Hikayat Panji Hitam
Perjuangan ini bukan paksaan
Kerana itu ia diberikan pilihan
Sama ada mahu berjuang ataupun tidak
Supaya tiada yang terasa didesak
Dimulakan dengan Panji Hitam dan warkah
Sebagai akad perjanjian mencari barakah
Diberi pilihan dengan logik yang mudah
Supaya kemudian hari tidak menyalah
Kibarkan panji tanda bersetuju
Simpankan sahaja tanda tak mahu
Dan rahsia disimpan hanya bertiga
Apa jua masalah patut dibincang bersama
Semalam disampaikan keesokan dikibarkan
Maka bermulalah erti sebuah perjuangan
Diharapkan ia menjadi titik kebangkitan
Agar semangat Islam kembali ditegakkan
Di pertengahan jalan lain pula ceritanya
Lamaran disampaikan ditolak pula
Bila ajak berbincang bertiga tak mahu juga
Sedangkan persetujuan awal hanya bertiga
Kami cuba memberikan masa
Agar kewarasan memikirkannya
Bila datang petunjuk Tuhan
Kami mencuba lagi untuk kepastian
Dan yang terkini, janji rahsia telah dikhianati
Akibat tertekan amanah tak dijaga
Padahal diajak berjumpa bertiga, beralasan lagi
Bukan nak memaksa tapi nak selesaikan sahaja
Namun Panji Hitam telah dikibarkan
Apa yang berlaku akibat pilihan di tangan
Sepatutnya tidak wujud erti gangguan atau paksaan
Tindakan kami hanya menuntut janji perjuangan
Janganlah menyalahkan kami selepas ini
Kerana kami setia pada pilihan yang diberi
Yang mentaati, kami balas sesuai dengan ketaatan
Yang mengkhianati, kami balas sesuai dengan pengkhianatan
Dan apa jua tindakan kami hanya mengikut Tuhan
Sama ada perjuangan sudah berkubur, Tuhan sahaja yang tahu
Jika kami berundur, bukan kerana kami tak mahu
Biarlah kami kalah dalam percaturan ini
Hakikatnya kami tidak mengkhianati janji yang diberi
Tiada berdendam mahupun membenci
Kalau berdendam, awal-awal sudah cabut lari
Tetapi bila dikhianati, apa yang boleh dibuat lagi?
Bukankah pada mulanya pilihan sudah diberi?
Kami berpaling arah bukan kerana marah
Kami mencari yang lain bukan kerana tak yakin
Tapi kerana mengikut ketentuan dan sunnah
Setelah Panji Hitam dikhianati dan dipermain
Semangat berhijrah kami mulakan
Membawa perjuangan ke daerah yang sudi
Kegagalan lalu kami jadikan pengajaran
Agar Panji Hitam tidak dikhianati lagi
Langkah perjuangan maju ke depan
Kesan dikhianati jadi pengalaman
Untuk mendekatkan diri kepada Tuhan
Mengumpul semangat demi kebangkitan
Demi Tuhan yang memegang nyawaku
Apa jua tindakanku bukan kerana nafsu
Tapi ketegasan mempertahankan perjuangan
Setelah pilihan diberi sejak permulaan
Biarpun sejuta musuh mengkhianati
KepadaMu sahaja kami mohon perlindungan
Dan tidaklah kami tahu apa yang tersembunyi
Melainkan mengikut logik yang Engkau zahirkan
Sedih di hati, kami tahan sendiri
Agar perjuangan terus subur di bumiNya
Akan terus mencari biarpun diuji dengan pengkhianatan lagi
Kerana tidak mustahil akan bertemu yang setia nun di hadapan sana
Viewed 839 times by 319 viewers

























Posted
on
Friday, December 19th, 2008 at 4:31 am under


Islam bukan paksaan, sebab itu diberikan pilihan.
Islam itu mudah, kerana itu pilihan yang mudah diberikan.
Perjuangan Panji Hitam ini adalah perjuangan menegakkan Islam kembali, setelah lama umat Islam berada dalam kelemahan, berpecah-belah dan kegelapan.
Islam adalah kebenaran. Kebenaran itu perlu bersandarkan bukti atau keterangan yang logik dan kukuh. Ia bukan bersandarkan nama tok imam atau tok guru. Bila setiap jiwa berpegang pada kebenaran yang logik akal mereka capai, barulah jiwa itu akan kukuh dan yakin diri. Barulah iman kukuh di hati.
Sekarang ini bila diajak seseorang yang kononnya mengaku Islam berbincang pasal Allah, ada yang mengatakan “Urusan agama hanya layak dibincangkan oleh orang-orang yang arif”. Cuba fikirkan, siapakah orang2 arif yang tahu selok-belok kejadian kita? Setiap kali soalan sebegini diajukan, pasti mereka terdiam sepi atau melarikan diri.
Bukankah kita dan Allah sahaja yang tahu segala perasaan kita? Jadi, kenapa diletakkan “perantaraan” untuk kita berhubung dengan Allah? Setiap jiwa kena mencari Allah melalui dalam diri masing-masing. Tiada jalan mudah dengan menyandarkan urusan agama pada sesuatu institusi, dan kerja kita hanya menadah subsidi daripada mereka. Sikap inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi pemalas mengkaji dan hanya suka mengharapkan subsidi.
Kerana Allah telah perlihatkan kepadaku sikap2 umat Islam yang menyebabkan kita jadi umat yang lemah dan berpecah-belah, maka Allah mengamanahkan aku menyampai peringatan agar kembali kepada asas agama iaitu belajar kenal diri. Nak kenal diri, hanya dengan cara kita bereksperimen pada diri sendiri dan yakin guna akal sendiri. Namun yang sedihnya, bila aku menyeru mereka belajar guna akal, mereka menolaknya dengan skrip yang hampir serupa iaitu “Belajar agama tanpa tok guru nanti sesat” atau “Akal manusia itu terbatas”. Padahal bila aku tanya siapakah tok guru yang ada bersama-sama Allah ketika Allah menciptakan aku, mereka terkebil-kebil nak menjawabnya. Dan bila aku tanya kenapa teknologi yang tidak wujud di zaman Nabi Muhammad boleh wujud zaman sekarang jika benar akal manusia itu terbatas? Maka orang-orang yang mengengkari nikmat akal mereka sendiri itu tertunduk tanpa bersuara lagi…
December 25th, 2008 at 5:28 amSetelah melalui siri-siri “peperangan” dalam menegakkan kebenaran ini baik di forum internet mahupun di sekelilingku, maka Allah ilhamkan aku untuk menggunakan kaedah yang pernah para rasul terdahulu gunakan iaitu POLIGAMI.
Setelah membuat kajian dan perbandingan, aku nampak daripada kisah2 para nabi yang disebutkan dalam Quran, hanya nabi2 yang berpoligami sahaja berjaya meluaskan dakwahnya manakala nabi2 yang tidak dikhabarkan berpoligami, menyebabkan umat mereka dimusnahkan dengan azab Allah. Ini kerana masyarakat yang lalai susah nak percaya orang yang berkata-kata pasal Allah biarpun selogik mana diberikan bukti, jika perutusan itu tidak memiliki tanda-tanda zahir seperti adanya ijazah dalam bidang agama atau memiliki mukjizat seperti boleh turunkan sesuatu daripada langit dan sebagainya. Mereka akan menolak sekeras-kerasnya apatah lagi seruan yang disampaikan itu memanaskan hati mereka. Padahal yang menyebabkan hati mereka panas kerana syaitan dalam hati mereka itu telah terbakar.
Apakah kita sanggup melihat umat Islam kena bencana seperti tsunami dahulu? Walaupun Acheh dahulu terkenal dengan jolokan “Serambi Mekkah”, namun gelaran itu tidak melindungi mereka daripada azab Allah. Begitulah juga gelaran “umat terbaik” yang pernah dikecapi oleh umat Islam terdahulu bukannya faktor yang menyebabkan umat Islam sekarang patut rasa aman dan selesa yang mereka tidak akan dikenakan azab biarpun mereka sudah lalai daripada ajaran Islam yang sebenar.
Sunnah telah menetapkan, bila sesuatu kaum itu hidup melampaui batas, tunggulah balasan azab Allah. Siapa sangka gunung boleh runtuh di Bukit Antarabangsa hari itu? Dan Quran ada menyebut, gunung dan langit hampir runtuh bila ada manusia mengatakan Allah mempunyai anak! Maksud manusia yang menganggap Allah ada “anak” itu adalah menganggap adanya manusia lain yang dimuliakan sebagai perantara mereka dengan Allah. Mereka meletakkan urusan agama semata-mata kepada “ulamak”! Tanpa “ulamak” itu, mereka jadi pengecut untuk berkata-kata pasal Allah.
Apakah tidak mustahil akan berlaku keruntuhan gunung yang lebih teruk lagi bila umat Islam atau lebih spesifik, orang2 Melayu kita terus lalai dengan apa yang mereka perbuat? Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Perkasa!
Aku sedar bukan mudah nak berpoligami di zaman materialistik ini. Jika aku seorang Dato’ dan kaya-raya, mudah sahaja aku nak pancing gadis yang monggel2 untuk dijadikan isteri dengan kemewahan yang aku ada. Tetapi apakah itu cara berpoligami yang dituntut oleh Islam yang para rasul dahulu gunakan? Aku berjuang demi kebenaran, maka apa jua cabaran yang akan aku hadapi, aku kena gunakan kebenaran atau dengan kata lain, aku kena guna logik akal. Biarlah aku tidak sekaya-mana pun, yang pentingnya aku adalah aku. Aku kena menjadi seperti diriku sendiri dalam mencari siapakah srikandi yang berani berjuang bersamaku nanti, kerana poligami ini bukan bermatlamatkan untuk kahwin semata-mata, tetapi untuk perjuangan agama Allah. Ada tugas berat selepas ini. Dan sudah pasti srikandi itu memiliki ciri-ciri seorang pejuang juga yang Allah Maha Mengetahui siapa mereka.
Sesuatu perbuatan bermula daripada niat. Untuk berpoligami secara yang dituntut oleh Islam, niat itu kena diperbetulkan dahulu kerana Allah. Dengan kata lain, poligami yang ingin diperlihatkan ini untuk membuktikan kebenaran kata-kataku dalam menyeru manusia mentauhidkan Allah semata-mata, bukannya beragama secara menurut tak guna otak pada sesuatu manusia yang dilabelkan “tok guru” atau “ulamak”. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui manusia mana yang layak memegang status “ulamak”. Jangan ambil mudah dengan menganggap yang ada ijazah pengajian agama itulah orang yang arif. Tidak pernah wujud para nabi dan rasul terdahulu dapat status itu daripada mana-mana institusi pengajian agama. Mereka dapat Kitab dan Hikmah kerana mereka bergantung kepada Allah semata-mata melalui logik akal mereka, kerana Allah cipta alam ini secara logik, bukannya magik!
Kalau nak belajar buat kereta, logiklah kita masuk institusi yang berkaitan. Tetapi nak belajar kenal diri, institusi mana yang tahu selok-belok Allah cipta jiwa kita ini? Inilah killer question yang menyebabkan kaum yang tidak menggunakan akal itu akan terdiam. Kerana itu, belajarlah kenal diri dengan bereksperimen pada diri sendiri. Dari situ kita akan kenal Kekuasaan Allah.
Orang yang kenal Kekuasaan Allah, secara otomatiknya mereka takut hendak buat jahat biarpun berseorang diri kerana mereka nampak Allah dalam hati mereka. Di situlah terbitnya taqwa. Taqwa itu bererti kita takut pada Kekuasaan Allah biarpun mata kasar kita tidak lihat Dia. Bila dengar kisah tanah runtuh, kita jadi gerun yang Allah boleh menimpakan bencana yang lebih buruk lagi. Tetapi jika setakat mengaku Islam kemudiannya pengecut mempertahankan kata-kata sendiri bila dicabar dengan logik, itu adalah pengikut2 syaitan. Bukankah syaitan itu makhluk yang lemah?
Apabila manusia mula kenal Kekuasaan Allah, mereka akan nampak bahawa urusan jodoh itu atas KuasaNya. Mereka tidak akan mempertikaikan lagi jika Allah mahu menjodohkan seseorang lelaki yang sudah beristeri dengan wanita-wanita yang layak dalam perkiraan Allah. Sebab jika Allah tidak izinkan perkahwinan itu terjadi, si lelaki itu tidak akan mampu mengahwini wanita itu biar macam mana diusahakan. Sesungguhnya Allah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana…
December 25th, 2008 at 6:00 amSetelah membetulkan niat, cabaran seterusnya bagiku adalah bagaimana untuk meyakinkan isteriku pasal poligami ini. Aku tahu, di zaman sekarang yang manusia gila materialistik, bukan semua wanita atau isteri mudah menerima konsep poligami. Inilah cabaran yang kena aku tempuhi. Jika aku tidak mampu menyakinkan isteriku pasal poligami dengan guna logik akal, macam mana masyarakat akan yakin dengan apa yang aku perjuangkan sekarang ini?
Cabaran bertambah rumit apabila dalam keluarga kami, ada kisah poligami yang berakhir dengan keporak-perandaaan keluarga. Sudah pasti isteri aku akan takut perkara-perkara ini terjadi padanya. Namun kerana aku yakin aku berpegang pada Allah dalam tindakanku, maka apa jua kesusahan, aku kena tempuhi. Sebab jika aku berpegang pada nafsu atau syaitan, pasti aku jadi lemah bila diuji. Dan poligami ini membuktikan keberanian aku mempertahankan kebenaran. Bagi membuktikan aku bukan seorang pendusta, aku perlu jujur dan berterus-terang kepada isteriku ini tentang niatku ini. Agar dia mengerti apa yang aku lakukan ini kerana Allah bukan kerana nafsu. Jika aku lakukan kerana nafsu, sudah pasti aku pengecut hendak berterus-terang pada isteriku.
Isteri mana yang tak sedih dan lemah longlai bila dengar kata-kata yang mereka anggap suatu mimpi ngeri bila suaminya hendak kahwin lain? Sudah pasti syaitan membakar hatinya supaya marah kepadaku. Jadi aku biarkan isteriku berfikir sendirian ketika dia bersedih itu. Kerana dengan berfikir itulah manusia akan mendekati Tuhan. Kalau bersolat berjuta kali, tetapi tidak berfikir, tetaplah manusia itu akan mudah ditipu-daya syaitan. Sebab itulah kita tengok umat Islam sekarang, biarpun yang pergi masjidnya ramai, tetapi masih hidup lemah dan berpecah-belah. Mereka suka mengumpat, mengatakan dan menceritakan keburukan orang lain (sebab mereka merasakan diri mereka mulia) daripada memikirkan bagaimana hendak bangunkan umat yang lemah. Apakah mereka lupa Allah ada bersama mereka ketika mereka mengumpat keji itu? Ke mana pergi ibadah-ibadah mereka jika mereka habiskan masa dengan melakukan kerja yang sia-sia itu? Sedangkan ahli-ahli syurga tidak berkata yang sia-sia.
Setelah isteriku mula memahami niatku dan boleh diajak berbincang, barulah kami mulakan perjuangan ini. Syukur, Allah memperkuatkan hati isteriku. Aku tidak mampu memperkuatkan hati orang lain, tuan punya diri itulah yang kena yakin pada Allah untuk memperkuatkan hati sendiri. Nak perkuatkan hati, kenalah berfikir secara logik melihat tanda-tanda Kekuasaan Allah dan kenang akan nikmat-nikmat Allah kurniakan kepada kita selama ini. Apakah kita guna nikmat itu secara mewah dan bermegah-megahan atau untuk perjuangan agama Allah? Perjuangan agama Allah adalah perjuangan untuk mengajak manusia berfikir secara logik pasal Tuhannya sendiri. Setiap kali akal kita mencapai logik bila mengenal Allah, hati kita akan rasa tenang sebab kita sudah berpegang pada bukti yang kukuh. Bukti inilah yang akan kita bawa di hadapan Allah kelak. Kita bukan bawa nama imam-imam terdahulu untuk dijadikan sandaran bila di hadapan Allah kelak.
Masing-masing telah dikurniakan akal yang waras, kenapa perlu pengecut guna akal sendiri dengan buat alasan tanpa bukti yang akal itu terbatas. Akibat membataskan akal itulah umat Islam sekarang jadi lembab otaknya dan lemah serta ketinggalan dari segi sains dan teknologi berbanding bangsa-bangsa yang bukan Islam. Bukankah itu suatu pemandangan yang memalukan kita sebagai orang yang mengaku Islam? Allah tidak memandang akuan mulut kita itu. Allah tidak memandang keturunan kita, tetapi Dia melihat apa yang ada dalam hati kita. Allah Maha Mengetahui siapakah orang yang dalam hatinya ada penyakit (busuk hati) atau orang yang bersih hatinya.
Untuk membuktikan poligami yang Allah amanahkan kepadaku ini datang daripadaNya, aku kena bertindak dengan bermuzakarah dengan isteriku. Jika aku ambil tindakan seorang diri, aku khuatir isteriku akan mencurigaiku kerana syaitan tidak akan duduk diam untuk menggagalkan poligami ini kerana poligami ini berlandaskan perjuangan untuk kebangkitan Islam. Apakah syaitan akan merasa tenang bila tahu ada manusia yang ingin menegakkan Islam kembali? Sebenarnya aku dan isteriku sedang bertarung dengan syaitan dalam hati kami. Oleh itu selaras dengan cara Nabi Muhammad yang suka bermuzakarah dengan para sahabat baginda, aku juga kena berbincang dengan isteriku untuk mencari jalan ke arah poligami yang selamat. Bukankah Islam itu selamat dan sejahtera?
Sebelum aku memberitahu siapakah calon srikandi itu kepada isteriku, Allah telah menghadirkan mimpi padaku pasal calon srikandi itu. Dan untuk mengukuhkan hatiku, aku berdoa agar ada bukti di alam realiti. Kebetulan ada satu event yang memungkinkan aku boleh menemukan isteriku dengan calon srikandi itu. Aku berdoa pada Allah, jika benar gadis itu adalah calon srikandi yang dimaksudkan, izinkanlah isteriku dan gadis itu ditemukan. Aku tidak pasti apakah gadis itu akan datang atau tidak. Jadi kalau Allah tidak izinkan gadis itu bakal menjadi srikandiku, sudah pasti Allah akan ilham kepadanya agar tidak hadir atau Allah timpakan masalah untuk dia hadir. Begitu juga dengan isteriku, jika Allah tidak izinkan dia bertemu gadis itu, sudah pasti Allah akan wujudkan keadaan yang tidak mengizinkan isteriku turut serta dalam event itu, kerana isteriku tidak tahu niatku membawanya menyertai event itu. Dan jika syaitan masih kuat di hatinya, sudah pasti dia tidak mahu hadir jika dia tahu itu niatku itu. Di sinilah aku bereksperimen dengan Allah untuk memantapkan keyakinan diri dan keimanan kepadaNya di samping menambah keyakinan berkenaan kebenaran dalam misi berpoligami ini…
December 25th, 2008 at 7:08 amAtas Kuasa Allah, akhirnya Allah izinkan isteriku dan calon srikandi itu dipertemukan dalam sebuah event yang aku maksudkan. Aku memuji Allah kerana Dia memperkenankan doaku. Jika Allah tidak izinkan aku berpoligami, sudah pasti Allah tidak pertemukan isteriku dengan gadis tersebut, sebab aku telah berdoa untuk mendapat petunjukNya. Bukti jelas yang berlaku depan mata itulah meyakinkan aku untuk memberitahu isteriku siapa calon yang dimaksudkan. Keesokannya, aku sampaikan kepada isteriku. Walaupun isteriku sebelum ini sudah mula menerima pasal poligami, tetapi aku tahu hatinya belum cukup kuat. Jadi selepas aku menceritakan bahawa gadis yang dia bertemu pada event itu adalah calon srikandi yang Allah perlihatkan dalam mimpi-mimpiku sebelum ini, isteriku mula sedih dan lemah kembali. Kasihan juga aku melihat dia, namun aku kena bertegas dalam perjuangan ini. Aku tahu yang melemahkan hati isteriku itu kerana adanya syaitan yang meragu-ragukan pasal poligami. Aku tidak mahu membiarkan isteriku ditipu-daya syaitan sedangkan kami seorang yang berjuang.
Seperti yang sebelumnya, bila jadi keadaan ini, aku biarkan isteriku sendirian untuk berfikir. Biarkan dia dengan Allah. Jika dia benar-benar ingin berjuang bersama-samaku, pasti dia akan melawan syaitan yang menakut-nakutkan hatinya itu. Aku tidak berniat menyakiti hatinya. Biar sakit sedikit di dunia, daripada menanggung kesakitan selama-lamanya di akhirat. Aku yakin, bila dia sudah berjaya lawan syaitan dalam hatinya, pasti dia sudah tidak takut dan ragu-ragu pasal poligami ini.
Hampir satu hari juga isteriku perlukan masa untuk memulihkan kekuatan semangatnya. Melihat keadaannya yang sudah semakin pulih dan boleh berbincang kembali, aku bagi pilihan kepadanya sama ada ingin terus berjuang atau berpatah kembali, agar dia tidak rasa terpaksa untuk berjuang. Isteriku sanggup teruskan perjuangan dan dia minta nombor telefon gadis itu untuk berkenalan lebih lanjut. Kebetulan aku tidak ada nombor gadis itu kerana kami hanya pernah beremail beberapa kali sebelum ini. Inilah cabaran untukku kerana bukan mudah nak minta nombor telefon sesoerang gadis yang kita tidak biasa dengannya. Di sini aku menguji keyakinan diriku sendiri. Aku berdoa kepada Allah, jika Dia restui perjuangan ini, izinkan aku mendapat nombor telefonnya, bukan untukku, tetapi untuk isteriku.
Keesokannya, dengan semangat perjuangan baru, aku mengorak langkah ke destinasi perjuangan seawal pagi. Jika sebelum ini aku pergi ofisku agak lewat, kini dengan azam baru, aku bergerak di awal pagi. Semangat kuda perang (Aadiyat) aku pacu untuk membuktikan kebenaran. Suatu yang tidak disangka-sangka hasil berjaya meyakinkan isteriku, kedatangan ku seawal pagi itu telah disambut oleh gadis tersebut yang mungkin kehairanan melihat aku datang awal kerana sebelum ini jangan harap aku nak datang kerja seawal pagi seperti ini. Siapakah yang mengizinkan gadis itu menegur aku sedemikian rupa? Dan siapakah yang mengilhamkan kepadanya untuk datang awal juga sedangkan kami tidak pernah berjanji untuk datang awal pagi? Sudah pasti Allah Yang Maha Berkuasa.
Petunjuk Allah itu meyakinkan aku untuk bergerak ke peringkat seterusnya. Janji pada isteriku untuk dapatkan nombor telefon gadis itu perlu aku lunaskan bagi membuktikan kejujuranku dalam perjuangan ini. Kebetulan aku melihat namanya ada dalam sebuah program mesengger. Aku memberanikan diri untuk menegurnya dan seterusnya dengan Kuasa Allah, aku berpeluang untuk berkomunikasi dan kemudiannya meminta nombor telefon si dia. Aku guna alasan yang logik bagi meyakinkan dia kenapa aku perlu nombor telefonnya dan kenapa aku hendak kenalkan dia dengan isteriku. Aku katakan yang aku hendak meluaskan perkenalan isteriku yang keboringan duduk di rumah. Kebetulan sejak adik iparku tidak lagi duduk serumah dengan dengan kami, isteriku selalu keboringan dan aku melihat dia kurang gembira. Kena pula sebelum ini aku selalu pulang agak lewat dari ofis. Malah dia selalu ungkitkan pasal hendak bekerja.
Aku bukan tidak mengizinkan isteriku bekerja. Malah di awal perkahwinan kami, aku selalu membawa dia ke tempat-tempat yang dia dipanggil untuk diinterview. Yalah, sebagai lepasan universiti, pasti dia teringin untuk bekerja. Namun Allah menahan dia daripada bekerja. Berapa banyak kali interview malah ujian untuk KPLI dicuba, tetapi tak juga-juga diterima. Dari situ aku nampak yang Allah menahan dia daripada bekerja. Melihat petunjuk Allah itu, aku nampak bahawa Allah ingin aku bina keluarga yang memastikan pembesaran anak-anak cukup kasih-sayang. Sekarang ini kita dengar kisah anak-anak yang membesar kurang kasih sayang yang terbiar malah sampai sanggup lari daripada rumah. Semua kesan ini bila fitrah pembesaran anak yang perlukan kasih-sayang ditinggalkan akibat si ibubapa mereka lalai mengejar kemewahan harta-benda. Anak-anak yang kurang kasih sayang tidak mampu melahirkan bangsa yang kuat dan bersemangat tinggi.
Biarlah keluarga kami tidak semewah mana, asalkan anak-anak membesar dengan sempurna dengan cukup kasih-sayang agar menjadi manusia yang bijak berfikir dan bersemangat tinggi. Hidup ini sebentar cuma. Alangkah ruginya masa untuk anak-anak membesar dibiarkan kepada orang gaji yang sudah pasti tidak mampu memberikan kasih-sayang pada anak-anak itu. Apatah lagi orang gaji yang bermatlamatkan duit dan harta, sudah pasti anak-anak itu terbiar dan tenggelam tanpa matlamat hidup sebagai khalifah alam. Seseorang anak memerlukan ibu untuk memastikan kasih-sayangnya cukup. Seorang isteri memerlukan suami untuk cukup kasih sayang. Dan seorang suami memerlukan Allah untuk merasai tanda-tanda Kasih-sayang Allah. Dan kejadian manusia bermula pada seorang lelaki, kemudian isteri seterusnya barulah anak-pinak.
Seorang anak akan dapat rasai Kasih-Sayang Allah bila mentaati ibubapanya, terutama sekali ibu yang melahirkannya. Sebab itu dikatakan syurga di bawah telapak kaki ibu. Seorang isteri akan dapat rasai Kasih-Sayang Allah bila dia mentaati suaminya. Dan seorang lelaki akan dapat rasai Kasih-Sayang Allah bila dia mentaati kebenaran yang tercapai pada logik akal. Sebab itu Allah lebihkan kekuatan akal lelaki berbanding perempuan. Malah para rasul semuanya dari kalangan lelaki. Sesuai dengan fitrah lelaki sebagai pemimpin perempuan, sudah pasti Allah lebihkah akal lelaki terhadap perempuan. Setiap manusia ada tanggungjawab atau amanah masing-masing. Dan amanah terhadap Allah inilah yang perlu disempurnakan.
Kejayaan aku mendapatkan nombor telefonnya dengan mudah itu menunjukkan Allah memperkenankan doaku. Jika Allah tidak izinkan aku berkenalan dengannya, sudah pasti sampai sekarang aku tidak mampu dapat nombor telefonnya dan tidak mampu perkenalkan dia dengan isteriku. Seperti itulah kita perlu melihat tanda-tanda Kekuasaan Allah dalam hidup kita supaya jiwa kita sentiasa redha dengan Allah. Susah senang sesuatu perkara, semuanya datangnya daripada Allah. Tidak perlu kita menyalahkan orang lain. Seperti itulah aku selalu mengingatkan seorang anak buahku di ofis supaya tenang menghadapi dugaan. Segala masalah itu bukan untuk kita menyalahkan di antara satu sama lain, tetapi untuk kita belajar daripada kesilapan dan cuba improvekan kekurangan mana yang patut. Barulah diri menuju kesempurnaan. Aku lihat perangai di ofisku, bila ada sesuatu masalah, mulalah mereka menunding jari menyalahkan orang lain, bukannya hendak cari punca masalah dan fikirkan bagaimana hendak selesaikannya. Budaya penakut hadapi masalah ini menyebabkan manusia itu jadi lemah dan pengecut…
December 25th, 2008 at 9:06 amSetelah Allah izinkan aku mendapat nombor telefon gadis tersebut, maka bermulalah siri perkenalan di antara isteriku dengannya. Aku berharap perasaan mereka boleh rapat seperti adik-beradik, kerana mengikut sunnah yang terjadi pada kisah Nabi Yaakob umpamanya, baginda diizinkan berpoligami dengan perempuan-perempuan dari kalangan adik-beradik. Namun dalam syariat Nabi Muhammad, seseorang lelaki tidak boleh mengumpulkan isteri-isteri dari kalangan adik-beradik. Logiknya mungkin kerana untuk meluaskan zuriat bukan pada keturunan yang sama dan agar Islam lagi mudah disebarkan. Tambahan pula manusia sudah bermacam-macam keturunan dan untuk menyatukan keturunan-keturunan ini, Islam mengajar menggunakan cara perkahwinan. Bukankah nilai di sebalik perkahwinan itu untuk menyatukan manusia? Dan di sebalik kesatuan manusia itu adanya Allah, sedangkan di sebalik perpecahan manusia itu adanya syaitan. Manusia yang suka melihat perpecahan sesama manusia itu hakikatnya bertuhankan syaitan walaupun mulutnya mengaku Islam.
Di peringkat ini, aku kedepankan isteriku untuk membuktikan aku melakukan ini kerana Allah. Jika aku melakukan kerana nafsu, lebih baik aku sendiri kedepankan diri untuk menghabiskan banyak masa bersama gadis itu macam kisah-kisah lelaki lain yang ingin berkahwin lebih. Tetapi kerana aku buat ini untuk perjuangan agama Allah, biarlah terpaksa menentang arus, akan aku redah jua. Jangan kerana nafsu, prinsip perjuangan untuk membuktikan kebenaran tergadai. Sejak datang awal ke ofis, aku juga pastikan diri selalu balik awal. Juga untuk membuktikan kepada isteriku yang aku tidak mendustainya. Agar dia yakin pada perjuangan dan kepada Allah. Kalau ikut nafsu, lebih baik aku duduk lama di ofis itu agar selalu aku ada banyak masa mendekati gadis itu. Namun bagi membuktikan keinginanku untuk berpoligami bukan untuk meninggalkan isteriku tetapi kerana Allah, maka aku banyakkan masa dengan isteri dan anak-anak. Dan supaya si gadis itu yakin bahawa Allah hadirkan dia dalam hidup kami bukan untuk memporak-perandakan keluarga.
Setelah beberapa waktu Allah izinkan isteriku berSMS dan berYM dengan gadis itu, tibalah masanya Allah menyuruh kami menyampaikan amanah kepadanya. Petunjuk yang diberikan adalah antaranya telah sampai rasa yang selesa di antara isteriku pada gadis itu. Ini kerana mengikut logik, untuk membuktikan poligami yang mengikut Islam, sudah pasti isteri dan calon itu perlu boleh berlapang dada sebelum disatukan. Kerana perkahwinan itu bukan antara aku dengan gadis tersebut semata-mata, malah antara isteriku dan anak-anakku dengan gadis itu juga. Inilah perkahwinan yang berlandaskan kesucian cinta dan mengikut sunnah yang pernah dilalui oleh para rasul terdahulu.
Maka aku usulkan kepada isteriku untuk mendapatkan persetujuan dan kepastian gadis itu sama ada ingin berjuang bersama kami atau tidak. Sebelum itu isteriku pernah mengajak calon srikandi itu berbincang pasal poligami dan cita-cita kami untuk membuktikan poligami yang selamat (Islam). Aku kira gadis itu seorang yang berfikir, sudah pasti dia akan faham perjuangan yang ingin kami buktikan. Dan aku yakin, kerana dia seorang yang berfikirlah, Allah tunjukkan dia dahulu sebagai calon srikandi perjuangan ini. Bukankah Allah Maha Melihat segala isi hati manusia?
Aku mencadangkan kepada isteriku untuk memberi sehelai tudung hitam yang kami gelar Panji Hitam. Kebetulan ada cuti panjang yang mengizinkan aku pulang ke kampung isteriku, maka di sana kami mencari tudung yang sesuai untuk dijadikan Panji Hitam itu. Sehelai tudung aku hadiahkan kepada isteriku kerana telah sudi berjuang bersama-samaku, dan satu lagi tudung sebagai pilihan untuk gadis itu. Aku tidak tahu sama ada dalam hatinya ingin berjuang atau tidak. Maka, untuk mencari insan yang ikhlas berjuang kerana Allah, aku perlu berikan dia pilihan, kerana Islam itu bukan paksaan.
Sepanjang perjalanan untuk mendapatkan Panji Hitam itu, Allah permudahkan. Jika benar Allah tidak izinkan amanah perjuangan ini disampaikan kepada gadis itu, sudah pasti Dia menggagalkan rancangan kami untuk menyerahkan Panji Hitam itu. Tetapi kerana Allah Maha Mengetahui niat sebenar kami, segala yang kami rancangkan Allah mudahkan. Bukankah Allah bersama-sama orang yang berjuang kerana kebenaran?
Untuk menyerahkan Panji Hitam kepada gadis tersebut, atau dengan kata lain untuk memberi pilihan kepadanya untuk berjuang sama atau tidak, kami sertakan juga sebuah kad ucapan yang kami panggil Warkah Perjuangan. Di dalamnya kami catatkan pilihan untuk dia, sama ada hendak berjuang atau tidak. Syaratnya mudah sahaja, iaitu jika dia sudi berjuang sama, maka pakailah panji itu dan jika tidak sanggup berjuang, simpan sahaja buat kenang-kenangan. Inilah tanda untuk membuktikan yang kami datang bukan sebagai pemaksa. Dan kisah kami itu biarlah tersimpan menjadi rahsia kami bertiga sahaja.
Kami gunakan pengajaran kisah Samarkand di mana tentera Islam pernah membuat kesilapan menyerang penduduk di Samarkand dan menawan kota itu di pagi hari tanpa sempat memberikan pilihan kepada mereka. Tentera Islam adalah tentera yang berani, sepatutnya tidak menyerang musuh secara pengecut. Mereka kena terbuka menegakkan kebenaran setelah diberikan pilihan. Daripada pengajaran kisah inilah kami memberikan pilihan kepada gadis itu sama ada mahu berjuang atau tidak supaya di kemudian hari, kami tidak dipersalahkan kerana mendesaknya.
Allah permudahkan lagi Panji Hitam dan Warkah Perjuangan disampaikan kepada gadis itu. Aku tidak pasti bilakah harinya gadis itu akan sanggup mengibar panji itu dengan memakai tudung tersebut. Jika dia tidak sudi berjuang, aku hormati pilihannya dan kami akan berusaha mencari calon yang lain pula. Tidak disangka-sangka selang beberapa hari, gadis tersebut telah memakai Panji Hitam tersebut. Maka bermulalah sebuah perjuangan seperti yang dijanjikan. Terkibarnya panji itu bermakna dia sudi berjuang sama dengan kami.
Begitulah Allah memudahkan aku dan isteriku dalam menyerahkan Panji Hitam kepada gadis itu. Kenapa Allah izinkan amanah Panji Hitam itu sampai kepada gadis tersebut? Sudah pasti kerana dalam hati gadis itu sanggup memikul amanah perjuangan ini. Jika dia tidak sanggup, sudah pasti Allah tahan rancangan kami hendak serahkan panji itu, atau gadis itu tidak akan memakai Panji Hitam tersebut sehingga kini. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala yang manusia perbuat…
December 25th, 2008 at 10:27 amassalamualaikum karesma..
adakah perjuangan anda selama ini hanya untuk berpoligamni??????amat keji kamu ituh….
December 25th, 2008 at 10:30 amPoligami adalah sebahagian perjuangan menegakkan Islam yang pernah para rasul terdahulu lalui. Jika anda menghukum saya keji, bermakna anda sudah menghukum para rasul terdahulu melalui jalan yang keji. Dan apakah bukti yang akan anda bawa di hadapan Allah untuk menghukum poligami itu keji?
Menghukum orang tanpa bukti itu mudah. Namun bila diminta bukti, ramai yang bertuhankan syaitan akan berpaling lari. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.
December 25th, 2008 at 10:37 amsalma,
hmm. kalau anda nak berjuang menegakan islam, baik ikut je jemaah yang ade sekarang. banyak yang ade. yang dah terbukti asas dia berpandukan ajaran islam yang sebenar. tak payah nak susah susah nak buat lain. masuk je PAS .comfirm takan terpesong. sebab mereka guna kitab. dan oragn yang memimpin gerakan islam ini semua org alim yang ade ILMU. bukan mentafsirkan alquran ikut logic akal untuk mentafsir al quran. layak kah saudara untuk mentafsir kalam allah yang suci dengan akal anda yang terbatas?????? nasihat saya kalau nak kaji al quran, belajar la bahasa arab dahulu. dan satu lagi, macam mana ada nak bezakan pertunjuk tuhan dengan bisikan syatian??? adakah saudara yakin semua bende yang saudara mimpi itu datang dari allah???sedangkan nabi adam pernah terperdaya dengan iblis. inikan manusia istifarllah saudara!!!! istifarllah saudara!!!!saya berpesan sebagai sedara seislam….
December 25th, 2008 at 10:48 amsepuluh jari disusun kerana beremosi….
maaf saya tidak mengatakan POLIGAMI itu keji. tapi yang saya kata keji itu cara anda berpoligamai.
December 25th, 2008 at 11:08 amnak berpoligamai dengan gadis gadis dan anak DARA.
rasullah dulu berpoligamai sebab nak selamatkan perempuan dari pada fitna. berbeza ngn anda..kesian kat anda….tak paham konsep poligami. nak poligami tak tau cara yang betul…..fikir la anak anak tuh…
Salam Pejuang Islam,
Islam tidak pernah ditegakkan dengan berebut kuasa. Itu yang saya nampak daripada ajaran Quran. Islam bermula dengan membangunkan akal untuk belajar kenal diri, sbb yang nampak dan rasa dalam diri kita adalah kita dan Allah. Drpd kenal diri, barulah boleh sucikan hati.
Islam bukan agama keturunan. Sbb itu jangan ambil mudah sudah lahir daripada keturunan Islam, terus rasa diri itu sudah Islam. Para Nabi terdahulu dapat Islam dengan berjuang, bukannya dengan cara join mana2 parti.
Orang Yahudi dahulu pun anggap diorang tidak terpesong drp ajaran para rasul terdahulu. Tapi bila kerja mereka berpecah-belah dan menggunakan Taurat untuk berbalah-balah, itukah dia orang yang berjuang di jalan Allah? Dan perangai ini sudah dilihat pada orang Islam sekarang, dalam konteks kita, orang2 Melayu.
Kealiman manusia bukan dinilai dengan melihat zahirnya. Tetapi sejauh mana kebenaran kata-katanya. Bukankah si pendusta itu golongan syaitan? Saya tidak mudah letak seseorang itu alim kerana join parti atas nama “Islam”. Allah tidak pandang pada label zahir, tetapi hati manusia. Hati yang bersih akan berkata2 secara hikmah, logik dan ada bukti yang kukuh. Sesiapa juga yang berkata begitu tidak kira mana2 parti, saya terima kata2nya. Bukan apa, untuk mengelak daripada budaya taksub. Orang2 Yahudi dahulu taksub kepada keturunan mereka sahaja.
Orang yang berilmu, tidak guna ILMU untuk berbalah-balah dan berpecah-belah.
Quran bukan untuk ditafsir, tetapi untuk dikaji. Konsep mengkaji adalah menggunakan logik akal, bersandarkan bukti yang wujud di alam semesta ini. Bukannya mudah2 sandarkan kebenaran atas nama imam-imam terdahulu. Pernah kita jumpa ayat Quran yang menunjukkan Nabi Muhammad menyandarkan kebenaran pada nama ulamak2 terdahulu? Baginda seorang yang berani berkata benar.
Urusan layak atau tidak saya mengkaji Quran itu urusan Allah. Nabi Muhammad pun pernah dikatakan tak layak menyampaikan kebenaran oleh kerana baginda bukan berketurunan Bani Israel dan tidak tahu bahasa Kitab Taurat dan Injil. Apakah ketidaktahuan saya berbahasa Arab merendahkan martabat saya di sisi Allah untuk memahami pengajaran Quran? Adakah saudara ini Tuhan selain Allah yang menentukan sama ada saya ini layak atau tidak untuk mengkaji Quran?
Jika ada kajian Quran saya tidak betul dan dusta, buktikan di sini. Jangan mudah2 sahaja hukum orang lain tak layak kaji Quran. Nabi Muhammad pernah mencabar orang2 kafir dahulu buktikan mana2 ayat Quran yang dusta, tapi sampai sekarang mereka tak mampu.
Jika bahasa itu adalah penilaian Allah untuk kita faham Quran, sudah pasti Allah akan gerakkan saya belajar bahasa Arab. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak pergi belajar bahasa Taurat dan Injil untuk dapat pengajaran yang sama dengan kitab2 tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
Sesuatu yang benar itu datangnya daripada Allah. Jika kita sampaikan kebenaran yang tercapai logik akal, itukan datang daripada Allah? Allah cipta alam ini bukannya secara magik. Sbb itu kita boleh kaji alam ini (ilmu sains). Manakala sesuatu yang dusta tanpa bukti sandaran, itu namanya datang daripada syaitan. Sebab itu saya duk cabar orang2 yang kata tak boleh kaji Quran guna akal, supaya buktikan mana2 kaji Quran saya buat selama ini dusta. Sekadar cakap tidak boleh itu tidak boleh ini tetapi tanpa disertakan bukti, macam mana orang nak percaya kata2 saudara itu?
Mengatakan akal manusia itu terbataslah yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi pemalas dan lembab berfikir. Sedangkan bangsa bukan Islam lagi cemerlang daya fikir mereka sehingga mampu mencipta teknologi yang tidak pernah disebut dalam mana2 kitab2 terdahulu. Itukah buktinya akal manusia terbatas? Cakap memang murah, tapi kalo bukti takde, siapa nak percaya?
Bisikan syaitan itu terletak pada hati iaitu dalam dada manusia (refer Surah An Naas). Sebab itu saya guna logik akal, kerana akal fikiran terletak di otak kita. As long kita tidak berkata mengikut rasa, maka terselamatlah kita daripada bisikan syaitan. Bukankah pepatah ada mengatakan “Ikut rasa badan binasa”. Apa maknanya itu? Dia suruh kita ikut akal fikiranlah. Guna pertimbangan yang waras. Bukan main cakap sesedap hati mengatakan akal manusia terbatas tanpa bukti yang logik.
Saya yakin mimpi saya kerana ada logik dan berunsur pengajaran. Jika mimpi mengarut tanpa makna, barulah saya tolak tepi. Mana2 mimpi yang mempunyai nilai manfaat, itukan datangnya daripada Allah? Bukankah Allah tidak melakukan sesuatu secara sia-sia? Yang buat kerja sia2 itu hanya syaitan yang pengikut2nya sahaja. Mengajak manusia sesama manusia berbalah-balah berebut kuasa, kutuk sana-kutuk sini, mengumpat mengeji dan macam2 perkara atas alasan menegakkan negara Islam. Betulkah cara itu?
Nabi Adam diperdaya iblis ketika bersenang2 di syurga. Fitrah manusia, apabila hidup bersenang-lenang, dia akan lalai. Sebab itulah kami ambil pendekatan hidup yang berjuang agar tidak lalai. Biar susah di dunia, jangan susah di akhirat. Dan kerana itu kami tidak ambil mudah nak berjuang tegakkan Islam dengan join mana-mana parti. Apatah lagi kesan akibat berparti2 inilah umat Islam jadi lemah dan berpecah-belah macam skrg ini.
Namun saya hormati tulisan2 saudara itu biarpun berbeza pendapat. Saya suka berbeza pendapat sbb dapat belajar keyakinan diri. Saya tak suka dengan taksub menurut membuta-tuli tanpa memikirkan kesan kenapa umat Islam lemah, pemalas berfikir, suka berpecah-belah.
Sebab itu saya cuba memencilkan diri daripada beragama ikut-ikutan. Orang Yahudi dan Nasrani di zaman Nabi jadi lemah sebab beragama ikut-ikutan inilah. Mereka anggap sudah beragama ikut keturunan para rasul terdahulu, mereka sudah beriman. Mereka anggap kalo masuk neraka pun sebentar sahaja. Anggapan macam ni dah ada pada umat Islam sekarang. Akibatnya mereka jadi berani melakukan dosa sbb mereka anggap jika masuk neraka pun kejap sahaja. Nampak tak persamaan perangai umat Islam sekarang dengan golongan Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam Quran? Mungkin sbb itulah ada org Islam sekarang jadi takut bila Allah bangkitkan hamba2nya yang mampu kaji Quran walaupun tak tahu berbahasa Arab. Sedangkan Nabi Muhammad yang tak tahu membaca pun boleh dapat Kitab dan Hikmah.
Berfikiran jauhlah. Janganlah kerana nak rebut kuasa politik dan kemewahan harta-benda, Islam dan Quran tergadai.
December 26th, 2008 at 4:44 amSalam ali atan,
Apa pula kaitan berpoligami mengahwini gadis atau anak dara dengan kekejian? Keji ke berkahwin dengan anak gadis? Habis tu Nabi Yaakob mengahwini anak2 gadis dari kakak dan adik itu, baginda sudah berlaku kejilah? Dan apakah Nabi Yaakob itu seorang yang melupakan anak-anaknya bila dia berkeinginan berkahwin lagi (kahwin adik kepada isteri pertamanya itu)?
Kalo kita refer Quran pun, tiada pula kita jumpa larangan berkahwin dengan gadis atau anak dara. Sebab kalo ikut logik, siapa kita manusia untuk mencegah perasaan cinta yang Allah hadirkan terhadap seseorang? Jadi betulkah kekejian yang anda letakkan itu? Atau anda ini sebenarnya seorang yang keji tapi tak sedar diri?
Bukankah kekejian itu bila seseorang lelaki itu berkeinginan melakukan ZINA? Ini nak berpoligami pun dicop keji. Sudahlah tak bagi hujah yang logik, main cakap sesuka hati tanpa bukti. Itukah dia seorang yang matang berfikir? Sedar atau tidak, kata-kata anda itu secara tidak langsung telah menggalakkan para suami mencari perempuan simpanan daripada berpoligami secara sah dan berani berterus-terang.
Jika anda nampak Kuasa Allah, adakah anda ingin pertikaikan Kuasa Allah letakkan perasaan cinta seorang lelaki pada mana2 perempuan sekalipun. Tak kiralah anak gadis ke atau janda. Adakah anda ini tuhan selain Allah sampai nak campuri Kekuasaan Dia meletakkan perasaan cinta itu? Cakap macam orang tak percaya Allah sahaja?
Sedangkan Nabi Muhammad pun tak mampu tolak rasa cintanya pada Aisyah yang masih gadis sunti. Kenapa baginda tidak tunggu sahaja Aisyah sampai berumur 20 tahun contohnya? Adakah baginda seorang yang keji sbb mengahwini gadis sunti? Dan apakah baginda seorang yang tidak ingat kepada anak-anak baginda ketika mencintai Aisyah yang hampir sebaya dengan anak baginda? Itulah tarikan cinta yang menyebabkan lelaki yang ikhlas hatinya sanggup melakukan apa sahaja yang logik difikirkan.
Sebab itulah kaji Kekuasaan Allah secara logik, barulah anda akan rasa apa yang saya rasa. Takdelah nak simply2 kata orang keji dan sebagainya. Tengok kekejian dalam diri sendiri itu dahulu sebelum menghukum seseorang insan.
Secara fitrahnya, manusia berkahwin atas dasar cinta, bukan sebab lelaki nak selamatkan perempuan daripada fitnah semata2 umpamanya. Cuba kaji kisah Adam dan Hawa, bagaimana nilai cinta dalam hidup seseorang manusia. Apakah Nabi Muhammad itu bukan manusia biasa yang tidak memiliki perasaan cinta? Jangan mudah2 cakap baginda berkahwin semata2 kerana nak selamatkan wanita. Itu yg nampak pada zahirnya. Dalam hati baginda bagaimana besarnya rasa cinta itu, siapa yg tahu? Anda tahu ker?
Terselamatnya perempuan daripada fitnah apabila dia menerima cinta suci seseorang lelaki. Janganlah pandang poligami itu dari zahir sahaja, tanpa pertimbangkan secara waras untuk memahami kenapa Allah cipta manusia ada perasaan ingin cinta-mencintai. Apakah perasaan cinta itu suatu yang keji? Bila Allah mencintai hambaNya yang tak tahu cakap Arab, kejikah Allah itu? Dan bila Allah letakkan perasaan cinta lelaki pada seseorang perempuan tak kiralah dara ke tak dara (mana la si lelaki tu tahu…huhu), kejikah lelaki itu? Mengatakan si lelaki itu keji sedangkan perasaan cinta yang Allah letakkan itu adalah suci, secara tak langsung anda sudah mengkeji Allah. Lebih baik anda menginsafi diri.
Kalau saya berpoligami kerana nafsu, buat apa saya ambil jalan yang sesusah ini? Kejikah orang yang jujur dan berterus terang kepada isterinya kenapa dia ingin berpoligami? Kejikah orang yang membuktikan dia berjaya pertahankan perkahwinannya yang sedia ada biarpun diuji dengan cinta pada wanita lain?
Dan kepada siapa Allah hendak jodohkan saya, bukankah itu urusan Dia? Adakah anda merasa dengki bila Allah hendak jodohkan saya dengan mana2 gadis atau anak dara? Bukankah saya tidak mampu tolak bila Allah hadirkan perasaan cinta pada mana2 wanita sekali pun. Samalah macam Allah lahirkan seseorang itu dari keluarga yang kaya-raya atau miskin. Bersalahkah manusia itu ditakdirkan lahir dari keturunan sebegitu?
Jika Allah takdirkan saya dapat berpoligami dengan semuanya anak dara, apakah itu akan merendahkan darjat saya di sisi Allah? Apakah anda ini seorang yang tidak percaya Kuasa Allah?
December 26th, 2008 at 5:06 amSegala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Telah tersampai amanah untuk memberikan pilihan kepada gadis yang Allah tunjukkan. Jika aku pilih gadis itu semata-mata kerana ikut hatiku, sedangkan Allah tidak mengizinkan, akan tersampaikah Panji Hitam tersebut? Dan jika pengibaran Panji Hitam itu atas rasa gadis itu sahaja sedangkan Allah tidak mengizinkan, akan berlakukah dia mengibarkan Panji Hitam tersebut?
Mungkin ada yang bertanya kenapa aku memilih seorang gadis sebagai calon srikandi ini? Kenapa tak pilih janda macam kisah Nabi Muhammad dahulu yang kebanyakan isteri-isterinya adalah janda kecuali Siti Aisyah? Sebelum mereka bertanya itu, ada baiknya mereka berfikir kenapa Allah izinkan Panji Hitam itu diserahkan dan telah dikibarkan oleh gadis tersebut. Jika Allah melarang hasrat hatiku itu, akan terkibarkan Panji Hitam yang di sebaliknya mempunyai makna perjuangan kebangkitan Islam itu?
Allah tidak melakukan sesuatu secara sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya. Jika kita kaji kisah perjuangan Nabi Muhammad, baginda berjuang melibatkan peperangan yang menyebabkan keguguran para sahabat baginda. Atas rasa bertanggungjawab pada perjuangan, balu-balu para sahabat baginda dikahwini agar mereka ada tempat bergantung. Adalah sesuatu tindakan yang memalukan sebagai pemimpin, bila para sahabat baginda gugur di medan peperangan, baginda abaikan balu-balu itu terkontang-kanting hidup tanpa kasih-sayang suami. Dengan kata lain, keadaan masa itu yang menyebabkan Allah menakdirkan baginda berpoligami sedemikian rupa. Namun tiada pula baginda melarang seseorang suami hendak berkahwin dengan gadis atau anak dara, sebab urusan jodoh itu atas Kekuasaan Allah. Allah Maha Bijaksana untuk izinkan seseorang lelaki itu mengahwini perempuan mana sekalipun.
Dan dalam perjuanganku pula, ia tidak lagi melibatkan peperangan yang mengorbankan nyawa, sehingga aku perlu mengahwini balu-balu para sahabatku yang gugur dalam perjuangan. Kena pula keadaan masyarakatku sekarang, bilangan wanita yang lewat berkahwin semakin tinggi yang akan mengundang kepada ANDARTU. Dan semakin meruncing lagi, bila timbulnya kes-kes PENKID akibat banyak kes gadis-gadis yang dikecewakan oleh lelaki yang tidak tahu menghargai apa ertinya CINTA. Selain itu kehidupan harianku belum ditemui dengan janda-janda yang beriman yang perlukan kasih-sayang seorang suami. Namun di masa akan datang, siapa tahu? Jadi, sudah pasti corak poligami yang Allah izinkan bagiku berlainan dengan Nabi Muhammad. Dan tidak pula dikhabarkan kisah para rasul sebelum Nabi Muhammad berkahwin dengan janda sehingga dijadikan alasan poligami itu hanya untuk janda-janda sahaja. Bolehkah urusan jodoh itu ditetapkan dengan perawan atau janda?
Jika kita perhalusi lagi, sekarang ini bilangan gadis-gadis berpelajaran tinggi semakin ramai. Buktinya, di universiti-universiti kita semakin banyak perempuan berbanding lelaki. Sebagai gadis yang berpelajaran tinggi, sudah pasti mereka berdoa ditemukan dengan lelaki yang matang berfikir agar hidup mereka tenteram dan selamat. Dengan kata lain, hidup yang dirahmati Allah, sebab melalui jalan hidup bersandarkan kewarasan akal fikiranlah yang akan menyelamatkan manusia. Dan fitrah wanita yang berfikir akan tertarik kepada lelaki yang berfikir, begitu juga sebaliknya.
Namun, bilangan lelaki yang suka berfikir pula sudah berkurangan sekarang. Rata-rata lelaki yang mengaku Islam sekarang sudah habiskan masa berbual kosong, mengutuk, mengeji dan menceritakan keburukan orang lain di kedai-kedai kopi. Dunia sudah terbalik. Jika dahulu kita selalu dengar orang perempuan sahaja suka mengumpat, tetapi di akhir zaman ini orang-orang lelaki pun sudah ramai yang mengumpat malah lebih teruk daripada perempuan. Apakah mereka tidak terfikir bahawa Allah ada bersama mereka ketika mereka seronok mengumpat itu serta lalai dengan kemewahan harta-benda dan duit gaji mereka? Dan bila diajak berfikir pasal Allah, mereka buat alasan yang urusan agama hanya boleh diperkatakan oleh ulamak sahaja, sedangkan kita diajak berfikir pasal Allah agar terbit rasa ingin mengkaji supaya otak matang berfikir. Kematangan berfikir seseorang lelaki itulah yang akan meyakinkan seseorang wanita tidak kira dia seorang gadis atau janda, asalkan wanita itu golongan beriman (berfikir secara logik) juga. Bukankah lelaki beriman itu untuk wanita-wanita beriman juga?
Oleh itu, keadaan masyarakat Islam terutama orang Melayu sebeginilah yang menyebabkan Allah izinkan aku sampaikan Panji Hitam itu kepada seorang gadis. Jika Allah tidak izinkan ia disampaikan kepada gadis itu, sudah pasti ia tidak akan tersampai atau dikibarkan. Dan tidak mustahil juga poligami yang Allah izinkan itu hanya dengan semuanya anak DARA jika keadaan lelaki Melayu sekarang masih lalai dan pemalas berfikir secara logik pasal Allah, kerana Allah hendak buktikan Dia Maha Berkuasa melakukan segalanya biarpun orang-orang kafir tidak menyukainya. Jika terjadinya keadaan begitu, kita akan lihat nanti bagaimana tindakan orang-orang yang ada penyakit hati melihat kejayaan orang-orang yang berjuang untukNya.
Dan perjuanganku ini bukannya memerlukan srikandi yang ada dara atau tidak, yang pentingnya dia berani berfikir pasal Allah secara logik. Urusan sama ada dia seorang dara atau janda, itu aku berserah kepada Allah, Dia yang lebih tahu siapa yang baik untuk perjuangan agamaNya ini. Yang pentingnya, aku tidak mahu isteri-isteriku nanti di hadapan Allah mengatakan mereka beragama kerana taksub kepada diriku. Aku harapkan mereka mentaatiku kerana mereka nampak logik apa yang aku katakan. Dengan kata lain, akal mereka sendiri mengakui kebenaran yang aku sampaikan. Jadi tidak wujud pun perkaitan dara atau janda dalam perjuangan ini, sebab kita memperjuangan Islam bermula pada hati, bukan Islam pada zahir.
Mungkin juga kehadiranku untuk menyedarkan pemuda-pemuda Melayu yang semakin layu dan pemalas berfikir akibat hidupnya dimewahkan dengan harta-benda serta lalai mengingati Allah, sedangkan ada pemudi-pemudinya mengharapkan ditemukan dengan lelaki yang boleh membimbing mereka ke jalanNya. Apabila pemuda-pemuda Melayu telah lalai, apa akan jadi pada nasib bangsa di masa hadapan? Apakah mereka harapkan sudah tua-tua baru hendak insaf dan bertaubat daripada mengumpat keji orang lain? Jika perangai itu tidak dikikis sejak muda lagi, jangan haraplah ia akan berakhir sudah tua-tua nanti…
December 26th, 2008 at 9:10 amJodoh pertemuan di tangan Allah. Seperti mana Dia tentukan kadar rezeki manusia dengan seseorang manusia yang lain berbeza-beza, begitulah dengan jodoh ini iaitu sama ada dengan anak dara atau pun janda. Tidak pernah aku terfikir akan ditemukan dengan gadis itu sebelum ini. Aku masuk bekerja dahulu di ofisku itu sebelum tujuh tahun kemudian Allah hadirkan dia. Malah gadis itu sendiri tidak terfikir dia akan menerima lamaran Panji Hitam bila bekerja di situ. Tetapi apabila Allah tetapkan sesuatu perkara, siapa manusia untuk menghalanginya?
Kebanyakan manusia yang lalai hanya mampu mengejek dan mengata daripada memikirkan tanda-tanda Kekuasaan Allah di sebalik sesuatu yang terjadi. Ini kerana manusia tersebut hanya guna mata zahir untuk menilai. Sebab itu mereka suka menilai keburukan orang lain, kerana dengan menggunakan mata zahir, macam mana boleh nampak penyakit dalam hati sendiri? Apakah mereka tidak berfikir kenapa Allah tidak uji mereka dengan cinta sebegini? Jangankan pada anak dara, pada janda pun Allah tidak izinkan mereka sampaikan amanahNya. Sepatutnya mereka lebih banyak bermuhasabah memikirkan untung nasib mereka sendiri daripada mengumpat dan mengeji orang. Macam kisah Nabi Muhammadlah. Orang-orang kafir hanya mampu mengejek baginda kerana baginda menyampaikan kebenaran (Quran). Tetapi kenapa orang-orang kafir itu tidak berfikir sebab apa Allah tidak beri mereka Kitab dan Hikmah biarpun mereka mengatakan mengikut ajaran para nabi-nabi terdulu? Hakikatnya orang-orang kafir itu tidak mengenal Kekuasaan Allah, biarpun mulut mereka menyebut kalimah “Allah”.
Kebetulan tarikh hari ini menunjukkan genaplah empat tahun kejadian tsunami di Acheh dahulu. Tiada siapa menduga Acheh akan dilanda tsunami ketika itu. Tetapi jika ada insan-insan yang membaca petunjuk alam di sana, sudah pasti mereka telah mengingatkan penduduk di sana sebelum Allah hancurkan mereka, sebab sebelum kedatangan azab, pasti Allah hadirkan pemberi peringatan. Allah bukan pemaksa terhadap manusia. Manusia itu terlebih dahulu telah mengaku sanggup memikul amanah Allah. Namun apabila amanah itu dikhinati, maka Allah datangkan azabNya. Teringat aku kisah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, ada seorang penduduk di sana telah nampak kecondongan pokok di bukit sana dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Namun peringatan itu telah diabaikan dan tanah runtuh pun terjadi. Sebegitulah kisah-kisah utusan Allah yang diabaikan dan peringatanNya dilalaikan sebelum sesuatu umat diazab.
Mungkin ada umat Islam sekarang tidak percaya, selepas Nabi Muhammad, tidak akan berlaku lagi bencana-bencana seperti kisah Nabi Nuh, Luth, Saleh dan yang berkaitan itu. Namun siapakah kita manusia untuk menghalangi ketentuan Allah bila sudah nyata keadaan yang melayakkan sesuatu masyarakat itu diazab? Bolehkah kita jamin tragedi tsunami yang terjadi di Acheh itu tidak akan berlaku lagi? Sesungguhnya manusia itu berkeadaan lalai sifatnya lagi suka melampaui batas! Malah semasa Nabi Yusuf hidup pun ramai yang tidak menyangka baginda seorang nabi dan selepas baginda wafat, ada yang mengatakan Allah tidak akan bangkitkan pemberi peringatan selepas baginda. Tetapi hakikatnya, berapa ramai para rasul telah dibangkitkan selepas baginda? Begitulah ramai manusia suka menetapkan sesuatu tanpa berfikir secara logik dan melihat sunnah alam.
Jika kita fahami sunnah alam ini dan nampak bagaimana Allah tetapkan piawaian-piawaian sebelum sesuatu itu terjadi, kita akan jadi takut untuk lalai mengingati Allah. Apatah lagi bila tanda-tanda kedatangan azab Allah itu semakin hampir bila Allah bangkitkan utusan-utusanNya. Namun orang-orang kafir sejak zaman dahulu sehingga sekarang tetap mengingkari kebenaran biarpun diberikan bukti yang logik untuk difikirkan. Ini kerana mereka sudah dibiasakan dengan beragama secara ikut-ikutan atau menurut amalan nenek moyang, padahal dalam kitab-kitab yang mereka imani, ada mengandungi kisah-kisah umat terdahulu yang ditimpa bencana akibat mereka beragama secara ikut-ikutan (menyekutukan Allah dengan meletakkan perantara selainNya sebagai pemimpin untuk ditaksubi).
Dan kedatangan cintaku kepada gadis itu juga seperti tsunami yang melanda setelah gadis itu memilih untuk berjuang bersama-samaku dan isteri dengan mengibarkan Panji Hitam yang diberi. Sudah pasti Allah tidak akan hadirkan perasaan itu jika kita tidak diberikan pengharapan. Fitrah manusia, bila ada pengharapan akan terbitlah perasaan cinta. Dan ilham yang Allah berikan supaya memberikan pilihan kepada gadis itu sama ada ingin berjuang atau tidak sebenarnya menunjukkan cintaku ini bukannya paksaan. Seperti mana Allah tidak pernah memaksaku untuk menggalas perjuangan menyampaikan kebenaran, seperti itulah aku tidak memaksanya. Aku berjuang ini kerana keikhlasanku setelah melihat nasib umat Islam terutama bangsaku yang lemah di ofisku. Sering aku mendengar mereka yang tidak puas hati dengan pihak pengurusan yang seolah-olah menganak-tirikan bangsaku berbanding bangsa lain. Setelah aku kaji, keadaan ini terjadi disebabkan sikap orang Melayu itu sendiri yang lemah dan malas berfikir. Kerana merasa selesa, orang Melayu hidup secara lalai dan bermewah-mewahan.
Melihat keadaan yang memalukan itulah aku bertekad untuk mengkaji Quran biarpun tidak tahu berbahasa Arab untuk mencari jawapan kenapa orang Melayu lemah sebegini biarpun ada Quran. Memanglah mulanya terbit rasa ragu-ragu di hati, bolehkah aku kaji Quran guna akal sedangkan aku tiada ijazah pengajian agama dan tidak tahu berbahasa Arab? Namun setelah nampak logik bagaimana Nabi Muhammad yang tidak tahu membaca lagi tidak tahu berbahasa kitab-kitab terdahulu pun Allah bagi Kitab (Quran) dan Hikmah, apalah sangat yang nak dihairankan bila kita kaji Quran yang sudah diterjemah? Kerana kebenaran Quran itu adalah disebabkan pengajarannya logik dan ada bukti, bukannya kerana bahasa Arabnya. Tetapi dalam keadaan masyarakat yang memandang pada zahir, mereka nampak Quran itu adalah tulisan-tulisan Arabnya, sehinggakan bila ada ayat-ayat Bible dalam tulisan Arab pun disangkakan Quran. Begitulah keadaannya apabila sampai tahap manusia beragama tidak menggunakan otak!
Aku sedar, dalam keadaan masyarakat beragama tak guna akal ini, pasti poligami yang diamanahkan kepadaku akan dilihat buruk. Sebab macam selalu kita dengar, bila ada kes poligami sahaja, pasti si lelaki itu akan dituduh curang pada isteri, dan si perempuan itu dituduh perampas suami orang. Kerana memahami keadaan inilah kami memberikan pilihan kepada gadis itu untuk berfikir sama ada sanggup berjuang atau tidak. Dan jika tidak sanggup, simpan sahaja Panji Hitam dan rahsia ini agar tidak ada cerita yang memburuk-burukan antara kami bertiga sehingga ada yang menyebabkan rasa tertekan, seterusnya menyalahkan sesama kami. Sebab jika keadaan ini berlaku, sudah pasti syaitan dan pengikutnya yang memusuhi penyatuan manusia dan ada rasa dengki akan bertepuk tangan seperti kera-kera di sarkas…
December 26th, 2008 at 11:08 amHari ini genaplah lima tahun perkahwinanku dengan isteri tercinta. Dan semalam, genaplah SEMBILAN bulan sejak Panji Hitam dikibarkan. Puji-pujian bagi Allah yang memberikan kekuatan kepadaku dan isteri membuktikan kesucian cinta kami biarpun diuji dengan kehadiran calon srikandi. Dan kebetulan pula, semalam mangkatnya Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, negeri kelahiranku. Kemangkatan baginda memperlihatkan pemakaian baju berwarna hitam bagaikan menyambut sembilan bulan Panji Hitam telah dikibarkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia.
Apakah kemangkatan baginda Yang Dipertuan Besar yang bertepatan dengan sembilan bulan Panji Hitam dikibarkan menandakan sudah terkuburnya perjuangan ini? Atau pun sebaliknya sempena kedatangan tahun 2009? Apa yang aku perasan, bagaikan nombor sembilan banyak memberikan pengertian dalam perjuangan ini. Apatah lagi ia adalah nombor kegemaranku yang telah Allah tanam di jiwaku sejak aku mengenal nombor. Apa-apa pun, aku pasrah dan bertawakal kepada Allah dalam perjuangan yang rumit dan mencabar ini.
Jika benar perjuangan ini telah terkubur akibat pengkhianatan, apa yang aku harapkan agar dibukakan jalan untuk aku berhijrah sesuai dengan kedatangan Maal Hijrah esok. Aku sedar, seperti yang pernah dialami oleh perjuangan para Rasul terdahulu, tidak semuanya mampu menyedarkan ramai manusia. Aku hanya mampu menyampaikan, tetapi urusan manusia itu sedar akan kebenaran yang diperlihatkan, bukan urusanku. Aku tidak mampu membuka hati manusia lain jika mereka telah menutup jalan untukku. Hanya kepada Allah sahaja aku mengadu dan bergantung harap.
Mungkin ada yang pelik melihat caraku memperjuangkan Islam bukan dengan menyertai mana-mana jemaah yang wujud di negara kita. Apatah lagi aku menggunakan poligami sebagai titik kebangkitan umat. Jika masyarakat tidak memahaminya, sudah pasti mereka menganggap aku berjuang kerana nafsu. Jika aku katakan yang aku berazam memperisterikan gadis-gadis atau anak dara, mungkin lagi-lagilah mereka akan mengejek dan mencemuhku. Namun jika ada manusia yang memahami Kekuasaan Allah menentukan jodoh serta kelayakan seseorang lelaki untuk mengahwini anak-anak gadis itu telah ditetapkan oleh piawaian Allah berdasarkan apa yang telah si lelaki itu usahakan, pasti mereka takut untuk mencemuh.
Manusia yang berpenyakit hati, mereka hanya tahu mengejek dan mengutuk. Padahal mereka sendiri tidak berusaha melakukan sesuatu yang melayakkan mereka mendapat ganjaran daripada Allah. Dan amat rugilah manusia yang busuk hatinya melihat kejayaan orang lain biarpun mereka taat beribadah. Bukankah iblis yang amat taat beribadah melebihi malaikat itu mendapat kedudukan yang terkutuk di sisi Allah akibat sombong dan dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan kepada Adam?
Jika selepas tempoh sembilan bulan Panji Hitam ini dikibarkan menandakan kelahiran perjuangan Islam yang pernah ditempuhi oleh para rasul terdahulu, seperti mana bayi dilahirkan selepas sembilan bulan dalam kandungan si ibu, maka aku harus berdepan dengan tanggapan masyarakat mengenai perjuanganku yang menonjolkan poligami sebagai pemangkinnya. Apakah masyarakat ofisku yang rata-ratanya “Engineer” mampu berfikiran terbuka atau sekadar mengutuk mengeji bagaikan budak-budak tidak cukup akal? Jika keadaan buruk itu berlaku, adalah lebih mereka menjadi “enjin mesin nyior (kelapa)” daripada dilahirkan sebagai manusia, jika Kekuasaan Allah menentukan jodoh pun hendak dipertikaikan.
Selalu kita dengar perjuangan Islam sekarang yang berebut kuasa politik atas alasan menegakkan hukum Allah sehingga kita lihat di merata negara Islam, rakyatnya berbalah-balah sampai tahap berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sebaliknya aku ingin perlihatkan perjuangan Islam melalui cinta yang suci. Cinta yang suci terbukti bila adanya poligami yang murni. Poligami ini kena bermula dengan keberanian si suami berterus-terang kepada isterinya dan mengkedepankan isterinya dalam melamar calon yang Allah perlihatkan.
Cinta umpama api yang membakar semangat seorang lelaki. Adam yang Allah ciptakan sebagai seorang manusia yang sempurna pun merasai hidup yang kosong sehinggalah Allah ciptakan Hawa untuknya. Begitulah besarnya pengertian cinta dalam hidup manusia. Namun sekarang, Islam berteraskan cinta ini sudah tidak diperlihatkan kerana ajaran Quran hanya ditekankan sekadar tahu buat ibadah dan tahu hukum-hakam, sehingga cinta lelaki dan perempuan itu dilihat seperti mainan muda-mudi semata-mata. Akibatnya berapa banyak rumahtangga umat Islam yang kekeringan cinta setelah mereka lama mengikat perkahwinan. Mereka anggap hidup mereka selepas berkahwin sekadar untuk beranak-pinak dan mengumpul harta kekayaan. Padahal segala perhiasan itu semua hanyalah mainan duniawi yang bakal ditinggal pergi. Mereka tidak lagi berjuang mempertahankan kesucian cinta lagi.
Ketika belajar matapelajaran sains dahulu, ada diajarkan mengenai pembakaran api penunu bunsen akan berwarna biru jika udara yang dibekalkan dihadkan sedikit untuk memastikan hanya oksigen sahaja yang dibekalkan. Api yang berwarna biru itu menghasilkan pembakaran yang sempurna di mana tenaga haba adalah tinggi dan kesan pembakaran adalah bersih. Tetapi jika udara yang kotor dibekalkan dalam pembakaran tersebut (meluaskan kemasukan udara), api yang membakar menjadi berwarna kuning. Api sebegini sifatnya memiliki tenaga haba yang kurang dan menghasilkan jelaga hitam yang banyak.
Sebegitulah nilai cinta si isteri bagi suami. Cinta yang suci seakan api biru yang bersih yang akan menjana semangat yang tinggi kepada suami dan membersihkan ikatan perkahwinan. Sebaliknya cinta yang dicemari dengan penyakit hati dan dengki, ia akan menyebabkan hidup si suami jadi tidak bersemangat dan mengotorkan ikatan perkahwinan. Dalam hati pasangan yang lalai dengan perkahwinan mereka itu telah dicemari “jelaga hitam” yang menyebabkan mereka tidak nampak petunjuk Allah. Akibatnya selepas berkahwin, hidup mereka jadi lesu dan lemah dan mudah rapuh bila diuji. Berapa banyak kisah keruntuhan rumahtangga artis-artis Melayu kita sekarang akibat lemahnya pemahaman erti cinta yang suci? Yang bukan artisnya, hanya pejabat agama yang tahu bilangannya.
Cinta yang suci hadir dari hati yang bersih dan dijauhkan daripada penyakit-penyakit hati. Allah menilai manusia terhadap apa yang telah mereka perbuat pada hati mereka sendiri. Tuan punya diri kena selalu menilai dirinya sendiri agar mampu mensucikan hati. Jika sibuk mencela, mengumpat dan mengutuk orang lain, maka hati itu akan jadi hitam pekat bagai diselaputi jelaga. Alangkah ruginya mereka kerana menganggap dengan segala ketaatan berbuat ibadah dan meniru ciri-ciri kearaban kononnya telah menjadi seorang muslim, tetapi dalam hati mereka hitam pekat dengan penyakit-penyakit hati.
Mungkin ada yang menganggap penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah itulah titik kebangkitan Islam. Namun jika diperhalusi, sebenarnya kejayaan Nabi Muhammad berpoligami sejurus berada Madinah itulah sebenarnya kebangkitan Islam. Poligami membuktikan baginda seorang yang berkata benar dan adil dalam tindakan. Baginda tidak berdakwah dengan merebut kuasa pemerintahan, tetapi kuasa pemerintahan itu yang datang kepada baginda bila orang-orang di Madinah bersetuju menjadikan baginda sebagai ketua negara setelah melihat baginda boleh berlaku adil pada para isteri baginda. Baginda hanya berusaha memiliki cinta terhadap Siti Aisyah dan seorang lagi isteri baginda setelah Siti Khadijah meninggal dunia, sebelumnya Allah menjodohkan dengan wanita-wanita yang layak untuk baginda. Sesungguh Allah Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji.
Namun sekarang, setelah umat Islam jauh dari ajaran Islam yang sebenar, mereka tidak nampak hikmah berpoligami dalam kebangkitan sesuatu umat, malah ada yang mengaku Islam sanggup mengkeji seorang suami yang berterus-terang kepada isterinya untuk mengikut sunnah para rasul terdahulu. Begitulah sikap manusia, mereka hanya tahu mengkeji daripada memikirkan kebaikan-kebaikan yang tersembunyi. Berapa ramai para nabi dan rasul terdahulu telah didustai akibat apa yang mereka lakukan dirasakan pelik oleh masyarakat yang telah jauh merasai tanda-tanda Kekuasaan Allah???
December 28th, 2008 at 7:30 pmsalam kerasma. lama tak reply dekat sini.
setelah sy baca block anda, sy yakin dan percaya saudara menggunakan kaedah logik akal dalam mentafsir al quran. disini saya sertakan beberapa hadith dan dalil menolok kaedah ini. semoga 4JJI memberi hidayah kepada anda…
Apabila kita menggunakan akal kita saja dalam memahami al-Quran dengan tanpa merujuk kepada dalil-dalil syarak sudah tentu ajaran Islam tidak seindah dan sempurna yang ada sekarang.
Sebagai contoh ketika kita membaca terjemahan ayat dirikanlah sembahyang kemudian maknanya diserahkan kepada akal dan menidakkan syarak maka setiap orang akan sembahyang setakat pemahamannya tanpa ada takbir, membaca surah al-Fatihah, rukuk, sujud, duduk tasyahhud dan taslim seperti diajarkan al-Sunnah. Jika demikian yang terjadi maka akan hancur dan porak peranda Islam kerana masing-masing akal akan menganggap dialah yang paling benar. Di sinilah rahsia keunikan ucapan imam ulama tafsir, Makhul yang menyatakan: “al-Quran lebih memerlukan al-Sunnah daripada al-Sunnah memerlukan al-Quran.” (Lihat al-Qurtubi, al-Jami, I/39) Oleh itu, kedudukan al-Sunnah adalah sangat penting dalam Islam kerana di telapak tangannya kesempurnaan ajaran Islam.
Ibn al-Qayyim berkata: “Hendaklah anda tahu bahawa iblis yang sungguh sedaya upaya untuk membelit manusia, dosanya yang pertama sekali ialah kekeliruannya terhadap perintah (Allah SWT), sehingga membelakangkan perintah yang sudah jelas menyuruhnya bersujud (kepada Adam), lalu ia mula membandingkan dalam hal asal kejadiannya dengan manusia, lalu dia berkata: “Engkau (Tuhan) menjadikan aku daripada api sedangkan Engkau menjadikan dia (Adam) daripada tanah.” (Shad: 76)
Ibn al-Qayyim menambah: “Ketahuilah bahawa apabila anak Adam diciptakan, dilengkapkan padanya hawa nafsu dan syahwat untuk dia menikmati apa yang mendatangkan manfaat bagi dirinya. Dan diletakkan pula padanya sifat marah untuk menolak apa yang bakal mengganggunya. Kemudian dia diberikan akal sebagai pendidik dirinya, menyuruhnya berlaku adil dalam urusan apa yang mesti diambil dan apa yang mesti ditinggalkan.
Kemudian diciptakan syaitan baginya untuk menghasutnya tanpa tersekat-sekat dalam urusan apa yang diambilnya dan apa yang ditinggalkannya. Maka yang wajib atas orang yang berakal waras menjaga diri daripada musuh yang menyatakan permusuhannya dari zaman Nabi Adam AS. Musuh ini menghabiskan semua umurnya dan sedaya upaya dalam hal merosakkan semua urusan anak-anak Adam. Allah Taala juga memerintah Bani Adam supaya berhati-hati daripada hasutan syaitan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Awas, jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji (zina), dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu sendiri tiada mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 168-169).
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Syaitan itu sentiasa menjanjikan kamu kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan perbuatan keji.” (Surah al-Baqarah: 268)
Dan firman-Nya lagi bermaksud:
“Syaitan itu mahu menyesatkan mereka sejauh-jauh kesesatan.” (Surah al-Nisa’: 60)
Dan juga firman-Nya bermaksud: “Yang sebenarnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan benci-membenci di antara kamu dalam hal minuman keras dan bermain judi, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat, apakah masih kamu tidak mahu berhenti?” (Surah al-Maidah: 91).
Dengan menggunakan akal saja dalam mentafsir al-Quran maka terbuka luas perangkap syaitan kepada manusia. Salah satu fenomena tafsiran menggunakan akal saja adalah mentafsir al-Quran menerusi terjemahan ayat-ayat al-Quran tanpa merujuk kepada bahasa asalnya yakni bahasa Arab kerana menurut mereka, terjemahan al-Quran sudah memadai untuk memahami Islam sebenar. Jika ini yang terjadi maka janji Rasulullah dalam hadis mashur yang bermaksud: “Jika sesuatu perkara itu diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah suatu kehancuran akan berlaku ke atas kamu”. Itulah yang berlaku pada sesetengah golongan umat yang menjauhi ahli pentafsir al-Quran.
Wallahu alam.
December 29th, 2008 at 10:38 amSalam Goku. Saya sentiasa sudi menerima apa-apa komen pun.
Keyakinan saudara itu memang benar. Cuma saya tak mentafsir, sebaliknya mengkaji Quran. Sesuatu kajian memerlukan kita guna logik akal, agar kata2 kita ada bukti. Sedangkan mentafsir itu sekadar guna hati. Jika hati itu berpenyakit, maka kotorlah tafsiran itu. Yang mana lebih selamat, menduga2 sesuatu yang tak pasti (tafsir) dengan mengikut logik yang difikirkan?
Saya mengajak kaji Quran bukan untuk memikirkan urusan ibadah2 yang saudara katakan itu. Bukankah perkara2 itu telah diperbincangkan sejak dahulu? Apakah cara-cara nak buat solat itu tidak sempurna lagi setelah 1500 tahun? Cuba kaji tulisan kajian Quran saya, ada tak saya pertikaikan cara umat Islam sekarang solat umpamanya? Ada tak saya suruh umat Islam jangan bersujud umpamanya atau mengubah bilangan rakaat sesuka hati?
Yang saya tekankan adalah bagaimana cara pergantungan kita kepada Allah sekarang. Dengan kata lain, bagaimana akidah umat Islam sekarang kepada Allah. Apakah betul akidah kita padahal umat dalam keadaan lemah dan berpecah-belah? Bukankah kelemahan dan perpecahan itu akibat mainan syaitan? Itulah matlamat saya, untuk mengajak umat Islam memurnikan ketaatkan kepada Allah dengan kembali kaji Quran guna akal, bukannya pengecut dengan akal sendiri. Kita taat kepada Allah apabila kita taat kepada kebenaran yang diperlihatkan secara logik dengan bukti yang kukuh.
Jika kita takut guna akal sendiri, bagaimana hendak jawab di hadapan Allah? Apakah kita hendak heret nama imam-imam terdahulu sedangkan kita tidak fahami apa yang kita turuti itu? Melatih diri supaya mengkaji apa yang didengari akan menjadikan kita seorang yang tidak mudah menurut cakap orang seterusnya tidak mudah tertipu dengan fitnah. Cuba saudara fikirkan, apa nilai solat saudara itu biarpun saudara mampu memastikan solat saudara itu mengikut hadis-hadis, tetapi hati saudara penuh penyakit lagi suka memfitnah orang? Jadi usaha saudara menidakkan penggunaan akal dengan mengaitkan dengan ibadah sembahyang itu tidak mengenai sasaran. Tulisan-tulisan kajian Quran saya bukannya hendak pertikaikan perihal solat dan hukum2 ibadah yang sudah lama dibincangkan itu.
Saya setuju dengan kata saudara bahawa mentafsir Quran akan terbuka luas perangkap syaitan kepada manusia. Sebab mentafsir itu menggunakan hati. Ikut rasa, badan binasa. Sebab itu saya guna MENGKAJI Quran, kerana sesuatu kajian memerlukan kita berfikir secara waras berdasarkan logik-logik yang wujud di alam semesta ini. Jika kajian itu dusta, ia akan mudah dipatahkan. Namun sejak saya menulis kajian Quran saya, tidak ada pun orang-orang yang menidakkan penggunaan akal itu mampu menunjukkan di mana dustanya kajian yang saya buat selama ini. Bukan saya ingin mendabik dada, tetapi untuk mengajak umat Islam supaya berani kerana benar. Bukan setakat cakap, tetapi apabila dimintakan bukti, mereka berpaling lari. Bukankah golongan pengecut itu golongan syaitan?
Dalam surah An Naas sudah perjelaskan kepada kita bagaimana syaitan mewas-waskan hati manusia. Dengan kata lain, syaitan hanya mampu menyerang hati manusia agar manusia jadi pengecut dan hilang keyakinan diri. Hati yang lemah dan tidak berpegang pada bukti yang kukuh, akan mudah diragu-ragukan. Namun tidak ada ayat Quran mengatakan syaitan mampu menukar logik-logik yang tercapai pada akal. Umpamana jika sudah logik 1+1=2, syaitan tidak akan mampu menukarnya menjadi 1+1=3. Oleh kerana itulah saya yakin guna logik akal sendiri, sebab hukum logik ini dari dahulu sampai sekarang adalah benar. Dan logik ini mampu menyatukan manusia.
Ada tak kita dengar manusia berbunuh-bunuhan disebabkan disebabkan berbeza sesuatu hukum matematik atau sains yang berlandaskan logik? Yang kita nampak, manusia berbunuh-bunuhan bila berbeza tafsiran hukum Quran atau kitab2 terdahulu kerana satu puak ikut tafsir sesuatu imam dan suatu puak lain ikut tafsir imam yang lain. Akhirnya mereka sesama mereka menghukum kafir mengkafir. Sebab itulah saya tidak mentafsir, sebaliknya menggunakan logik, kerana terbukti logik telah menyatukan manusia.
Sesuatu yang menyatukan manusia, biarpun zahirnya tidak Islamik, hakikatnya adalah Islam. Sebaliknya sesuatu yang memecah-belahkan manusia, biarpun zahirnya nampak macam Islamik, hakikatnya adalah Thagut. Berapa ramai umat-umat terdahulu yang tertipu dengan pandangan zahir ini akibat beragama tidak menggunakan akal. Sebab itu dikatakan semua nabi dan rasul mengingatkan umatnya perihal Dajjal. Dajjal adalah manusia yang menggunakan mata zahir sahaja untuk menilai, dengan menolak akal sendiri untuk memikirkan hikmah yang tersembunyi. Sedangkan Quran yang konon mereka imani menyuruh menggunakan akal. Mereka jadikan alasan perihal buat solat untuk menidakkan penggunaan akal. Kita bukan pertikaikan cara buat solat, tetapi cara umat Islam menjaga kesucian hati.
Hati umat yang kotor akan menyebabkan mereka berpecah-belah seterusnya hidup dalam keadaan lemah. Mereka lalai membandingkan nasib umat dengan bangsa yang bukan Islam yang dikurniakan kepintaran merekacipta, sedangkan umat Islam kononnya bertuhankan Allah Yang Mencipta. Nak membandingkan nasib umat ini, kita guna logik akal atau hanya menurut tafsiran hati? Jika prejudis tebal dalam hati, macam mana nak menilai dengan waras?
Kenapa wahyu pertama mengajak kita belajar kenal Allah Yang Mencipta? Nak jadi bangsa yang pandai mencipta, kita kena pandai guna logik akal ke kena pandai mentafsir? Kenapa tidak disebut tafsiran sains, sebaliknya kajian sains? Begitulah tingginya kegunaan akal yang ditekankan oleh Quran sendiri, tetapi ada manusia buat alasan lemah tidak boleh guna akal.
Sebelum kajian Quran saya ini dibuat, sudah berapa banyak kelompok Islam dihancurkan oleh Allah disebabkan hidup berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Walaupun mereka mengaku ikut tafsiran sesuatu ulamak. Tidakkah manusia itu mahu memikirkan?
December 29th, 2008 at 11:58 am1 Muharram menandakan detik penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah. Detik kebangkitan umat setelah Nabi Muhammad diizinkan Allah untuk berpoligami seperti yang dituntut oleh fitrah kejadian manusia itu sendiri. Terbuktilah baginda seorang yang berlaku adil lagi benar kata-katanya. Hari ini juga akan berhijrahlah jenazah Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ke pusara yang disediakan. Dan sejak kemangkatan baginda, pakaian hitam terlihat di kaca-kaca TV setelah sembilan bulan Panji Hitam dikibarkan oleh calon srikandi yang Allah perlihatkan.
Siapa manusia yang tahu apa akan jadi pada masa hadapan selain Allah? Ketika Panji Hitam itu dikibarkan, tiada siapa menduga sembilan bulan nanti akan berlaku keadaan seperti ini. Seperti itu juga tiada yang tahu bagaimana untung nasib di tahun hadapan sempena kedatangan tahun 2009 Masehi dan kemasukan tahun 1430 Hijrah ini. Bagaimana keadaan kegawatan ekonomi global nanti? Apakah kadar pengangguran di negara kita akan melonjak tinggi setelah pelabur-pelabur luar mengecilkan saiz operasi mereka nanti? Bagaimana nasib ofisku nanti bila tiada model-model baru yang hendak direkabentuk? Apatah lagi adanya saingan daripada syarikat di China yang mampu merekabentuk model yang jauh lebih murah daripada kos operasi dan material yang kami boleh tawarkan. Ini akan membuat pihak pengurusan kami akan memikirkan sesuatu untuk menampung kesan kegawatan ekonomi.
Selalu aku dengar kata-kata advisor Jepun di ofisku itu yang memuji sikap orang-orang China yang lebih progresif berbanding bangsaku. Aku khuathir, kealpaan bangsaku memajukan diri akan menyebabkan ofis tempatku bekerja akan ditutup. Apatah lagi ada orang-orang yang mengaku sahaja Islam, tetapi mereka telah hidup secara sesat kerana meletakkan “anak” di antara mereka dengan Allah, menyebabkan Allah murka. Padahal hari-hari mereka membaca surah Al Faatihah yang memohon jalan hidup yang lurus. Luruskah jalan hidup manusia itu sampai nak kenal Allah pun kena melalui seseorang yang dianggap “tok guru”?
Orang Melayu ini kerana berada di tanahair sendiri, mereka merasa selesa dengan kelebihan yang ada. Akibatnya mereka hidup secara lalai daripada membangunkan daya pemikiran. Mereka tidak insaf terhadap apa yang terjadi pada Singapura yang dahulunya tanah orang Melayu, kini telah dikuasai oleh bangsa yang dahulunya pendatang. Bila sudah bekerja, bagi orang Melayu asal kerja mereka siap, dan dapat gaji bulan-bulan, itu sudah cukup. Ada pula yang hanya tahu mengondem syarikat sendiri daripada memikirkan apa yang mereka sumbangkan untuk syarikat. Dan duit gaji yang diberi, digunakan pula untuk bermegah dan bermewah-mewahan. Jika kedatangan pelabur asing itulah yang menyebabkan orang-orang Melayu semakin lupa diri, tidak mustahil dalam kegawatan ini Allah akan ilhamkan kepada pelabur-pelabur asing itu untuk keluar agar orang-orang Melayu sedar diri.
Kemewahan telah menyebabkan sesuatu bangsa terdahulu menjadi lalai seterusnya dimusnahkan oleh Allah. Kemewahan menyebabkan sesuatu bangsa hilang maruah dan semangat jati diri. Kita boleh lihat semangat orang-orang Melayu kita sekarang dengan melihat semangat para pemudanya. Semangat para pemuda ini boleh diukur dengan melihat mutu bolasepak negara kita, kerana sukan inilah yang menjadi kegemaran para pemudanya. Bagaimana longlainya mutu bolasepak negara kita yang rata-rata pemainnya adalah berbangsa Melayu, seperti itulah longlainya semangat para pemuda kita.
Mungkin sebagai peminat, kita hanya tahu mengutuk pemain-pemain bolasepak negara kita. Namun sebenarnya, mengutuk mereka samalah seperti mengutuk diri kita sendiri. Kita hanya mampu bersorak dengan pasukan-pasukan luar negeri berbanding memikirkan bagaimana memulihkan semangat jati diri bangsa sendiri. Begitulah sikap orang-orang Melayu yang lalai dengan kemewahan harta. Bila harga minyak naik, melenting pada pemerintah. Tetapi bila minyak sudah turun lebih rendah daripada harga sebelum dinaikkan dahulu, tidak pula dengar kata-kata terima kasih kepada pemerintah. Begitulah manusia yang sedikit sekali bersyukur.
Kegeraman melihat perangai bangsaku yang bakal mengundang musibah dan kemusnahan inilah faktor yang mendorong aku buktikan kebenaran melalui jalan berpoligami seperti yang para Rasul lalui. Poligami yang berlandaskan kejujuran dan keberanian berterus-terang pada isteri, bukan senang hendak dilakukan melainkan jika kita termasuk dalam golongan yang berpegang pada bukti yang kukuh. Jika setakat mengaku Islam, tetapi bila diajak berbicara pasal Allah pun sudah pengecut dan membuat alasan hanya ulamak sahaja yang mampu berkata pasal agama, bagaimana Allah hendak izinkan mereka untuk membuktikan kebenaran? Berani kerana benar, takut kerana berdusta.
Sejak Allah izinkan aku membuktikan Quran boleh dikaji guna akal biarpun tidak tahu berbahasa Arab, tidak pula aku temui komen-komen daripada orang-orang yang mengatakan “Quran tidak boleh dikaji guna akal, sebab akal terbatas” itu untuk membuktikan di mana kajianku adalah dusta. Mereka hanya pandai berkata, tetapi pengecut untuk memberikan bukti. Bagaimana di hadapan Allah kelak bila Dia meminta bukti terhadap kata-kata manusia itu? Ingatlah, sesungguhnya penglihatan, pendengaran dan apa yang ada dalam hati itu akan dipertanggungjawabkan.
Poligami melatih diriku untuk menjadi seorang pemuda yang bertanggungjawab. Seramai mana isteri-isteri yang Allah hendak kurniakan, aku mesti bertanggungjawab. Aku kena memastikan para isteri dan anak-anakku dilindungi dari azab api neraka. Dengan kata lain, aku kena mengajak mereka berfikir pasal Allah secara logik agar mereka melindungi hati mereka daripada penyakit-penyakit yang memanaskan. Hati yang panas dengan penyakit, akan layaklah dihumbankan ke Jahannam!
Bagiku, cinta bukannya suatu permainan. Ia mengandungi rahmat Allah di dalamnya. Mendengar kisah penceraian artis-artis Melayu umpamanya, menyebabkan aku berfikir, apakah nilai cinta dan perkahwinan yang didirikan itu. Apakah bila sudah tidak suka, maka mudah-mudah sahaja perkahwinan itu diruntuhkan? Bukankah talak itu perkara yang dibenci oleh Allah? Jika kita membuat sesuatu yang dibenci Allah, macam mana hendak mendapat keberkatan hidup?
Kisah-kisah penceraian ini mencemar imej bangsaku yang rata-ratanya Islam sehingga orang bukan Islam melihat tiada bezanya mereka dengan orang Islam, malah mereka lebih maju dari umat Islam majoritinya. Kerana itu aku ingin membuktikan, aku mampu pertahankan perkahwinan seramai mana isteri sekalipun. Dan perkara ini tidak mustahil dilakukan jika kita yakin bergantung kepada Pencipta kita sendiri. Secara tidak langsung boleh membuka mata pemuda bangsaku untuk menilai diri dan apa yang telah mereka perbuat sehingga bangsaku sudah lemah semangatnya.
Membetulkan orang-orang muda ini tidak sesusah mana kerana pengaruh amalan agama nenek-moyang tidak lagi berakar umbi. Sebab itu jika kita kaji sejarah, sahabat Nabi Muhammad ramai dari kalangan yang muda-muda. Sebab orang-orang yang sudah berusia, sudah pasti sukar menerima konsep dakwah yang dirasakan baru. Memanglah dari segi kosmetiknya ia kelihatan baru sesuai dengan peredaran zaman, tetapi dari segi ruh atau semangat, ia tetap sama dengan perjuangan para rasul terdahulu. Janganlah mudah tertipu dengan pandangan zahir untuk menghukum perjuangan ini tidak betul. Berfikir jauh dan waraslah untuk menilai kebaikan dan kelogikannya. Jika aku bawakan sesuatu yang dusta, sudah pasti kata-kataku tidak berjela-jela sebegini malah mudah dipatahkan. Namun sejak aku mula berdakwah di internet, orang-orang yang menentang kebenaran yang aku sampaikan pasti berpaling lari. Begitulah Allah memperkuatkan kata-kata insan yang bergantung semata-mata kepadaNya…
December 29th, 2008 at 12:03 pmSalam kerasma
Saya sgt bersetuju dengan comment daripada perjuang islam. Nak taksir al quran, kene belajar bahasa arab dahulu. Itu syarat utama. Kerana khazanah ilmu dalam al quran itu adalah dalam bahasa arab..
Ok, sy bagi contoh yang simple. Cuba anda terangkan dengan akal saudara tentang huruf al quran ini..
Kalau alif berbaris diatas bunyi “aaa”
Kalau hamzah berbaris diatas bunyinya “ aaa” juga.
Boleh kan saudara bezakan maksud huruf huruf ini tanpa memahami bahasa arab????? Kalau boleh, cuba saudara bezakan untuk saya. Sebab saya tak belajar bahasa arab. So saya tak tahulah. Sekarang sy pakai logik jugak .
Wahai saudara seagama..
Al quran itu adalah mukzijat.. dan apakah erti mukzijat?? Mukjizat adalah pekara pekara ganjil yang dikurniakan kepada rasul rasul yang ianya bersifat melemahkan sesuatu. Ingat key woard dia melemahkan sesuatu..contohnye kisah nabi isa yang boleh berkata kata didalam buaiyan yang melemah dan menhancurkan fitnah yang tertimpa keatas bonda nabi isa maryam.. dalam kes kita ini kita berbicara tentang mukjizat yang sangt besar iatu al quran… setiap baris dan huruf adalah mukzijat 4JJI.
Tergamak kah kita untuk “claim” kita mengkaji alquran tanpa belajar bahasa al quran??? Subhanal4JJI…
Wahai saudara seagama..
Ingatlah hadith rasullulah S.A.W
“Jika sesuatu perkara itu diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah suatu kehancuran akan berlaku ke atas kamu”. Itulah yang berlaku pada sesetengah golongan umat yang menjauhi ahli pentafsir al-Quran”.
“man qa na lailahaillallah, fahu’a da’ie”
sesiapa yang mengucap lailahaillah, dia adalah pendakwah…..
wallahhuaklam…..
December 29th, 2008 at 12:16 pmsalam kerasma..
pesan saya adalah supaya saudara berhati hati dengan tulisan saudara sebab saya kuatir ramai orang akan salah faham tentang maksud tulisan saudara. sy pun mula mula tersalah faham ape yang saudara tulis.. itu sahaja. jgn sebab nila setilik rosak susu sebelanga..
dan pesan saya, sebagai pendakwah kene berhikmah.
December 29th, 2008 at 12:24 pmSalam goku,
Apa kaitan saya kena tahu berbahasa Arab sedangkan saya mengkaji Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu? Sedangkan Nabi Muhammad pun tidak perlu belajar bahasa Taurat dan Injil untuk dapat pengajaran Quran yang sama dengan kedua-dua kitab tersebut. Di mana rasional yang saudara cuba letakkan?
Kenapa pula saya perlu memikirkan beza huruf alif dan hamzah itu sedangkan saya mengkaji Quran yang telah diterjemahkan? Bukankah perbezaan itu telah dipertimbangkan oleh para penterjemah yang terlibat? Tugas saya, dari sesuatu yang telah diterjemahkan, apakah intipati dan pengajaran yang boleh saya nampak logiknya, agar pegangan hidup saya kukuh dan ada bukti yang nyata.
Jika saudara fikirkan, biarpun saya kaji Quran yang telah diterjemahkan, Allah perkuatkan hujah saya untuk melemahkan hujah-hujah orang yang beragama tolak akal sendiri itu, sehingga kini pun mereka tidak mampu menunjukkan bukti kajian Quran saya itu adalah dusta. Bukankah itu satu mukjizat seperti yang saudara katakan?
Apakah bahasa Allah itu hanya bahasa Arab? Bagaimana nasib dengan para nabi terdahulu yang tidak berkata-kata dalam bahasa Arab? Bahasa hanya medium penyampaian sesuatu maklumat. Jika Nabi Muhammad itu seorang berbangsa Jepun, dan Quran dalam bahasa Jepun, agak2nya tanpa tahu bahasa Jepun, seseorang itu tidak berpegang pada kebenaran lah ke?
Ya, sama-samalah kita menunggu. Kehancuran sesuatu kaum itu ada dalam pertimbangan Allah. Allah Maha Mengetahui manusia mana yang beragama secara dusta dan manusia mana yang berpegang pada bukti yang nyata.
Dan kepada Allah-lah semua manusia akan kembali. Berapa ramai yang mengucap “lailahailallah”, tetapi berapa ramai yang mengajak kepada permusuhan dan perpecahan sesama manusia. Sesungguhnya Allah tidak memandang zahir, melainkan apa yang manusia itu perbuat dalam hatinya. Orang yang benar, akan berani mempertahankan kebenarannya. Sedangkan si pendusta itu akan berpaling lari apabila diperingatkan.
December 29th, 2008 at 12:41 pmSalam Goku…
Apakah tersalah faham saudara sendiri itu akibat orang lain? Begitulah manusia suka menyalahkan orang daripada menyalahkan dirinya sendiri? Tidakkah saudara membaca Quran kisah ahli neraka yang menyalahkan pemimpinnya akibat pemimpin yang mereka taksubi itu menyeru ke arah kesesatan. Padahal mereka sudah dikurniakan akal untuk mempertimbangkan kata-kata pemimpin mereka itu.
Janganlah hidup menyalahkan orang lain. Saudara ada akal. Kenapa tidak menggunakan akal untuk memikirkan buruk baik sesuatu perkara? Saya sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan, sebab itu saya bawakan pertimbangan akal dan logik yang mudah difikirkan. Saya tidak berkata menurut rasa. Jika tulisan saya dusta, buktikan di mana dustanya. Dan setiap kali dipersoal, Allah mudahkan saya berikan jawapan yang mudah difikirkan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Dan kata-kata saudara yang lemah, saya akan persoalkan balik jika tiada rasionalnya. Umpamanya mengatakan kaji Quran kena tahu berbahasa Arab, sedangkan kita mengkaji Quran yang sudah siap diterjemahkan. Jika terjemahan Quran itu tidak layak untuk manusia dapat pengajarannya, buat apa Quran diterjemahkan? Bukankah lebih baik dikekalkan dalam bahasa Arab dan paksa semua yang mengaku Islam belajar bahasa Arab?
Kadang-kadang kita lihat cara pemikiran umat Islam sekarang macam orang yang tidak berfikiran jauh dan tinggi. Mereka cuba sempit2kan agama dengan alasan lemah yang mudah dipersoalkan kembali. Allah sudah lapangkan agama dengan adanya terjemahan Quran agar manusia tiada alasan susah mengkajinya, ada pula yang menyempit-nyempitkan agama. Akibatnya golongan pendusta itu jadi lemah lagi berpaling lari. Bukankah golongan syaitan itu lemah?
December 29th, 2008 at 12:49 pmApabila aku memikirkan kembali ilham yang Allah berikan ketika ingin memberikan pilihan kepada calon srikandi tersebut iaitu dengan mengibarkan Panji Hitam atau tidak, terlihat Kebijaksanaan Allah dalam menetapkan sesuatu rancangan. Untuk mencari keikhlasan, kita harus memberikan manusia itu pilihan. Seperti mana Allah hendak mencari hamba-hambaNya yang ikhlas, Dia memberikan pilihan kepada manusia sejak awal penciptaan manusia itu sendiri. Manusia diberikan pilihan sama ada hendak memegang amanah sebagai khalifah atau pun tidak. Malah sebelum diciptakan makhluk itu sebagai manusia atau pun tidak, ruh itu sudah diberikan pilihan. Ini supaya apabila manusia itu dimasukkan ke Jahannam kelak akibat mengkhianati janji dengan Allah, mereka tidak boleh menyalahkan Allah yang menciptakan mereka sebagai manusia. Allah tidak memaksa sesuatu makhluk itu menjadi manusia atau tidak. Mereka telah diberikan pilihan pada awalnya. Sebab itulah dikatakan Islam bukan paksaan.
Dan ilham menyampaikan Panji Hitam itu diperolehi setelah aku berjaya berbincang dengan isteriku dalam suasana yang tenang untuk mencari srikandi perjuangan yang akan bersama-sama kami kelak. Jika syaitan mengganggu hati kami, sudah pasti kami tidak mampu berbincang dengan baik seterusnya memberikan keputusan yang menurut nafsu. Begitulah tingginya nilai perbincangan atau muzakarah dalam menentu halatuju perjuangan hidup manusia. Syaitan lebih suka manusia tidak berbincang supaya boleh diapi-apikan di antara satu sama lain. Syaitan suka manusia mengumpat keji dan mengatakan di belakang, berbanding berkata benar secara berdepan. Ini kerana syaitan itu adalah golongan pengecut. Bukankah iblis itu suka mempermain-mainkan manusia, sehingga Adam dan Hawa pun boleh ditipu-daya?
Sebab itu dakwah Rasulullah bukannya dengan cara mengutuk pemimpin sendiri dengan bercakap di belakang. Umpamanya Nabi Musa berdepan terus menghadapi Firaun dalam berkata-kata. Dan tidak pula baginda mengeluarkan fitnah dan kata-kata dusta terhadap Firaun, melainkan menyampaikan dengan keterangan-keterangan yang nyata. Sudah pasti sesuatu keterangan itu memerlukan hujah yang logik agar mudah difikirkan. Sebab itulah aku menyampaikan secara logik dalam perjuangan ini, biarpun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dan kerana itu orang-orang kafir tersebut tidak mampu menunjukkan di mana dustanya kata-kataku selama ini melainkan mereka hanya mampu mengatakan buat itu tidak boleh dan buat ini tidak boleh. Macam orang-orang kafir terdahulu, mereka hanya mengatakan para rasul itu gila atau pendusta, tetapi tidak pula mereka tunjukkan di mana kata-kata para rasul itu yang dusta? Begitulah kita akan lihat pengulangan sejarah apabila kita mengikut jalan yang pernah para rasul terdahulu lalui.
Siapa sangka, genap sembilan bulan Panji Hitam dikibarkan, Allah mengizinkan keadaan yang memperlihatkan ramai manusia berpakaian hitam sempena kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan itu. Apakah kaitan semuanya ini, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Hakikatnya Panji Hitam telah dikibarkan setelah diberikan pilihan, yang menandakan perjuangan kebangkitan Islam telah bermula. Seperti mana kita telah dijadikan manusia yang menandakan kita sepatutnya berjuang untuk agama Allah, bukannya hidup secara lalai, malas berfikir, diperkuli oleh bangsa asing dan hidup seperti binatang ternak. Jika hidup seperti binatang ternak, bukankah masa Allah berikan pilihan nak jadi manusia atau tidak, lebih baik manusia itu minta jadi binatang ternak? Tidaklah manusia itu akan diazab di neraka kelak akibat mempermain-mainkan janji mereka dengan Allah!
Perjuangan Panji Hitam ini berasaskan semangat dan keberanian. Berani mengatakan yang haq. Sesuatu yang benar bukan kerana bahasa Arabnya atau kerana adanya nama imam-imam terdahulu. Orang-orang yang pengecut, bila berkata-kata, dicari-carinya nama-nama ulama terdahulu untuk dijadikan sandaran. Bukannya mereka mengatakan yang benar berdasarkan bukti yang logik dan rasional. Sampaikan ada yang mendakwa, tulisan yang ada nama-nama imam terdahulu itu akan dipandang tinggi kredibilitinya berbanding tulisan yang tiada nama imam-imam terdahulu. Bukankah kebenaran sesuatu tulisan kerana logik dan masuk akal kata-katanya? Kalau diletakkan seratus nama imam-imam terdahulu tetapi yang menulis itu pengecut hendak mengolahkan balik apa yang difahami daripada kata-kata imam terdahulu, bukankah itu menunjukkan orang tersebut seorang yang pengecut?
Dan tidak kita jumpa ayat-ayat Quran yang menyandarkan kebenaran atas nama ulamak terdahulu sebelum baginda. Ini menunjukkan Nabi Muhammad seorang yang berani kerana benar. Hanya orang yang bergantung kepada akalnya sendiri untuk berkata-kata sahaja yang akan diberikan kekuatan berbanding orang yang berkata menurut rasa (hati). Lihatlah betapa berjela-jela Quran yang Nabi Muhammad sampaikan dengan berani itu sehingga baginda mencabar orang-orang kafir terdahulu buatkan kitab seumpama Quran jika mereka orang-orang yang benar. Jika kita tidak mampu perlihatkan kebenaran pegangan hidup kita sendiri seperti Nabi Muhammad lakukan, bukankah itu bermakna manusia tersebut sudah menyamai ciri-ciri orang kafir yang tidak mampu mengadakan kitab seumpama Quran?
Di zaman kegemilangan Islam, terdapat banyak tulisan-tulisan cendekiawan Islam. Ini kerana budaya menyampaikan kebenaran dengan bergantung kepada kekuatan akal sendiri telah dipupuk. Itulah waktu puncak kegemilangan Islam di mana umatnya berani berkata pasal Allah menggunakan akal. Namun setelah umat Islam berada dalam kelalaian, mereka sudah malas berfikir dan mengkaji. Tulisan-tulisan cendekiawan itu hanya dibiarkan di dalam perpustakaan yang luas. Sehingga datangnya tentera Monggol yang menawan Baghdad dan memusnahkan tulisan-tulisan cendekiawan terdahulu. Dikhabarkan sungai Tigris di Iraq itu menjadi hitam pekat kesan dakwat daripada buku-buku cendekiawan yang dicampak ke dalam sungai tersebut. Begitulah Allah membalas terhadap kaum yang lalai.
Sejak kejatuhan Islam di tangan tentera Monggol, maka bermulalah era kejatuhan Islam. Quran hanya dilihat sebagai kitab belajar buat ibadat. Sebab itu ada suara-suara sumbang yang cuba menghalang Quran dikaji guna akal dengan mengaitkan perihal sembahyang yang tidak diperjelaskan secara terperinci dalam Quran. Bukankah cara-cara buat ibadah itu sudah lama dibincangkan oleh imam-imam terdahulu. Takkan tidak habis-habis lagi? Yang kita mahu tekankan di sini, mengapa sikap umat Islam sekarang sudah lemah dan berpecah-belah, padahal yang tahu buat solat, punyalah ramai. Apakah pengetahuan bersolat dan ibadah-ibadah lain itu tidak cukup mengeluarkan umat daripada kelemahan dan perpecahan?
Setelah dikaji Quran hatta dengan guna terjemahannya sahaja, Allah izinkan aku nampak punca-punca utama mengapa umat Islam jadi lemah dan berpecah-belah;
1) Takut bergantung pada keupayaan akal sendiri untuk belajar kenali diri untuk mengenal Pencipta sendiri. Apabila akal manusia itu lemah, maka manusia itu akan jadi pengecut lagi kuat ragu-ragunya. Apabila dicabar dengan logik, pasti mereka berpaling lari.
2) Tidak berpegang pada sesuatu yang logik dan bukti yang nyata, sebaliknya berpegang tafsiran atas nama ulamak terdahulu. Ingatlah, tasfiran itu boleh berbeza-beza di antara seseorang manusia dengan manusia yang lain kerana hati manusia berbeza-beza, sedangkan logik akal itu tetap sama. Dengan kata lain, berpegang pada tafsiran menyebabkan manusia berpecah-belah sebaliknya berpegang pada logik, manusia mampu bersatu.
Dengan melihat dua punca utama kelemahan umat Islam sekarang inilah Allah memberikan aku kekuatan menyampaikan kebenaran dan mempertahankannya biarpun orang-orang kafir tidak menyukainya. Biarlah ada sejuta orang kata kena tahu bahasa Arab untuk memahami pengajaran Quran, tidaklah kata-kata mereka itu menggentarkanku, kerana aku berpegang bukti yang logik yang apabila aku persoalkan balik apa rasionalnya bahasa itu dalam menentukan benar atau salah, pasti mereka tidak mampu menjawabnya.
Cuba kita fikirkan, ilmu sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Melayu dan kini dalam bahasa Inggeris di sekolah kita, apakah akan terjejas logiknya bila berlainan bahasa? Begitulah Quran, kebenaran dan kelogikannya tetap terpelihara biarpun diterjemahkan kepada bahasa selain Arab selagi terjemahan itu tidak lari jauh daripada maksud sebenar. Logik tidak akan berubah mengikut bahasa, sedangkan tafsiran akan berubah mengikut hati manusia dengan manusia yang lain.
Lihatlah bagaimana Sunni dan Syiah boleh berbalah kerana mengikut tafsiran ulamak-ulamak yang berbeza-beza? Sudah pasti setiap puak itu mengaku mereka golongan yang benar. Namun apabila kita letakkan logik sebagai penentu ukur kebenaran, akan diperlihatlah secara jelas, siapa sebenarnya golongan yang beriman dan siapakah golongan yang berdusta. Allah tidak melihat apa yang ada pada zahir, sebaliknya apa yang ada dalam hati. Sebab itulah kami tidak menilai calon srikandi itu berdasarkan sejauh mana pakaiannya ala-ala wanita Arab yang berpurdah atau tidak, tetapi sejauh mana dia sanggup berjuang bersama-sama menegakkan kebenaran. Hanya dia dan Allah yang tahu kesanggupan dirinya sendiri. Dan tidaklah Allah mengizinkan Panji Hitam itu disampaikan melainkan kepada insan-insan yang berkesanggupan…
December 29th, 2008 at 3:44 pmSetiap yang hidup pasti merasai mati. Mati adalah logik yang tidak boleh manusia sangkal. Walau apa agama sekalipun, setiap manusia pasti mengakui adanya hari kematian. Kerana itu dengan mengingati mati, akan membawa manusia itu berfikir secara logik dan nyata. Seperti yang dikatakan, orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang bijak. Akal manusia yang menjadi semakin bijak apabila berfikir sesuatu yang logik dan nyata. Memikirkan sesuatu yang tidak pasti akan menyebabkan hati akan jadi lemah dan ragu-ragu. Kerana itulah perjuangan ini berlandaskan sesuatu yang pasti, bukannya mengikut tafsiran hati.
Apa jua logik yang Allah perlihatkan, kami akan bertindak mengikut logik itu agar dijauhi daripada menduga-duga sesuatu yang tidak pasti. Dan kerana kerana bergantung kepada sesuatu yang pastilah kami berikan calon srikandi itu pilihan Panji Hitam. Namun bergantunglah kepada manusia itu sama ada dia bersungguh-sungguh mengibarkannya atau sekadar mempermainkan harapan orang lain.
Bagaikan satu kebetulan, kami mempunyai kisah putus cinta yang sama sebelum ini. Jadi kerana sama-sama sudah merasai betapa peritnya dipermainkan cinta, sudah pasti kami tidak sanggup mengkhianati perasaan sesama kami. Apatah lagi memikirkan hidup ini suatu amanah, bukannya permainan. Hanya golongan syaitan sahaja yang menjadikan hidup mereka mainan untuk menipu daya manusia. Alangkah ruginya manusia yang menjadi golongan syaitan itu.
Menegakkan kebenaran tidaklah semudah mengibarkan Panji Hitam. Sesuatu yang benar memerlukan bukti yang nyata yang membenarkannya. Bukti ini sama ada wujud secara fizikal mahupun mental. Umpamanya Keesaan Allah tidak mampu dilihat secara fizikal bagaimana Satunya Allah itu, tetapi hanya mampu dicapai oleh mental iaitu menggunakan logik yang tercapai oleh akal berdasarkan penciptaan alam semesta. Hanya manusia yang bermentaliti tinggi mudah melihat secara logik bahawa Tuhan itu adalah Esa. Mengatakan Tuhan secara tidak masuk akal sifatNya akan menyebabkan otak jadi bingung. Kerana itulah Nabi Muhammad menjelaskan konsep Keesaan Allah dengan perumpamaan yang masuk akal. Dan kerana adanya perumpamaan dan perbandingan dalam Quran, ini menunjukkan Quran adalah kitab yang logik dan masuk akal. Jadi bagaimana ada manusia kata tidak boleh kaji Quran guna akal?
Dan kerana rapatnya kaitan mental untuk pembangunan tamadun manusia, maka Quran itu bermula dengan menyuruh manusia membaca atau belajar. Tanpa belajar, macam mana mental akan dipertingkatkan? Tiada nokhtah untuk belajar melainkan mati. Janganlah kerana lalai dengan kemewahan duniawi, manusia itu mengabaikan untuk belajar. Semudah-mudah belajar adalah belajar kenal diri. Ini kerana hanya kita sahaja yang kenal apa yang ada dalam alam rohani kita sendiri. Kita kena selalu belajar kenal diri sehingga hati kita jauh daripada keraguan seterusnya jauh daripada penyakit-penyakit hati.
Semakin kita berjaya melawan keraguan dan penyakit-penyakit hati, jiwa kita akan semakin tenang dan redha menghadapi ujian Allah. Seberat mana ujian Allah terpaksa ditempuhi, kita akan bertenang dan mampu tersenyum. Allah akan bersama-sama orang-orang yang sabar. Ketenangan jiwa itulah tanda kita termasuk dalam golongan yang didekatkan kepada Allah.
Tanpa ketenangan jiwa, mampukah kita hendak menulis berjela-jela secara logik dan waras? Bukankah jiwa yang tertekan akan membantutkan pemikiran? Di sebalik cabaran Nabi Muhammad kepada orang-orang kafir agar mendatangkan kitab seumpama Quran, ia juga bertujuan untuk membuktikan baginda seorang yang benar sedangkan mereka yang kafir itu hanyalah pendusta. Masakan si pendusta mampu mengatakan sesuatu kebenaran berjela-jela? Dan apabila aku mencabar mereka yang menidakkan Quran boleh dikaji dengan akal agar membuktikan di mana dustanya kajian Quranku itu, ia akan menunjukkan siapakah golongan yang berdusta dan siapakah golongan yang berpegang pada bukti. Sesungguhnya kepada Allah-lah semua manusia akan kembali…
December 29th, 2008 at 10:30 pmsalam.
semoga 4jji memberi hidayah kepada saudara.
saya nak bertanya apa pandagan anda tentang hadith dan ulamak?. adakah kita tidak perlu mengikut ulamak terdahulu..
December 30th, 2008 at 1:05 pmsalam
semoga 4JJI memberi hidayah kepada saudara.
sebagai pendakwah, saudara hendak la menggunakan dakwah secara hikmah, tidak perlu menggunakan emosi dalam menyampaikan kebenaran. bukankan perasaan marah itu datang dari syaitan??? ke 4jji yang suruh saudara marah bila seseorng cuba tegur sesuatu kesalahan???
dan saya rasa saudara perlulah rujuk kepada ustaz ustaz yang benar benar fakih dan alim ilmu ini.
saya ada meminta sahabat saya yang ade berilmu untuk membaca tulisan saudara dan mereka sering confius dengan ayat saudara.
saya pun tak la pandai sangt. tapi tau la skit skit.
kalau saudara nak pasti cuba rujuk ustaz ustaz.
semoga 4jji memberi hidayah kepada anda
December 30th, 2008 at 1:23 pmsalam kerasma.
apakah sebenarnye panji hitam yang kamu maksudkan itu???
December 30th, 2008 at 1:34 pmSalam goku,
Hadith adalah ucapan Rasulullah. Dan Al Quran itu sendiri adalah ucapan Rasulullah. Al Quran inilah yang perlu dihayati dahulu sebelum riwayat2 hadith itu. Ini kerana riwayat2 hadith itu mula dikumpulan selepas 300 tahun selepas zaman baginda dan para sahabat.
Quran terjamin kebenarannya kerana ia telah dicatatkan sedangkan riwayat hadith hanya menggunakan ingatan yang didengar daripada seseorang ke seseorang.
Tidaklah saya mengatakan semua riwayat hadith itu palsu, namun jangan jadikan alasan, tanpa guna riwayat hadith, kita tidak mampu fahami pengajaran Quran. Bukankah Kuasa memberi kefahaman Quran itu datangnya daripada Allah? Bukannya dari nabi mahu pun ulamak.
Begitu juga dengan pendapat ulamak terdahulu. Selagi ianya benar dan logik, tiada salahnya kita mengikutinya. Malah masa saya mula-mula nak dapat keyakinan kaji Quran, banyak pendapat ulamak terdahulu yang logik saya ikuti. Cuma dalam kajian saya, tidaklah saya letakkan nama ulamak tersebut, sebab pendapat itu telah saya olah mengikut pendapat saya pula. Saya nak latih diri supaya berkeyakinan menyampaikan kebenaran seperti Nabi Muhammad lakukan.
Bagaimana saudara boleh nampak saya beremosi atau tidak dalam menyampaikan kebenaran? Apa yang menyebabkan saudara mengatakan tidak perlu guna emosi dalam menyampaikan kebenaran? Bagaimana saudara boleh tahu saya marah atau tidak dalam menyampaikan kebenaran?
Orang yang dalam keadaan marah, mampukah menyampaikan kebenaran dengan dibawakan bermacam bukti yang logik dan perumpamaan? Bukankah dalam keadaan marah, fikiran kita akan tertutup dan hilang pertimbangan? Apabila hilang pertimbangan akal, manusia itu akan berkata tanpa bukti, dan menurut rasa. Bila kata2 yang menurut rasa dan dusta, ia akan mudah dipatahkan dengan logik.
Sehingga kini saudara tidak mampu menunjukkan di mana dustanya kata-kata saya selama ini, jadi macam mana saudara boleh kata saya dalam keadaan marah? Adakah saudara menduga-duga sesuatu perkara yang saudara sendiri tidak tahu hakikatnya? Ingatlah, seorang pendusta itu tempatnya di Jahannam!
Adakah ketegasan saya menegakkan kebenaran itu menunjukkan saya seorang yang pemarah? Apakah saudara tidak tahu membezakan antara marah dan tegas? Jika ibubapa saudara bertegas menegur saudara, apakah itu bermakna mereka seorang yang pemarah?
Saya teringin juga melihat di mana kata2 saya yang saudara boleh tafsir saya seorang yang pemarah? Apakah saudara ini pakar mentafsir hati orang lain..?
Siapakah ustaz2 yang fakih pasal penciptaan diri saya?
Jika orang2 Yahudi dahulu yang kononnya berilmu kitab Taurat tetap tidak dapat menerima kebenaran Nabi Muhammad, apakah itu menjejaskan kebenaran yang Nabi Muhammad sampaikan?
Prisip hidup saya mudah sahaja. Saya akan sampaikan segala pendapat berdasarkan logik yang Allah tunjukkan. Dan saya berani bertanggungjawab apa yang saya sampaikan. Selagi tiada siapa yang berani tunjukkan di mana dustanya apa yang saya sampaikan, tetaplah saya yakin dalam kebenaran, sebab kebenaran itu bukan kerana ikut cakap orang, tetapi apabila ada bukti yang kukuh.
Kalo nak ikut cakap orang, sampai bila pun kebenaran tidak mampu diperlihatkan. Bayangkan ada sejuta orang yang tertutup hatinya menerima hidayah Allah, apakah penilaian mereka itu menentukan benar atau tidak apa yang kita bawa biarpun kita ada bukti yang logik, sedangkan si pendusta2 itu hanya mampu guna nama-nama imam terdahulu sahaja sebagai perisai hujahnya?
Kebenaran perlu dirujuk kepada Allah. Bukankah Allah pemegang segala yang haq? Selagi kita tidak mampu dibuktikan dusta, tetaplah apa yang kita sampaikan itu benar.
Sejak saya cabar saudara buktikan di mana dustanya kajian Quran saya, tidak pun saudara mampu buktikan. Saudara hanya mampu bawa nama imam terdahulu untuk dijadikan dalil menidakkan usaha saya mengkaji Quran guna akal. Padahal Allah tidak menetapkan pun yang Quran tidak boleh dikaji guna akal. Jika Allah ada menetapkan sebegitu, sudah pasti kajian Quran yang saya lakukan selama ini dapat dibuktikan dusta. Apakah saudara ini seorang pendusta sebenarnya? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
December 30th, 2008 at 2:00 pmSalam goku,
Apakah saudara ini tidak membaca tulisan-tulisan saya dari mula dalam posting ni? Dalam tulisan saya itu saya sudah ceritakan apa itu panji hitam dan kenapa ia diberikan.
Jika saudara ini seorang yang sabar dan tenang dalam membaca, insyaAllah saudara akan memahami. Hanya saudara yang mampu membuka hati saudara untuk faham atau tidak.
Orang Yahudi di zaman Nabi Muhammad, biarpun mereka ada Taurat, tidaklah Taurat itu menjadikan mereka golongan yang memahami, tetapi mereka sendiri yang menjadikan diri mereka sendiri golongan yang sesat. Apakah salah kitab Taurat itu akibat kesesatan orang yang mengikutinya? Apakah Nabi Musa bersalah dengan kekonfiusan golongan Yahudi selepas zaman baginda kerana sikap golongan Yahudi itu yang menolak logik akalnya sendiri?
December 30th, 2008 at 2:07 pmsaudara adalah penulis, dan sy membaca tulisan saudara.dan saudara bnyk menggunakan ayat yang menyebabab org confius. contohnya mula mula ayat saudara
“Hadith adalah ucapan Rasulullah. Dan Al Quran itu sendiri adalah ucapan Rasulullah”
Dan Al quran itu sendiri adalah ucapan rasullullah.
sekali org yang baru masuk islam baca. mesti dia tersalah paham. terang terang al quran itu adalah kalam 4JJI yang di sampaikan kepada manusia melalui perantaraan rasul S.A.W.
ini yang saya tetakan kan, cara anda menghurai ayat.
dan kalau boleh tak payah tulis panjang berjela. nanti lagi ramai org tak paham. kan logik seperti saudara katakan itu jelas? ngn straight to the point???so tak perlu panjang pajang.
December 30th, 2008 at 2:12 pmYang menyebabkan manusia itu confius kerana hatinya sendiri.
Memanglah Quran itu Kalam Allah. Tetapi masa Nabi Muhammad hendak sampaikan kepada masyarakat, bukankah baginda gunakan ucapan (lisan)? Ucapan yang keluar dari mulut baginda itu, bukankah ia dinamakan hadith?
Apakah saudara ingat Kalam Allah itu turun dalam bentuk lembaran-lembaran terbuka daripada langit?
Quran juga disampaikan dengan ayat-ayat yang panjang berjela. Apakah menjadi kesalahan Nabi Muhammad apabila ada umatnya tidak faham pengajaran Quran yang sebenar sehingga hidup secara lemah dan berpecah-belah akibat kepanjangan ayat-ayat Quran itu?
Kenapa tuan punya diri itu tidak berfikir dalam-dalam sesuatu tulisan yang dibaca instead of menidakkan ilham-ilham yang panjang yang Allah izinkan ia ditulis? Jika Allah tidak izinkan tulisan2 ini berjela, pasti tidak mampu saya huraikan.
December 30th, 2008 at 2:31 pmSalam goku,
Saudara hanya tahu pertikaikan Allah ilhamkan saya menulis panjang, tetapi ada tak saudara renung diri saudara sendiri, kenapa tidak menjawab segala persoalan yang saya kemukakan bagi membalas hujah saudara selama ini?
Kenapa hanya tahu menyoal, tetapi bila dicounter-attacked, saudara terkedu tanpa suara? Bagaimana nak memupuk perbincangan dua hala kalo macam nih???

