Bicara Anak Kecil…
Salam untuk semua…
Nampaknya dalam minggu ni aku tak dapat nak memulis sangat kat blog ni…Tq untuk Kerasma yang sentiasa ada untuk memeriahkan blog ini…
Aku baru dapat anak buah baru. adik bongsu yang dok dekat dengan umah aku ni dah selamat bersalin hari Sabtu lepas. Dia alami sedikit kesukaran untuk duduk dan menguruskan diri. Jadi dia minta tolong aku jagakan dia dan baby sepanjang minggu ni sebelum cuti raya menjelma. Lepas raya dia dah boleh balik Kelantan dah…
Ma pun ada datang. Seronok la dia ada ma masa pantang
Tapi khidmat aku masih diperlukan untuk mandikan baby. Sebab ma kata, dia dah kekok nak pegang baby kecil baru bersalin ni. Aku tak kisah jer. Lagipun suamiku pun izinkan aku pergi sana setiap pagi dan balik umah sebelum dia balik kerja. Apa-apa pun sebelum ke sana aku kena pastikan rumah sudah berkemas macam biasa dan tersusun seperti sebelum ini.
Tq abang kerana memahami.
Anak-anak aku pun seronok jer sepanjang kat rumah adik aku tu…Apa taknya, belakang rumah dia ada construction. Ada kren, buldozer yang diorang panggil penggeruk, stemroll dan macam-macam jenis kenderaan berat yang sememangnya tak memboringkan Oya dan Oyie. Then diceriakan lagi dengan kehadiran komuter, ERL dan keretapi yang memang landasannya di belakang rumah adik aku ni…Ha, ada satu lagi, ditambah pula dengan cd Spongebop kegemaran Oya dan Oyie.
Semalam Oyie bercerita lagi tentang mimpi dia. Kali ini mimpi yang seakan sama tapi jalan cerita sajer berlainan. Dah banyak kali Oyie mimpikan aku kempali ke Rahmatullah.Di akhir ceritanya pasti diselitkan dengan “Ibu jangan mati yer, saper nak jaga Abang Yie dan Oya, saper nak buat susu…bla..bla…Kalau ibu mati Abang Yie pun nak mati dengan ibulah…”
Ayat terakhir tu buat aku pilu sangat. Bila aku dan husband terangkan padanya hakikat sebenar kematian, nampaknya dia dah semakin faham. Kalau dulu, kalau aku sebut pasal mati, mesti dia nangis sampai tersedu-sedu. Tapi sekarang dah ok dah. Seringkali aku ingatkan dia, kalau ibu mati, abah akan carikan ibu baru untuk Abang Yie. Dengan selamba dia jawab…
“Ibu baru tu sama macam ibu yang ini la…Abang Yie nak ibu yang ini dan ibu yang lain. Ibu yang ini jangan mati. Kalau mati, abang Yie nak ikut mati sama.”
Aduh…terpukau aku dengan bicara seorang anak kecil yang berumur baru masuk 4 tahun itu. Al-hamdulillah. Allah berikan kebijaksanaan untuk anak-anakku. Syukur sangat.
Ops…dah pukul 8.00 pagi dah. Idea masih banyak ni. Laksana hujan yang mencurah-curah. Tapi aku kena bersiap untuk ke rumah adik aku. Kejap lagi adik ipar aku sampai la…
Ok, Insya Allah panjang umur aku menulis lagi…
Viewed 696 times by 234 viewers

























Posted
on
Thursday, December 4th, 2008 at 8:03 am under

