15 Nov

11 Januari (Gigi)

Kebetulan sejak dua tiga hari ini, aku selalu rasa sakit gigi. Dan kebetulan pula sekarang ni dalam bulan sebelas. Allah ilhamkanku menghayati lirik lagu ni agar semangat pencari srikandiku diteruskan. Walaupun aku tahu bukan senang untuk menemui insan yang berani untuk menjadi srikandi cintaku ini, tetapi aku yakin janji Allah adalah benar. Apa yang kena aku lakukan adalah beristiqomah dalam perjuangan.

Dan bagaikan tidak disangka-sangka, semalam Allah menakdirkan aku terserempak dengan GV yang beberapa meter di hadapan setelah aku keluar toilet. Tapi dia tidak sedar aku di belakangnya. Kejadian ini mirip seperti yang terjadi ketika bertembung dengan GM minggu lepas. Allah memperlihatkan logik kepadaku bahawa Dia berkuasa mendekatkan jarak aku dengan calon-calon srikandi itu. Sebab itu aku hanya bertawakal kepada Allah dalam pencarian srikandi yang berani ini. Biarlah Dia menentukan sebaik-baiknya.

Mungkin ada yang beranggapan aku tengah teruja dengan gadis-gadis itu, tetapi hakikatnya aku teruja dengan hubunganku dengan Allah. Bagaimana Dia mengaturkan kejadian-kejadian yang tak disangka-sangka untuk menghiburkan hatiku dalam perjuangan ini agar menjadi insan yang tabah dan berani kerana benar. Setiap kali aku berfikir kaji Quran, Allah balas keyakinan aku bergantung kepadaNya semata-mata, dengan kejadian-kejadian di luar kawalanku yang membahagiakan hatiku. Jika begitu sekali Maha Baiknya sikap Allah terhadapku, apakah patut aku berpaling lari daripada perjuangan ini biar seberat mana sekalipun aku pikul?

Aku belum lagi diberikan laluan untuk menyampaikan amanah kepada GM dan GV, jadi aku tidak teruja lagi dengan mereka. Aku hanya optimis kepada janjiNya bahawa akan ada srikandi berani untuk perjuangan ini.  Jika setelah diberikan amanah dan mereka menyahutnya dengan berani, sudah pasti aku gembira dan teruja dengan semangat keberanian mereka. Namun jika mereka pengecut yang berpaling lari, apalah daya upayaku, kerana aku hanyalah penyampai amanahNya sahaja.

InsyaAllah, ingin aku mengajak srikandi-srikandi itu nanti menjadi penulis di blog ini bagi membuktikan perjuangan Islam yang berasaskan keberanian. Berani berkata benar. Setelah lebih setahun aku menulis berkaitan kajian Quran secara logik, dapat aku rasakan perubahan diri ke arah kebenaran dan kesabaran seterusnya mengalirkan semangat yang berani. Islam tidak akan tertegak jika generasi mudanya pengecut. Allah ilhamkanku untuk merekruit pejuang-pejuang yang berani kerana benar. Mereka berani berkata-kata menyampaikan pendapat mengenai mengenai Allah dan mempertahankan pendapat mereka sendiri. Cinta Allah itu milik semua insan yang berani, hanya pengecut sahaja mencintai iblis.

Oleh kerana Allah berikan aku kuasa sebagai pemimpin keluargaku, maka sebab itu perjuangan ini bermula dari dalam keluargaku, iaitu dengan mencari srikandi yang berani dahulu untuk membuktikan keberanian dan kebenaran yang aku bawa. Inilah cara terbaik mengembangkan Islam bermula pada diri dan keluarga seterusnya masyarakat. Tidak semestinya kita harus ikut 100% apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad. Memanglah Nabi Muhammad berdakwah bersama Abu Bakar dan sahabat yang lain. Tetapi jika kita melihat sebelum Nabi Muhammad, berapa ramai Nabi yang berjuang yang tidak dikurniakan para sahabat lelaki pada awal perjuangan. Jadi untuk kembangkan minda, kita jangan lihat sampai Nabi Muhammad, lihatlah kisah-kisah Nabi-nabi terdahulu juga. Barulah kita nampak cara perjuangan ini pelbagai dan luas, bukannya sempit. Bukankah Allah cipta semesta alam ini luas? Luaskanlah pemikiran dalam perjuangan asalkan kita mencapai logik yang terbaik.

Bukannya aku tidak pernah kongsikan perjuanganku bersama rakan-rakan lelaki di sekelilingku. Tetapi jika mereka sampai tahap mengatakan tidak boleh guna akal dalam memahami Quran, apa lagi yang boleh aku lakukan. Mereka sendiri yang menutup hati mereka, sedangkan aku hanya pemilik hatiku sendiri. Doa aku, suatu hari nanti mereka akan terbuka hati untuk memikirkan balik apa yang pernah aku sampaikan sebelum ini apabila ada bukti yang nyata itu kehadiran srikandi yang dijanjikan. Jika sudah ada bukti depan mata pun mereka masih tidak percaya, hanya pada Allah sahaja aku berserah diri.