December 30th, 2008 at 2:39 pmmaltlamat saya hanya satu. untuk nasihat menasihati.
terpulang la kepada saudara. saya tidak suka berbahs tanpa dalil dan hujah. saudara mengunakan logic akal dan tidak menggunakan dalil. so saya tidak nampak ape ape ilmu yang akan saya dapat. kalau setakat logic akal, semua org boleh…
niat saya ikhlas, tak dapat ape ape pun berbahas dengn saudara. saya tak kenal saudara dan saudara tidak mengenali saya.
sekian..
December 30th, 2008 at 3:11 pmSaya juga terbuka untuk nasihat-menasihati. Sebab itu saya tidak pernah memadam tulisan saudara biarpun saya mampu melakukannya. Cuma jika saudara menasihati orang lain, kenalah sanggup dinasihati.
Saya berhujah guna logik sebab Nabi Muhammad juga guna logik sahaja. Tidak pula kita jumpa baginda berdakwah dengan menyenaraikan nama-nama ahli-ahli kitab terdahulu untuk dijadikan dalil. Takkan saudara nak menjawab di hadapan Allah nanti saudara kena cari kata-kata atas nama ulamak terdahulu sebagai dalil?
Kerana daripada apa yang saya nampak, dengan bergantung kepada logik akal sendiri, manusia itu akan yakin pada diri sendiri. Berani kerana benar, takut kerana berdusta!
Memang betul kata saudara, semua orang boleh guna logik akal, cuma bezanya sama ada orang itu pengecut guna akal sendiri atau tidak sahaja. Oleh kerana semua manusia ada logik akal, maka mereka tiada alasan nak kata tak faham pengajaran Quran sebab tak belajar agama di institusi agama atau belajar dengan mana-mana ustaz.
Dengan logik akal itulah setiap diri mampu menyuluh hati masing-masing untuk kenal Allah. Tetapi jika buat alasan tak masuk akal bahawa Quran tidak boleh dikaji guna akal, macam mana nak dapat pengajaran Quran? Kemudian buat alasan mudah kononnya confius dengan tulisan orang lain. Jika ayat-ayat Quran pun boleh menyebabkan orang kafir mendakwa Nabi Muhammad itu tukang sihir, apakah baginda benar-benar akan jadi tukang sihir di sisi Allah?
Terima kasih kerana tolong perjelaskan lagi matlamat perjuangan saya bawa ini…
December 30th, 2008 at 3:52 pmsalam..
saya pun terharu kerana dapat menjelaskan matlamat perjuangan logic saudara hahaha.
dan saya berharap kepada pembaca blog saudara dapat menilai bagaimana akal manusia jika tidak dibimbing dengan al quran yang betui.
kalau akal ni terlalu hebat dan tidak memerlukan al quran, hadith dan ulama ulama. maka tidak akan ade tulisan menayatakan
“Hadith adalah ucapan Rasulullah. Dan Al Quran itu sendiri adalah ucapan Rasulullah”
tulisan ini sangt membuktikan akal manusia hanya nampak bende yang zahir tanpa memikirkan secara haq, ia betui, al quran adalah ucapan rasullullah, tetapi, hakikatnya ia diturunkan berperingkat kepada rasullulah mengikut keadaan dan peristiwa. al quran diturunkan dengan banyak cara tidak sekadar ucapan . (sila kaji cara al quran diturunkan) jgn ikut logic kalau logic saja baru, baru kita nampak ia sekadar ucapan rasullulah..
kalau nak berbahas dengn logic sahaja. memang takan habis. sebab tu saya tak nak teruskan dan saya rasa takde ilmu yang boleh dapat. dan saya takut dengn peringatan yang diberikan oleh rasullullah SAW yang berbunyi
“Jika sesuatu perkara itu diserahkan kepada bukan AHLINYA, maka tunggulah suatu kehancuran akan berlaku ke atas kamu”. Itulah yang berlaku pada sesetengah golongan umat yang menjauhi ahli pentafsir al-Quran”.
dan syarat syarat untuk mendapat taraf ahli adalah org yang belajar ilmu agama yang dinyakini dari sumber yang betul dan tidak hanya guna akal “logic” haha.
December 30th, 2008 at 4:53 pmAjaran Tauhid adalah bertujuan untuk mengEsakan Allah. Maksud mengEsakan Allah adalah dengan cara menyembahNya semata-mata. Maksud menyembah Allah semata-mata adalah mentaati segala kebenaran yang tercapai oleh minda kita. Biarpun pun kebenaran itu berlawanan dengan keinginan hati, tetapi bagi manusia yang beriman, mereka akan mentaati.
Sesuatu yang benar itu bukan kerana nama orang yang menyampaikan, tetapi kerana ia mempunyai bukti yang logik dan nyata. Ini kerana, semua orang boleh mengaku dia di pihak yang benar. Namun bukti yang nyata itulah yang membezakan benar atau dusta.
Seseorang manusia yang berpegang kepada kebenaran, dia tidak takut mempertahankan kata-kata biarpun tidak disandarkan atas nama imam-imam terdahulu. Ini boleh dilihat daripada semangat Nabi Muhammad menyampaikan kebenaran, bagaimana ayat-ayat Quran itu tidak disandarkan atas nama para ulamak atau pendeta atau ahli kitab terdahulu. Baginda menyampaikan ketauhidan Allah itu secara masuk akal agar orang-orang kafir tidak beralasan untuk menidakkan kebenaran yang disampaikan.
Jika Nabi Muhammad seorang pendusta, pasti orang-orang yang menentang baginda mampu menunjukkan di mana ayat-ayat Quran yang dusta ini. Malah Nabi Muhammad mencabar orang-orang kafir untuk bawakan kitab seumpama Quran jika mereka termasuk golongan yang benar. Ketakutan orang-orang kafir itu membuktikan di mana dustanya ayat Quran itulah yang menunjukkan mereka sebenarnya adalah golongan pendusta.
Apabila manusia itu berdusta, kata-katanya pasti tersekat-sekat. Hatinya mula berdebar dan otaknya jadi sempit. Dan bila dicabar dengan hujah yang logik, akhirnya mereka akan kepanasan hati seterusnya mencela. Untuk menyelamatkan air muka mereka, maka dicelalah para rasul itu dengan dikatakan para rasul itu tukang sihir atau seorang yang gila.
Perjuangan Panji Hitam ini adalah perjuangan untuk membuktikan kebenaran yang Allah perlihatkan kepadaku secara logik. Kebolehan manusia memahami sesuatu petunjuk Allah bergantung pada tahap pemikirannya. Sebab itu wahyu pertama Quran mengajak manusia belajar agar membangunkan pemikiran. Aku tidak mampu memahamkan orang lain jika orang itu sendiri tidak mahu membangun dan membuka pemikirannya. Tugas aku hanyalah menyampaikan sebanyak mana logik yang diperlihatkan biarpun orang-orang kafir tidak menyukainya. Sudah pasti golongan syaitan tidak suka apabila kebenaran itu diperlihatkan, kerana kelak tipu-daya mereka akan terbongkar.
Apabila Allah datangkan kebenaran, ketika itu akan terlihatlah golongan mana yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan golongan mana yang mendustai agama walaupun pada mulanya mereka mengaku mengikut ajaran agama para rasul terdahulu. Pengulangan sejarah kebangkitan sesuatu umat itu pasti terjadi seperti berulangnya peredaran malam dan siang.
Panji Hitam ini disampaikan sebagai tanda penghormatan Allah kepada calon srikandi yang diperlihatkan. Sebab itu ia datang bersama pilihan, kerana Allah bukanlah pemaksa terhadap makhluk-makhlukNya. Dan kenapa Panji Hitam itu tidak sampai kepada wanita yang lain, tentulah kerana Allah Maha Mengetahui manusia mana yang sanggup diuji dan manusia mana yang tidak sanggup diuji. Jika manusia itu tidak sanggup diuji, sudah pasti Panji Hitam itu tidak sampai kepadanya. Dan setelah diuji, apakah patut manusia itu menyalahkan orang lain di atas tekanan hidup yang dirasai padahal dia sendiri yang membuat pilihan? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui bahawa orang-orang munafik itu adalah golongan pendusta.
Perjuangan Panji Hitam bertujuan meletakkan diri kita sebagai insan yang berpegang kepada bukti yang nyata. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan kita manusia yang suka menafsir hati orang lain. Sebab itu ia diberikan pilihan yang semudah logik komputer, iaitu logik 0 atau logik 1. Jika pilihan semudah itu pun tidak mampu dipegang, apakah manusia itu beralasan lagi apabila dihumban ke neraka Jahannam? Sesungguhnya orang-orang kafir itu dari dunia sehingga akhirat suka beralasan-alasan.
Allah telah perlihatkan kepada kita, akibat suka berpegang pada bermacam-macam tafsiran atas nama ulamak terdahulu, kini umat Islam hidup berpecah-belah dan berbalah-balah sesama sendiri. Ini kerana sesuatu tafsiran itu mengikut hati manusia yang mana setiap manusia bebas melontarkan apa yang ada dalam hatinya. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain warna hatinya.
Namun apabila kita berpegang pada logik akal, sesuatu yang logik itu memerlukan bukti yang nyata untuk membenarkannya. Seperti mana kebenaran teori-teori sains, ia benar kerana ada bukti yang nyata. Ia tidak dikatakan benar kerana nama para saintis terdahulu. Siapa jua yang menemui teori sains itu, ia bukannya menentukan kebenaran atau tidak teori tersebut.
Oleh kerana sesuatu teori sains itu logik dan masuk akal, semua manusia yang berfikir mudah menerimanya. Tidak pula kita jumpa para saintis berbalah-balah pasal teori sains sehingga sanggup berbunuh-bunuh seperti mana perangai umat Islam sekarang. Daripada perbezaan keadaan yang Allah tunjukkan ini (antara guna tafsiran atau logik akal), kita nampak jawapan untuk menyatukan umat Islam kembali, sesuatu perbincangan atas nama Islam perlu menggunakan logik akal, bukannya guna tafsiran atas nama ulamak terdahulu.
Nak ambil kata-kata ulamak terdahulu itu bukan tak boleh, asalkan kita tahu menghuraikannya secara logik, bukan sekadar copy-paste sesuatu tulisan atas nama ulamak terdahulu. Macam mana nak terbangun pemikiran umat jika sekadar tahu copy-paste sahaja? Cuba kita lihat tulisan-tulisan atas nama agama, pasti dicopy-paste sesuatu tulisan ulamak terdahulu untuk dijadikan penguat hujah. Kalau tanpa dibawakan nama-nama ulamak itu, dirasakan tidak lengkap agama seseorang itu. Padahal kebenaran itu semuanya milik Allah. Kenapa tidak sandarkan sahaja kepada Allah melalui segala logik yang Dia tunjukkan. Jika kita tolak akal sendiri, macam mana nak fahami petunjuk Allah yang logik itu???
December 30th, 2008 at 5:06 pmSalam Goku,
Ya benar, Quran disampaikan kepada Nabi Muhammad dalam pelbagai bentuk dan berperingkat-peringkat. Namun apabila Nabi Muhammad menyampaikan kepada masyarakat baginda, ia dalam medium ucapan (hadith) kerana dikatakan baginda seorang yang tidak tahu menulis. Jadi tidaklah suatu yang tak masuk akal bila dikatakan hadith itu juga adalah Quran.
Malah, tulisan logik akal yang saya tulis berjela-jela ini juga datang melalui ilham yang pelbagai bentuk dan ia disampaikan berperingkat2 mengikut keadaan dan peristiwa yang berlaku di sekeliling saya.
Memanglah berbahas secara logik itu tidak akan habis, sebab ilmu Allah yang boleh dibukti secara logik itu amat luas. Malah lautan di bumi ini jika digunakan sebagai dakwat untuk menghurai logik Quran tidak akan cukup walaupun ditambah dengan kuantiti yang sama.
Jika saudara tidak dapat apa-apa ilmu daripada perbincangan ini, itu nasib saudara. Kerana tugas saya hanya menyampaikan secara logik dan bukti yang nyata. Sedangkan darjat Nabi Muhammad pun tidak menjadi rendah walaupun berjuta manusia jadi kafir kerana kebenaran Quran, apalah sangat saya nak hairan jika saudara tidak dapat apa yang saudara inginkan. Itu urusan saudara dengan Allah.
Siapakah AHLI yang kenal siapa diri kita? Jadi benarkah tanggapan orang yang meletakkan urusan belajar kenal diri kepada kepada selain Allah? Mungkin kerana itulah umat Islam sekarang menuju kepada kehancuran apabila diletakkan urusan agama kepada ulamak semata2 sehingga ada yang sekadar beragama menadah subsidi.
Urusan siapa AHLI yang layak memahami Quran itu ada dalam pengetahuan Allah. Orang Yahudi dahulu pun anggap Nabi Muhammad yang bukan dari bani Israel tidak layak menyampaikan kebenaran, namun anggapan orang2 Yahudi tidak menjejaskan martabat Nabi Muhammad di sisi Allah.
Yang pentingnya, sejak saya buat kajian Quran guna logik akal ini, tidak ada manusia mampu membuktikan di mana dustanya kata-kata saya. Bila ia tidak mampu dibuktikan dusta, bermakna ia adalah betul. Jadi saya telah bersumberkan sesuatu yang betul. Bukan saya mengaku sendiri, tetapi berdasarkan keadaan yang menunjukkan saya berpegang pada sumber yang benar
December 30th, 2008 at 5:29 pmDalam bulan ini sahaja, Allah telah perlihatkan kepadaku dua kematian. Satu kematian yang terjadi pada kaum kerabatku dan satu lagi kemangkatan pembesar negeriku. Dari dua keadaan itu, walau macam mana berpengaruh dan berpangkat seseorang itu, tetaplah manusia itu sama-sama akan dikebumikan ke dalam tanah. Ketika itu, tinggallah segala kemewahan, harta, pangkat, kaum kerabat dan segala perhiasan duniawi, untuk manusia itu mengadap Tuhan Yang Satu. Ketika itulah setiap diri membawa dirinya sendiri. Tiada imam-imam terdahulu akan menemani untuk menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh Allah kelak. Jika sejak atas dunia tidak berlatih menjawab soalan mengenai Allah menggunakan keupayaan diri kita sendiri, bagaimanakah kita hendak hadapi pertanyaan Dia Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui?
Jangan ingat di hadapan Allah nanti kita boleh menipu-daya seperti di atas dunia ini. Nabi Muhammad sendiri pernah didustai oleh golongan munafik yang berpura-pura untuk berjuang sama. Ketika waktu aman, golongan munafik ini beria-ia hendak berperang sehingga bertanya kepada Rasulullah, bilakah mereka boleh berjihad. Namun, apabila datang seruan jihad yang sebenar-benarnya, barulah golongan munafik atau talam dua muka itu menunjukkan kepenakutannya. Ketika itu mereka meminta uzur agar diizinkan tidak mengikut berperang sama. Dan kerana perangai golongan munafik itu amat menghiriskan perasaan, maka Allah akan mengazab mereka dengan neraka yang tidak terperi sakitnya, kerana Dia Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi.
Berbanding golongan kafir musyrik, golongan munafik ini lebih berbahaya kepada perjuangan agama Allah. Ini kerana mereka berpura-pura lagi suka mempermain-mainkan golongan beriman. Di hadapan golongan beriman, mereka berlakon seolah-olah menyertai golongan beriman, tetapi sebaliknya mereka bersama golongan musyrik bersekongkol untuk menjatuhkan perjuangan menegakkan kebenaran. Maka kutukan Allah terhadap mereka adalah lebih dasyat lagi.
Setiap perjuangan yang benar, kita tidak boleh lari daripada ancaman pengkhianatan. Nabi Muhammad pernah dikhianati oleh kaum Yahudi ketika di Madinah, yang mana mereka bersekutu dengan kaum musyrikin dalam perang Al Ahzab, biarpun ketika pembukaan Madinah, mereka telah berjanji untuk taat setia kepada Rasulullah. Biarpun kaum Yahudi itu memiliki ramai ahli-ahli kitab yang tahu akan kebenaran Nabi Muhammad, tetapi kerana kedengkian mereka dengan kerasulan baginda, maka syaitan telah menyesatkan kaum yang tidak menggunakan akal itu.
Cuba kita bayangkan bagaimana perjuangan Nabi Muhammad ketika mula-mula menegakkan kebenaran. Baginda bukannya pelajar lulusan ilmu kitab-kitab terdahulu. Sudahlah baginda seorang yang tidak tahu membaca, apalagi membaca tulisan dalam bahasa kitab-kitab terdahulu. Baginda juga bukan keturunan bani Israel, iaitu keturunan rasul terakhir sebelum baginda. Dan dalam menyampaikan kebenaran, baginda tidak bawakan nama-nama ulamak terdahulu untuk dijadikan sandaran kebenaran atau dalil. Jadi ketika itu, sudah pasti golongan penentang kebenaran mendakwa baginda tidak berpegang pada sumber yang benar. Hanya insan-insan yang bijak berfikir seperti Saidina Abu Bakar sahaja mampu melihat kebenaran kata-kata baginda.
Adakah ketidakbergantungan pada dalil atas nama ulamak terdahulu itu menunjukkan Nabi Muhammad bukan seorang yang berpegang pada sumber yang benar? Apakah sumber yang benar itu mengikut hawa nafsu golongan kafir tersebut? Tidak, sudah pasti kebenaran itu dikatakan benar apabila ada bukti yang logik yang membenarkannya. Bukti inilah yang akan menyebabkan golongan pendusta akan terdiam tanpa suara atau hanya mampu mengatakan seseorang rasul itu ahli sihir yang nyata.
Dalam menyampaikan dakwah, Nabi Muhammad hanya menyampaikan kebenaran berdasarkan apa yang baginda nampak secara logik, bukannya menggunakan kata-kata magik tak masuk akal. Kata-kata yang tak masuk akal, sudah pasti akan memberi ruang kepada golongan penentang mematahkan hujah baginda. Dan kerana yakin pada kebenaran yang dipegang, maka baginda cabar golongan kafir itu tunjukkan di mana ayat-ayat Quran yang disampaikan itu adalah dusta.
Jadi dapat kita lihat di sini, untuk membuktikan kebenaran yang baginda pegang, dua kaedah diguna-pakai iaitu;
1) Bawakan seberapa banyak bukti logik yang kukuh, seperti mana burung Ababil melontar batu berapi yang melemahkan tentera bergajah.
2) Cabar orang yang menentang itu supaya tunjukkan di mana dusta pada kata-kata baginda (Quran) itu.
Kegagalan orang-orang yang menentang baginda itu untuk membuktikan baginda berdusta itulah tanda-tanda kebenaran apa yang baginda sampaikan. Baginda tidak perlu menunggu ramai orang mengiktiraf kata-kata baginda benar pun, cukuplah ketidakupayaan kata-kata baginda dibuktikan dusta itu sebagai tanda kebenaran dakwah baginda.
Konsep perjuangan menegak kebenaran seperti baginda inilah yang berkibar bersama Panji Hitam yang pernah kami serahkan kepada calon srikandi itu. Sama ada dia termasuk dalam golongan yang mentaati atau yang mendustai, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Usahaku adalah menyampaikan Panji Hitam itu bersama-sama perjuangan ini. Terpulanglah untuk dia memikirkannya, kerana selagi dia tidak menjadi isteriku, selagi itu dia tidak berada di bawah tanggungjawabku…
December 30th, 2008 at 10:24 pmsemakin banyak saudara menulis, harapan saya semakin bnyk org dapat menilai saudara..
harap harap jangn la ade org dari jabatan agama islam terbaca tulisan saudara. silap silap tak sempat berpoligami 
December 31st, 2008 at 11:54 amada ke patut kata al quran sama ngn hadith. hahaha
lawak la
salam kerasma
sebenarya saya sudah tidak larat untuk berbahas logic dengn saudara.:) tetapi setelah membaca tulisan saudara lagi, saya rasa terpangil untuk mengkomen lagi
atas dasar kita bersama sama bertaut kepada lafaz ” tiada tuhan yang disembah melainkan 4JJI dan muhammad itu pesuruh 4JJI. 
semoga kita sama sama 4JJI kurniakan hidayah…
hmmm.
boleh tak saudara menghuraikan pertanyaan sy ini
“Dalam menyampaikan dakwah, Nabi Muhammad hanya menyampaikan kebenaran berdasarkan apa yang baginda nampak secara logik, bukannya menggunakan kata-kata magik tak masuk akal”
bagaimana pula dengan israk dan mirraj, benda ini kalau memang ikut logic kita sememangnya tak masuk akal? so kalau ikut logic saudara israj dan mikraj ni logic tak???
bagaiman pula dengan rukun iman???
yang ketiga
percaya kepada malaikat???
yang kelima pecaya kepada hari akhirat??
benda ni memang tak tersampai oleh logic manusia.
manusia leh pikir malaikat macam mane bentuk. laki ke pompuan ke. muke cantik ke sexy ke montok ke buat teknik rebornding ke ape ke boleh??
so benda ni tak terpikir secara logic akal. kalau ikut pemikiran logic saudara…
“Nabi Muhammad hanya menyampaikan kebenaran berdasarkan apa yang baginda nampak secara logik, bukannya menggunakan kata-kata magik tak masuk akal”
bagaimana kita hendak menerima dan pepaut kepd rukun iman ni. bagaimana kita nak jadi org yang beriman jika rukun iman kita dah tak imani?
saudara,
ade bende yang kita tidak boleh fikir secara logik dan hanya perlu “dengar dan taat”
dan satu lagi saudara menyatakan
December 31st, 2008 at 12:54 pm“Nak ambil kata-kata ulamak terdahulu itu bukan tak boleh, asalkan kita tahu menghuraikannya secara logik, bukan sekadar copy-paste sesuatu tulisan atas nama ulamak terdahulu.”
saya rasa baik copy paste dari kita hurai dengan logic. copy paste sure betul. dari kita hurai ikut logic..mungkin ade yang tak betui.
seperti yang dah terizzah seperti tulisan tulisan diatas
salam kerasma…
saudara menyatakan…
“Ajaran Tauhid adalah bertujuan untuk mengEsakan Allah. Maksud mengEsakan Allah adalah dengan cara menyembahNya semata-mata. Maksud menyembah Allah semata-mata adalah mentaati segala kebenaran yang tercapai oleh minda kita.”
kalau ikut pernyataan saudara ini, adakah kita hanya perlu taat pada perintah 4JJI yang hanya
logic. jadi segala peringatan 4JJI tentang hari pembalasan sememangnya tidak boleh dipikirkan secara logik. hari kiamat, syurga, neraka, titian sirat semua tu tidak tercapai oleh akal manusia yang waras… jadi kalau kita tak terpikir secara logik, jadi kita tidak perlu taatkan nya???
saudara menyatakan
“Sesuatu yang benar itu bukan kerana nama orang yang menyampaikan, tetapi kerana ia mempunyai bukti yang logik dan nyata. Ini kerana, semua orang boleh mengaku dia di pihak yang benar. Namun bukti yang nyata itulah yang membezakan benar atau dusta”
nabi muhammad pernah menceritakan kepada sahabat sahabat perihal israj dan mikraj. pengembaraan ini diabadikan di dalam surah al israj ayat 1
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke MasjidAl-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
saudara menyatakan…
“Sesuatu yang benar itu bukan kerana nama orang yang menyampaikan, tetapi kerana ia mempunyai bukti yang logik dan nyata”
israj dan mikraj tidak boleh dipahami oleh logic akal dan hanya boleh diimani dengan hati yang yakin.
jadi adakah peristwa itu adalah tidak benar walaupun ia dicritakan oleh nabi muhammad?????.
saudara boleh tak terangkan secara logic tentang dua issue ini.
December 31st, 2008 at 2:41 pmkaresma..
saudara menyatakan..
“Ya benar, Quran disampaikan kepada Nabi Muhammad dalam pelbagai bentuk dan berperingkat-peringkat. Namun apabila Nabi Muhammad menyampaikan kepada masyarakat baginda, ia dalam medium ucapan (hadith) kerana dikatakan baginda seorang yang tidak tahu menulis. Jadi tidaklah suatu yang tak masuk akal bila dikatakan hadith itu juga adalah Quran”
al quran adalah kalam 4JJI yang disampaikan kepada rasullulah melalui perantaan malaikat jibril yang diturunkan beperingkat mengikut keadaan dan masa dan peristiwa.
saya share kan penyertian hadith yang saya copy paste tapi sy yakin ianye betul
Ali al-Qari (m.1016H) telah mentakrifkan hadith sebagai “Apa yang disandarkan kepada Nabi (s.a.w.) dari sabdaan, perbuatan, taqrir, gerak dan diam,samada semasa jaga atau tidur”.
bermaksud hadith bukan sekadar ucapan
ia adalah semua perbuatan.tapi saya copy paste je la
nak confirm tanya ustaz.
dan saudara juga tidak yakin dengan ulamak ulamak.
boleh tak saudara komen tentang hadiht rasullullah yang bebunyi
Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda: إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)
so bagaimana saudara tidak bersandarkan kepada ulama ulama terdahulu…
December 31st, 2008 at 3:21 pmsaya serta beberapa hadith yang membuktikan ulama adalah pewaris nabi. dan siapa yang menolak ulama adalah sesat….
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)
December 31st, 2008 at 5:30 pmHaha…saya ingat saudara dah tak mahu komen lagi…yealah, kata tak dapat apa2 dari perbincangan di sini.
Patut atau tidak kenyataan saya mengatakan Quran itu sama dengan hadith bergantung jika ada orang lain dapat membukti kenyataan saya itu dusta atau tidak. Jika logik yang saya berikan untuk mengaitkan Quran itu hadith tidak dapat dibuktikan dusta, tetaplah kenyataan itu benar biarpun saudara mengatakan tak patut. Sebab saudara hanya mampu berkata sahaja, tetapi tidak mampu memberikan bukti.
Jika ada orang jabatan agama terbaca, itu atas kuasa Allah. Malah sempat atau tidak saya berpoligami di dunia, itu juga atas Kuasa Allah. Tetapi janji Allah untuk diberikan bidadari-bidadari di akhirat sedia menanti kepada lelaki2 yang berkata benar. Logiknya, sebelum saya kaji Quran, Allah tak izinkan pun saya bagi Panji Hitam ke gadis tu, tetapi lepas berjuang kaji Quran secara logik, Allah izinkan. Bukankah itu logik bahawa janji Allah itu benar?
December 31st, 2008 at 8:49 pmSalam goku,
Kisah isra & mikraj merupakah kisah perjalanan Nabi naik ke langit? Di zaman sains & teknologi nilah lagi senang nak nampak logik dia. Tu yg NASA duk pi ke angkasa tu samalah logik dgn kisah isra & mikraj…
Logik bukannya semestinya kena nampak bentuk guna mata kasar. Logik itu sesuatu yang tercapai oleh akal dan boleh dibuktikan wujud. CINTA itu sendiri saudara tak nampak macam mana rupa bentuknya, tetapi saudara rasai sendiri ianya wujud dan akal saudara menerima adanya cinta.
Tenaga, bolehkah saudara jelaskan bagaimana rupabentuknya? Tapi kenapa akal dan hati saudara akui tenaga itu wujud? Macam tulah dengan malaikat, biarpun tak nampak guna mata kasar, tetapi kewujudannya masuk akal. Tetap ia sesuatu yang logik.
Jadi, kelogikan malaikat ini boleh diumpamakan dengan logiknya tenaga…yg gatal2 nak tau dari segi jantinanya atau teknik rebonding hape ke heinya?
Kelogikan adanya akhirat adalah, Allah tidak melakukan sesuatu secara sia-sia atau main-main.
Bila akal kita sudah nampak secara logik sesuatu perkara2, barulah terbit iman yang kukuh. Sebab itu pentingnya akal untuk mengumpamakan sesuatu yang tidak terlihat oleh mata kasar, agar hati kita berpaut pada sesuatu yang kukuh. Takdelah terkial2 cari kata2 imam terdahulu untuk dijadikan dalil…
Malah konsep Keesaan Allah pun Nabi Muhammad buatkan perumpamaan agar ia tercapai oleh akal manusia. Kenapa Nabi Muhammad tidak paksa kita percaya sahaja bahawa Allah itu Esa? Ini menunjukkan, keimanan bukan boleh dibuat2, tetapi akan terbit dengan sendirinya apabila dicapai oleh akal. Kerana itulah kita kena mengkaji dan mencari bukti, bukan main tadah dengar apa orang cakap, sedangkan otak kita tidak pun memikirkan secara logik.
Iman atau kepercayaan akan jadi kukuh bila ada bukti. Saudara ingat dengan menghafal rukun iman yang enam itu saudara sudah dikira beriman?
Sesuatu yang tiada bukti logik sama ada benar atau tidak, macam mana kita nak taat? Jika ada seseorang berkata Tuhan itu ada lapan, takkan saudara senang2 nak taat dengan kata2 itu tanpa meminta bukti yang nyata?
Cuba jawab soalan saya ini, di antara kenyataan bahawa “Allah itu Maha Esa” dengan kata-kata “Allah itu ada lapan”, yang mana satu benar? Bagaimana saudara ini membuktikan ia benar? Guna nama2 imam terdahulu atau guna logik saudara? Jawab jangan tak jawab? Orang2 Kristian yang kata “Tuhan tiga dalam satu” itu pun kata diorang benar berdasarkan kata2 atas nama pendeta2 terdahulu mereka.
Dalam bab menghuraikan sesuatu perkara pula, selagi yang kita huraikan itu ada bukti logik dan tidak dapat dibuktikan dusta, kenapa perlu ragu2 yang kita huraikan itu betul. Bukankah ragu2 itu bisikan syaitan? Setakat copy-paste, macam mana minda nak berkembang? Ehehe…
December 31st, 2008 at 9:25 pmOleh kerana Allah bagi kita akal. So sudah pasti segala suruhan atau laranganNya adalah sesuatu perkara yang masuk akal. Dan, sebab itu orang2 gila terkecuali dalam mentaati suruhan atau meninggal laranganNya.
Memanglah hal2 di akhirat akal kita tak nampak gambaran sebenarnya, tetapi bukan bermakna ia suatu yang tidak masuk akal. Sebab kita tak sampai lagi ke alam sana sudah pasti gambaran sebenarnya tiada dalam kotak fikiran saudara. Macam saudara tak pernah pergi Jepun lagi, sudah pasti bagaimana keadaan negara Jepun tu tak tercapai oleh akal saudara. Tetapi lepas saudara menjejak kaki ke sana, barulah saudara nampak gambaran sebenarnya. Macam tu lah negeri akhirat.
Dengan memikirkan yang erti hidup manusia ini bukan sia-sia dan setiap perbuatan kita akan ada balasannya, kita akan nampak logik adanya hari akhirat. Contohnya, bagaimana orang yang mati kena bunuh boleh dapat pembalasan jika tiada hari akhirat? Jika semua manusia tak percaya adanya akhirat, maka manusia boleh membunuh sesuka hati tanpa risau mereka akan dibalasi. Tetapi bila seseorang manusia itu yakin yang lepas mati nanti dia akan dibangkitkan di akhirat untuk menerima balasan, pasti dia takut hendak membunuh. Bukan takut sebab kena tangkap polis, tetapi takut menanggung azab Allah di sana, sebab di atas dunia dia sudah lihat secara logik adanya hari akhirat. Begitulah bernilainya berfikir secara logik dalam membentuk sahsiah diri.
Bagaimana rupa hari akhirat itu bukan persoalan. Yang pentingnya akal kita mudah menerima adanya akhirat dengan berfikir secara logik seperti contoh yang saya berikan, agar melahirkan ketakutan kepada Allah (taqwa). Orang yang ada taqwa ini, biarpun di tempat yang tersembunyi, dia akan takut berbuat jahat.
Gambaran syurga neraka pula, logiknya sudah wujud di dunia iaitu dalam jiwa kita sendiri. Jika saudara seorang yang berhati suci, saudara akan mencapai ketenangan dan kebahagian bagaikan gambaran syurga yang disebut dalam Quran. Jika saudara seorang yang busuk hati, saudara akan rasa panas hati dan kegelisahan bagaikan hidup di neraka.
Dengan cara mengumpamakan hati saudara dengan gambaran2 di akhirat sana, sebenarnya saudara lagi mudah nak mencapai ketaatan dan keimanan, sebab saudara rasai kelogikannya. Berbanding saudara hanya membuat gambaran imaginasi perihal syurga neraka sehingga saudara berangan2 masuk syurga sedangkan dalam hati saudara penuh penyakit lagi suka mengkhianati janji.
Orang2 Yahudi di zaman Rasulullah dahulu pun kata diorang percaya adanya hari akhirat dan berangan2 masuk syurga, sedangkan hati mereka penuh penyakit lagi mendustai kebenaran. Sekadar mengaku percaya ada akhirat sahaja tak mampu menjadi golongan beriman. Yang penting kena berpegang pada bukti yang nyata. Ketika datang kebenaran berdasarkan bukti yang nyata itulah akan terpisahlah golongan yang beriman dan golongan pendusta. Saudara nak jadi macam golongan Yahudi itu juga ke?
Apabila kita telah rasai gambaran syurga neraka dalam jiwa kita, apakah kita masih tidak takut lagi dengan azab neraka yang sebenar2nya? Jika kepanasan hati dan keresahan jiwa ketika di dunia pun sudah buat hidup kita rasa takde makna, bagaimana bila betul2 masuk neraka nanti? Itulah logik adanya syurga dan neraka walaupu mata kasar kita tak nampak gambarannya.
Untuk akal kita mencapai logik, tidak semestinya dengan melihat perkara itu terjadi depan mata. Bayangkan sebelum kapal terbang dicipta. Sudah tentu jika ada sesiapa kata manusia boleh terbang dengan kenderaan bersayap, orang yang malas berfikir, tidak mempercayainya sebab ia tak wujud depan mata. Namun, jika ada seseorang yang berfikiran tinggi dengan melihat bagaimana burung mampu terbang, dan dia faham daya apungan yang menyebabkan burung boleh terbang, maka orang itu akan yakin bahawa adanya logik yang manusia boleh terbang. Itulah bukti yang mengukuhkan jiwa.
Begitulah perumpamaannya kita melihat secara logik kisah isra mikraj. Tambahan lagi dengan telah terciptanya roket, maka logik Nabi Muhammad itu naik ke langit bukan suatu yang mustahil. Hakikat macam mana baginda naik ke sana, hanya baginda dan Allah yang tahu. Ketidaktahuan kita melihat gambaran sebenar baginda naik ke langit itu pun tidak menjejaskan keimanan kita. Yang penting di sebalik kisah2 nabi yang kita dengar, kita dapat gambaran yang meyakinkan jiwa kita sendiri dengan berfikir secara logik.
Bila mendengar sesuatu perkara, untuk mendapat iman yang kukuh, latihlah minda mencapai logik dengan melihat macam2 perumpamaan yang wujud di sekeliling alam. Iman tidak akan kukuh tanpa bukti yang nyata. Dan dengan berfikir secara logik, barulah otak berkembang. Kalo setakat dengar ustaz ajar, tetapi otak kita hanya setakat hafal apa yang ustaz itu ceritakan, macam mana otak nak berkembang? Sebab itu kita nampak kenapa umat Islam sekarang ketinggalan jauh dari segi pemikiran berbanding bangsa yang maju, akibat otaknya dilatih untuk menghafal sahaja (budaya copy-paste), tetapi pengecut untuk menghuraikan (mengembangkan minda dengan bukti yg logik).
December 31st, 2008 at 9:49 pmTanpa Nabi Muhammad mengucapkan sesuatu, macam mana masyarakat nak faham apa yang baginda lakukan? Bila seseorang nampak gerak-geri baginda melakukan solat, macam mana orang itu nak tahu apa yg baginda lakukan dan apa tujuannya? Bukankah kena ada ucapan baginda untuk menjelaskan sesuatu perkara? Jadi hadith itu sebenarnya ucapan baginda sebab dari ucapan itu adanya penjelasan apa maksud gerak-gerik baginda.
Tanpa mendengar dari kata-kata Rasulullah sendiri, manusia lain hanya mampu mentafsir. Jadi itu belum dikira hadith Rasulullah, sebab nanti manusia suka2 tafsir ikut hati mereka tanpa tahu maksud sebenar baginda lakukan sesuatu perkara. Kalo yang bersihnya, maka bersihlah tafsiran. Bagaimana pula kalo org yang kotor hatinya mentafsir sesuatu perbuatan Rasulullah?
Dikatakan pula akhlak Rasulullah adalah Quran. Akhlak merangkumi perbuatan, ucapan dan segala bentuk dari Rasulullah. Samalah dengan maksud hadith yang saudara bawakan itu. So, masih betul lagilah bahawa Quran itu hadith, sekalipun saudara kata hadith bukan semata2 ucapan baginda.
Jika nabi seorang yang berkata2 berdasarkan bukti yang nyata dan masuk akal, apakah orang yang dikatakan mewarisi Nabi hanya berpegang sesuatu yang dia tidak mampu berikan bukti secara logik? Jika Nabi Muhammad sampaikan kebenaran tanpa bersandarkan nama2 ulamak terdahulu, apakah betul orang yang dikatakan mewarisi Nabi kena pula sandarkan kata2 atas nama orang mulia terdahulu?
Sebab itu saya bukan mudah2 terima orang yang mengakui dirinya ulamak, sedangkan bila dinilai dari kata2nya, tidak letakkan bukti yang nyata sebagai sandaran. Kalo setakat copy-paste kata2 imam2 terdahulu, mudah2lah semua manusia nak mengaku dirinya ulamak?
Perjuangan saya untuk melahirkan jiwa yang yakin pada keupayaan akal sendiri, jadi mana2 insan yang kata2nya menunjukkan dia seorang yang menggunakan akal, saya terima dia sebagai pewaris nabi.
Perlu difahami, nabi tidak berkata mengikut nafsu. Dengan kata lain, baginda berkata2 guna akal.
Contohnya kisah Imam Abu Hanifah yang guna logik akalnya sendiri untuk mengalahkan seorang atheis. Insan bijak sebegini barulah saya akui keulamakannya. Semangat seperti itulah yang ingin saya bawa dalam perjuangan ini.
Macam saya katakan sebelum ini, takkanlah di akhirat kelak, di hadapan Allah nanti saudara kena cari nama2 imam terdahulu untuk menjawab soalanNya?
Dan daripada riwayat hadis yang saudara bawakan itu, tidak pula dikatakan tanpa sandarkan kata-kata kita pada mana-mana nama ulamak terdahulu, kita bukan golongan yang benar. So biarpun saya tidak bersandar pada nama ulamak2 terdahulu, tetaplah kata2 saya benar selagi ada bukti yg kukuh dan tidak mampu dibuktikan dusta. Itu yang pentingnya pun. Kerana bukti yang kukuh itu yang saya bawa di hadapan Allah nanti, bukannya saya kena heret ulamak itu nanti…
Perlu diingat, pihak agama lain pun kata ajaran agama mereka benar, berdasarkan kata2 ahli2 kitab, pendeta, paderi atau sami2 terdahulu mereka. Jika kebenaran itu disebabkan kata2 atas nama orang2 terdahulu, macam mana kita nak bezakan mana agama yang benar dan mana agama yang bathil?
Saya bukannya seorang yang pengecut yang nak kenal Allah pun sampaikan kena guna nama orang2 terdahulu. Cukuplah dengan logik akal yang Allah kurniakan ini saya menyuluh jiwa untuk melihat tanda-tanda KekuasaanNya. Tambahan pula Dia menciptakan saya tanpa perantaraan orang2 terdahulu itu pun.
December 31st, 2008 at 10:22 pmKebenaran itu memerlukan bukti yang menunjukkan ia benar. Nabi adalah penyampai kebenaran. Ulamak adalah pewaris kepada penyampai kebenaran. Jika kita tolak ulamak, bermakna kita tolak kebenaran. Maka betullah dikatakan tolak ulamak itu sesat.
Masalahnya sekarang, betulkah yang dikatakan ulamak itu benar2 seorang ulamak. Jika kata2 tiada bukti yang menunjukkan ia benar, layakkah dia dikatakan ulamak?
Kita tidak bersalah menolak kata2 yang tiada bukti yang menunjukkan ia benar, biarpun dikatakan dari ulamak terdahulu, sebab hidup kita untuk berpegang pada kebenaran, bukan pada nama orang. Dan Allah adalah pemegang segala yang haq sedangkan syaitan itu bersama2 sesuatu yang dusta.
Semua orang boleh claim kata2 yang dibawakan itu dari seseorang imam terdahulu. Tetapi apakah kata2 itu benar jika tidak bukti yang masuk akal, sedangkan kewujudan Allah itu sendiri boleh dibuktikan logik dan masuk akal? Kata2 yang mendakwa Nabi Isa itu anak Tuhan itu pun berdasarkan kata2 pendeta2 terdahulu. Takkanlah orang2 yang ada akal, simply2 nak percaya membuta-tuli?
Siapakah golongan yang sesat itu? Adakah orang yang berpegang pada bukti kukuh dan logik, atau orang yang berpegang pada nama orang lain tanpa mampu buktikan secara logik?
December 31st, 2008 at 10:36 pmgoku,
tak guna kamu mencuba lagi. penulis blog mmg dah tak boleh dibantu. kalau kamu lihat, penulis hanya menerima akalnya sahaja walhal org lain juga berakal. inilah akibatnya berkata-kata tanpa ilmu. mengaku mempunyai akal tak terbatas tapi menulis seperti org tak berakal. dia menganggap dirinya maksum spt nabi dan tidak memerlukan org lain. menolak guru. satu lagi kepincanagn akal penulis. semua tamadun2 hebat dunia tidak menolak guru. ini adalah salah satu taktik penulis utk membenarkan kata2nya sahaja. kalo dikaji kebanyakan ajaran sesat mereka mmg menolak semua org kecuali kata2 mereka shj. adakah penulis berani berjumpa ulama2 utk menyatakan pendiriannya. tentu skali tidak kerana penulis tidak berilmu. dia adalah dikalangan golongan pengecut yg akan berpaling lari. mengapa tidak bermuzakarah dgn ustaz spt harun din yg Allah telah berikan kelebihan kepada beliau utk membantu org lain? kerana penulis takut dia dibuktikan bersalah. takut segala nafsunya tak dapat dipenuhi. sebenar nya ‘logik akal’ hanyalah propaganda penulis. adakah dia tidak memikirkan yg ulama2 mentafsir dgn akal, ilmu atau bukti yg kukuh?
January 1st, 2009 at 12:29 amjadi dia hanya banyak bermain kata2. yg saya nampak hanya angan2 penulis hampir setiap hari utk memikat anak dara. tak dapat yg ni, cari yg lain pulak. itu sahaja perjuanganya setiap hari. sanggup menggunakan isteri sendiri utk memikat wanita lain. ikhlas? jadi kenapa perlu anak dara? ramai lagi ibu2 tunggal yg terbukti cekal & tabah dlm membesarkan anak2 yg sangat sesuai dijadikan srikandi perjuangan. GM, GV dan berapa banyak lagi gadis yg menjadi target. kenapa mereka? kadang2 tu nama pon tak kenal. jadi goku jgn dilayan manusia sebegini. sebenarnya dia tak tahu menggunaka akal yg waras Allah kurniakan. bukannya guna logik akal tapi alasan2 utk membenarkan perlakuannya. e.g. cakap kat bakal srikandi yg isterinya mintak no talipon sebab boring. akhirnya baru wanita itu sedar dia telah tertipu dgn taktik kotor penulis. tak perlu panjang2 lagi. saya cadangkan kita panjangkan web ini ke jakim untuk kajian dan tindakan susulan. insyaallah org camni takkan berjaya kembangkan ajarannya.
Ni gas mana pulak yang terlepas daa…
Sudah pasti kita kena terima yang benar datang dari akal kita dahulu. Kalo akal sendiri pun tak terima, tu yang jadi pak turut dalam beragama. Akibat suka menurut, bila datang orang claim dirinya tok guru, yang tak guna akal sendiri itu lebih suka menurut membuta-tuli. Maka bila terjebak dengan ajaran sesat, mereka pun tak sedar.
Kaji kisah ahli neraka dalam Quran, kita akan nampak gambaran orang yang menurut dan yang diturut saling salah menyalah di antara satu sama lain. Padahal mereka ada akal untuk membezakan yang mana benar yang mana dusta. Tapi kalo dah spesis hidup tolak akal sendiri, macam mana nak dapat kesedaran sama ada dah ikut jalan yang lurus atau jalan yang sesat? Ingat, semua penganut agama claim kata mereka dah follow jalan yang benar.
Manusia itu hanya pandai berkata pincang sana pincang sini, tetapi tak mampu pun bukti di mana kata2 saya yang pincang itu. Setakat bercakap menghukum sebegitu, tetapi tidak mampu menunjukkan bukti, itu menunjukkan manusia itu tidak berakal lagi suka menurut nafsu menghukum orang.
Bila ditanya siapakah tok guru yang tahu perihal dalam hati orang lain dan ada bersama2 dengan Allah ketika menjadikan seseorang manusia, tidak pula disenaraikan siapa tok guru itu agar mampu kita belajar kenal diri dengan tok guru itu?..huhu.
Dan taktik orang yang tidak mampu berhujah adalah dengan cara menghukum seseorang tanpa menunjukkan bukti. Macam orang2 kafir terdahulu yang tidak mampu menunjukkan di mana dustanya ayat2 Quran, tetapi menghukum rasul itu seorang gila atau tukang sihir. Skripnya sama biarpun di zaman yang berbeza…
Adakah dengan cara tidak bermuzakarah dengan ust Haron Din itu menunjukkan seseorang itu berdusta? Siapakah yang mengawal degupan jantung kita, Allah ke manusia? So kenapa tidak cari Allah dahulu padahal Dia punyalah dekat daripada para ust itu?
Kalo takut bersalah, takdelah dibuat kajian Quran dan dipaparkan internet agar mudah manusia lain tunjukkan mana dustanya kajian itu? Allah dah bagi kemudahan di hujung jari, kenapa tak guna teknologi yang ada. Zaman Nabi Muhammad, baginda terpaksa pergi ke pasar2, untuk menyampaikan kebenaran, dan menanti kata-kata baginda dibuktikan dusta, jika benar baginda seorang pendusta. Selaras dengan zaman IT ini, saya menggunakan konsep yang sama iaitu meletakkan kajian Quran saya di internet (sebab la ni ramai bijak-pandai guna internet), dan menanti jika ada manusia yang mampu buktikan kata-kata saya itu dusta. Secara tidak langsung saya dah ajak mereka berfikir sesuatu yang orang2 tak guna akal tidak memikirkannya.
Orang yang pengecut itu hanya tahu hukum usaha orang lain tanpa dia tunjukkan apa usahanya terhadap Quran. Macam Nabi Muhammad cabar orang2 kafir terdahulu, bawakan kitab2 seumpama Quran jika mereka golongan yang benar. Sebab orang2 kafir itu hanya tahu mengutuk dan mencela, tetapi bila dicabar buktikan, mereka berpaling lari. Itulah golongan pendusta yang dikutuk Allah. Bukankah kutukan Allah lagi keras dan pedih berbanding kutukan si pencela itu?
Sampai sekarang tiada dijumpai pun orang yang kata takleh kaji Quran guna akal itu mampu bawa kajian mereka sendiri (yg mungkin mereka tafsir tanpa guna akal). Itulah orang yang pengecut lagi tidak mampu bersaing. Hanya pandai cakap, tapi takde bukti.
Jika Allah boleh bagi ulama terdahulu ilmu, kenapa tidak kepada kita jika kita termasuk dalam golongan yang berakal? Bukankah Allah Maha Adil lagi Maha Berkuasa mengurniakan anak2 dara kepada lelaki2 yang boleh berlaku adil?
Anak dara atau mak janda, mereka itu sama2 makhluk Allah. Jika Allah hendak jodohkan saya dengan semua anak dara sekalipun, bukankah Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, biarpun orang2 kafir yang busuk hati itu membenci poligami?
Mendepankan isteri untuk memikat wanita lain itu tanda si suami memiliki isteri yang mulia dan suci hatinya. Bukan senang nak dapat isteri semulia itu. Lagi pun dipikat wanita itu untuk dijadikan isteri, bukannya nak buat benda2 keji. Sepatutnya wanita itu bersyukur kerana Allah datangkan dia seorang lelaki yang ikhlas nak memperisterikannya. Bandingkan dengan nasib2 wanita yang didatangi lelaki2 yang menghancurkan diri mereka bak habis madu sepah dibuang? Dengan membuktikan kesetiaan lelaki itu pada isteri yang sedia ada biarpun dihadirkan ramai gadis atau anak dara, itu menunjukkan lelaki itu seorang yang benar dan sabar…
Tidak pula ditemui ayat-ayat Quran menegah seseorang lelaki yang sudah beristeri untuk berkahwin dengan anak2 dara. Jika lelaki itu menyukai anak2 dara, tidak pula rendah darjatnya di sisi Allah, selagi dia membuktikan kejujuran untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Serahkanlah kepada Allah, daripada manusia itu menghukum tindakan orang lain yang dia tidak ketahui. Jangan hanya tahu berprasangka. Ingatlah, pada prasangka itu tiada kebenaran.
Kenapa saudara sendiri tidak mengahwini ibu2 tunggal tersebut jika itu yang saudara mahu? Kenapa perlu persoalkan tindakan orang lain yang saudara sendiri tidak dapat buktikan apa salahnya dia nak kawin dengan anak2 dara seramai mana Allah izinkan? Nabi Muhammad menyuruh orang lain melakukan sesuatu selepas baginda bukti dari diri baginda sendiri, tetapi umat Islam sekarang sekadar tahu suruh orang buat itu ini, tetapi dia sendiri tidak perbuat apa yang dia kata. Cakap tak serupa bikin…
Tunjukkan macam mana saudara menggunakan akal yang waras? Sekadar berkata tanpa mampu membuktikannya, waras sangatlah tu?
Dan tunjukkan saudara ini seorang yang berakal? Jika perihal Allah nak jodoh seseorang lelaki itu dengan mana2 anak gadis yang Dia tentukan pun nak dipersoalkan, itukah dia manusia yang berakal? Orang2 kafir pun persoalkan tindakan Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Aisyah yang masih budak2 lagi, padahal terbitnya perasaan cinta baginda terhadap Aisyah atas Kekuasaan Allah. Adakah saudara nak tiru perangai orang2 kafir yang tidak nampak Kekuasaan Allah secara logik itu?
Sudah hakikatnya isteri si lelaki itu dalam keadaan boring, jadi itulah alasan yang logik untuk diminta no tepon, sbb dengan adanya komunikasi, barulah hilangnya keboringan itu. Bayangkan hidup Adam sensorang masa Hawa belum diciptakan. Bukankah suatu kehidupan yang boring tanpa berkomunikasi? Jadi tidak wujud penipuan di sini. Cuma manusia yang berpenyakit hatinya itu lagi suka berprasangka terhadap orang lain. Bila dalam hati ada penyakit, mulalah bersangka buruk bahawa mintak no tepon itu dikatakan penipuan…haha.
Panjanglah kepada sesapa yang saudara nak panjangkan. Itu hak saudara. Boleh juga saya tau di mana dustanya kata2 saya selama ini. Di samping membantu kerajaan untuk menggalakkan orang Melayu agar celik IT. Serta menggalakkan pemuda2 Melayu untuk pergi ke blog yang mengajak fikir pasal Allah, dari pergi laman2 web lucah!
Jika Allah tidak izinkan ia dikembangkan, tiada siapa mampu mengembangkannya. Namun jika Allah izinkan kebenaran itu diperlihatkan, sudah pasti segala yang bathil akan lenyap.
January 1st, 2009 at 2:37 amSalam gas,
Macam mana cara manusia itu TAFSIR guna akal? Kalo dah guna akal, takde la dipanggil tafsiran. Sebab tafsir ini menduga2 sesuatu yang terselindung (mengikut hati), sedangkan mengkaji memerlukan otak berfikir sehingga menemui bukti yang logik dan diterima akal yang waras. Sebab itu dalam bab sains yang bersandarkan bukti yang nyata itu, dipanggil kajian sains, bukannya tafsiran sains.
Sesuatu yang logik, semua akal manusia boleh menerimanya. Sedangkan tafsiran itu datang daripada hati manusia yang berbeza2 coraknya. Apabila manusia itu suka berpegang pada tafsiran, maka mereka jadi berpecah-belah, sedangkan manusia yang suka berpegang pada sesuatu yang logik, akan menyatukan. Bila dah logik 1+1=2, tidak akan ada manusia gatal2 nak berpegang pada 1+1=3, atau selainnya lagi. Begitulah nilai berpegang pada logik kepada ke arah kesatuan manusia.
Jika manusia itu membenci orang2 yang berpegang pada logik yang menyatukan manusia, bermakna manusia itu bertuhankan syaitan yang suka memecah-belahkan manusia. Bila dah suka bertuhankan syaitan, lahirlah manusia yang suka mengkhianati janji lagi membenci berpoligami…
January 1st, 2009 at 7:31 amPerjuangan yang kami tegakkan bersama Panji Hitam ini memerlukan semangat orang muda. Cuba lihat beza semangat manusia sekarang pada usia muda dan usia tua. Manusia akan jadi tua dari segi fizikalnya apabila hidupnya mula kehilangan semangat. Semakin meniti hari tua, semakin mula ingat nak mati. Masa muda-muda lalai sampai lupa diri. Semangat yang ada pada waktu muda hanya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang sia-sia mencari kemegahan nama dan perhiasan harta-benda. Padahal benda-benda itu semua akan ditinggal pergi masa jasad dikebumikan. Bukankah suatu yang sia-sia apabila usia muda hanya terbuang sebegitu sahaja, tanpa memikirkan nasib bangsa dan umat yang hidup dalam kelemahan dan berpecah-belah?
Bagaimana hendak hidup kekal muda sebagaimana yang dikatakan bahawa ahli-ahli syurga itu dari kalangan yang muda-muda? Jiwa manusia akan sentiasa muda apabila adanya cinta yang lahir daripada hati yang suci. Mensucikan hati akan melambatkan penuaan wajah. Nabi Muhammad seorang yang berjiwa muda biarpun telah mencapai umur 50an ketika dakwah baginda mula tersebar umum. Biarpun baginda sudah separuh abad, tetapi kekuatan semangat baginda mengalahkan golongan muda pada waktu itu. Sebab itu baginda diizinkan berpoligami dengan ramai isteri, malah ketika berperang, baginda duduk di barisan hadapan. Jika secara fizikalnya pada usia itu baginda nak angkat pedang pun tak larat, layakkah baginda pergi berjuang di medan perang?
Semangat perjuangan seperti baginda inilah yang berkibar bersama Panji Hitam itu untuk melahirkan insan Islam yang berjiwa muda. Ciri-ciri golongan muda adalah suka pada pembaharuan, dekat dengan perubahan zaman, suka sesuatu yang mencabar minda, suka pada sesuatu hiburan yang bermakna seterusnya memiliki cinta. Di sinilah hikmah poligami dalam perjuangan Panji Hitam ini, kerana dengan adanya cinta suci itulah manusia itu akan bersemangat muda kembali. Lesunya perkahwinan orang-orang Melayu sekarang kerana rapuhnya ikatan cinta yang dibina. Baru beberapa ketika berkahwin, sudah rasa bosan dengan pasangan masing-masing seterusnya bercerai. Ketika itu dah tak ingat lagi ayat-ayat cinta untuk menambat pasangan masing-masing. Itulah manusia yang suka mengkhianati pilihan mereka sendiri.
Kita boleh lihat bagaimana semangat generasi muda Melayu kita sekarang yang sudah layu di hujung mekar. Kalau kita biarkan keadaan ini semakin tenat, maka tidak mustahil orang-orang Melayu kita pupus ditelan masa. Berapa banyak bangsa-bangsa terdahulu yang megah dan lalai dengan nikmat-nikmat yang Allah beri telah musnah dan sekadar tinggal nama? Macam mana nama pasukan bolasepak negara kita yang suatu ketika dahulu gah, tetapi sekarang telah tenggelam dengan negara-negara seperti Thailand dan Vietnam, macam itulah juga Allah boleh tenggelamkan orang-orang Melayu yang berbangga diri itu bila ditakdirkan gunung-gunung yang menakung air pada sesuatu empangan menjadi runtuh.
Janganlah ketika keadaan itu telah berlaku, barulah nak insaf mengkaji Quran guna akal. Kalau dah masuk kubur, macam mana nak cari terjemahan-terjemahan Quran itu? Jika ada soalan bocor masa talkin dibacakan, tetaplah kita tidak mampu menjawab segala kedustaan-kedustaan yang dilakukan masa hidup, seperti mana orang yang mendustai agama itu terdiam bila dicabar dengan hujah yang logik. Manusia yang berdusta, mampukah mereka menulis berjela-jela setelah ditekan dengan kejian? Dan kematian itu sendiri adalah sesuatu yang logik, biarpun orang-orang kafir itu menolak logik akalnya sendiri.
Oleh kerana perjuangan Panji Hitam ini melibatkan penggunaan akal yang seimbang, sebab itulah Allah izinkan panji itu diserahkan kepada gadis yang berusia 26 tahun. Lepasan universiti pula tuh. Allah tidak ilhamkanku menyampaikan Panji Hitam kepada budak perempuan berusia 6 tahun yang masih tadika. Jika gadis yang sudah matang berfikir itu pun masih tak faham matlamat perjuangan Panji Hitam sehingga boleh kibarkan sesuka hati, kemudiannya mengkhianati janji, apakah kita nak katakan manusia itu budak-budak mentah tak sempurna akal lagi? Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa pengkhianat itu adalah orang-orang yang berdusta.
Jika takut berpoligami, kenapa tidak simpan sahaja tanda yang diberi? Tak perlulah buat alasan sebab tertipu pasal minta nombor telefon, untuk menghalalkan tindakan mengkhianati pilihan yang diberi. Bukannya perjuangan itu dimulakan dengan mengacu pistol di kepala pun. Hanya dengan diberikan pilihan logik semudah ON dan OFF sahaja. Jadi patutkah manusia itu kata dia dipaksa? Seperti itulah nanti kita akan nampak orang-orang kafir memberi alasan demi alasan untuk membenarkan kekafiran mereka. Dan sudah pasti setiap alasan mereka Allah akan jawab dengan hujah yang logik sehingga mereka terdiam. Sesungguhnya Allah Maka Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Segala perkara yang boleh membakar semangat orang muda amat perlu dalam membangunkan umat. Sebab itulah kita nampak hikmah kenapa Nabi Muhammad mendekati para sahabat yang muda-muda. Kenapa baginda tidak pergi sahaja menuntut dengan ahli-ahli kitab yang tua-tua itu untuk memahami ajaran kitab-kitab Taurat dan Injil? Ini kerana, apabila sesuatu umat memasuki fasa kelemahan dan kemunduran, pasti urusan agamanya tinggal kepada generasi tua, dan yang muda-mudanya lalai tanpa pegangan hidup. Keadaan zaman baginda mula-mula bangunkan umat itu samalah macam keadaan umat Islam atau orang-orang Melayu kita hari ini.
Lihatlah bagaimana orang-orang Melayu berkabilah-kabilah berebut kuasa politik dan kemegahan atas nama jemaah Islam kerana terpengaruh dengan yang tua-tua berhukum atas nama agama. Asalkan yang tua-tua itu menghukum itu ini mengikut nafsu, yang muda-muda tak guna akal hanya menurut membuta-tuli. Biarpun mereka sama-sama pergi solat Jumaat di masjid, tetapi hakikatnya hati mereka tidak bersatu macam masa bersolat itu. Mereka berpura-pura berimej Islam, tetapi bila lepas solat, mereka mengutuk dan mengkeji sesama sendiri. Kutuk pemimpin mereka tidak Islamik sebab tak pakai jubah dan serban. Kutuk pemimpin mereka tak ikut Quran, padahal bila dicabar mereka mengkaji Quran, mulalah mereka buat alasan tak masuk akal. Apakah mereka ingat syurga itu Allah akan bayar dengan sekadar mereka beragama menadah subsidi?
Teringat aku zaman kontroversi pemecatan TPM terdahulu, Tun Mahathir dikutuk dengan gelaran Mahafiraun atau Mahazalim. Sedangkan manusia yang suka mengutuk orang lain itulah Firaun yang buruk itu, kerana Firaun tersebut merasakan dirinya adalah tuhan selain Allah. Bukankah orang-orang yang suka mengutuk orang itu kerana dalam hatinya merasakan dirinya hebat seperti Tuhan dan mengetahui segala yang tersembunyi? Dan mereka juga adalah golongan yang zalim yang sebenarnya, kerana menolak akal mereka sendiri untuk menghukum sesuatu yang mereka tidak ketahui hakikatnya.
Namun, setelah Tun M melepaskan jawatan sebagai PM, dan Pak Lah dilihat lebih teruk dari Tun, maka mereka mula memuji bekas PM itu. Pak Lah pula jadi sasaran kutukan dan kejian. Bayangkan setelah Dato’ Seri Najib jadi PM pula dan beliau dilihat lebih teruk daripada Pak Lah, ketika itu akan kedengaranlah kata-kata pujian untuk Pak Lah pula. Begitulah sikap masyarakat yang tidak tahu bersyukur. Siapa jua pemimpin yang Allah angkat, pasti mereka kutuk. Padahal Quran tidak ajar pun kita mengutuk pemimpin sendiri. Quran ajar, jika tidak sependapat dengan pemimpin, kembalilah kepada Quran. Maksudnya, kita kena kaji Quran balik untuk bersihkan hati agar kita tidak mengutuk pemimpin lagi. Sebab persangkaan yang kita letakkan pada pemimpin itu adalah bisikan syaitan. Macam mana kita nampak pemimpin sendiri itu buruk, seperti itulah buruknya dalam hati kita sendiri.
Siapa jua pemimpin yang Allah angkat untuk kita, itulah cermin diri kita yang sebenarnya. Macam juga siapa jua pemain bolasepak negara yang Allah pilih, itulah gambaran sebenar diri kita orang-orang Melayu. Kalau hanya pandai kutuk pemain bolasepak sendiri tetapi tidak tahu memikirkan macam mana nak keluarkan bangsa kita dari kelemahan, sesuatu bangsa tidak akan maju ke hadapan, melainkan mundur kepada kemusnahan. Janganlah sampai tahap jadi seperti di Iraq dan Afghanistan, barulah orang-orang Melayu nak sedar diri. Sebelum Allah turunkan bala, itulah waktu terbaik untuk bangkit menjadi umat yang bersemangat tinggi, biarpun ramai orang-orang mengutuk keji kebenaran yang kita pegang. Sebab si pencela itu balasannya tetap dalam neraka seperti mana panasnya hati mereka bila datang kebenaran yang bersandarkan bukti yang logik dan nyata!!!
January 1st, 2009 at 1:38 pmkareasma
kenapa da block comment saya. dah tak sanggup nak layan ke?? hahaha
January 1st, 2009 at 6:57 pmsalam karesma..
sekarang dah ade brape serikandi???
January 1st, 2009 at 7:06 pmgoku,
kamu telah lihat contoh bagaiman jikalau manusia gagal menggunakan akalnya dgn waras. lihat dia kan mengulang-ulang ungkapan yg sama e.g 1+1=2. mmg benar persamaan itu kerana mempunyai hanya satu jawapan yg jelas. tetapi dia tak sedar dia banyak memperkatakan seuatu yg subjektif dan tidak jelas jawapannya. akalnya tidak berkembang dan akan berkisar di kawasan yg sama. lama-kelamaan kepincangan perjuangannya kan terserlah satu-persatu dan org yg dekat padanya pasti akan mengetahui walau macamana sekalipun dia cuba menutupnya krn Allah itu maha adil.
January 2nd, 2009 at 1:48 amperingatan utk semua, jangan sekali-kali mengatakan sesuatu kita tidak ketahui. bahasanya aku tidak menentang poligami yg mengikut rukun dan hukum syarak. dia hanya pandai bermain kata2 dan pada hakikatnya semua hanya cakap kosong kecuali berusaha utk mencari srikandi berdahi licin.
Salam goku,
Jika saudara rasa komen saudara diblock, mungkin kerana Allah hendak menguji saudara. Sebab saya tak jumpa pun komen saudara yang dikatakan diblock tu. Mungkin saudara ada letakkan perkataan2 yg Wordpress otomatik block kot. Jadi komenlah dengan berhikmah yea.
Saya bukannya orang yang penakut dikutuk. Jadi jangan risau. Komen saudara tidak akan diblock atau dipadam oleh kehendak saya…huhu.
Sekarang baru ade satu srikandi. Yang lain2 diperingkat pencalonan berdasarkan yang Allah izinkan. Bila cukup pada perkiraan Allah, maka mereka akan jadi srikandi saya la. Sesungguhnya Allah Yang Berkuasa menentukan jodoh makhluk2nya.
January 2nd, 2009 at 7:23 amSalam gas,
Teknik mengulang2 sesuatu ungkapan tiada kaitan dengan gagal menggunakan akal yang waras. Dlm Quran sendiri, Nabi Muhammad byk mengulang2 sesuatu kisah, umpama kisah Adam dan Iblis. Adakah itu menunjukkan Nabi Muhammad seorang yang gagal menggunakan akal yg waras? Mungkin saudara ini yang tidak waras kot huhu.
Bak kata Tun M, Melayu mudah lupa. Jadi, dengan mengulang2 sesuatu point penting yang mungkin dianggap remeh oleh orang2 yang tidak berakal, ia mampu mengekalkan maklumat itu dalam minda pembaca dlm tempoh yang lama.
Jika manusia itu jenis berfikir, sebenarnya dengan persamaan 1+1=2 itulah mampu menghuraikan segala logik yang wujud di alam semesta ini. Jika saudara nafi kebenaran logik itu, pasti akan runtuh segala ilmu yang dibangunkan berasaskan logik.
Samalah dengan manusia yang mengatakan Allah ada anak, padahal kata2 mereka itu tidak mampu dibuktikan dengan logik. Main cakap membuta-tuli tanpa bukti. Maka langit dan gunung akan runtuh jika manusia berpegang pada sesuatu yang tak masuk akal.
Kefahaman seseorang manusia itu bergantung kepada akal mereka. Sebab itu ada tulisan yang bagi kita mudah difahami oleh akal orang dewasa, tetapi tidak jelas kepada sesetengah orang. Yealah, kalo orang tu harapkan umurnya sahaja 26 tahun, tetap akal macam rata2 budak2 6 tahun sekarang, tentu mereka rasa tulisan kita tidak jelas…huhu.
Sebab itulah perjuangan Panji Hitam ini bermula mengajak manusia berfikir secara logik pasal Allah, agar akal kita terbangun.
Dengan akal yang membangun, Allah perkuatkan hujah kita sehingga orang2 yang tidak berakal itu tidak mampu berkata2 lagi. Kerana orang2 kafir itu hanya tahu menghukum dan mencela, tetapi tidak mampu memberikan bukti yang nyata.
Dan dalam bab berpoligami, tiada syarak menetapkan larangan berkahwin dengan gadis2 berdahi licin. Sebab perkara2 tu subjektif. Manusia ada macam2 citarasa.
Sepatutnya srikandi berdahi licin itulah perlu rasa bersyukur dengan pinjaman yang Allah berikan itu, sehingga ia mampu menarik perhatian lelaki yang berani kerana benar untuk mengahwininya.
Gunakanlah apa jua kelebihan yang Allah berikan untuk membuat kebaikan dan menegakkan kebenaran, bukannya untuk melakukan sesuatu yang sia2.
Jika srikandi berdahi licin itu seorang yang matang akalnya, sudah pasti dia senang hati bila diajak berjuang untuk menegakkan kebenaran sama biarpun kena lalui poligami. Bukannya jadi seorang yang pengecut dengan pilihan sendiri dan berpaling lari…
January 2nd, 2009 at 8:01 amPerjuangan Panji Hitam ini memerlukan semangat yang kental. Ini kerana risiko dikutuk oleh masyarakat yang tidak nampak tanda-tanda Kekuasaan Allah adalah tinggi. Kerana itu, berdasarkan lirik lagu kumpulan Spider, aku mengubah lagu ini. Layannnn….
RELA DIKUTUK
Dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini
Aku bukan lelaki yang tewas
Walau poligamiku tetap ditolak
Biar dikutuk kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki
c/o:
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu ku rela dikutuk
Janganlah kau salahkan aku
Telahku beri pilihan untukmu
Ikhlas berjuang bersama-sama
Atau disimpan sahaja…
Usahlah kau berpura menyalahkanku apa ditakdir
January 2nd, 2009 at 10:24 amKerana semua itu datang dari hatimu oh…
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku membuktikan logik akalku
salam gas,
haha tu la pasal. aku pun tak pasti apakah mallamat perjuangan saudara ini. rupanya hendak kawin banyak. jgn sampai tak paham sunnah nabi dah la. nabi kawin 10.jgn sampai terikut nak kawin 10 dah le. huhuhu
January 2nd, 2009 at 2:31 pmkaresma
saya nak tanya skit pasal al quran nih.
sebelum ini anda menyatakan ayat al quran ni semua boleh difikir secara logik tanpa perlu ilmu. seperti saudara kata, semua yang logik saudara tulis tu datang dari ilham dari 4JJI. saudara kata logic saudara itu dapat melemahkan semua hujah hujah hadith dan ayat al quran yang saya minta perjelasan
walaupun segala perjelasan saudara nampak memang sngt sgt lemah, tapi tak pela asalkan saudara bahagia..:)
saya nak tnya saudara cakap semua ayat al quran ditafsir secara logic. boleh tak bagi logic ayat ayat ni. saya tak paham laa
1) alif lam min….
2) yaasin.
3) alif lam raa..
saya ade bertya dengan ustaz ustaz, tapi mereka tiada jawapan. mungkin ustaz karesma leh terang kan kepada saya. kalau boleh jawap satu satu la. kang tak paham lak
January 2nd, 2009 at 2:59 pmkaresma.
nak berpoligami tak salah, tapi kene cara yang betul. dan jgn sekali kali guna agama untuk kepentingan peribadi.. semoga saudara mendapat hidayah….
kami cuba membantu saudara..saya tak daoat ape ape pun.cuma niat iklas nak bantu saudara. saya cadangkan saudara pergi la dengar kuliah agama kat mana mana. supaya ade berkat dan pintu hidayah terbuka untuk saudara..ingtlah majlis ilmu itu ade barakah……
January 2nd, 2009 at 3:09 pmcuba la pergi sekali..cari kuliah ilmu. ingat syaitan amat benci kalau umat muhammad pergi ke majlis ilmu….
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)
saudara sering mempertikaikan ulama ulama terdahulu. tapi hadith ni riwayat Al bukhari dan muslim.
diakhir hadith ni ada menyatakan menyatakan
” mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan”
jelas saudara guna logic akal tanpa ilmu. adakah saudara juga mempertikaikan imam al bukari???
perjelaskan
January 2nd, 2009 at 3:29 pmsalam goku,
Nak tanya sikit, kalo Allah izinkan seseorang lelaki mengahwini 10 org wanita, apakah saudara nak menentang Kuasa Allah itu? Saudara percaya tak jodoh itu terjadi atas Kekuasaan Allah?
Apabila kita berfikir secara logik, itulah dinamakan ilmu. Adakah saudara seorang yang berilmu jika mengatakan 1+1=3? Haha
Adakah manusia yang tidak mampu menunjukkan di mana kajian Quran saya itu dusta, merupakan seorang yang berilmu, atau dia hanyalah pendusta semata-mata?
Haa…saudara pun tak jumpa tafsiran “alif lam min” tu kan? Itu menunjukkan Quran bukan untuk ditafsir.
So bila Quran bukan untuk ditafsir, ini menunjukkan ia adalah kitab untuk dikaji logiknya.
Apa logik di sebalik “Alif lam min”, “yaa siin” etc tu? Carilah Allah untuk belajar kenal diri.
Huraiannya?? Cukuplah, nanti saudara tak faham pulak, kata nak satu-satu aje jawapannya…hehe
January 2nd, 2009 at 3:30 pmgoku,
Agama adalah untuk kepentingan peribadi. Kalo peribadi hancur, macam mana umat nak membangun? Huhu…
Sebab tu nak bangunkan umat, kena mula dalam diri dulu (minda dan jiwa). Lepas diri, pergi ke peringkat keluarga, kemudian masyarakat dan seterusnya.
Saya sekarang nak buktikan Islam di peringkat keluarga (poligami), bagi perlihatkan keadilan diri, setelah keseimbangan akal diperlihatkan (dgn kajian2 Quran saya tidak mampu dibuktikan dusta oleh si pencela itu).
Ingat, syaitan amat membenci kalau umat Muhammad nak berpoligami. Jika saudara membenci saya berpoligami, saudara akan jadi golongan syaitan itu. Haha
January 2nd, 2009 at 3:38 pmgoku,
Adakah saudara nak memfitnah saya mengatakan saya mempertikaikan ulamak2 dahulu? Buktikan? Ingatlah, dosa memfitnah itu lebih besar drp membunuh! Jgnlah di hadapan Allah nanti saudara terkial2 mencari nama2 imam terdahulu untuk menghalalkan dosa saudara memfitnah saya.
Macam saya kata tadi, ilmu itu akan masuk dalam jiwa kita bila akal kita mencapai logik yang menyebabkan hati kita faham. Sebab itu orang gila tidak dikatakan seorang yang berilmu. Menfatwa sesuatu tanpa dasar ilmu bermakna manusia itu berkata2 tanpa menggunakan logik. Mereka hanya ikut rasa atau tafsiran hati. Sedangkan, ikut rasa badan binasa. Itulah golongan yang sesat dan menyesatkan.
Umpamanya kerana berebut kuasa politik, ada manusia sanggup mengatakan kerajaan sekarang tidak Islamik hanya kerana tiada hukum hudud. Sedangkan umat Islam sekarang masih ramai yang tak faham Quran akibat beragama menurut membuta-tuli. Mereka hanya nampak Islam itu sekadar tahu buat ibadah, sedangkan dari segi pemikiran, mereka jauh lebih lembab berbanding org bukan Islam. Nabi Muhammad sebelum laksanakan hudud, baginda bangunkan pemikiran orang2 Islam ketika itu agar faham hikmah di sebalik hukum2 dalam Quran. Sbb itu penurunan hukum2 Quran itu di hujung2 hayat baginda, sedangkan bab membangunkan minda dan mensucikan jiwa itulah yang ditekankan hampir keseluruhan Quran.
Jadi tidak wujud pun saya pertikaikan Imam Bukhari atau ulamak terdahulu. Saya hanya selalu persoalkan kenapa ada manusia yang tolak akalnya sendiri atas alasan kena ikut kata-kata atas imam2 terdahulu sedangkan dia tak faham apa yang diikuti. Macam mana nak dapat hukum hudud kalo otak lembab dan hati kotor? Siapa orang yg tak guna akal dan hati kotor itu, hanya tuan punya diri dan Allah sahaja yang tahu.
Sorrylah goku, jawapan2 saya selalu panjang2. Biarpun dikatakan tidak berilmu di sisi manusia, tetapi di sisi Allah, Dia bagi saya banyak idea nak menulis yang tidak mampu dibuktikan dusta. Adakah orang yang tidak ada idea itu yang berilmu, atau orang yang mampu tulis berjela2 dengan logik yang nyata itu yang berilmu?
January 2nd, 2009 at 3:53 pmhaa…
kan betul. saudara tak dapat bagi logic akal tentang persoalan saya tadi.. sebenarnya ada ulama ulama yang memberi pendapat tentang tafsir ayat ayat ini. cuba la baca kitab kitab. sebab ni memang tak leh pikir secara logic. saya teringat tulisan saudara
“Ajaran Tauhid adalah bertujuan untuk mengEsakan Allah. Maksud mengEsakan Allah adalah dengan cara menyembahNya semata-mata. Maksud menyembah Allah semata-mata adalah mentaati segala kebenaran yang tercapai oleh minda kita.”
so ayat quran yang tak leh pikir secara logic ini kita tak mesti menolaknya???
itu yang saudara cakap
kan ajaran ajaran tauhid ini terdapat dalam al quran. saudara memperjuagkan logic, dan saudara tidak akan menerema sesuatu yang anda pikirkan logic. so ayat ayat ini saudara akui tak leh nak bagi logic jadi????? pikirla sendiri 
January 2nd, 2009 at 6:51 pm“Adakah saudara nak memfitnah saya mengatakan saya mempertikaikan ulamak2 dahulu? Buktikan?
mane ade saya fitnah saudara. saudara macam masih tak paham. ok saya bagi sekali lagi hadith ini
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)
hadith ini jelas menyatakan ” mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan”
dasar ilmu saudara. fahami perkataan ilmu…
kene belajar. nak belajar, kene berguru. kalau tolak tok guru, macam mana nak belajar. kalau tak beljar, maka mereka akan guna akal la
hadith ini jelas melarang org guna akal tanpa ILMU untk bercakap pasal agama. saudara kata logic itu ilmu. memang la ilmu.
nak dapat ilmu bukan dengan mimpi
saudara sering mengatakan bahawa banyak dapat ilmu dari ilham dan mimpi. ok. saudara ade ilmu nak takwil mimpi ke????macam mane kaedah nak takwil mimpi???macam tak tau ciri ciri mimpi tu benar ke tak?? takpe la saya bagi tahu. ni saya dengar kuliah dari ustaz ismail kamus. mimpi ade 3.
1) mimpi dari 4JJI
2) mimpi dari syaitan
3) mimpi dari naluri kita sendri
so macam mane nak bezakan mimpi kita tu kat mana???
nak tau jumpe ustaz ismail kamus
kene belajar jugak…haha tak leh logic. saudara cakap mimpi jumpe seri kandi la ape la mane la tau dari 4jji ke syaitan ke atau nafsu 
maaf saya tak belajar habis
fikir la sendiri
ok kita masuk pulak politik ni. haha ni yang best. kalau nak cakap sure panjang tapi takpe la, saya nak petik ayat saudara skit je
“Umpamanya kerana berebut kuasa politik, ada manusia sanggup mengatakan kerajaan sekarang tidak Islamik hanya kerana tiada hukum hudud”
jawapan ya betul sebab hukum hudud tu memang NYATA dalam al quran. no doubt. kalau saudara nak ayat ayat cakap saya leh cari utk saudara :)dan kerajaan malaysia sekarang ade usaha utuk laksakan hudud??????? hahaha tengok la pelembagaan guna ape. ade cakap al quran sebagai dustuna???????
ok saya tau pasni saudara cakap kelantan pun tak buat hudud. so tak islamik jugak walaupun PAS. ok saudara buka buku pelembagaan PAS. pertama cakap al quran sebagai dustuna. so ade usaha la nak buat islam. hmm cukup la. kalau nak cakap pasal islam dalam politik. tak payah la saudara… panjang sangt. tu yang asas saya bagi
ok

