19 Nov

Nur Buat Srikandi

Kasihku dicipta bagaikan cahaya
Untuk menerangi alam semesta
Hanya kupancarkan pada yang berani
Kerana pengecut kan berpaling lari

Semangat kukobarkan kuatkan hati
Kerna cintaNya bukan cinta biasa
Memerlukan keikhlasan dan hati yang suci
Sanggup berkorban sepanjang masa

Kebenaran digalas tunjang perjuangan
Perjuangan bermula menggunakan aqli
Berani berfikir mengenal Tuhan
Bermula dengan mengenali diri

Srikandi-srikandi bukti kebenaran
Kebenaran dipertahan dengan berani
Logik dibina kukuhkan perjuangan
Agar musuh bertempiaran lari

Membangun minda meneroka angkasa
Perjuangan seluas alam semesta
Setiap masa memikirkanNya
Agar bahagia jiwa sentosa

Nur Buat Srikandi tajuk diberi
Ditujukan kepada insan yang memahami
Kerana rinduku bergelora di hati
Telah tersurat takdir yang pasti

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply