turunkan banjir besar yang menenggelamkan kaumnya yang engkar.

    Dan begitu juga dengan apa yang mungkin berlaku pada kita. Angkasaraya yang luas ini untuk kita terokai. Untuk apa Allah ciptakan semua ini? Bukankah semuanya untuk kita berfikir dan mendapat faedah daripadanya?

    Sekali pandang memang tak rasa kelogikannya. Tapi bila kita fikir berulang kali, kita akan rasa smeua benda ni tak mustahil. Dan bukankah ada kajian yang mengatakan yang hidupan boleh hidup dan berkembang biak di planet lain jika ada sumber air?

    Kita selalu pandang kehidupan ini adalah bertumpu di bumi ini. Sedangkan kita lupa, antara bumi dan langit ada pelbagai lapisan lain lagi. Selepas permukaan bumi, kita hanya nampak langit yang kita junjung itu sahaja. Tapi di sebaliknya kita tak nampak.

    Itulah yang perlu kita fikirkan…

    Di sebalik tergantungnya bintang-bintang di dada langit, dan matahati yang terletak tanpa ada ikatan yang mengikat, ada lagi planet-planet lain yang wujud. Selain dari 9 planete yang kita tau, ada lagi yang wujud yang masih tidak dijumpai oleh kita. Dan yang terbaru ada lagi planet yang dijumpai. dan kemungkinan besar ia boleh menampung kehidupan. (cuba surf…banyak maklumat yang ada yang sudah pastinya membuatkan kita semua teruja.)

    Semua ini tak mustahil. Orang dulu sebelum melakukan pelayaran, mereka juga tak tahu bahawa ada benua lain selain dari mereka. Then bila dah maju, jarak antara benua boleh dihubungkan dengan teknologi perkapalan dan dengan jalan udara jugak.

    Mungkin juga satu hari nanti, kita juga akan rasai situasi yang sama antara planet-planet ini. Bergerak ke sana ke sini dengan teknologi yang canggih manggih.

    Apa-apa pun sebelum Allah izinkan semua itu berlaku, tugas kita ialah menajamkan minda kita. Membangunkan minda kita. .Selagi kita terkurung dan terkongkong dnegan pemikiran lama, kit atak akan ke mana. Tetaplah kita dengan menunggu dengan tidak berbuat apa-apa tetapi mengharapkan ada orang lain yang berfikir untuk kita. Adilkah itu?

    Bila sesuatu itu ada boleh diterima akal, itulah namanya logik. dan selagi orang yang berfikiran sempit itu tak mahu meluaskan fikiran dan melapangkan hatinya untuk menerima pembaharuan, tetaplah dia dalam keadaan yang sama. Alangkah ruginya…

  2. Kerasma Says:

    Dulu masa manusia tak sedar dunia ini bulat, mereka takut nak belayar…takut jatuh di tepi jurang laut sebab manusia ingatkan dunia ini mendatar…namun setelah teknologi kapal laut dikembangkan, manusia bebas bergerak pergi ke benua-benua.

    Kemudian teknologi kapal terbang pula dicipta untuk memudahkan manusia bergerak ke serata pelusuk bumi dalam masa yang lebih pantas dan mudah.

    Sekarang banyak negara sudah berpusu-pusu buat teknologi roket pula. Takkanlah umat Islam sekarang masih tak sedar-sedar diri sebab apa mereka diciptakan sebagai manusia?

    Alam Allah ini punyalah luas. Yang sempitkan otak seolah-olah kena tegakkan Islam kat bumi ni aje buat ape? Kenapa tak cari planet kalau nak sangat tegakkan Islam tu?

    Tapi kalau dalam diri dan keluarga sendiri pun tak mampu tegakkan keadilan Islam, jangan harap nak tegakkan Islam kat planet-planet lain hatta atas muka bumi macam Rasulullah pernah buat.

    Tegakkan Islam dalam diri kena berlaku adil pada diri, iaitu dengan meletakkan akal pada tempatnya supaya tak jadi seperti binatang ternak.

    Tegakkan Islam dalam keluarga sendiri kenalah boleh berlaku adil. Hanya lelaki yang berani kahwin lebih daripada satu dalam keadaan aman sejahtera sahaja terbukti keIslamannya. Bab yang ni orang laki suka dengar. Tapi kalau pengecut guna akal sendiri nak kenal Allah, baik tak payahlah berangan nak tambah isteri, nanti buat mencemar nama baik Islam sahaja, macam orang sekarang nampak poligami tu buruk.

    Nak kondem pemimpin sendiri tak adil memang mudah, tetapi renung dalam diri balik, sudahkah kita berlaku adil?

  3. Fairy Tail Manga Says:

    […] Go here to read the rest: Mencari Planet Lain […]

Leave a Reply