January 2nd, 2009 at 6:53 pmseperti biasa, saya tak dapat ape pun komen panjang panjang ni. lebih baik pergi main bola. tapi takpela.atas dasar nak tolong saudara sendriri
wasalam
goku,
seperti yg saya huraikan sebelum ini, perjuangan penulis hanyalah utk berpoligami. dia hanya menumpukan perhatian menulis dlm blog dan mencari gadis2 pilihan. sanggup melakukan apa shj utk mendapat calon srikandi walaupon dgn cara yg kotor spt menfitnah utk memporak-perandakan rumahtangga org lain. kenapa tak mencari sahabat spt sahabat2 Rasullullah s.a.w.? adakah dia hanya percaya Allah kan memberinya srikandi2 shj utk berjuang? inilah akibat daripada tidak dapat membezakan antara nafsu dan akal yg waras. terlalu percayakan mimpi dan yakin dirinya kebal dari hasutan syaitan. penulis juga beragan-angan utk lari dari hari kiamat dgn membina kapal angkasa. tapi apakah usahanya ke arah itu? hanya cakap kosong. dia juga cuba mentafsir bila kiamat akan berlaku. manusia yg tidak meletakkan akalnya di tempat yg betul lama-kelamaan akan menjadi gila. marilah kita sama2 mengajak penulis utk berubat di darul syifa bersama ustaz harun din. tapi spt yg saya jangkakan, penulis akan memberi seribu satu alasan utk tidak bertemu ulama. ini kerana dia adalah seorang yg pengecut dan akan berpaling lari. takut dibuktikan bersalah. hanya berani menulis di alam maya.
January 3rd, 2009 at 3:34 amSalam goku,
Laa, kan saya dah bagi logik yang ada pada kalimah spt “Alif Lam Min” tu? Adakah saudara ni seorang yang buta hati? Haha
Sbb tu kalimah tu letak di pembukaan sesuatu surah. Logiknya, utk belajar sesuatu ilmu, mula2 kena cari Allah dulu, kerana Allah ada bersama logik. Allah tidak buat alam semesta ni secara magik. Kenapa kita diajar baca sesuatu surah dengan menyebut “Dgn nama Allah”?
Ilmu itu benar berdasarkan logik, bukan disebabkan nama2 ulamak terdahulu. Sekadar tahu copy-paste kata2 ulamak terdahulu tanpa berani menghuraikan secara logik, menunjukkan seseorang itu tidak berilmu.
Allah-lah pemilik segala ilmu yang haq dan syaitan bersama yang dusta. Dan kerana saya mencari Allah dahulu utk belajar, maka Allah perkuatkan kata2 sehingga tidak mampu dibuktikan dusta. Hehe
Dan tidak wujudpun penolakan kalimah tersebut sbb logiknya ada depan mata. Kalimah itulah yang membuktikan bahawa Quran bukan utk ditafsir sesuka hati, tetapi dikaji logiknya menggunakan akal. Apabila manusia itu belajar Quran guna akal, maka mereka akan takut nak mengutuk dan mencela pemimpin sendiri lagi sbb mereka nampak Allah secara logik di dalam hati mereka sendiri. Bukankah itu suatu yang mendatangkan manfaat kepada pembangunan ummat?
January 3rd, 2009 at 6:29 amGoku,
Dalam bab kenal diri, siapa tok guru yang kenal, tahu dan nampak apa yang tersembunyi dalam jiwa saudara utk belajar dengannya? Ingatlah, seseorang itu hanya layak dikatakan guru apa bila dia tahu perkara2 yang hendak diajarnya.
Dalam bab belajar komputer umpamanya, tiada siapa nak persoalkan pentingnya kewujudan tok guru yang boleh ajar kita, sebab komputer itu terletak di alam jasmani, bukannya alam rohani.
Nak perkuatkan jasmani sesuatu umat, kenalah mula dengan kuatkan rohani dulu. Oleh kerana yang kenal alam rohani kita, hanya kita dan Allah, apakah patut manusia itu belajar kenal diri dengan mencari tok guru (manusia lain)?
Malah saya suruh senaraikan siapakah ulamak2 yang kenal alam rohani saya untuk saya menuntut dengan mereka, saudara tak mampu pun senaraikan.Huhu
Belajar pada seseorang yang tak tahu, itu namanya sesat. Jadi dalam bab kenal diri ini, bila seseorang manusia itu mula mencari manusia lain utk belajar kenal diri, maka sesatlah manusia itu, kerana org yang dijadikan tok guru itu tidak tahu apa yang tersembunyi dalam hati orang lain.
Kalau saudara mempertikaikan bahawa mimpi juga mengandungi ilmu, saudara telah mempertikaikan mimpi2 para rasul terdahulu yang ada dalam Quran. Hati2 saudara, cakap jangan ikut sedap rasa. Manusia yang kafir itu, kerana nak menentang kebenaran seseorang utusanNya, mereka tidak sedar yang mereka telah mendustai rasul terdahulu yang mereka kata mereka beriman kepadanya.
Macam mana dikatakan belajar, tetapi tak guna akal tu? Adakah orang gila itu seorang yang terpelajar, kerana akalnya tak waras (tidak guna akal)?
So hadis yang saudara bawakan itu sbbnya telah membenarkan apa yang saya perjuangkan, iaitu nak berkata pasal agama kena guna logik, sbb saudara sendiri akui yang logik itu ilmu. Haha
Kalo dah perjuangan saya menggunakan logik, maka nak takwil mimpi, kenalah guna logik. Beza benar atau dusta adalah bila ditemui bukti yang nyata yang akal mudah menerimanya. Bukti ini boleh diperolehi dengan melihat sunnah2 yang telah dan sedang berlaku. Bila pengajaran dalam mimpi itu menyamai sunnah itu, maka logiklah mimpi itu.
1) Mimpi dr Allah - ada nilai pengajaran yang logik untuk difikirkan (menuruti sunnah).
2) Mimpi dr syaitan - mimpi yang sia-sia dan takde makna.
3) Mimpi dr naluri manusia - ia sesuatu yang tak pasti. Terletak antara benar atau bathil. Setelah terjadi seperti yang dimimpi, barulah ia dikatakan benar.
Kalau saya tanya seseorang ustaz, berkuasakah ustaz itu menjodohkan saya dengan srikandi yang dimimpikan? Lebih baik saya cari Allah, kerana Allah yang menjodohkan seseorang manusia itu. Bukankah itu lebih logik?..hehe
At least kalo seseorang wanita yang Allah tunjukkan dalam mimpi utk bukan jodoh saya, saya masih ada Allah. Mungkin dia tak jadi jodoh saya sbb Allah nak tunjukkan, jika sblm kahwin pun orang itu dah mengkhianati janji, bagaimana kalo lepas kahwin? Bukankah perkahwinan ini memerlukan srikandi-srikandi yang taat? Bukannya taat pada kata2 saya membuta-tuli, tetapi taat kepada kebenaran yang saya sampaikan yang logik akal mereka akui. Dengan kata lain, mereka hakikatnya mentaati Allah, sbb yang benar itu datangnya daripada Allah.
Macam saya ada kata, Allah bagi hukum hudud kepada Nabi Muhammad setelah baginda berjaya sedarkan masyarakat baginda untuk rajin berfikir secara logik. Itu usaha permulaan baginda. Dan kerajaan sekarang pun dalam usaha menyedarkan rakyat terutamanya orang2 Melayu agar bijak berfikir. So siapa kata kerajaan tiada usaha. Memanglah dari segi perlembangan, tak wujud lagi hukum hudud. Tetapi bukankah perlembangaan itu boleh digubal setelah semua rakyat M’sia matang berfikir. Kalo perangai rakyat M’sia setakat tahu mengutuk dan mencela, macam mana nak dapat hukum hudud?
Macam Quran juga. Jangan anggap Quran itu buat hukum hudud. Quran bermula menyeru manusia belajar agar akal terbangun. Kerajaan duk bagi kemudahan belajar kat rakyat itu telah menyamai ajaran Quranlah. Tetapi org2 yg ada penyakit hati lagi lembab otaknya, tak nampak pun usaha kerajaan tu. Mereka hanya tahu menghentam, mengutuk dan mengeji, sedangkan dalam Quran ada surah yang mengingatkan balasan neraka kepada si pencela itu.
Haha, saudara tersalah duga. Tidak terlintas di hati saya nak bandingkan dengan kerajaan PAS Kelantan spt yg saudara jangka. Kalo saudara ikut logik akal, pasti saudara tak berani nak duga sebegitu sbb takde logik yang menunjukkan saya akan bandingkan dgn PAS kelantan tu. Itulah kesan buruk jika berkata ikut hati sehingga suka meletakkan persangkaan daripada mengikut kebenaran. Huhu
Setakat main bola, tetapi tidak memikirkan macam mana nak naikkan semangat pemain2 bolasepak negara, tidaklah pasukan kita akan maju. Apatah lagi sekadar tahu mengutuk dan mengkeji…huhu