Aku ingin menolong mereka agar merasai apa yang aku rasa sekarang ini. Namun, mereka kena tolong diri mereka sendiri untuk yakin guna akal dalam meneroka alam rohani sendiri. Jika alam rohaniku ini boleh divisualkan agar orang lain boleh nampak, mudahlah aku tunjukkan hasil usahaku selama ini mengkaji Quran untuk mengenali diri. Namun hasil ini hanya nampak oleh orang yang menggunakan akal iaitu orang yang hidup melihat semangat atau ruh. Mereka itu sahaja yang akan nampak ruh yang ada bersama-samaku sekarang. Jadi kehadiran srikandi itu nanti sebagai satu cara untuk aku mencetuskan orang-orang di sekelilingku untuk berfikir kembali. Kerana dengan jalan berfikir sahaja, manusia itu akan menuju kepada Tuhan. Menolak akal, bermakna manusia itu menuju kepada syaitan yang memecah-belahkan masyarakat.

Sebagai lelaki, aku tahu orang lelaki ini mempunyai keegoan yang tinggi, apatah lagi berkaitan keupayaan akal mereka. Mereka akan merasa tercabar bila kebijaksanaan mereka dilampaui biar sebanyak mana sekalipun kita bawakan logik. Sebaliknya orang perempuan, mereka mudah menerima kebenaran jika kita sampaikan secara logik. Walaupun selalu dikatakan orang lelaki lebih bijak daripada perempuan, tetapi dari segi semangat berfikir, orang perempuan sekarang lebih suka berfikir. Sebab itu sekarang ini universiti-universiti di negara kita, pelajarnya ramai di kalangan perempuan, akibat yang lelakinya malas berfikir dan menghabiskan masa merempit di atas jalan menunjukkan lagak. Bukankah lebih bijak lagi mereka memasuki sirkit2 yang disediakan jika berminat sangat dalam dunia permotoran?

Inilah hasilnya bila beragama main pakai turut, generasi yang terhasil sekadar main turut sedap hati semata-mata. Mereka tidak berfikiran jauh untuk memikirkan nasib umat yang lemah dan tersepit. Masih ego atas status Islam dan berbalah-balah pasal hukum Quran. Padahal wahyu pertama sendiri sudah ajak manusia menjadi insan yang kreatif dengan cara mengenali sifat Maha Mencipta. Inilah perjuangan yang ku bawa sekarang untuk memperbetulkan ajaran Quran yang sebenar. Bukan melihat Quran sekadar tahu buat syariat, sebaliknya untuk menjadi manusia yang rajin berfikir, meneroka, mengkaji seterusnya pandai mencipta. Itulah fitrah manusia (Adam & Hawa) dahulu.

Walaupun Adam diciptakan pada permulaannya, namun kehadiran Hawa itulah yang melengkapkan hidup Adam. Begitulah denganku, kehadiran srikandi-srikandi yang berani itulah yang akan melengkapkan asas perjuanganku untuk meneroka ke peringkat yang lebih jauh sebab masih terbentang luas di hadapanku untuk diterokai. Hidup bukan setakat berkahwin dan beranak-pinak. Itu haiwan pun boleh buat. Kita kena ada semangat nak mengkaji alam semesta ini, kerana logik manusia naik ke langit telah divisualkan dengan nyata. Inilah pendekatanku dalam memperjuangkan nama baik Islam.

Aku tidak mahu guna pendekatan politik dengan alasan untuk menegakkan Islam kerana cara itu memburukkan imej Islam dan masyarakat makin berpecah-belah.  Tetapi dengan cara melawan hasad dengki, aku yakin isteriku boleh disatukan dengan srikandi yang berani. Semuanya apabila manusia itu yakin pada akal sendiri dan bersatu guna logik seperti kita semua mudah bersatu membenarkan 1+1=2, sebab ia terbukti logik dan ada bukti yang nyata.

Nota: Asalnya aku nak tulis dua-tiga perenggan sahaja, namun pabila semangat dan keyakinanku datang, ilham turun mencurah-curah seperti hujan lebat petang semalam. Okeylah, layaannnn…..

Sebelas Januari bertemu
Menjalani kisah cinta Ini
Naluri berkata engkaulah milikku
Bahagia selalu dimiliki
Bertahun menjalani bersamamu
Kunyatakan bahwa engkaulah jiwaku

Akulah penjagamu
Akulah pelindungmu
Akulah pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku menyakiti hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua karena kita ini manusia

Akulah penjagamu
Akulah pelindungmu
Akulah pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

3 Responses to “11 Januari (Gigi)”

  1. Fairy Tail Manga Says:

    […] See the original post: 11 Januari (Gigi) […]

  2. kusu Says:

    jiwang nye.. :D
    hee

  3. Kerasma Says:

    Rock rock pun…kena gak jiwang…haha. Barulah kenal diri…

Leave a Reply