Kaulah Bidadari-Bidadariku
Raut wajahmu berseri-seri
Terpancar cinta tulus nan suci
Lahir dari jiwa yang murni
Kesan ketundukan pada Ilahi
Semangat srikandi pada dirimu
Membakar kesatriaan dalam jiwaku
Setia menemaniku setiap waktu
Bergantung hanya pada Yang Satu
Tuhan tidak memungkiri janji
Hadir srikandi mengelilingi diriku
Kukuatkan azam terus mengharungi
Biarpun srikandi belum milikku
Inginku bawa kalian bersama
Menjadi bidadari-bidadari syurga
Di bawahnya sungai penyejuk jiwa
Di dataran luas saujana mata
Kepadamu srikandi cinta kuberi
Agar tenang hatimu tetap meyakini
Tidak terpisah jiwa yang suci
Kerana itu ketetapan yang pasti

























Posted
on
Saturday, November 15th, 2008 at 8:00 pm under


kat dunia pun ada bidadari yer?
November 15th, 2008 at 8:09 pmIngatkan kat syurga jer…
Bila dapat di dunia, makin yakinlah akan ke syurga. Logik dah wujud depan mata. Bukan setakat berfantasi, tetapi kena berusaha ke arahnya.
At least kita berusaha dahulu, dapat tak dapat itu serahkan pada Allah. Jika sampai mati pun tak dapat, tetaplah kita mati dalam keadaan berjuang. Tetapi jika sebelum mati sudah berpaling lari, nanti mati dalam keadaan pengecut.
November 15th, 2008 at 8:17 pmSekurang-kurangnya kita bertakafur dulu. hehe
November 15th, 2008 at 9:37 pmTafakur bermakna kita berfikir erti kehidupan. Itulah sebaik-baik cara untuk kita mula mengenali diri.
Selagi manusia itu lalai memikirkan erti hidup sebagai insan, mereka tidak sedar bahawa mereka telah jadi haiwan malah lebih hina lagi.
Fikirkan apakah yang kita boleh buat yang berbeza dengan haiwan boleh buat. Kalo kita anggap hidup kita ini untuk kerja, makan, tidur, kahwin, beranak-pinak, dan buat ibadat, itu semua haiwan boleh buat.
Tetapi kita tidak jumpa haiwan ada kreativiti untuk mencipta pelbagai barang kegunaan yang membolehkan mereka layak jadi khalifah.
November 17th, 2008 at 4:51 am