January 3rd, 2009 at 7:06 amSalam gas,
Penulis blog mana yang memporak-perandakan rumahtangga orang lain tu? Kenapa rumahtangga orang itu boleh porak-peranda akibat pengaruh luar? Bukankah itu menunjukkan hati tuan punya rumahtangga itu lemah dari hasutan syaitan?
Macam orang2 Melayu skrg suka sgt menyalahkan agama lain yang memurtadkan anak2 mereka. Bukankah itu menunjukkan dalam jiwa2 orang Melayu itu sendiri sebenarnya adalah lemah (byk penyakit) sehingga mudah dipengaruhi faktor2 luar?
Sebab itulah demi memperkuatkan jiwa orang2 Melayu kembali, perjuangan ini dimulakan dengan poligami macam sunnah nabi agar penyakit2 hati boleh dilawan. Adalah pemandangan yang memalukan melihat orang2 perempuan Melayu berebut kasih lelaki, sedangkan Allah ciptakan lelaki itu mampu berkongsi kasih dengan para isterinya. Namun kalo orang2 Melayu itu membenci poligami yang Allah anugerahkan untuk mereka, maka mereka akan mengkhianati lagi berpaling lari.
Bukankah srikandi2 itu juga sahabat dalam perjuangan? Tetapi kalo wanita itu anggap dirinya sendiri sebagai alat pemuas nafsu lelaki, maka dituduhlah lelaki yang ingin berpoligami itu sebagai mengikut nafsu. Huhu
Kenalah yakin dengan mimpi yang logik dan ada unsur pengajaran. Bukan semua manusia dapat mimpi sebegitu. Jika mimpi sendiri pun tak yakin, macam mana nak yakin pada diri sendiri? Bukannya Allah minta bayaran pun terhadap mimpi2 tu. Dia bagi free2 aje, itu pun ada manusia yang tidak tahu bersyukur.
Adakah Nabi Nuh dikatakan berangan2 lari dari kiamat, apabila Allah hendak meng’kiamat’kan umat baginda dengan banjir besar?
Untuk Nabi Nuh tahu buat bahtera, sudah pasti baginda kena bangunkan akal dahulu. Nak bangunkan akal, kenalah yakin dengan logik2 yang Allah tunjukkan. Itu yang saya lakukan selaras apa yang para rasul terdahulu lakukan. Tetapi jika seruan bangunkan minda dengan berfikir secara logik dikatakan cakap kosong, tak tahulah apa nak dikatakan lagi. Mungkin manusia yang pandai berkata tetapi pengecut membuktikan itu seorang yang berotak kosong kot. Huhu
Tiada manusia mampu menetapkan apa yang akan berlaku di masa depan secara tepat. Namun kita boleh menjangka berdasarkan sunnah2 yang terdahulu. Sebab itu wujudnya ramalan cuaca, walaupun ia tidak 100% tepat.
Orang gila adalah manusia yang tidak guna akal yang waras. Mereka tidak tahu membezakan mana yang benar dan yang salah, tetapi bertindak mengikut rasa. Maka berlakulah bermacam2 kerosakan di muka bumi akibat manusia yang otaknya waras, tetapi menolak akalnya sendiri. Bila Allah datangkan pemberi peringatan, mereka hanya tahu mengkhianati lagi mencela.
Kenapa perlu bertaubat di darul syifa? Bukankah Allah itu tiada bertempat? Di depan PC ni pun boleh bertaubat jika manusia itu mahu menggunakan akal.
Dan kenapa nak bertaubat kena cari manusia? Macam penganut Kristian pulak pergi mengaku depan paderi mereka. Bukankah di depan PC ni pun Allah ada bersama2 kita?
Kalo tulisan2 yang dipaparkan di internet ni yang kekal dalam tempoh yang lama, agar membolehkan seseorang manusia yang lain mengkajinya untuk mencari di mana dustanya, pun tidak mampu dibuktikan salah, apa point nak jumpa seseorang itu?
Jika srikandi itu berdolak-dalih untuk berjumpa setelah mengkhianati janji, apakah itu bermakna dia seorang yang pengecut lagi berpaling lari…hu’hu.
Kita berdakwah di zaman IT. Kenalah guna kemudahan IT yang ada. Barulah nampak dakwah Islam itu dinamik mengikut peredaran zaman. Secara tidak langsung kita sudah menarik generasi2 lama untuk berani guna kemudahan IT jika mereka benar2 hendak membuktikan segala ilham kajian Quran yang diturunkan ini adalah dusta.
Skrg ni internet selalu digunakan untuk menyebarkan fitnah dan mengutuk pemimpin sendiri sedangkan semua perkara itu menyebabkan jiwa jadi kotor dan minda jadi sempit. Bukankah lebih baik gunakan internet ke jalan pembangunan minda dan mensucikan jiwa? Janganlah mendustai kemudahan2 yang Allah berikan ini utk melakukan kerja2 yg sia2, seperti perempuan yang berdahi licin itu mensia-siakan nikmat2 yang Allah beri kerana lari daripada perjuangan. Lari macam mana pun, tetap mati menghampiri.
Begitulah hikmah tersembunyi di sebalik sesuatu perkara, yang mana orang2 yang tidak menggunakan akal tidak memahaminya.
Namun kalo kita dijemput untuk bertemu, insyaAllah tiada masalah. Nabi Muhammad mula2 dakwah pun main hantar surat sahaja kepada ketua2 negara di sekeliling Mekkah tu. Adakah baginda seorang yang pengecut apabila tidak berjumpa?

