Layu Di Hujung Mekar
Original Artis: RIO
Lagu ini mengingatkan aku zaman mula-mula belajar main gitar dan jamming di kampungku. Seronok sekali mengenangkan kisah ketika remaja. Semangat berkobar-kobar nak tubuh band muzik untuk mewarnai persada seni tanahair. Macam filem Rock tu…rockkuuu….
Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

























Posted
on
Monday, November 17th, 2008 at 9:20 pm under


Wah..suara Kerasma dah makin mantap…
Berkat dok praktis tiap hari la ni kan…
Kalau dulu masa nak tarik tu, macam susah sikit, tapi dalam lagu ni dah lain benar dah…Teruskan usaha…
Lagu ni pun pernah jadi lagu fevret saya…especially masa belajar dulu. Bila tengok somebody yang kita suka tu, rupanya dah ada awek…huhu…lagu ni la yang menambahkan lagi gurisan perasaan…chewah…
November 18th, 2008 at 6:43 amYang saya nampak, nak nyanyi lagu-lagu rock yang berpitch tinggi ni, memerlukan semangat yang kental. Sebab tu lagu2 rock ni evergreen sebab ia mengandungi unsur2 semangat. Walaupun ada yang liriknya jiwang, tetapi tetap keras dan bersemangat cara penyampaiannya. Macam lagu2 arwah JS Kevin buat.
Dengan praktis hari2 lagu2 rock lama ni, dapat mengumpulkan semangat untuk terus berfikir mencari ilham. Kesannya, kajian Quran dan penulisan di blog jadi makin panjang. Dulu nak cari idea menulis, jenuh kepala memikirkan.
Itulah sebahagian nikmat yang Allah kurniakan yang ada pada lagu rock. Ia menjana semangat keperwiraan agar berani berkata benar, dan semangat keperwajaan untuk mempertahankan kebenaran. Jadi, takdelah kita jadi pengecut yang berpaling lari setelah panas hati bila hujah dipatahkan.
Tidaklah sama golongan yang berani dengan golongan pengecut itu.
November 18th, 2008 at 7:40 amMemang tak sama yang berani dengan yang pengecut.
Yang berani akan terus berjuang walau pedang terhunus di leher, sedangkan yang pengecut, nak sambut seruan perjuangan pun fikir berkali-kali then akhirnya berpaling kerana takut terkorban semasa berperang.
Sedang yang berjuang dalam peperangan, terkorban dalam perjuangan dan peperangan menjadi azimat untuk mereka terus berjuang. Kerana nilainya di sisi Allah terlalu tinggi berbanding di sisi manusia.
November 18th, 2008 at 9:48 amSebab tidak semua sanggup pikul amanah Allah melainkan manusia yang berani.
November 18th, 2008 at 3:26 pm