Mudahnya Kau Melupakan…
Tanggal 11 Januari 2009, engkau mengadu padaku perutmu rasa sakit. Sakit seperti rasa hendak bersalin, katamu. “Apakah bayi dalam kandungan itu hendak keluar walaupun baru berusia tujuh bulan dalam kandungan?”, kata hatiku pula.
Selepas kita makan tengahari, sakitmu itu mula semakin kuat. Kasihan aku melihat dirimu. Namun apakan daya, aku tidak mampu menanggung rasamu itu untuk diringankan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kita mula bersiap-siap untuk ke hospital.
Di hospital, kita diuji olehNya untuk menentukan tahap kesabaran kita. Kebetulan pula ramai ibu-ibu datang untuk melahirkan anak. Berpusu-pusu datang silih berganti sehingga engkau agak lambat diperiksa. Dan pada waktu itu hanya kelihatan doktor lelaki. Namun Allah tetap bersama kita, dia datangkan doktor wanita untuk memeriksamu bagaikan Dia mendengar doaku agar engkau diperiksa orang golongan sejenis denganmu. Mungkin sebab itulah Allah sibukkan doktor-doktor lelaki itu sehingga mereka tidak sempat untuk memeriksamu.
Hampir pukul 10 malam, aku dipanggil masuk orang nurse kerana doktor ingin berbincang sesuatu selepas mereka memeriksamu. Doktor memberitahu yang bayi dalam kandunganmu itu sudah mahu lahir ke dunia. Namun doktor memberitahu risiko jika terpaksa bayi itu terpaksa dilahirkan pada malam itu juga. Ini kerana peralatan untuk bayi yang tidak cukup bulan di hospital itu telah dipenuhi kerana ramai ibu-ibu bersalin pada hari itu. Dan doktor juga suspek, yang menyebabkan bayi itu keluar awal sebelum tempohnya mungkin kerana jangkitan kuman dan ada kemungkinan peluang engkau dan bayi kita itu untuk selamat adalah 50-50.
Mendengar informasi dari doktor itu, aku hanya boleh berdoa dan pasrah sahaja. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana jika engkau pergi menyahut panggilanNya. Walau bagaimana pun, doktor pakar itu memberi harapan untuk cuba menahan kelahiran bayi itu untuk seberapa lama yang boleh.
Dengan teknologi moden dan ilmu sains perubatan yang telah Allah turunkan kepada manusia, sakitmu itu berkurangan dan bayi kita tidak aktif untuk keluar awal selepas dimasukkan ubat. Keesokan harinya, engkau dimasukkan ke wad bersalin walaupun tak jadi bersalin. Lega hatiku mendengarnya, sekurang-kurangnya ada masa untuk para doktor dan nurse membuat apa-apa persiapan yang boleh untuk bayi kita itu.
Aku terpaksa bercuti untuk menjaga dua orang lagi cahaya mata kita itu sementara engkau terpaksa berada di hospital. Semua dugaan itu kita harungi bersama dengan bergantung terus kepadaNya. Tiada “orang muktabar” itu yang menjadi perantaraan kita denganNya.
Kemudian pada awal pagi ketika aku dalam terlena bersama anak-anak kita, engkau menelefon untuk beritahu yang bayi dalam rahimmu itu sudah mahu keluar. Aku bergegas bersama-sama anak-anak yang masih mengantuk untuk pergi menemanimu. Selepas meninggalkan mereka di rumah abangmu, aku melihat suasana pagi yang tenang di dewan bersalin itu. Tiada seorang pesakit pun datang untuk melahirkan anak. Memang Allah sedia semua itu untuk memudahkan engkau dan bayi kita itu dilayan sepenuh perhatian. Betapa Pemurah dan PenyayangNya Tuhan, biarpun kita tidak bergantung pada “orang muktabar” itu, tetapi pertolonganNya tidak putus-putus.
Itulah pengalaman kita mendapat anak pra-matang (baby prem kata doktor-doktor di sana). Bermulalah kita mengenal bagaimana perjuangan seorang insan biarpun lahir dalam kekurangan berbanding bayi-bayi biasa. Kita harunginya bersama untuk berulang-alik ke hospital menjenguk bayi yang perlu dijaga di wad NICU. Dan bukan “orang muktabar” itu yang membantu dan menyumbangkan teknologi untuk memastikan pembesaran bayi kita itu dengan selamat. Sebaliknya teknologi itu diciptakan oleh bangsa yang engkau pandang hina (sebab tidak sama amalan seperti “orang muktabar” itu kata).