January 3rd, 2009 at 8:07 amAllah mencipta alam semesta ini secara seimbang. Bermakna, setiap sesuatu ada pasangan-pasangannya. Umpamanya baik lawannya buruk, akal lawannya nafsu, syurga lawannya neraka dan sebagainya. Konsep inilah yang digunakan oleh sistem komputer dengan hanya menggunakan logik 0 dan 1. Atau boleh juga dikaitkan dengan suis ON dan OFF.
Melihat perkembangan komputer yang pantas dengan hanya gunakan logik 0 dan 1 sahaja, sehingga ia mampu memaparkan perlbagai visual di skrin monitor atau melaksanakan fungsi-fungsi, perjuangan Panji Hitam juga mengeksploitasikan teknologi komputer baik dari segi penggunaan zahir atau mencontohi cara komputer berfikir. Sebenarnya komputer dicipta dengan meniru bagaimana manusia berfikir. Apa yang dikatakan berfikir secara logik itu, adalah seperti mana komputer beroperasi. Akal kita dizahirkan dalam bentuk teknologi walaupun hakikat bagaimana rupa akal itu tidak mampu dicerap oleh mata zahir kita.
Kita telah nampak manfaat berfikir secara logik ini sehingga Quran mampu dikaji berjela-jela tanpa mampu dibuktikan dusta. Sesungguhnya Allah Pemilik segala Kebijaksaan, dan Dia Maha Pemurah mengurniakan ilham kepada manusia-manusia yang mencerdaskan akal mereka, biarpun orang-orang kafir itu hanya tahu mencela.
Dengan melatih minda kita berfikir secara logik, akan menjadikan kita manusia yang tidak menurut hati dalam bertindak. Kita akan mendahulukan akal untuk berfikir semasak-masaknya kerana kita telah jadikan berfikir sebagai amalan hidup kita. Hujah kita juga akan diperkuatkan kerana logik ini wujud di seluruh alam semesta. Semakin cerdas otak kita berfikir, semakin mudah kita mencapai logik ini untuk mematahkan kata-kata orang yang tidak menggunakan akal itu.
Berfikir secara logik inilah sunnah yang ada pada para nabi dan rasul terdahulu sehingga mereka mudah mematahkan kata-kata orang kafir kerana orang-orang kafir itu hanya berkata-kata mengikut hati. Apabila kata-kata yang menurut hati, ia terdedah dengan kedustaan akibat suka mentafsir tanpa bukti yang logik dan nyata. Akhirnya akibat kata-kata mereka dipatahkan oleh bukti-bukti logik (masuk akal), mereka merasa panas hati. Syaitan dalam hati mereka telah terbakar dengan sesuatu kata yang logik, seperti pedih dilontar batu berapi. Jadi untuk menjaga air muka mereka, hanya kata-kata celaan dan kutukan sahaja mampu dilontarkan kerana perasaan ego mereka tidak mahu menerima kebenaran.
Akal akan cepat menjadi matang bila berfikir secara logik. Ibubapa yang berfikir secara logik mampu melahirkan anak-anak yang bijak dan matang berfikir. Sebab itu jika kita fikirkan, kenapa Allah izinkan Nabi Muhammad mengahwini Aisyah yang usianya dikatakan ketika itu baru mencecah 9 tahun? Oleh kerana Saidina Abu Bakar (bapa Aisyah) juga seorang yang berfikir secara logik, maka beliau dikurniakan anak yang memiliki kematangan akal walaupun usia masih mentah. Itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada insan-insan yang berfikir secara logik ini.
Jika Aisyah yang baru berusia 9 tahun itu pun sudah matang berfikir sehingga terbuka menerima poligami Rasulullah, apakah tahap kematangan akal wanita yang sudah 26 tahun umpamanya, tetapi penakut untuk berpoligami, malah cabut lari setelah diberikan pilihan? Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang manusia, melainkan manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri, kerana ada akal, tetapi ditolak tepi, sehingga suka berkata-kata tanpa bukti lagi sia-sia.
Sepatutnya mereka bersyukur kepada Allah kerana menghantar insan yang berfikir secara logik untuk mengambil mereka sebagai isteri, kerana Allah telah memilih mereka untuk berjuang di arena yang logik, bukannya magik dan fantasi. Jika kita berjuang di alam realiti, kita akan mencapai kepuasan kerana berjaya membuktikan kemampuan diri. Setiap kejayaan itu dibalasi dengan ganjaran semangat. Semakin tinggi semangat yang terkumpul, manusia mampu membuat sesuatu yang tidak pernah tercapai sebelumnya.
Melihat senario ramai wanita-wanita Melayu yang lambat kahwin, terutama golongan yang intelektual, mungkin kerana itu Allah akan beri peluang aku berpoligami dengan gadis atau anak-anak dara yang nak masuk fasa andartu itu. Dan jika aku bandingkan apa yang pernah Nabi Muhammad lalui, baginda berkahwin yang pertama dengan seorang janda, seterusnya dikurniakan poligami dengan kebanyakannya janda. Sedangkan aku berkahwin dahulu dengan anak dara, jadi secara logik dan mantiknya, kemungkinan besar aku berpoligami dengan anak-anak dara juga. Barulah ada keserataan taraf di kalangan isteri-isteriku itu. Bukankah Allah Maha Adil?
Kita sering mendengar bahawa risiko penyakit kanser payu dara dan pangkal rahim adalah tinggi kepada wanita-wanita yang lewat berkahwin. Jadi kehadiranku untuk menyelamatkan wanita-wanita ini untuk aku jadikan srikandi-srikandi perjuangan agar keintelektualan mereka tidak sia-sia dan modal-modal insan untuk negara tidak pupus jika mereka mati cepat diserang penyakit-penyakit zaman materialistik ini. Keintelektualan mereka itu juga penting untuk melahirkan generasi Islam yang bijak berfikir untuk mencipta segala teknologi yang bermanfaat untuk manusia. Takkan kita nak lahirkan generasi yang berlabel “Islam” tetapi membuang masa dengan mengutuk dan mencela pemimpin sendiri sahaja?
Sebab itu kita kena tengok poligami ini mengikut keadaan sesuatu zaman. Janganlah berfikiran sempit hanya melihat poligami itu kena berkahwin dengan janda atau ibu-ibu tunggal, disebabkan Rasullah dahulu berkahwin dengan ramai janda. Zaman baginda, keadaannya lain. Kenapa baginda dulu naik unta, tetapi tahu pula kita ikut perubahan zaman untuk berkereta? Kenapa tidak pakai unta sahaja jika nak ikut nabi kononnya? Ikutilah nabi dan rasul terdahulu dari segi kebijaksanaan dan hikmah, bukannya pada pandangan zahir nak tunjuk Islamik. Bukankah Allah menilai apa yang ada dalam hati?
Aku tidak tahu, apakah bila perjuanganku diperlihatkan ke masyarakat nanti, mereka boleh terima tak kebenaran yang aku sampaikan setelah melihat rupa zahirku tak macam ustaz atau tok Arab. Orang-orang Yahudi di zaman Nabi Muhammad tidak menerima kebenaran baginda kerana baginda tidak bercirikan zahir ulamak-ulamak Yahudi ketika itu. Apatah lagi baginda berbangsa Arab, lagi-lagilah ramai golongan ahli kitab ketika itu menolak baginda yang berkata-kata tanpa bawakan kitab di tangan baginda sebagai dalil, tetapi hanya menyampaikan kata-kata secara logik dan bukti yang nyata…
January 3rd, 2009 at 9:16 pmgas goku dan semua,
jangan layan lah si mangkuk karesma ni. aku rasa dia dah gila n bangang.
January 4th, 2009 at 9:59 ambodoh tk leh diajar. bodoh ilmu agama. aku tengok semua persoalan dia tak jawap. tp dia rasa dia jawap. nampak sagnt bangan nak mampus. nak kawin lain
Setakat mampu kata bangang dan gila? Adakah orang2 yang hanya mampu kata bangang dan gila itu orang yang pandai ilmu agama?
Kalo hidup ni setakat boleh kata bangang dan gila, baik tak payah ada otak tu. Simpan buat perkasam lagi baik. Penat2 masuk U, tapi hanya tahu mengutuk dan mencela. Dah la guna duit kerajaan utk belajar tu, tapi hasilnya macam orang takde otak aje. Haha

