14 Nov

“Ya”

Di saat aku berkata “Ya”
Bumi dan matahari…
Masih lagi beredar di paksinya
Bintang masih lagi di dada langit

Ketika aku berkata “Ya’
Alam masih lagi sama
Hujan masih dari atas
Mata air tetap dari bawah…

Dan aku sedar…
Di saat aku berkata “Ya”
Tiada satu pun yang berubah
Selagi hati teguh bersatu

Semasa aku berkata “Ya”
Alam seakan merestui
Diri seakan merendang
Sedang hati saujana di sana

Apabila aku berkata “Ya”
Ada senyum terukir senang
Ada hati melayang riang
Ada jiwa mengharap cinta

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to ““Ya””

  1. Kerasma Says:

    YA atau TIDAK
    BUKA atau TUTUP
    ON atau OFF
    1 atau 0

    Itulah antara logik-logik yang wujud di alam semesta ini yang digunakan dalam sistem komputer. Semakin kita berfikir secara logik, dengan melihat pasang-pasang logik seperti di atas, kita akan rasakan hidup yang mudah. Kita hanya kena main suis-suis logik di atas untuk mencapai matlamat yang baik agar hati kita jadi tenang dan damai.

    Kebangkitan umat Islam sekarang kena selaras dengan perkembangan komputer. Jika zaman Nabi Musa terkenal dengan ilmu silap mata, zaman Nabi Nabi Isa terkenal dengan ilmu perubatan dan zaman Nabi Muhammad terkenal dengan syair dan sastera, maka kebangkitan umat Islam kena bersandarkan logik seperti komputer.

    Lihat betapa banyaknya manfaat terhasil selepas komputer diciptakan. Pemikiran umat Islam tidak boleh dibayangi kegemilangan lampau sampaikan nampak Islam itu dari segi berpakaian seperti tok Arab. Kita orang Melayu, jadilah macam diri kita sendiri. Allah tidak tengok Islam pada zahir, tetapi terhadap apa yang kita buat dalam hati.

    Hati yang bersih dan suci itulah hati yang Islam, sedangkan hati yang sombong dengan status Islam, beribadat beribu kali pun tak membawa erti, seperti mana iblis jadi sombong kerana beranggapan ketaatan buat ibadat itulah faktor kemuliaan dirinya.

    Binatang pun taat buat ibadat. Sebab itu mereka tak membantah bila dijadikan sembelihan manusia. Tetapi mereka tidak diberikan kekreatifan berfikir seperti manusia. Manusia yang tak kreatif itu akan menuju kepada sifat-sifat haiwan. Mereka bercakaran sesama sendiri berebut kuasa macam kera yang hina.

Leave a Reply