07 Dec

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari ini aku dan family akan balik ke Kelantan. Bawa ma sama…Abang Yie bukan main seronok lagi nak balik kampung Jad. Dia panggil nenek dia Jad. Dia sedikit musykil bila aku kata kita nak bawa Jad balik kampung Jad. Bijak anak aku tu, anugerah Allah yang paling bermakna dalam hidup ini.

Agak lama gak aku tak menulis panjang kat blog ini. Banyak masa aku luangkan kat rumah adik aku. Bantu dia yang sedang dalam pantang.  Anak 1st, banyak yang dia tak tahu dan kena belajar. lagipun adik bongsu ni, manja dia lebih sikit… :)

Sebelum balik, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua yang melayari blog ini. Maaf andai ada tersalah dan terkasar bahasa selama kita saling kenal dang singgah di alam maya ini.

Untuk Lela, minta maaf banyak-banyak, semalam dia nak buat payment tapi aku tak sempat nak sendkan info untuk dia. Tapi aku tak sempat. Lagipun masa tu aku kat umah adik aku.

“Tak per lambat sikit pun Lela,  Insya Allah…”

Ok la, aku nak prepare bekal sikit. Ma aku kalau tak makan pagi, dia kena gastrik. Masuk angin. Masak simple jer. Buat ayam goreng, ikan kicap dan sayur. Dah la. Lagi pun lauk dah ada tu…kalau tinggal, sayang la pulak. Sebab agak lama gak balik kampung ni. Khamis baru datang. Jumaat dan Sabtu husband aku keje…Tapi Sabtu mungkin dia cuti sebab ada kenduri menyambut menantu belah adik ipar baru dia tu.

Ok, nak solat Subuh dan mula masak. Pukul 9.00 pagi dah nak gerak dah…Insya Allah panjang umur, kita jumpa lagi. Salam sayang untuk semua…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 1322 times by 460 viewers

Leave a Reply