January 4th, 2009 at 12:26 pmOtak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan kiri. Kedua-dua bahagian ini perlu dikembangkan secara seimbang agar menjadi manusia yang matang berfikir. Allah telah mengurniakan minat terhadap muzik kepadaku agar membina otak kananku, dan Dia juga memberi minat terhadap pengaturcaraan komputer untuk membina otak kiriku.
Apa yang menarik, kedua-dua minat ku ini aku pelajari sendiri tanpa berguru. Ketika aku belajar bermain gitar, adalah pada mulanya abangku mengajar asas permainan gitar. Setelah faham asas ini, aku hanya belajar sendiri. Begitu juga dengan pengaturacaraan Visual Basic yang aku pelajari sendiri. Sebenarnya tidak susah untuk kita belajar sendiri sesuatu perkara asalkan ada minat dan kesungguhan yang tinggi.
Ada juga rakan-rakanku yang minta aku ajar mereka sama ada main gitar atau pengaturacaraan, namun mereka sekadar menyatakan hasrat. Akibat tiada tekad dan semangat yang tinggi untuk belajar, hasrat mereka itu tinggal kenangan sahaja. Di sini aku lihat, tidak semua manusia sanggup belajar sendiri biarpun mereka ada minat terhadap sesuatu perkara.
Dari kemampuan aku pelajari bermain gitar dan pengaturcaraan tanpa berguru, aku dapat keyakinan untuk belajar kaji Quran tanpa guru juga. Jika selama ini Allah-lah yang memudahkanku memahami dan memahirkan aku bermain gitar dan membuat aturcara, kenapa pula Allah tidak boleh membantuku mengkaji Quran? Apatah lagi Quran itu diperolehi oleh Nabi Muhammad pun tanpa perantaraan tok guru. Yang pentingnya, asalkan kita ada kesungguhan dan keyakinan diri untuk guna akal dan kudrat yang diberi. Tidaklah kita menjadi manusia yang sekadar menagih subsidi dan mengharapkan orang lain suapkan. Sesuatu bangsa tidak akan maju jika perangai mereka hanya malas berusaha sendiri dan tiada kesungguhan. Kerana itu, kita nampak kenapa orang-orang Melayu sekarang agak lemah dan selalu ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain kerana Quran pun mereka takut nak kaji sendiri.
Setelah Allah izinkan aku memahami pengajaran Quran, barulah aku nampak bahawa ajaran Islam adalah untuk melahirkan manusia yang yakin pada diri sendiri. Keyakinan pada diri akan menjadikan kita insan yang kuat dan bersemangat tinggi. Jadi maksud mentauhidkan Allah itu agar kita yakin pada keupayaan diri kita sendiri. Nak yakin pada diri ini memerlukan kita berpegang pada bukti logik yang akal kita capai. Dengan kata lain, kita berpegang pada tali Allah yang kukuh.
Namun, melihat perangai umat Islam sekarang yang lemah, berpecah-belah, ditindas serta suka mengutuk keji pemimpin sendiri, kita nampak bahawa keadaan ini berlaku akibat lemah keyakinan pada diri sendiri. Ini kerana perihal akidah atau pegangan hidup sudah tidak dilakukan secara mengkaji dan meneroka sendiri, tetapi telah disubsidikan. Nak belajar kenal diri dan Allah pun sampai ada yang kena cari tok guru. Padahal tok guru itu tidak pun wujud bersama Allah menciptakan kita. Hanya kita dan Allah sahaja yang tahu perihal diri kita ini. Kita boleh belajar mencontohi orang lain, tetapi jangan sampai menurut membuta-tuli. Akibat suka menurut orang inilah lahirnya generasi Islam yang lemah dan tidak tahu berdikari.
Semasa kita kecil, kita belajar dengan mencontohi ibubapa kita. Kita tidak berguru pun untuk tahu bercakap, berjalan dan bertindak. Semuanya kita pelajari sendiri sama ada melalui ilham yang Allah beri serta mengikut apa yang kita lihat dari contoh-contoh di sekeliling kita. Tetapi yang peliknya, apabila sudah dewasa, manusia itu jadi penakut pula nak belajar sendiri kenal diri dan Allah.
Peningkatan kita dari kecil sehingga dewasa itu selaras dengan perkembangan otak. Sebab itu jika seseorang kanak-kanak kecil mengalami terencat akal, apabila usia telah dewasa, perangainya tetap macam budak-budak kecil. Apakah kita tidak bersyukur dengan akal kita ini yang mana Allah tidak merencatkannya? Jadi kenapa buat alasan dusta mengatakan akal manusia terbatas, untuk menolak Quran boleh dikaji guna akal? Tidak takutkah kita nanti Allah tarik nikmat akal itu sehingga otak jadi terencat akibat berdusta mengatakan akal terbatas?
Jika kita merenung dalam-dalam, ketinggalannya umat Islam sekarang dalam ilmu sains dan teknologi sekarang akibat berpegang pada kata-kata atas nama tok guru yang menghalang anak-anak muridnya mengkaji Quran guna logik dan berdikari dalam mengenal Allah. Mereka buat alasan dusta bahawa belajar Quran tanpa guru akan jadi sesat. Padahal belajar pada seseorang yang tidak tahu itulah yang sesat. Siapakah yang tahu perihal diri kita untuk kita lantik manusia itu jadi guru kita? Kerana itu tiada jalan mudah untuk belajar kenal diri dengan hanya meletakkan urusan agama pada ulamak, sedangkan manusia itu lalai pun untuk berfikir pasal dalaman dirinya. Akibat tidak melihat dalam diri sendiri, hati mereka kotor dengan penyakit, lagi suka mengutuk dan mencela.
Kalau kita fikir secara waras, apakah manusia yang sekadar mampu mengutuk dan mencela itu boleh membangunkan ummah? Tidak pernah tercatat dalam sejarah, sesuatu tamadun itu akan terbina kerana masyarakatnya suka mengutuk dan mencela. Sesuatu tamadun hanya akan terbina apabila masyarakatnya lebih suka berfikir daripada bercakap sia-sia.
Oleh kerana Allah telah memberikan aku melihat kelemahan-kelemahan umat Islam terutama bangsaku sendiri, kerana itulah aku melangkah bersama perjuangan Panji Hitam ini. Apakah kita nak tunggu nasib seperti di Palestin, barulah kita nak insaf? Tetapi kenapa orang-orang Palestin itu tak insaf-insaf melihat kelalaian mereka sehingga biarpun telah diganyang oleh Israel, mereka boleh lagi berpecah-belah? Apakah bahasa Arab mereka itu tidak cukup menjadikan mereka faham ajaran Quran yang berbahasa Arab?
Kita jadi hairan, jika benarlah bahasa Arab itulah menjadi syarat untuk memahami pengajaran Quran, sudah pasti orang-orang Arab itu telah jadi kuat dan bersatu-padu. Tetapi lihatlah realiti masyarakat mereka, sedangkan Nabi Muhammad yang berbangsa Arab itu bangunkan umat dengan menyatu-padukan bangsa Arab dahulu. Apakah nama-nama ulamak terdahulu yang kebanyakannya orang-orang Arab itu tidak mampu menguatkan mereka? Jadi betulkah kita kena tahu bahasa Arab dan guna nama-nama ulamak terdahulu untuk faham Quran?
Apakah orang Melayu mendapat kesedaran dengan nasib orang-orang Palestin itu? Apakah hanya tahu buat demonstrasi mengutuk Israel daripada mengutuk diri sendiri yang lembab guna otak sehingga tidak tahu mencipta teknologi untuk pertahankan diri? Kenapa tidak pandai berdikari mencipta teknologi? Inilah bahananya apabila beragama secara menurut dan berguru ini. Manusia itu akan hilang keupayaan diri. Mereka hanya berupaya mengutuk dan mencela pemimpin sendiri apabila subsidi ditarik.
Orang-orang yang lalai lagi pemalas itu, mereka hanya mengharapkan negara buat sesuatu untuk mereka, bukannya memikirkan apakah sumbangan mereka untuk negara. Negara tidak akan maju jika rakyatnya hanya menadah subsidi lagi tidak tahu berdikari. Jika setakat tahu mencela dan mengutuk, lebih baik mereka dilahirkan sebagai haiwan. Tidaklah di akhirat kelak mereka akan dihumban ke neraka. Apakah ciri-ciri ahli syurga itu sekadar tahu mengutuk dan mencela orang? Pakailah jubah dan serban macam mana sekalipun, jika hati penuh penyakit, tidaklah jubah itu akan melindungi mereka dari api neraka. Di atas dunia lagi, di sebalik jubah itu, hati mereka telah panas akibat suka mendustai agama.
Kerana itu aku tidak kisah jika dikutuk dan dikeji oleh perjuangan Panji Hitam ini, kerana dalam masyarakat yang sudah tidak guna kewarasan akal, mereka hanya tahu mengutuk daripada membuktikan kemampuan diri untuk sesuatu yang bermanfaat. Dan kutukan orang-orang kafir itu menunjukkan aku menyamai apa yang para rasul terdahulu lalui. Secara tidak langsung telah menunjukkan aku membawa kebenaran, biarpun orang-orang kafir itu mendustai. Apa jua kata-kata orang kafir itu, tidaklah merendahkan darjat kita di sisi Allah, jika kita termasuk dalam golongan yang sabar. Dan hanya orang-orang yang benar sahaja mempunyai sifat yang sabar.
Biarkan orang-orang kafir itu mengutuk dan mencela, nanti penat, mereka akan berhenti dengan sendirinya. Yang pentingnya apa yang kita sampaikan selama ini tidak mampu dibuktikan dusta, sebab kita berpegang kepada bukti-bukti yang logik. Kerana ada bukti logik inilah, Allah sentiasa memberikan ilham-ilham yang berjela-jela. Semakin tertekan, imam semakin terbukti…
January 5th, 2009 at 12:59 amHitam itu semangat perjuangan. Hitam itu menawan. Kerana itu perjuangan ini dinamakan Panji Hitam kerana ada semangat di sebaliknya untuk membina akhlak yang menawan hati insan-insan yang berfikir. Kerana bagi orang-orang kafir, biar macam mana menawannya akhlak Rasulullah itu, tetap di mata mereka kelihatan buruk sehingga menyebabkan mereka suka mengutuk. Mereka itu adalah golongan Dajjal bermata satu, iaitu manusia yang hanya guna mata zahir untuk menilai, tetapi menolak mata hati (akal) untuk memikirkan.
Golongan Dajjal ini melihat Islam dari segi perhiasan zahir semata-mata. Segala yang berzahirkan Arab, mereka kata itulah Islam, kerana kononnya mereka mempercayai Rasul terakhir yang berbangsa Arab. Bayangkan Rasul terakhir itu berbangsa Cina, sudah pasti mereka berpakaian seperti ala-ala Cina, dan baca Kitab dalam bahasa Cina tanpa memahami. Inilah yang terjadi kepada orang-orang Melayu kita yang mengambil Islam secara menurut tanpa berfikir. Kesannya, orang-orang Melayu hidup dalam delima, sama ada hidup nak guna otak atau menurut rasa.
Penyakit memandang pada zahir inilah yang terjadi pada orang-orang Yahudi terdahulu yang menolak kebenaran Nabi Muhammad kerana zahir baginda bukan seperti ahli-ahli kitab ketika itu. Biarpun mereka kononnya berhati-hati pada sah-tak sah dalam beribadah, berhati-hati dalam perihal halal-haram permakanan (orang-orang Yahudi pun tak makan daging babi), dan segala rukun agama, tetapi semua itu tidak menjadikan mereka golongan yang suci hatinya. Sebab apa terjadi keadaan ini? Ya, sebab mereka beragama main pakai turut kata-kata pendeta-pendeta mereka dan menolak logik akal mereka sendiri. Kesannya, mereka jadi golongan yang lemah dan berpecah-belah. Persis perangai umat Islam sekarang yang kita boleh lihat pada masyarakat Melayu.
Golongan yang berpenyakit hatinya, mereka menghabiskan masa dengan berkata yang sia-sia, mengumpat, mengeji, mengutuk, mencela dan segala yang tidak menajamkan kekuatan minda. Atas rasa beragama mengikut ajaran para Rasul terdahulu, mereka anggap mereka sudah Islam, padahal mereka lalai melihat apa yang mereka buat pada hati mereka sendiri. Mereka tidak rasa berdosa mengutuk dan mengeji orang lain, terutama pemimpin mereka sendiri akibat tidak puas hati subsidi yang pernah diberi ditarik balik. Biasiswa yang diberikan oleh kerajaan bukannya hendak digunakan untuk membina modal insan untuk negara, tetapi mereka mengikut perangai syaitan yang suka berdusta.
Semangat Panji Hitam ini adalah untuk membina insan yang berjuang melawan syaitan dalam hati masing-masing. Hanya tuan punya diri yang kenal penyakit hasad dengki dan suka mengutuk orang itu. Tiada tok guru yang mampu melawan penyakit itu untuk kita menuntut dengan mereka. Kita sendirilah kena berguru dengan diri kita sendiri dengan belajar dari pengalaman dan apa yang pernah kita lalui. Barulah membentuk jiwa yang kental lagi yakin pada diri sendiri. Tidaklah sampai jadi manusia yang nak bertaubat pun kena cari orang lain. Walhal, Allah itu terlalu dekat dalam diri kita.
Siapakah yang memastikan nukleus dalam atom-atom pada jasad kita berfungsi dengan stabil? Bayangkan jika Allah abaikan satu atom sahaja jadi tidak stabil, manusia akan kena penyakit kanser, yang akhirnya membawa maut. Jadi kenapa mereka sampai menyekutukan Allah sehingga meletakkan urusan agama kepada orang lain, walhal Allah itu terlalu dekat pada diri mereka? Kenapa tidak berusaha sendiri untuk kenal Allah? Adakah golongan yang mentauhidkan Allah (bergantung hanya kepada Allah semata-mata) itu yang sesat, atau manusia yang mengada-adakan alasan dusta (untuk membenarkan mereka boleh beragama main turut cakap orang tanpa berfikir) itu yang sesat?
Orang-orang yang beragama secara sesat, sudah pasti suka mengutuk, mengumpat, mencela dan mengata orang seperti perangai orang-orang kafir yang ada disebut dalam Quran. Mereka suka menghukum perbuatan orang lain, sedangkan mereka sendiri tidak membuktikan apa yang mereka kata. Itulah golongan yang cakap tak serupa bikin, sedangkan Nabi Muhammad membuktikan sesuatu pada dirinya sendiri dahulu sebelum disampaikan kepada masyarakat. Apakah layak seorang lelaki itu hendak mengutuk pemimpinnya tidak adil, sedangkan dia sendiri tidak membuktikan keadilan pada diri atau keluarganya? Nak berpoligami yang boleh membuktikan keadilan seorang lelaki itu pun mereka pengecut. Malah hanya tahu mengutuk dan mengata lelaki lain yang ingin membuktikan poligami yang pernah Rasulullah bina. Jika pengecut nak berterus-terang dengan isteri sendiri pasal poligami, janganlah sibuk mengutuk orang macam diri itu bagus sangat!
Sudahlah hidup secara sesat, mereka lalai dengan kemewahan harta dan gaji yang diberi untuk melakukan pembaziran. Ada yang kononnya nak tunjuk gentleman dengan menghabiskan duit untuk rokok. Bukannya rokok itu mampu membangunkan minda pun, malah menyebabkan jiwa bertambah kotor. Jika mereka seorang yang matang berfikir, tidak payah tunggu mufti fatwa rokok itu haram pun, mereka tahu keburukan rokok untuk ditinggalkan. Namun sikap manusia yang lalai itu, bila dah tiba saat-saat nak mati akibat penyakit-penyakit kesan merokok itulah baru rasa insaf untuk berhenti. Itu pun kalau insaflah…
January 5th, 2009 at 1:18 pmAku dibesarkan bersama semangat Rock. Ketika zaman kegemilangan rock yang mula melonjak selepas pertengahan tahun 1980an dahulu, aku dipengaruhi oleh abang-abangku yang ketika itu menggayakan trend rockers waktu itu. Mungkin kerana telah dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, yang tidak dimanjakan dengan kemewahan dan mudah dapat itu dan ini, aku suka berusaha sendiri untuk mencapai apa yang aku ingini. Jika tidak dapat pun, aku bersabar menunggu kerana aku yakin suatu hari nanti pasti Allah akan berikan juga.
Sifat-sifat yang terbentuk dari cara hidupku itu mendorong aku bersemangat bermain muzik juga, kerana selain suka mendengar muzik Rock itu, aku selalu menginginkan berkemampuan bermain muzik seperti band-band Rock yang aku minati itu. Jadi aku perkuatkan azam untuk belajar bermain gitar dan jamming bersama rakan-rakan sekampungku. Sedar tidak sedar rupa-rupanya kemahiran bermain muzik dan semangat Rock itu rupa-rupa berguna dalam perjuangan Panji Hitam ini.
Dengan bermain muzik, aku boleh menenangkan jiwa untuk menjadi seorang yang sabar biarpun dikutuk oleh orang-orang kafir, seperti Nabi Muhammad boleh bersabar apabila dikutuk oleh golongan kafir terdahulu. Malah sejak menggalas perjuangan ini, Allah memberikan kemampuan untuk aku menyanyi lagu-lagu Rock yang ber’pitch’ tinggi itu yang suatu ketika dahulu semput aku hendak melakukannya. Namun berkat berusaha berlatih setiap hari, aku mampu melakukannya. Aku dapat keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara yang sebelum ini aku rasa mustahil untuk melakukannya. Jika aku termasuk dalam golongan pengutuk lagi suka membuang masa, sudah pasti aku malas untuk mencuba sendiri untuk menguji tahap keupayaan diriku. Apatah lagi mata zahir yang dikelabukan dengan perhiasan harta-benda, menyebabkan manusia tidak nampak kepentingan mengumpul semangat untuk membangun sesuatu bangsa.
Semangat ini tidak datang dengan sendiri. Ia akan datang selepas kita berusaha sesuatu perkara yang sukar dengan menggunakan keupayaan diri sendiri. Sebab itu kita nampak hikmah mentauhidkan Allah itu, iaitu untuk menjadi manusia yang berupaya kenal Allah menggunakan keupayaan sendiri yang Allah beri. Bukannya tok guru itu yang beri kecerdasan akal dan segala yang ada pada jasad kita. Semuanya datangnya daripada Allah. Jadi adakah suatu tindakan yang masuk akal, apabila manusia itu mencari manusia lain yang tidak tahu perihal dirinya untuk belajar kenal diri sendiri?
Semua manusia boleh claim mengatakan mereka beragama secara benar. Tetapi mereka kena nilai sendiri apa yang ada pada hati mereka sendiri. Islamkah manusia itu jika dalam hatinya penuh hasad dengki lagi suka mengutuk dan mengumpat orang? Sedangkan ahli-ahli syurga itu tidak berkata perkara-perkara yang sia-sia. Ahli-ahli syurga berkata-kata sesuatu yang membawa kepada pembangunan umat. Takkanlah dalam keadaan umat Islam terus lemah dan dibelasah Israel seperti yang terjadi di Palestin itu, ada lagi orang yang kononnya mengaku Islam, tetapi bercakap perkara-perkara yang sia-sia tidak membangunkan minda? Kenapa tidak tidak fikir di mana salahnya kita umat Islam sehingga Allah izinkan Israel membelasah orang-orang Palestin itu?
Umat Islam sekarang masih ego untuk menyalahkan diri sendiri, terhadap pembantaian yang terjadi kepada mereka. Atas perasaan mereka sudah Islam dan orang-orang Israel dan US itu kafir, mereka hanya tahu menunding jari menyalahkan Israel dan US itu. Padahal di sisi orang-orang Israel dan US itu, umat Islam sekarang itulah yang kafir, sebab telah menyekutukan Allah dengan manusia lain.
Kenapa umat Islam tidak menyalahkan diri sendiri yang beragama menolak akal sendiri? Allah menangkan Isreal dan US terhadap umat Islam sekarang kerana mereka lebih menghargai akal mereka sendiri, berbanding umat Islam yang jauh ketinggalan dari segi sains dan teknologi. Ini kerana umat Islam sekarang anggap agama itu sekadar taat buat ibadah semata-mata dan mengabaikan kepentingan sains dan teknologi dalam menjadi khalifah. Sedangkan Allah sudah tunjukkan, ketaatan buat ibadah itu tidak menjamin manusia akan jauh daripada penyakit hati. Iblis dahulu pun taat buat ibadah, tetapi ketaatan pada perhiasan zahir itu menjadikan dia makhluk yang lupa diri, dan sombong kepada Adam, iaitu makhluk yang bijak dan tahu kegunaan benda-benda di bumi. Sekarang ini kebijaksanaan Adam telah padam dari umat Islam, sebaliknya kebodohan iblis berternakan dalam jiwa umat Islam.
Hati akan jauh daripada penyakit apabila kita mentaati kebenaran, kerana segala yang benar itu datangnya daripada Allah. Dan beza di antara benar dan salah itu apabila ada bukti yang logik dan nyata. Bukannya mudah-mudah sandarkan atas nama imam-imam terdahulu tanpa memahami apa logiknya. Kita nampak, syaitan telah menyesatkan umat Islam sekarang dengan mengatakan akal manusia terbatas, sehingga mereka lebih suka mentafsir (ikut rasa) daripada berfikir secara rasional berdasarkan bukti yang nyata (logik). Akibat mengikut pelbagai tafsiran atas nama imam-imam terdahulu atau kata-kata tok guru mereka, umat Islam jadi berpecah-belah berebut kuasa.
Lihatlah yang terjadi pada Palestin. Sesama mereka pun masih boleh berpecah-belah akibat berdengki sesama sendiri dengan kuasa yang diberi. Bila Fatah memerintah, Hamas menolaknya. Bila Hamas memerintah, Fatah pula balas tindakan yang serupa. Keadaan ini juga tidak mustahil terjadi pada orang-orang Melayu di Malaysia yang berdengki sesama sendiri berebut kuasa. Mengutuk dan mencela pemimpin sendiri sebab tidak puas hati.
Jika kita hidup berpegang pada logik, pasti kita akan tertanya-tanya, apakah perangai umat Islam sekarang yang lemah dan berpecah-belah itu adalah ciri-ciri ahli syurga? Apakah sekadar hidup pemalas dan mengharapkan subsidi, serta pengecut untuk mencuba sendiri, lagi kuat mengutuk itu adalah gambaran ahli-ahli syurga? Macam gambaran ahli neraka sahaja umat Islam sekarang ini.
Janganlah hidup mengharapkan kerajaan memuaskan hati semua rakyat. Kenapa tidak jadi insan yang memikirkan tanggungjawabnya untuk bangunkan negara dengan keupayaan diri sendiri? Barulah Allah berikan kepuasan. Pemimpin mana pun tidak mampu memberikan kepuasan kepada hati manusia lain. Allah sahaja yang mampu berikan kepuasan pada hati kita, iaitu apabila kita tidak menyekutukan Dia, dan melakukan sesuatu menggunakan keupayaan diri sendiri. Keyakinan pada diri sendiri inilah yang menjadikan aku bersemangat mengkaji Quran sendiri biarpun orang-orang kafir menolak akalnya sendiri.
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Minta sahaja dengan Allah, pasti Dia tunaikan. Tetapi sebelum Allah tunaikan sesuatu, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai manusia, yang dikurniakan akal yang mampu berkembang dan mampu mencipta sesuatu yang bermanfaat (barang-barang yang berguna). Hiduplah berpandukan bukti yang nyata setelah berfikir secara rasional. Gunakan dacing (neraca) yang seimbang dalam diri kita sebelum bertindak. Jika hanya tahu memangkah parti ‘Dacing’, tetapi tidak waras dalam tindakan, tetaplah ia tidak mampu melindungi kita dari bencana seperti banjir atau tanah runtuh. Pastikan dacing dalam diri ini seimbang dalam setiap masa.
Kebaikan Allah amat aku rasai kini. Biarpun dibesarkan dengan pengaruh Rock yang selalu dipandang hina oleh masyarakat yang suka memandang pada zahir, Allah berikan aku semangat untuk mengkaji Quran yang sehingga kini kajianku tidak mampu dibuktikan dusta itu. Kerana Allah tidak menilai manusia pada pandangan zahir, tetapi pada hati. Seperti itulah aku menilai calon srikandiku itu biarpun zahirnya tidak seperti nenek Arab. Aku berjiwa Melayu, kenapa perlu malu dengan jatidiriku untuk belajar kenal Allah? Apakah tanpa tahu berbahasa Arab, aku tidak mampu berhubung dengan Allah? Bahasa itu hanyalah medium penyampaian maklumat sesama manusia sahaja. Yang pentingnya sejauh mana rapatnya hubungan manusia itu dengan Penciptanya sendiri. Dan apakah maklumat yang hendak diterima itu kita guna untuk menjadi orang yang berfikir atau orang yang suka mencela.
Dan di zaman teknologi maklumat ini, amat mudah Quran nak dikaji guna akal tanpa perlu berguru pun. Banyak maklumat seluruh dunia boleh kita capai melalui internet untuk melatih otak kita menilai dengan waras. Kerana itu aku lebih suka duduk depan PC untuk melayari internet, berbanding duduk depan TV. Jika di depan TV, manusia itu hanya disogok apa yang ditayang oleh TV. Kita tidak boleh memberi maklumat balas apa yang terfikir di minta. Akibatnya lahirnya manusia yang suka disogok dan disubsidi. Sebaliknya, dengan menggunakan PC, aku boleh berinteraksi dengan dunia luar biarpun di alam maya. Aku bukan setakat menerima, tetapi boleh banyak memberikan pendapat sendiri. Yang pentingnya otak boleh berkembang biarpun kurang berinteraksi dengan masyarakat luat buat masa ini. Nabi Muhammad yang memencilkan diri di gua Hira’, tetapi kerana otaknya berfikir, maka jadilah baginda seorang insan yang bijak lagi berhikmah. Semangat inilah yang dicontohi dalam perjuangan Panji Hitam ini.
Untuk menjadikan Quran itu melekat dalam jiwa kita, hanya kita sahaja mampu memahamkan Quran itu mengikut cara hidup kita, sebab jiwa manusia itu berlainan corak. Aku tidak boleh memaksa orang yang tidak suka lagu Rock untuk menyukai muzik ini. Aku cuma boleh tunjukkan manfaat yang aku dapat dengan semangat Rockku. Dan Quran itu dinamik. Quran bukannya untuk robot, tetapi untuk manusia yang ada akal dan hati. Terpulanglah kepada kita nak guna Quran itu untuk menjadi ahli syurga yang benar dalam berkata-kata, atau untuk menjadi ahli neraka yang suka berdusta lagi kuat mencela…
January 5th, 2009 at 2:34 pmsalam kerasma..
bertemu lagi..
yang terbaca komen gas, saudara sedia berjumpe dengan ustz kan. saya suka rela boleh arrangekan.
by the way, saya ade nak tnya skit lagi
sebab saya nak paham tentang benda yang saya tak paham daripada perjuangan kamu
1) saudara menerima sesuatu yang hanya logic akal. ini bermakna ayat al quran yang logic akal sahaja akan saudara terima. adakah saudara beriman dengan al quran setelah logik ia saudara faham?? bermaksud saudara mengimani al quran setelah saudara dapat logik??? ya atau tak 0 or 1
logic
2) tongkat nabi musa menjadi ular. macam mana logiknye??
3) nabi isa lahir tanpa bapa? macam mana logiknya?? kalau nak kata guna tabung uji, masa zaman nabi isa takde bayi tabung uji lagi
4)mukzijat nabi saleh yang mengeluarkan unta dari batu. macam mana logiknye
5)nabi isa leh menghidupkan orang mati. ni bukan kisah selepas kiamat.
so macam mana ye logik nye
6)Nabi Muhammad mampu membelah bulan. mana mana tuh. masa zaman nabi takde roket lagi nak g belah bulan
ok saya mintak saudara leh jelaskan satu persatu
ni semua kisah yang diceritakan dalam al quran.
mesti ade logiknye kan. ala macam saudara bagi logik akal untuk israj dan miraj tuh
sekian…
January 5th, 2009 at 4:49 pmsalam goku,
Lama menyepi? Ingatkan saudara dah tak larat layan logik2 saya. Haha
Boleh sahaja kalo saudara sudi arrangekan. Btw, Allah dah beri kemudahan IT untuk bertukar2 pendapat. Kenapa tidak buktikan kajian2 Quran saya diinternet ni dusta dulu untuk saya tahu siapa org yang bakal saya jumpa itu. Ingat, hidup kita bukan mencari orang, tetapi mencari kebenaran. Di internet ni pun boleh dapat hidayah sbb kita bleh dapat byk maklumat utk melatih minda membezakan mana yang haq (ada bukti logik) dan mana yg bathil (tiada bukti). Begitulah Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Allah.
1)Ya.
Manusia belajar sesuatu ilmu berperingkat-peringkat. Mana-mana ayat2 Quran yang belum Allah tunjukkan logiknya (belum difahami), kita sekadar yakin ia ilmu yg pernah disampaikan.
Perumpamaannya camni la, katakan saudara baru darjah satu, tapi melihat rumus2 matematik utk form 5. Walaupun saudara tak faham lagi ilmu peringkat form 5 tu, bukan bermakna tidak mempercayai kebenarannya.
2) Apakah suatu yang tak logik, dari plastik bertukar menjadi robot Aibo umpamanya? Macam saya katakan, di zaman sains & teknologi nilah senang2 aje kita nak umpamakan mukjizat yg ade di sebut dlm Quran tu. “Tangan” pun orang boleh cipta hampir menyamai rupabentuk tangan sebenar.
Itu belum kaji secara saintifik melibatkan penghuraian atom dan penggabungan semula atom2. Lagi2 senang nampak logik tu. Tetapi memerlukan daya fikir yg tinggilah.
Perlu diingat, sihir adalah sesuatu yg tak logik. Untuk lawan sihir, sudah pasti Nabi Musa guna sesuatu yg logik. Sihir ini umpama mewujudkan sesuatu yg dusta dalam jiwa manusia sehingga jadi takut. Orang2 yang tidak suka berfikir secara logiknya akan mudah ditipu sihir.
3) Nabi Adam lagi2lah, lahir tanpa ibu dan bapa. Apa yg tak logiknya?
Ramai yg anggap, percantuman benih lelaki dan perempuan itu semata2 melayakkan manusia dilahirkan. Mereka tidak nampak Kuasa Allah menciptakan sesuatu. Padahal ada juga kes pasangan2 yg tak dapat anak selepas lama berkahwin.
Jika tidak mustahil ada pasangan berkahwin tak dapat anak, apakah pelik seorang wanita yg tak pernah disentuh boleh dapat anak?
4) Manusia pun keluar dari tanah. Apa peliknya unta keluar dari batu? Logiknya dah terang depan mata dengan melihat kejadian kita. Bagaimana keadaan sebenarnya Allah izinkan unta itu keluar dari batu dan berapa lama masa untuk unta itu terbentuk, bukan suatu yg penting. Yang pentingnya perumpamaan perkara itu terjadi ada logiknya dgn melihat kejadian kita sendiri, sehingga kita mudah melihat tanda-tanda Kekuasaan Allah secara logik. Bila kita lihat Allah secara logik, apakah kita akan berani mengumpat dan mengutuk orang lain?
5) Sedangkan manusia yang tidak wujud rupabentuknya pun Allah boleh hidupkan. Apakah suatu yang pelik, manusia yang telah mati (sudah pernah dibentuk), Allah hidupkan melalui tangan Nabi Isa? Konsep menghidupkan sesuatu yang mati itu sama macam kita tukar bateri bagi jam yg kehabisan tenaga. Masih ada logiknya jika kita mahu berfikir.
6) Nabi Muhammad hanya tunjukkan ke arah bulan sahaja. Yang membelah bulan adalah Allah. Macam mana Allah boleh belah gunung sampai runtuh macam di Bukit Antarabangsa tu, macam tulah perumpamaannya Allah belah bulan. Macam mana Nabi Muhammad dapat ilham yang mengatakan bulan akan terbelah, macam tulah ada seorang penduduk di Bukit Antarabangsa tu nampak tanda-tanda tanah nak runtuh, tetapi bila diberitahu pihak berwajib, mereka buat dek aje. Masih ada logiknya bukan?
Pointnya di sini, nak fahami kelogikan sesuatu kisah dalam Quran, guna otak buat perumpamaan dan perbandingan sesuatu perkara yg jelas terjadi di sekeliling kita. Macam saya ada kata, logik ni bukannya kena nampak sebijik apa yang terjadi, tetapi ada perumpamaan2 yang masuk akal bila difikirkan. Sbb itu Nabi Muhammad suka membuat perumpamaan. Itu tanda2 manusia yang berfikir.
Sorrylah kalo huraian saya berjela-jela. Sebab Allah nak tunjukkan hasil orang yang kaji Quran guna akal dengan orang yang malas berfikir dan suka menurut membuta-tuli…hehe

January 6th, 2009 at 6:33 amAda seseorang bertanya, kenapa aku memperjuangkan Islam melalui poligami. Suka aku ingin mencoretkan di sini kenapa Allah ilhamkanku melalui pintu poligami ini yang aku tidak terfikir ke arahnya ketika mula mengkaji Quran dahulu.
Mari kita fikirkan, apakah matlamat pejuangan Islam yang sebenar dan bagaimana sesuatu itu dikatakan perjuangan Islam. Semua manusia boleh claim yang mereka memperjuangkan Islam. Mereka boleh tubuh parti atau apa jua jemaah atas nama Islam atau yang berbunyi Arab untuk mengaitkannya dengan Islam.
Namun, adakah penilaian kita cetek pada label “Islam” yang dilekatkan pada sesuatu pergerakan itu? Jika sesuatu perjuangan itu setakat namanya sahaja Islam, tetapi tindakan dan hasilnya membawa kepada perpecahan sesama manusia, apakah boleh kita akui ia perjuangan Islam?
Oleh kerana kita telah berada di akhir zaman, kita kena harus berwaspada dengan segala bentuk macam penipuan. Manusia akan mudah tertipu apabila hanya guna mata kasar untuk menilai. Bagi mereka, apa yang mereka nampak buruk, mereka terus menghukum sesuatu itu buruk, sedangkan mereka tidak tahu pun ada yang ada di sebaliknya. Hakikatnya, hati manusia itulah bersangka buruk terhadap sesuatu perkara.
Sebab itu apa jua perbincangan atas nama Islam, kita kena lawan perasaan prejudis dan buruk sangka. Barulah memberi hasil berbincangan yang matang, bermanfaat lagi membawa kepada permuafakatan. Perbincangan bukan untuk menghukum puak mana betul dan puak mana salah, tetapi untuk mencari bukti yang nyata, apakah ciri sesuatu yang dikatakan betul, dan apakah ciri sesuatu yang dikatakan salah, agar akal kita mampu menilai dengan waras. Setelah ada bukti-bukti tersebut, terpulanglah kepada sesuatu pihak untuk memilih, dan mereka kena bertanggungjawab terhadap apa yang mereka pilih. Jangan pula di kemudian hari, mereka menyalahkan orang lain di atas pilihan mereka sendiri. Itu hanya kerja orang-orang yang tak matang akalnya.
Kembali kepada kenapa aku memperjuangkan Islam melalui poligami? Jawapannya ada pada apakah matlamat perjuangan Islam? Matlamat perjuangan Islam adalah untuk menyatukan manusia, kerana iblis sudah berjanji untuk menyesatkan manusia sampai Kiamat. Apabila manusia dalam keadaan sesat, tanda-tandanya adalah mereka suka hidup berpecah-belah. Mereka tebal dengan keegoan masing-masing untuk menghukum puak selain mereka tak betul, dan puak mereka sahaja betul. Padahal keegoan mereka itulah yang menyebabkan mereka termasuk dalam golongan yang menyekutukan Allah.
Jadi, tidak kiralah manusia itu beragama atas nama apa sekalipun, jika dalam hatinya ada perasaan permusuhan lagi suka hidup berpecah-belah, hakikatnya mereka telah disesatkan oleh iblis dan tentera-tenteranya. Hati yang penuh hasad dengki, macam mana manusia nak bersatu? Siapakah yang layak menghukum dalam hati manusia itu ada syaitan atau pun tidak? Hanya tuan empunya diri yang tahu. Dan ingatlah, Allah Maha Melihat apa yang manusia itu perbuat, baik yang tersembunyi mahupun yang nyata.
Jadi, niatku berpoligami untuk menunjukkan bagaimana manusia boleh disatukan apabila perasaan hasad dengki (syaitan) mampu dilawan, kerana kita lihat sekarang ini banyak kes keretakan rumahtangga berlaku apabila mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga. Keretakan ini berlaku akibat adanya syaitan-syaitan yang tidak diperangi dahulu oleh pihak-pihak yang terbabit, sehingga adanya perasaan cemburu tak bertempat. Syaitan membisik kepada si suami supaya mendustai isterinya biarpun dia hendak kahwin lain, dan syaitan itu juga membisik perasaan cemburu melampau pada pihak isteri. Akhirnya berlakukan porak-peranda dalam rumahtangga.
Sebenarnya, jika kehadiran orang yang kesepuluh sekalipun, setelah syaitan-syaitan yang ada dalam hati pihak terbabit diperangi, poligami yang sihat seperti yang pernah para rasul terdahulu buktikan mampu diwujudkan. Namun kerana manusia itu lalai memerangi syaitan-syaitan (perasaan jahat) dalam hati sendiri akibat suka mengutuk dan melihat keburukan orang lain, itu yang menyebabkan manusia hidup berpecah-belah.
Poligami yang sihat itulah yang akan membuktikan kebenaran kata-kataku sebab mengikut contoh para rasul terdahulu, mereka tidak berkata sebelum membuktikannya. Aku perlu membuktikan yang aku boleh berlaku adil jika mahu melihat Islam yang adil ditegakkan. Setakat tahu kutuk pemimpin sendiri tak adil, tetapi penakut membuktikan keadilan diri, itu hanya kerja orang-orang kafir yang suka mengutuk tetapi pengecut membuktikan. Sekarang ini ramai orang Islam (lelaki) yang suka mengutuk pemimpinnya tidak berlaku adil, sedangkan mereka sendiri tidak membuktikan keadilan pada dirinya sendiri.
Seseorang pejuang Islam itu perlu membuktikan kata-katanya. Setakat melemparkan kata-kata tanpa bukti, itu hanyalah pendusta atau golongan cakap tak serupa bikin. Apakah tamadun manusia itu akan terbangun apabila ramai umatnya jenis cakap tak serupa bikin? Kenapa tak buat dahulu sebelum mengatakan? Sebab itu aku buktikan dahulu Quran itu boleh dikaji guna akal sebelum mengatakan kepada orang-orang di sekelilingku. Dan Allah telah tunjukkan bahawa kajian Quranku itu tidak dapat dibuktikan dusta sehingga kini biarpun orang-orang kafir membencinya.
Aku bukanlah pemimpin negara atau memiliki gelaran mufti untuk bercakap pasal kepimpinan, keagamaan dan kesatuan manusia sejagat. Seperti yang pernah dialami oleh para nabi terdahulu, ketiadaan status zahir yang kebiasaan sesuatu masyarakat akan buka mata-telinga melihat-mendengarnya, pasti seruan mereka akan ditolak oleh golongan yang tidak menggunakan akal itu.
Malahan Pak Lah sendiri pun dikutuk dan dikeji seruannya biarpun beliau pemimpin negara. Beliau pun tidak mampu menyatukan orang-orang Melayu yang sudah sampai gila berebut kuasa setelah Allah limpahkan kemewahan kepada negara. Lihat pula nasib MAZA, bekas mufti Perlis yang turut ditolak kata-katanya biarpun perjuangan beliau menyamai apa yang aku perjuangkan. Segala ijazah yang beliau ada pun tidak mampu menyedarkan masyarakat.
Jadi, jika mereka-mereka itupun tidak mampu nak menyedarkan orang-orang Melayu ke arah kesatuan biarpun zahir mereka ada jawatan dan pangkat, apa lagi dengan aku, yang tidak dikurniakan segala perhiasan zahir itu. Selama ini aku hanya sandarkan kebenaran kepada logik yang Allah perlihatkan di sekelilingku sahaja. Dan yang menjadikan keyakinanku, sehingga kini logik-logik dan perumpamaan yang aku berikan itu tidak mampu dibuktikan dusta.
Oleh kerana itu, aku perlu mengambil pendekatan menyampaikan kebenaran mengikut sunnah para rasul yang berjaya mengembangkan perjuangan mereka iaitu berpoligami, untuk membuktikan kebenaran dan keadilan yang aku pegang. Jika hanya suruh orang lain berlaku adil, sedangkan aku tidak mampu buktikan keadilan diriku, tiada nilai apa yang aku katakan itu di sisi Allah. Sekadar bercakap, semua orang boleh cakap. Tetapi nak membuktikan itu tidak ramai mampu lakukan melainkan manusia yang ada semangat perjuangan yang tinggi. Dan manusia mudah diajar dengan menunjukkan contoh dari kita sendiri.
Aku tidak mahu jadi manusia yang cakap tak serupa bikin. Dulu aku pernah mengutuk pemimpinku sendiri akibat tebalnya prejudis terhadap mereka sehingga aku bersangka buruk terhadap mereka termakan fitnah-fitnah yang aku dengar baik melalui internet mahupun email. Aku kutuk mereka tidak ikut Quran, sedangkan dengan mengutuk mereka itu sudah menunjukkan akulah yang tak ikut Quran sebab ada surah yang mengingatkan pasal balasan untuk si pencela. Sebab itu untuk menebus kesilapan ini, aku perbanyakkan tulisan-tulisan mengajak kepada pembangunan minda dan mensucikan hati di internet-internet agar melawan fitnah yang bermaharajalela itu.
Setelah aku mampu buktikan yang manusia boleh bersatu dengan aku satukan orang di bawah kepimpinanku (para isteriku), barulah hujahku makin kuat sebab dah ada bukti yang mudah manusia lihat. Aku perjuangkan Islam secara berperingkat-peringkat bermula dari diri, keluarga seterusnya masyarakat dan negara. Apa jua kekuasaan yang Allah berikan, aku gunakan untuk membuktikan kebenaran dan keadilan Islam. Macam mana aku gunakan kekuasaan yang ada pada blog ini, seperti itulah bakal aku guna jika Allah berikan kekuasaan di peringkat yang lebih tinggi.
Aku tidak takut dengan kata-kata kutukan dan celaan di blog ini walaupun aku boleh memadamnya jika mahu. Tetapi kutukan-kutukan itulah yang akan perkuatkan hujahku dengan logik-logik yang nyata dan memperlihatkan semangat yang aku ada, sebab orang beriman itu memiliki semangat juang yang tinggi walaupun dikutuk. Dahulu aku pernah menyertai sebuah forum internet yang kononnya berunsurkan Islamik. Di dalamnya adalah kata-kata yang mengutuk kerajaan, kononnya kerajaan tidak memberi kebebasan bersuara. Namun bila ada kata-kata forumer yang menghentam mereka, mereka padam tulisan-tulisan itu. Ini menunjukkan mereka sendiri tidak buat apa yang mereka kata.
Kenapa kita harus tolak dan takut berpoligami jika kita sudah nampak manfaat yang besar kepada pembangunan ummat? Dan sampai bila kita hendak biar poligami dilihat buruk dalam masyarakat yang sudah tidak nampak tanda-tanda Kekuasaan Allah secara logik ini? Segala imej buruk yang dilihat oleh orang bukan Islam sekarang adalah akibat tangan orang-orang Islam itu sendiri.
Jika umat Islam sekarang suka berperang dan berpecah-belah, kenapa perlu marah bila munculnya karikatur Nabi Muhammad yang digambarkan seorang yang bengis dan kejam? Jika kita perlihatkan poligami sekadar nak memuaskan nafsu, maka muncullah karikatur Nabi Muhammad seorang yang digambarkan seorang yang gila seks. Kenapa kita harus marah disebabkan tindakan kita sendiri, sedangkan kita tidak berani pun perlihatkan keindahan Islam? Kita ada akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk. Apabila Allah berikan tekanan pada kita, itu semua datang dari pilihan kita sendiri. Jadi kenapa perlu melenting bila dikutuk jika kita bukan seperti yang dikatakan?
Kesimpulannya, poligami yang ingin aku tegakkan adalah untuk membuktikan aku mampu menunjukkan bagaimana manusia mampu bersatu setelah penyakit-penyakit hati dilawan. Jika perempuan-perempuan yang selalu dikatakan rendah tahap akalnya pun boleh terbuka menerima poligami, apakah tahap akal orang-orang lelaki yang sibuk berpecah-belah atas nama agama yang rata-rata mereka jauh berusia daripadaku. Sampai bila kita nak tonjolkan “agama Islam” yang lemah dan berpecah-belah? Semua orang boleh cakap Islam itu benar dan indah, tetapi kenapa kita tidak membuktikan keindahan itu dahulu, sebelum mengharapkan orang-orang bukan Islam nampak kebenaran Islam?
January 6th, 2009 at 12:39 pmsalam karesma….
kita berjumpe lagi..
sy terkejut jugak saudara boleh menjawap semua mukjizat mujizat nabi secara logic
walaupun semua perjelasan saudara nampak kelakar sangt
tapi takpe.. saya nak tanya lagi supaya saya paham perjuangan saudara
1)semasa nabi muhammad S.A.W menerima wahyu pertama,
sebelum ni saudara cakap malaikat tu logicnye macam tenaga. macam mana tuh
malaikat jibril datang berjumpe rasullulah. ya atau tidak. 0 or 1
2)di dalam al quran ade menceritakan tentang alam roh. macam mana ye logic pasal roh kita…
sekian. sy amt tunggu jawapan saudara
January 6th, 2009 at 8:58 pmsekian…
Salam goku,
Memang sesuatu yang logik itu adakalanya kelakar. Sebab Rasulullah dahulu pun pandai buat kelakar. Baginda bukannya seorang yang pembengis, baran dan kejam, cuma baginda seorang yang tegas menegakkan kebenaran. Bila dikhinati oleh golongan munafik terdahulu, baginda bertindak sesuai dengan kemunafikan orang itu.
Tetapi bukankah suatu yang lagi kelakar, manusia yang ada akal, ditolak pula akalnya sendiri untuk beragama secara menurut tak guna akal? Mereka terkial-kial mencari dalil atas nama orang terdahulu sedangkan mereka tak faham pun apa yang mereka bawakan. Mereka cuba jadikan kata-kata orang lain itu untuk memperkuatkan dirinya, bukan guna keupayaan akalnya sendiri. Mereka hanya tahu mengutuk Israel dan US, tetapi tidak sanggup mengaku kesilapan diri dalam beragama yang menyebabkan nasib malang terus melanda umat Islam. Itulah golongan yang lemah dan tiada keupayaan diri. Hehe…
1) Ya.
Sebelum wujudnya sesuatu ilham di fikiran saudara, ia berada di sisi Allah. Apabila ia telah ada di fikiran saudara, bermakna ia telah disampaikan. Yang membawa ilham itulah malaikat. Bukankah dalam Quran pun ada mengatakan malaikat menguruskan segala sesuatu di dalam semesta ini.
Janganlah pi gambarkan malaikat tu macam manusia, ada rambut teknik rebonding atau jantinanya. Cukuplah kita terima bahawa malaikat tu makhluk yang menjalankan urusan Allah.
Yang kelakarnya manusia ni, bila dikatakan malaikat aje, mulalah digambarkan dengan rupabentuk manusia. Sampaikan ada agama yang gambar rupabentuk Tuhan pun macam manusia. Inilah gara2 beragama tak guna otak. Tetapi bila sebut tenaga, tidak pulak digambarkan rupabentuknya, jantinanya etc.
Cahaya juga adalah tenaga. Bagaimana melalui gentian optik, cahaya itu boleh bawa maklumat internet ni, macam itulah gambaran malaikat menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad.
Sbb tu kita boleh nampak logik, kenapa Nabi Muhammad yang dikhabarkan buta huruf pun boleh dapat wahyu, kerana ia hanya memerlukan kekuatan berfikir sahaja untuk memerah idea. So kita2 yang tak buta huruf dan tak buta IT ni, sepatutnya lagi bijaklah daripada Rasulullah dan lagi banyak idea, barulah umat semakin gemilang. Tetapi kalo awal2 dah kata tak boleh guna akal dan akal itu terbatas, terimalah nasib malang umat Islam yang ketinggalan ilmu sains dan teknologi, yang dimusnahkan oleh senjata2 moden golongan yang berfikir. Itulah balasan Allah kepada kaum yang tidak menggunakan akal!
2) Perasaan dalam hati kita adalah contoh roh. Dan diakui oleh logik akal kita adanya perasaan. Hanya manusia yang suka mengkhianati janji sahaja jenis manusia yang tak berperasaan. Huhu
Dalam ilmu sains, tenaga juga adalah contoh alam roh. Orang Melayu suka sebut semangat. Kita tidak nampak ia, tetapi kita boleh rasai, dan akal kita menerima kewujudannya berdasar tanda-tanda logik melihat perbezaan keadaan ada tenaga dan tanpa tenaga. Sejak ilmu sains berkembang, tenaga ini dihuraikan kepada macam-macam nama dan ciri-cirinya. Ini bertujuan untuk memudahkan tenaga diekploitasikan kegunaannya sehingga wujud macam-macam teknologi. Itu kerja orang orang pakai akal atau orang penakut guna akal ?
So ade logiknya roh tu kan? Kalo tak sure kita takleh terima teori sains pasal tenaga dan menjadi manusia yang tidak ada perasaan seperti golongan munafik itu.
Semoga menjawab soalan saudara biarpun kelakar…haha

January 7th, 2009 at 5:45 amPanji Hitam lambang cinta yang agung
Membawa umat ke tahap yang disanjung
Bukan lagi lemah dan terumbang-ambing
Yang disembelih bagaikan lembu dan kambing
Hitam lambang gagah berani
Langkah perwira diiringi srikandi
Kesatuan hati lambang hakiki
Agar perjuangan sambungan generasi
Berkibar megah panji perjuangan
January 7th, 2009 at 7:05 amTanda bermula langkah pejuang
Melangkah gagah penuh keberanian
Pantang berundur sebelum berjuang
karesma…
Dan Allah SWT pula berfirman:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, maka katakanlah: “Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit”. Surah al-Isra’:85
saudara tak jumpe ke ayat ni dalam quran?????? kalau saudara belajar ayat ini, ia jelas membuktikan yang akal manusia terbatas. so ade persoalan yang tak dapat dijawap oleh manusia dan kita hanya mampu mengimaninya. ingt ni ayat quran..
apakah saudara gembira dengan jawapan logic saudara???? jelas tak sekarang.
ini la bahaya apabila hendak “mengkaji” al quran degan akal tanpa ilmu agama dan belajar dari guru…
dan cuba duk baca balik ayat saudara ni, saya paste kan
“So kita2 yang tak buta huruf dan tak buta IT ni, sepatutnya lagi bijaklah daripada Rasulullah dan lagi banyak idea, barulah umat semakin gemilang.”
tak rasa malu ke???tak rasa diri tu salah lagi ke??saudara dah macam merendahkan taraf rasullulah. ni la akibat nya terasa diri tu hebat sangt..
January 7th, 2009 at 11:13 pmkaresma..
saya dah buat temujanji dengan seorang ustz berkenaan dengan perbincagn tentang ni. mungkin mingu depan. nanti saya confirmkan tarikh dan masa serta tempat..nanti saya akan hubungi saudara…
matlamat kami adalah untuk kita sama sama berbincang dan memperbetukan ape yang salah…
January 7th, 2009 at 11:17 pmkami tak dapat ape ape benefit pun melainkan harap 4JJI bagi redha hidup kita semua.. diharap saudara sudi
Salam goku,
Jika saudara guna ayat 85 surah al-Isra’ tu, untuk membataskan akal manusia, apa pointnya saudara suruh cari tok guru sebab tok guru itu pun manusia yang saudara kata akalnya terbatas? Haha, saudara terperangkap dengan mainan kata2 sendiri.
Itulah suka permainkan perasaan orang dan mengkhianati janji, kan dah cakap pun tak guna logik.
Dan berkenaan ayat tu, ada tak ia katakan, “jgn kaji Quran guna akal dan tanpa tok guru”? Apakah pengetahuan yang sedikit itu bermaksud akal manusia terbatas, so jgn beragama guna akal dan kena turut tok guru sahaja? Sampai sekarang saya tak jumpa tok guru mana yang boleh saudara senaraikan yang tahu urusan dalam hati (rohani) saya, yang nampak bila masa syaitan membisikan kedengkian dan sebagainya.
Cuba saudara bayangkan, ketika dalam hati saudara ada timbul suatu perasaan, macam mana saudara nak membezakan itu perasaan baik atau bisikan syaitan? Saudara guna hati saudara juga atau guna akal untuk membezakan? Atau ketika itu saudara kena panggil tok guru untuk tolong bezakan apa yang tersembunyi dalam hati saudara? Logik ke berbuat begitu?
Cakap memang mudah, ambil sesuatu ayat Quran, lepas tu claim akal terbatas. Tetapi sampai skrg tak mampu buktikan di mana dustanya kajian Quran saya yg dibuat guna logik akal tanpa tok guru, bagi menunjukkan akal itu terbatas. Kalo terbatas, sudah pasti setakat mana yang saya tahu masa mula2 dulu, sampai sekarang otak saya tak boleh fikirkan benda yang tidak pernah terfikir sebelum ini.
Di zaman Nabi Muhammad, tidak dikhabarkan pasal komputer, tetapi kenapa ia boleh wujud sekarang? Bukankah itu menunjukkan akal manusia mampu berkembang? Dan di mana sempadan akal untuk saudara buktikan itulah hadnya? Jika saudara tidak terfikir sesuatu perkara, sedangkan orang lain boleh terfikir perkara itu, bukankah itu menunjukkan saudara seorang yang kurang daya fikirnya? Lihat macam mana bangsa Barat boleh cipta macam2 teknologi canggih yang tidak terfikir oleh umat Islam skrg. Siapa yang terbatas akalnya skrg ni? Bukankah manusia yang sengaja membataskan akalnya itulah Allah hadkan pengetahuan mereka sehingga jadi bangsa yang lemah?
Saudara hanya tahu bawakan sesuatu ayat itu kemudian tafsir akal manusia terbatas, sedangkan saya gunakan ayat itu sebagai pembakar semangat bahawa ilmu Allah itu luas, dan kerana ilmu roh itu urusan Allah, maka saya cari Allah dahulu nak belajar kenal diri (kenal alam rohani sendiri). Dan bila saya cari Allah dahulu, hasilnya kajian logik Quran saya jadi berjela-jela dan tidak mampu dibuktikan dusta. Saya buktikan kata-kata saya. Bukannya macam saudara, hanya tahu berkata tanpa bukti yg nyata!
Tak malukah saudara hanya pandai bercakap tapi takde bukti? Kata-kata saudara itu hanya membuktikan orang Islam sekarang memang terbatas akalnya sebab itulah jadi umat yang lemah. Bila ada hamba Allah yang mampu bukti Quran boleh dikaji guna akal, mereka bantah tanpa bawakan bukti. Sekadar diseretnya nama-nama tok imam terdahulu untuk menghukum orang. Inilah perangai umat Islam yg menyebabkan mereka skrg jadi lemah dan berpecah-belah.
Bukankah org yg bercakap tanpa bukti itulah yang bahaya kpd kesatuan umat? Lihat bagaimana ada agama yang disesatkan akibat mendakwa tuhan seperti sekian2 rupabentuk dan bilangannya. Bila ditanya apa buktinya, mereka jawap sebab tok guru agama mereka yg dulu cakap macam tu, so mereka ikut aje la. Mereka kata “Tak payah bukti2, akal manusia terbatas. Ikut aje yg nenek moyang kita buat, tentu selamat”.
Itulah yang saya nampak mengapa umat Islam sekarang menuju kesesatan (atau dah sesat pun) akibat suka sangat beragama menurut amalan nenek moyang yang mereka tidak tahu apa tujuannya. Mereka jadi pemalas berfikir akibat takut guna akal. Mereka tercari-cari tok guru untuk kenal Allah, sedangkan Allah itu terlalu dekat pada diri mereka berbanding tok guru itu. Ayat yang mereka bawakan itu sendiri menunjukkan ilmu roh itu urusan Allah. Malangnya nak belajar roh sendiri pun mereka kena cari orang lain bukannya Allah. Padahal mana orang lain tu nampak (rasa) roh selain rohnya sendiri. Itulah logik yang saya nampak dari ayat Quran yg saudara hanya pandai bawa kemudian tafsir akal manusia terbatas dan kena cari tok guru. Tak tahu malu dengan Allah ker yg cipta roh kita tu tanpa tok guru?
Sebenarnya, bab belajar pasal roh sendiri (kenal diri) tanpa tok guru ni mudah sahaja difahami. Cuba bayangkan ketika Adam mula-mula diciptakan. Siapakah tok guru yang ajar Adam nak kenal diri dan kenal Allah, sedangkan Adam itu manusia pertama diciptakan? Ini menunjukkan akal yang ada pada Adam itulah yang membawa baginda kenal dirinya dan Penciptanya (takkanlah nafsu yang ajar Adam). Itulah fitrah manusia yang menunjukkan dalam diri masing-masing ada jalan untuk kenal Allah. Kita tiap2 tahun sambut raya Aidilfitri (kembali kpd fitrah), tetapi tak sedar2 diri sampaikan kena cari tok guru nak belajar pasal roh sendiri. Sudah terang ada ayat Quran kata roh itu urusan Allah, kenapa tak kembali kpd fitrah untuk belajar kenal diri dengan Allah?
Macam mana nak belajar dengan Allah? Semua yang ada bukti yang membenarkan, yang akal kita mudah menerimanya (logik), itulah tanda kita belajar dengan petunjuk Allah, sebab yg benar itu datang drp Allah. Apakah kita anggap Allah itu duduk di atas langit yang tak mampu kita nak belajar dengan Dia? Jika Adam mampu, kenapa kita tidak boleh?
Jika saudara tafsir ayat saya yg saudara qoutekan tu, macam mana saudara tahu saya merendahkan taraf Rasulullah? Bukankah darjat baginda di sisi Allah? Sepatutnya saudara rasa malu pada diri sendiri sebab pandai2 tafsir tulisan org lain lepas tu hukum tanpa bukti yg nyata. Itukah seorang yang adil? Itukah org yg matang akalnya? Atau setakat usia sahaja melepasi 26 tahun tetapi mentaliti tahap bebudak 6 tahun? Apakah saudara anggap diri saudara itu tuhan selain Allah, sampai ke tahap itu sekali nak tafsir tulisan org lain? Ingatlah pada persangkaan tiada kebenaran.

January 8th, 2009 at 4:11 amInsyaAllah. Saya sedia berjumpa. Saya bukannya si pengecut yang berpaling lari lagi mengkhianati janji bagaikan haiwan ternakan atau manusia yang tiada perasaan itu!

January 8th, 2009 at 4:36 amkaresma
terima kasih kerana sudi
insy4JJI minggu depan kita sama sama berbincang 
January 8th, 2009 at 7:18 amOk. Kita berjumpa kerana Allah.
Orang yang berjuang sentiasa sudi, hanya si pengecut itu sahaja yang cabut lari, lagi kuat dustanya.

January 8th, 2009 at 7:55 amkaresma.
berkenaan perbincagan kita minggu depan, kami bercadang untuk buat di rumah saudara. adakah saudara sudi? kami ingin menyenangkan saudara. atau saudara ade sugestion tempat lain? kalau saudara sudi leh bagi alamat. email la kat saya. nanti saya bagi email..
dan boleh bagi cadangan hari dan masa yang saudara free (minggu depan)?? saya rasa saudara takde masalah kan?
tujuan kita adalah untuk berbincang dan bertukar tukar pendapat tentang persoalan yang kita bahaskan itu
saya tunggu berita positif dari saudara
January 8th, 2009 at 9:41 pmSalam goku,
Untuk berbincang pasal agama yang memerlukan fikiran yang terbuka, saya cadangkan kita bertemu di tempat yang terbuka agar kita dekat dengan alam. Lagi pun saya jarang ajak orang yang saya tak kenal datang ke rumah. Dan saya tidak mahu menyusahkan saudara juga.
Saudara fikirkanlah mana2 tempat yang lapang untuk bermuzakarah di sekitar Bangi atau Putrajaya. Saya tak tau saudara duduk mana, saudara pilih la mana2 kawasan yang saudara fikirkan sesuai.
Saya berkelapangan untuk berjumpa pada hujung2 minggu dan kalau boleh pada waktu pagi, kerana kesegaran udara pagi boleh menyegarkan otak untuk berfikir secara logik. Takde la masa tu kita terkial-kial cari nama imam-imam terdahulu, macamlah kita ni takde otak untuk berfikir. Huhu
Sebab saya bukannya pengecut guna akal sendiri, seperti si pengkhianat yang berpaling lari itu.
Seperti mana di akhirat nanti saya hanya bawakan akal sendiri di hadapan Allah, seperti itulah saya menemui saudara nanti, supaya kita yakin janji Allah itu benar. Kalo kita fikir logik, takkanlah Allah mengkhianati janjiNya sendiri lagi pendusta, seperti si munafik yang tidak berperasaan itu?
Apakah spec. yg saya diberikan itu untuk pertemuan nanti tidak menyusahkan saudara?

January 9th, 2009 at 3:53 amOh ALLAH… I felt regret after visiting your blog. I do read almost all of your posting about poligamy. You’re teaching us about logic and stuffs when you don’t even use those hadeeths or even surah from the Noble Book of ALLAH, Al-Quran as dalil’s to whatever you’re typing here? You’re saying that by learning the Quran, you saw the beauty of poligamy?? That is worst than anything. You’re showing us your stupidity. And each word you’ve typed here does hurt your one and only wife. She’s been so loyal to you and this is what she gets in return. I don’t think that ALLAH, the Al-mighty or even Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam has even taught you that in Islam. You’re torturing her feelings with your twisted tongue. Oh no!! I’ve seen this brother of Islam is getting too far away from ALLAH. You’re putting yourself near to the evils around you. You have no feelings of afraid towards ALLAH anymore. You’re too far away from HIM brother of Islam. The evidence I’ve seen in your life path was all for PoLiGaMy?? Look here!! You can’t even count your own eyelashes, how can you talk about LOGIC when you can’t even judge it right?? C’mmon, you don’t own a dust of knowledge about poligamy, so I recommend you to stop the crap here. What are you trying to show us? About the power of being a LOGIC MAN when you’re NOT? You even DARE to compare yourself with Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam saying that he don’t need the dalil and stuffs when he was on trial? Who are YOU to say that? Who are YOU to compare yourself with all the Rasul’s of ALLAH?? When you can’t even compare yourself with Khulafaur-Rasyidin?? Let me ask you one simple question. You’ve been spending all your night just for poligamy. But have you spend the night crying over the sins you’ve did in life towards ALLAH? Have you spend the night to pray for our sisters and brothers of Islam in Gaza & Palestine there? Have you brother?? I don’t think so. Because you’re showing to us how you spent the night 24/7 just for poligamy. Oh ALLAH, please shine through his heart here with the Light of NouR, TaufeeQ and HidaYah. Yes, I’m his sister of Islam not wanting him to go beyond the limitations of being a Muslim.
Open up your blinded heart. Come back to HIS one and only path. And with that, you’ll get bless by HIM, Ya Rabb. Insya-ALLAH. Because the most important thing in life is… To show the beauty of Islam but not the beauty of poligamy. You’re just a tiny person in the world. You’ve been created with feelings. And you’ve been playing with your emotions and the whispers of evil all this while. You’re just nobody. You’re one of ALLAH slave and trying so hard to attain HIS pardon. Come back to the reality. Return to your one innoncent wife who has given you beautiful children around you. Your happiness was there in front of you. But you don’t seems to be grateful with it. I’m just afraid that if you’re very stubborn, one day ALLAH will take your wife away and then you’ll know how precious the gift that ALLAH has given to you. Today you maybe smiling because you don’t even know what will happen tomorrow…
Appreciate life my brother of Islam. And don’t thank for the evil path that you’re following right now. ALLAH is giving you the chance to change back to normal. To be who you used to be. Don’t forget that we’re near to the day of judgement. So, don’t be lost… Just don’t be lost…
January 9th, 2009 at 12:20 pmAlmost forgotten. Luckily the 2nd Khulafar-Rasyidin Umar Ibnul-Khattab was not here anymore. If not, your head will get chop off by him. Istighfar brother… Istighfar for what you’ve been typing…
January 9th, 2009 at 12:38 pmBerkata seorang manusia yang menyesal lawat blog ini. Secara tidak langsung sudah menunjuk manusia itu seorang yang suka menyalahkan takdir. Padahal yang menakdirkan dia lawat blog ini adalah Allah. Bersyukurlah kepada Allah terhadap apa yang ditakdirkan, baik yang menggembirakan mahupun yang mendukakan.
Adakah manusia itu terasa dirinya pandai sangat kononnya bergantung pada hadis dan Quran itu sudah berada di jalan yang benar, tetapi menolak akalnya sendiri untuk membezakan apakah benar dan apakah bathil? Tanpa akal, macam mana manusia itu hendak waras menilai?
Manusia kononnya hendak menghukum orang lain bodoh, padahal sekadar berkata tanpa bukti yang nyata itulah golongan yang bodoh. Bukankah golongan kafir terdahulu membantah para rasul mereka tanpa bawakan bukti yang nyata? Mereka sekadar tahu menghukum para rasul terdahulu sebagai sesat, bodoh, gila mahupun tukang sihir. Itulah orang golongan yang lemah tetapi perasan pandai. Persis perangai umat Islam sekarang yang tidak sedar-sedar diri hidup dalam kelemahan dan suka berbalah-balah pasal agama.
Manusia itu hendak mengajar pasal perasaan isteri orang lain, padahal dia tidak sedar semua ini dilakukan dengan memberikan pilihan pada mulanya. Bukannya paksaan. Memanglah nak lawan perasaan cemburu itu menyakitkan, tetapi hasilnya Allah sahaja yang tahu. Sebab orang-orang kafir itu suka menghukum perkara-perkara yang dia sendiri tidak tahu. Berlagak macam tuhan untuk menghukum orang. Cakap itu ini tetapi tidak dibawakan bukti pun. Hanya sekadar cakap tak serupa bikin.
Apakah orang yang berkata bersandarkan bukti yang nyata itu jauh dari Allah, atau orang yang sekadar berlagak menghukum orang, itu yang dekat dengan Allah? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapakah golongan pendusta yang tidak mampu bawakan bukti yang nyata. Apakah manusia itu merasakan dirinya tuhan selain Allah sampai boleh tahu berapa jarak manusia lain dari sisi Allah?
Apakah mereka sekadar jadikan POLIGAMI sebagai bukti nak kata jalan hidup manusia lain itu jauh daripada Allah? Sedangkan berapa ramai para rasul terdahulu yang berpoligami? Apakah mereka itu telah jauh daripada Allah? Apakah manusia itu merasa dengki melihat ada hamba-hambaNya diizinkan berpoligami dengan berterus-terang pada isteri tanpa mendustai? Kenapa mereka tidak bersangka baik yang usaha lelaki yang ingin berpoligami itu untuk menunjukkan bahawa manusia boleh disatukan dengan melawan hasad dengki? Mungkin kerana itu umat Islam sekarang susah nak maju dan membangun, kerana yang mengutuknya ramai daripada yang berani membuktikan kebenaran Quran.
Islamkah manusia itu jika tebal persangkaan buruknya pada usaha manusia lain hendak berpoligami? Sedangkan Kitab yang diimani ada mengizinkan poligami dan Rasul yang dicontohi juga melaksanakan poligami. Secara logiknya, manusia yang suka merendah-rendahkan usaha hambaNya untuk berpoligami seperti Rasulullah terdahulu lakukan, samalah seperti orang-orang kafir terdahulu membantah para Rasul mereka.
Bukankah Rasulullah itu contoh? Nak ikut contoh, kenalah buat perbandingan? Sekadar mengaku sahaja ikut Rasulullah, tetapi pengecut nak berpoligami, berdusta dalam beragama, menyekutukan Allah dengan mengada-adakan perantaraan untuk kepada Allah, pengakuan apa ke namanya itu? Cakap memang murah. Lihatlah sekeliling keadaan umat Islam yang lemah dan berpecah-belah. Bila ada insan nak tunjukkan kesatuan hati manusia dengan cara poligami pun mereka bantah. Bukannya nak buat maksiat pun. Tidakkah manusia itu boleh berfikir secara matang?
Siapa saya di sisi Allah, hanya Allah yang tahu. Tanya diri tu balik, siapa kamu itu untuk menilai manusia lain? Renungkan apa yang kamu telah perbuat selama ini, sampai nampak lelaki nak berpoligami pun macam tu sekali kebencian diperlihatkan. Harapkan nick sahaja kononnya mencintai Allah, tetapi cakap macam orang tak nampak tanda-tanda Kekuasaan Allah.
Punyalah panjang diceritakan apakah matlamat sebenar di sebalik poligami ini, itu pun tak faham-faham. Begitulah manusia bila ada prejudis dan kebencian, benda baik pun nampak buruk. Itulah bila diberikan penglihatan, bukannya nak bersyukur. Cubalah hayati tulisan2 yang diposting selama ini agar memahami sebelum menghukum.
Bukankah usaha menunjukkan kesatuan manusia ini juga untuk saudara2 Islam di seluruh dunia agar bangkit guna akal? Sampai bila nak jadi umat yang lemah? Ada akal sendiri pun pengecut nak pakai. Buat alasan kena tahu bahasa Arab nak faham Quran. Padahal yang tahu cakap Arab di sana, kenapa mereka tak mampu keluarkan diri mereka dari kelemahan? Ketika berhadapan dengan Israel pun mereka boleh berbalah-balah sesama Islam. Itukah “Islam” yang ingin dipertahankan?
Bangkitlah jadi manusia yang berani. Bukannya si pengecut yang berpaling lari. Mereka sekadar cakap itu dan ini, tetapi tanpa bawakan bukti. Mereka sekadar tahu menghukum orang lain, macamlah diri itu tuhan. Kelakarnya manusia itu.
Bukankah kuasa yang menghidup dan mematikan itu adalah kuasa Allah? Jika khalifah Ar-Rasyidin yg ke-2 tu ada lagi, apakah beliau berkuasa memancung orang lain jika Allah tidak izinkan? Kenapa nak bergantung kepada beliau, bukannya Allah? Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah jika tulisan2 yang ditulis selama ini adalah dusta?
Tengok pada gaya tulisan pun nampak macam orang yang tak percaya kuasa Allah, tetapi terpaksa bergantung kepada manusia lain. Macam manalah umat Islam tak jadi lemah. Keyakinan pada Allah tiada, sampaikan terpaksa cari orang lain dahulu sebelum Allah.
Apakah mereka nampak bagaimana pergantungan lelaki yang ingin berpoligami itu kepada Allah, sehinggakan sampai begitu buruk sekali persangkaan mereka? Macam manalah umat Islam tak jadi lemah, akibat ramainya spesis-spesis yang kuat bersangka buruk bila ada hamba-hambaNya yang ingin menyatukan manusia. Kemudian mereka main simpati atas nasib rakyat Palestin.
Setakat simpati tetapi tiada usaha ke arah kesatuan manusia, tiada nilainya kata-kata mereka itu. Sedangkan Quran yang Rasulullah mereka imani itu sendiri menunjukkan contoh poligami dengan menyatukan manusia baik melalui poligami dan menyatukan kabilah2 Arab. Tetapi mereka kononnya berdalil Quran dan hadis, terus mengutuk bila ada hamba2Nya nak berpoligami.

January 9th, 2009 at 6:04 pmkaresma..
saya rasa spec saudara tu susah skit.
sebab ustaz yang nak membantu saudara ni sibuk skit. ok saudara boleh cadangkan hari dan masa. tempat mungkin di rumah ustaz itu. kawansan dekat umah saudara sahaja. ustaz tu pensyarah UKM. harap saudara setuju walaupun lari skit dari spec saudara. tapi takpe. saudara kan hebat berlogic. no hal laaa :)boleh advice masa n hari?? kami pun bukan orang lain. sahabat saudara juga 
January 9th, 2009 at 10:26 pmSalam goku,
Skrg ni ustaz tu yg nak jumpa ke, atau saya yg nak jumpa ustaz tu? Sbg org yg dijemput, secara logiknya sayalah kena tau bila waktu ustaz tu free. Macam kita dijemput ke kenduri kahwin, bukankah tuan rumah tu yg tetapkan tarikh, masa dan tempatnya? Takkanlah org yg dijemput tu pula yang kena tetapkan perkara2 tu semua?..hehe
Atau saudara sebenarnya yg nak jumpa kami, tetapi berselindung di sebalik nama ustaz tu? Apakah nak jumpa Allah nanti pun saudara kena bertemankan ustaz? Di mana keyakinan diri saudara kalau asyik nak berselindung di sebalik nama orang lain?
Janganlah jadi seperti seorang manusia itu yang bila diajak berjumpa, terpaksa berselindung di sebalik nama orang lain yang pada asalnya tidak terlibat pun. Padahal manusia itu ada hati dan akalnya sendiri. Sesuatu ummat tidak akan bangun jika yang pengecutnya ramai.
Saudara jangan risau, saya bukan jenis mengkhianati janji lagi suka mempermainkan perasaan orang. Walaupun niat berpoligami saya dikutuk, saya tidak akan bertindak kejam terhadap saudara. Saya bukannya pengebom berani mati.
Jika saudara sebenarnya yg nak jumpa kami, pilihlah waktu yg sesuai berdasarkan spec. yg telah diberi sebelum ni. Jika selama ini saudara boleh bertemu saya di alam maya ni tanpa bertemankan ustaz tu, kenapa nak jumpa betul2 pun kena ada ustaz?
Selama ini Allah yang bantu saya kenal Dia. Allah bukannya lemah sampaikan kena suruh manusia lain yang bantu saya nak kenal Dia. Seperti mana Dia mampu cipta saya dan didik saya masa kecil2 dulu tanpa perantaraan manusia, seperti itulah Dia mendidik saya sehingga kajian2 Quran saya tidak mampu dibuktikan dusta. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana!
Wife saya pun pelik, padahal kami dah bagi spec. yang kami fikirkan mudah dipenuhi. Kalau saudara nak tunggu ustaz tu free, baru boleh jumpa, saudaralah yang kena tetapkan waktunya. Kami mana tau bila ustaz tu free. Sama-samalah kita tunggu ustaz tu, jika saudara seorang yang pengecut nak jumpa sendiri.
Lagi satu kenapa tak jumpa kat luar sahaja? Baru terbuka minda sikit. Kami berjuang untuk membuka minda, sebab itu kami suka bermuzakarah di tempat terbuka. Sebab itu ada kisah para sahabat berbincang di bawah pohon-pohon tamar. Dan di sinilah boleh melihat kesungguhan kedua-dua pihak nak berbincang. Sanggup keluar rumah nak tegakkan kebenaran, seperti Rasulullah dan para sahabat sanggup keluar rumah untuk berjihad. Kami menilai manusia dari semangat dan kesungguhan mereka. Sekadar cakap tak serupa bikin, macam mana tamadun nak terbina? Harap2 saudara faham kenapa kami tetapkan perjumpaan tu di luar dan di tempat terbuka, agar sama-sama dapat manfaatnya. InsyaAllah.

January 10th, 2009 at 6:36 amkaresma.
ok nanti aku tetapkan..aku cuma nak tanya mase ko free. nanti kan aku tak mintak ko punye suggestion, nanti kan ko ade kerja lak. nanti ko kenal aku. no problem takde hal la. ko selalu jumpe aku. tidak timbul soal pengecut ke ape ke. bukan aku nak belindung dibelakang ustz tuh
aku tak dapat ape pon buat ni. sebab ko kawan aku. tiap tiap hari aku jumpe kat office. so aku cuma nak bantu la mane yang mampu untuk tolong kawan kawan mane yang aku kenal.
salah ke betul nanti kita bincang la ngn ustaz, aku cuma jadi perantaraan untuk ko berbincang ngn ustaz.aku bukan orang yang AHLI untuk mebicangkan hal ini. so aku mintak tolong ustaz tu untuk sama sama berbincang, menerangkan ape yang salah.
itu sahaja..
January 10th, 2009 at 12:22 pmaku tak dapat sepohsen pun buat ni..semuanya sebab ko kawan kami semua…
wasalam
Ya, samalah kita. Kami pun tiada minta apa-apa dalam berjuang ini. Tidak pernah kami kenakan bayaran apa-apa dalam perjuangan ini. Nak dengar atau tidak itu hak masing-masing. Malah nak komen kat blog ini pun kami tak kenakan apa-apa bayaran.
Nak kutuk-kutuklah. Apa kami kisah. Sebab kami cari ada tak insan-insan yang boleh bagi pandangan secara berhikmah. Sekarang ini susah nak jumpa jenis yang berani berkata berdasar apa yang dilakukan. Yang ramainya jenis cakap tak serupa bikin.
Sebab itu Allah ilhamkan kami berikan pilihan. Kalau nak berjuang sama, kami terima dengan hati terbuka. Jika tak nak pun, kami terima dengan tangan terbuka. Tapi kalau sampai permainkan perasaan orang atau mengkhianati janji, kami balas sesuai dengan apa kami terima. Itu sahaja.
Sebenarnya matlamat kami berjuang untuk ajak manusia berfikir supaya merasakan diri tiada perantaraan dengan Allah. Dengan kata lain matlamat kami nak ajak manusia mentauhidkan Allah. Kami bukan nak paksa saudara terima apa yang kami sampaikan pun. Nak terima atau tidak, itu hak masing-masing sebab Allah-lah sebaik-baik menentu golongan yang benar dan golongan yang salah. Kita sama-sama berusaha mencariNya.
January 10th, 2009 at 12:57 pmaku cam x percaya ko leh buat kwn aku percaya psl ko nk men2 kawen 2 ats dasar perjuangan.
February 27th, 2009 at 11:50 pm1st time aku jmpa ko 4 years ago, aku dh rs semacm…tp aku syp jer, kesian ngn kawan aku yang mencintai dan mentaati seseorg yg bergelar suami. menggunakan gelaran tersebut sbgai tiket untk merapu meraban cam ko buat skrg…i was thinking, maybe badi lelaki neg 9 yg dalam sejarahnya ditidakkan kekuatan dan keutamaan, menjadikan perempuan sebagai ketua dengan segala keistimewaan menjadikan ko seperti sekarang..keinginan untuk memijak2 kaum perempuan secara sedar atau tidak sedang giat diusahakan ..atas dasar panji itam
Terpulanglah anda nak kata apa-apa pun sebab anda bukannya tahu hakikat yang sebenar berlaku dalam hidup aku. Dan jika anda berkata untuk membenci sesama manusia, hakikatnya kebencian itu tertanam dalam hati anda sendiri, dan aku tidak rugi apa-apa pun.
Manusia boleh mengutuk dan membenci orang lain berdasar penilaian zahirnya, sedangkan banyak rahsia tersembunyi dia tidak tahu. Tidakkah manusia ada rasa malu pada dirinya sendiri kerana hendak menghukum orang lain, padahal dirinya sendiri penuh penyakit?
Dan Allah Maha Mengetahui apa yang aku lakukan. Dan Allah Maha Melihat sama ada niat berpoligami itu hadir sebelum aku berjuang atau selepas aku berjuang (setelah nampak kebaikan poligami yang pernah dilakukan oleh para rasul terdahulu).
Ada bezanya kata-kata dan perbuatan manusia yang berpoligami atas dasar nafsu dengan atas dasar kebenaran. Sebab nafsu akan menyebabkan manusia hilang kesabaran, sedangkan kebenaran akan membawa manusia itu tetap bersabar biarpun dikhianati.
Lelaki negeri 9 pun makhluk Allah juga yang ada akal dan nafsu. Tidak pernah terjadi Allah tetapkan keupayaan akal manusia itu mengikut di negeri mana dia dilahirkan. Hanya manusia yang ada penyakit berbangga diri itu sahaja memandang hina manusia lain yang tidak seperti dirinya.
Tiada guna nak mengutuk orang kerana hanya menambah penyakit berbangga diri. Bukankah iblis dilaknati Allah kerana penyakit yang sama juga?
February 28th, 2009 at 12:14 pmJanganlah kamu membenci seorang lelaki yang berusaha untuk membenarkan ajaran rasul-rasul terdahulu yang berpoligami. Menidakkan poligami bererti menolak sesuatu yang benar yang dilakukan oleh para rasul terdahulu. Sedangkan di sisi Allah, ia adalah sesuatu yang halal dan tidak bertentangan sama sekali dengan syara’
February 28th, 2009 at 7:10 pmApakah manusia itu hipokrit dalam beragama? Mereka kata mereka mengikut Nabi yang dikhabarkan berpoligami dan Quran yang menghalalkan poligami. Tetapi apabila Allah bangkitkan seorang lelaki yang berterus-terang ingin berpoligami, mereka melontarkan tohmahan, tuduhan dan kebencian, sedangkan mereka tidak tahu hakikat sebenarnya.
Sesungguhnya telah datang kebenaran yang menjadi batu ujian kepada kaum yang kononnya kata poligami itu halal, tetapi mereka membencinya.
Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan pendusta dan golongan pengkhinat, biarpun mereka mengaku ikut ajaran Rasul2 terdahulu.
Dan Allah menerima ampun manusia yang mengadakan pembaikan setelah nampak kebenaran.
Jauhilah golongan yang mempermain-mainkan agama serta mempermain-mainkan perasaan manusia. Jika kamu terlupa, sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
March 1st, 2009 at 4:35 pmYa, Allah. Lindungilah perjuangan ini daripada permusuhan sesama manusia, dan jauhilah kami dari golongan yang mempermainkan perjuangan ini agar dapat kami teruskan perjuangan ini dengan ketenangan jiwa yang Engkau janjikan.
March 3rd, 2009 at 5:03 pmSesungguhnya apabila Allah campakkan perasaan cinta yang suci itu ke dalam hati seseorang insan, ia bukannya satu permainan. Jika cinta itu dipermainkan, akan meranalah jasad menanggungnya sehingga tiba waktu dia dikembalikan. Apakah manusia itu tiada hati dan akal untuk memahami tanda-tanda Kekuasaan Allah?
March 6th, 2009 at 7:47 amKenapa para Rasul terdahulu diuji dengan poligami?
Poligami dalam Islam adalah untuk membuktikan kebenaran kata-kata Rasul itu.
Poligami adalah untuk membuktikan kesetiaan cinta seorang lelaki itu kepada isterinya biarpun didatangkan dengan cinta-cinta yang lain. Supaya tidaklah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Cinta bagi lelaki yang beriman kepada Allah umpama mutiara yang berharga yang perlu dimiliki dan dikumpulkan.
Sedangkan cinta bagi lelaki yang tidak beriman kepada Allah adalah seperti tebu. Habis manisnya sepah dibuang.
March 12th, 2009 at 7:48 amSalam,
Sunnah Rasulullah s.a.w. pada 8 tahun pertama selepas terima wahyu, masih beristeri satu.
Dan terus menyampaikan Al-Quran (Islam) dengan isteri cuma satu.
Kalu dah sudah lebih 8 tahun ko menyebarkan Al-Quran (Islam), pastu nak poligami aku setuju.
Seba ko dah ikut sunnah.(dah cukup 8 tahun sebar Islam)
Itu aku sokong 100%, dan pasti ko tak sesat selamanya.
Iskandar
April 14th, 2009 at 11:32 am1) Dalam Quran tidak pernah menetapkan kena tunggu selepas 8 tahun berdakwah baru boleh berpoligami. Malah Quran menggalakkan berpoligami dengan menyuruh lelaki beriman kahwini wanita2 yang disenangi dari 2, 3 atau 4. Namun jika si lelaki itu takut tidak boleh berlaku adil, maka isteri seorang cukuplah.
Oleh kerana lelaki beriman bukannya seorang lelaki yang penakut, takkanlah nak berlaku adil kepada isteri2 pun tak mampu sehingga kena tunggu 8 tahun berdakwah? Apa rasional 8 tahun itu dalam berpoligami?
2) Orang yang beriman adalah orang yang bersegera berbuat kebaikan. Oleh kerana poligami ada kebaikannya dalam melahirkan generasi manusia yang berhati suci dan boleh berlaku adil, sudah pasti mereka akan bersegera untuk berpoligami.
Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh. (Ali ‘Imran: 114)
Hanya orang yang kafir sahaja yang suka menangguh2 berbuat kebaikan. Macamlah mati itu boleh ditangguh2kan.
3) Tiada manusia tahu berapa panjang umurnya. Mengatakan nak berpoligami kena tunggu 8 tahun selepas berdakwah seolah2 manusia itu tahu umurnya panjang dan bila dia akan mati. Jadi menetapkan kena tunggu 8 tahun selepas berdakwah itu adalah alasan yang tak rasional. Renung2kanlah tanda2 Kekuasaan Allah yang mengawal setiap degupan jantung kita.
Jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan Tuhan. Jika Allah izinkan seseorang itu berpoligami selepas 8 hari dari tarikh hari ini, apakah itu suatu yang dilarang dalam Quran?
4) Sunnah adalah ketetapan Allah, bukannya ketetapan manusia. Jadi tidak wujud istilah sunnah Rasulullah dalam Quran. Sunnah Allah ada disebutkan, sebab yang menetapkan sesuatu perkara adalah Allah. Manusia hanya boleh merancang sahaja. Oleh itu, tiada ketetapan Allah hanya membenarkan berpoligami jika cukup 8 tahun berdakwah menegakkan kebenaran Quran.
Wahai orang2 beriman, janganlah kamu menetapkan sesuatu perkara mengikut hawa nafsumu.
5) Fitrah manusia suka mengumpul perhiasan. Sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah. Kerana itu lelaki yang beriman mengumpul wanita solehah sebagai isteri-isterinya (berpoligami).
Harta benda akan luput tetapi cinta suci wanita solehah akal kekal abadi di dalam hati dan sentiasa menemani setelah mati.
April 14th, 2009 at 4:41 pmSalam,
Al-Quran = Ilmunya
Muhammad = Pelaksana Al-Quran
Islam = Hasilnya
Itulah Islam(Al-Quran) yang Kerasma dapat hingga hari ini.
Tapi sekarang Islam dah jatuh.
Cara bangunnya????
Kalu “Pelaksana Al-Quran” ambil masa 8 tahun sampai isteri mati dulu, baru kahwin lain, dalam melaksanakan Al-Quran.
Begitu sunnah Allah pada Muhammad.
Itu yang kita nak ikut. 33:21.
Tak nak tak apa.
Jadi toksah ikut sunnah Allah pada Muhammad.
Ikut hawa nafsu dalam melaksanakan Al-Quran.
Fitrah Allah tak nak ikut. 30:30
Fitrah manusia suka mengumpul perhiasan, itu di ikut.
Agak-agak bersenang-senang ke perlaksanaan dakwah dalam situasi masih ramai tak faham Al-Quran?
Masih sempat ke? nak pasang 2, 3, 4 sebelum ramai faham Al-Quran.
Jika begitu sunnah Allah pada Muhammad, dah tentu dia pasang 2,3,4 awal-awal lagi jika itu sunnah Allah (mahunya Allah) dalam membantu dakwah.
Tahun kedua diangkat jadi Rasul kahwin 2.
Tapi Muhammad, tak buat, mungkin takut kahwin 2 sebab kurang iman kot.
Tahun ketiga diangkat jadi Rasul kahwin 3.
Tapi Muhammad, tak buat, mungkin takut kahwin 3 sebab kurang iman kot.
Dan seterusnya sampai 8 tahun dah terima Al-Quran masih kurang iman, takut berpoligami.
Itu sunnah Allah pada pelaksana Al-Quran yang pertama.
Kalu tak mau ikut contoh dari sunnah Allah tu dan ikut hawa nafsu, silakan.
Al-Quran + Sunnah Allah (cara Muhammad laksana Al-Quran step by step) = Tak Sesat Selamanya
April 16th, 2009 at 11:49 amSalam
Tiada siapa yang boleh menetapkan pada umur berapa dia akan berkahwin. Jadi mengatakan kena ambil masa 8 tahun baru boleh berpoligami sudah melanggar ketetapan bahawa Allah-lah yang menjodohkan manusia. Takkanlah Islam agama yang bertentangan dengan kehendak Allah?
Nabi Muhammad bukan insan pertama menegakkan poligami. Sebelum baginda sudah beramai insan2 yang Allah izinkan menegakkan poligami. Adakah mereka semua dikhabarkan berpoligami selepas 8 tahun berdakwah? Jika dapat dibuktikan semua Nabi berpoligami selepas 8 tahun dan tunggu isteri pertama mati, barulah betul dikatakan Sunnah.
Nabi Muhammad dikhabarkan mula dapat kesedaran untuk berdakwah ketika usia 40 tahun. Saya dapat kesedaran ketika berusia 30 tahun. Kenapa Allah tidak tetapkan untuk sesorang berdakwah, kena tunggu umur 40 tahun? Jadi macam mana boleh wujud ketetapan nak berpoligami kena tunggu 8 tahun selepas berdakwah ni? Cakap tu biarlah rasional.
Golongan beriman beragama kerana Allah, bukan kerana manusia. Rasulullah hanyalah contoh ikutan. Bila waktu Nabi Muhammad dapat berpoligami, bukan datang dari kekuasaan baginda. Itu urusan Allah. Jadi macam mana kita nak kawal bila waktu yang sesuai kita nak berpoligami? Bila sampai seruan berpoligami, berpoligamilah.
Menentang poligami itu setelah datang seruan (manusia itu tahu wajib dia berpoligami), samalah menentang suruhan Allah. Apatah lagi ada manusia mengada2kan ketetapan dusta atas nama “sunnah Rasulullah” untuk menentang poligami seawal dari 8 tahun selepas berdakwah. Sudahlah tidak dibawakan bukti2 yang nyata apa rasional kena tunggu 8 tahun selepas berdakwah?
Sedangkan bila waktu seseorang dijodohkan dan kematian isteri pertama itu adalah dalam kekuasaan Allah, bukannya kuasa Nabi Muhammad. Jadi adalah satu alasan yang tak masuk akal menetapkan sesuatu perkara diluar kekuasaan kita.
Poligami hanya melibatkan pihak suami, isteri dan bakal isteri dan wali. Asalkan mereka ini faham hikmah poligami yang para Rasul dahulu pernah tegakkan (yang Quran sebut), maka bolehlah berpoligami. Takkan nak tunggu satu Malaysia fahami Quran, baru boleh berpoligami?
Suruhan Quran hanya pada orang yang sanggup memikulnya sahaja. Bila pihak2 terbabit sudah sanggup nak pikul amanah Allah, maka Allah izinkanlah berpoligami. Kenapa nak tunggu situasi ramai orang lain fahami Quran?
Setiap orang jalan hidupnya berlainan. Sebab itu tidak dikhabarkan Nabi Ibrahim berpoligami selepas 8 tahun dan selepas kematian isteri pertama. Begitu juga dengan Rasul2 yang lain.
Janganlah sempitkan fikiran itu hanya lihat Islam itu menurut jalan hidup Nabi Muhammad. Kalau semua nak tiru membuta-tuli Nabi Muhammad, kena tak cakap nak poligami kena berbangsa Arab, tahu cakap Arab sebab Nabi Muhammad itu seorang Arab.
Manusia itu kalau dengki, alasan2nya memang jadi tak masuk akal.
Ya, kita melaksanakan Quran step by step. Dan Allah yang tahu seseorang lelaki itu sudah layak berpoligami atau belum. Dan Allah tidak pernah menetapkan nak berpoligami kena tunggu 8 tahun. Dalam Quran hanya sebut, nak berpoligami kena berlaku adil. Jika dari segi penilaian Allah, si lelaki itu sudah mampu berlaku adil, sebelum 8 tahun pun Allah akan izinkan.
Itulah ajaran Quran dan Sunnah. Mengatakan kena tunggu 8 tahun untuk berpoligami sedangkan Quran tidak menetapkan sudah menunjukkan seseorang itu menokok tambah hukum dalam Quran. Janganlah nak mendustai Quran, semata2 kerana dengki melihat seseorang yang sanggup memikul amanah Allah.
Anyway, kalau nak mengatakan dusta terhadap Quran dan Sunnah, teruskanlah. Masing2 yang akan tanggung akibat perbuatan masing2.

April 16th, 2009 at 6:26 pmsalam iskandar..
dah tak payah komen. takde gune. aku kenal dia ni…
dia rasa dia bijak dari rasullullah (baca komen panji hitam 81), masya4JJI.. semoga kamu bertaubat la karesma. nak kawin sampai 4 kawin la, tapi jgn nak putar belikan ajaran islam. isle molek doh. lengkap. cuma ore hok nok mengamalkan isle tu jah. terpesong macam hang ni tau dak???? takyah lah kate islam sekarang jauh terpesong. bukan islam yang terpesong, tapi orang yang nak mengamal islam tu buat ajaran islam terpesong. macam hang ni ler!!
semoga dapat la kawin ngn gadis gadis idaman. jgn cari bini ore doh la. muahahahah
May 11th, 2009 at 4:46 pmsalam, karesma kawen ajelah buat aper ko nak bertikam lidah dalam ni, buang masa ekau jo…lagi byk ko tulih lagi byk membuka keburukan diri…ese sokong ekau kawen tak payah kobar dlm ni, ko nak kawen ko dia org nak kawen sebonarnyo….atau ko suko2 nak tulis dlm kasi org ponat membaco…..ponat se membaco ese sokong ko kawen sampai ompek…besok ekau kawen yo….bye…
May 11th, 2009 at 11:41 pmSalam Borhan,
Anda boleh lihat siapa yang datang sini nak bertikam lidah. Buka mata luas-luas. Guna akal untuk berfikir.
Aku hanya menjawab apa yang orang tanya. Bukan aku yang mulakan pertikaman tersebut.
Kita hidup berdemokrasi. Terpulanglah aku nak tulis apa pun. Ada aku fitnah ko tak?
Ko nak baca atau tak baca tulisan aku tu, bukan urusan aku. Takkan aku tulis macam tu pun nak rasa dengki? Bukannya blog ni guna guna duit ko nak bayar yuran tahunannya sampai ko tak boleh nak berlapang dada dengan tulisan orang lain?
Macam mana dikatakan Islam tetapi dalam hati ada penyakit dengki?
Pada aku, melihat cara penulisan orang yang kononnya mengaku Islam molek tu pun dah tahu sebab apa Allah jadikan umat Islam sekarang menerima nasib malang. Cakap tanpa hujah yang boleh difikirkan, tetapi lebih nak kondem orang. Itulah hasil atas nama ajaran “Islam” yang molek mereka katakan itu. Buat malu nama Islam aje.

May 12th, 2009 at 12:24 pmpaneh-paneh… heheheh
August 14th, 2009 at 9:34 amadoi…pe hal lak paneh-paneh ni?
malam ni sejuk jer…hehehe..
Panjannya hikayat…
August 17th, 2009 at 2:08 am