Teringat selepas waktu yang sesuai untuk Adam keluar daripada “hotel” kecilnya itu, engkau agak tidak yakin untuk menjaganya. Selepas beberapa hari di rumah, Adam terpaksa kembali ke NICU untuk tinggal beberapa hari di sana kerana bayi itu mula kebiruan akibat tersedak susu. Siapa “orang muktabar” itu untuk menjaga kita? Tidak, Allah-lah yang Memelihara kita.
Beberapa bulan selepas itu, Adam dikesan kekurangan zat besi. Kesian mukanya naik ruam-ruam kecil. Mulanya kita ingatkan ruam-ruam biasa. Namun apabila engkau mengesan pada jarinya ada kesan kehitaman dan dia sentiasa menangis, kita kembali bawa bayi comel itu ke hospital. Dengan beberapa pertolonganNya yang tidak disangka-sangka untuk memudahkan proses pemeriksaan doktor, Adam kemudiannya diberitahu terpaksa ditahan di wad. Oleh kerana pada waktu itu usianya sudah tidak layak tinggal di NICU, maka engkau perlu menemaninya di wad kanak-kanak. Dan aku terpaksa mengambil cuti tanpa gaji demi menunaikan tanggungjawabku padamu dan anak-anak. Tidak mengapalah dipotong gaji, kerana rezeki Allah yang beri, bukan “orang muktabar” itu yang beri.
Aku minta engkau duduk di wad yang selesa demi memudahkan engkau memberi tumpuan kepada Adam. Sambil itu, setiap kali menjenguk engkau bersama Oyi dan Oya, dapat juga mereka bermain-main di bilik air itu sebab bilik wad itu hanya untuk engkau dan Adam. Tidak mengapalah bayar mahal pun, asalkan engkau dan Adam selesa. Allah Yang beri rezeki itu semua tanpa perantaraan “orang muktabar”. Dan Allah tetap menolong kita biarpun kita beramal mengikut apa yang Allah beritahu (bukan ikut cakap “orang muktabar” itu).
Semua dugaan-dugaan itu kita tempuhi bersama demi cinta kita semai selama ini. Demi tanggungjawab yang Allah telah letakkan di bahu kita sebagai suami dan isteri serta ibubapa kepada anak-anak kita. Ketika itu hidup kita hanya bergantung kepada Allah semata-mata. Ketika susah itu, tiada “orang muktabar” itu jadi perantara kita dengan Allah. Kita bergantung terus kepadaNya. Dan Dia sentiasa menolong kita. Hubungan kita denganNya suci tanpa sekutu.
Kemudian ingatkah engkau semasa kita hendak balik dari hospital selepas pemeriksaan ultra-sound untuk Adam? Allah tunjukkan keadaan yang sama seperti beg duitmu tercicir dahulu? Dan kali ini Dia menyelamatkan begmu itu daripada tercicir melalui pertolongan yang tidak disangka-sangka. Semua itu adalah nikmat-nikmat Allah beri terus tanpa perantaraan “orang muktabar” itu.
Namun, setelah engkau merasa keselesaan hidup (Adam mula membesar dengan sempurna), engkau mula ragu-ragu padaku. Biarpun Allah tetap bersama membantu kita berjuang membesarkan Adam tanpa amalan “orang muktabar” itu, engkau sudah tidak percaya kepada nikmat-nikmat pernah Allah berikan dahulu. Engkau mula meninggalkan tanggungjawabmu kepadaku semata-mata kerana taksub pada “orang muktabar” itu. Bila aku tanya mana ayat-ayat Allah yang mengizinkan engkau tinggalkan tanggungjawabmu itu, engkau tidak mampu berikan bukti. Sebaliknya engkau guna nama “orang muktabar” itu sahaja.
Engkau mula menilaiku pada pandangan zahir sahaja. Engkau tidak menilai sifat-sifatku lagi. Apakah engkau lebih mementingkan perhiasan (bentuk lahiriah) daripada sifat Islam sebenar? Apakah engkau hanya nak berbangga dengan amalan turun-temurun untuk merasakan dirimu kaum yang mulia dan memandang hina kaum-kaum lain yang tidak sama amalan dengan “orang muktabar” itu? Bagaimana engkau menilai? Apakah sudah tiada lagi sabarmu untuk bersama orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang yang bergantung diri kepadaNya semata-mata tanpa perantaraan “orang muktabar” itu?
Lupakah engkau, siapakah yang membantu kita dalam susah-payah kita membina keluarga kita selama ini? Di mana rasa keyakinanmu kepada Allah semata-mata bila diuji kerana amalanku tidak sama dengan “orang muktabar” itu? Apakah mereka itu yang membantu kita dalam cabaran membesarkan Adam? Apakah mereka yang mencipta teknologi membantu bayi pra-matang? Apakah mereka itu yang mengetahui ilmu sains perubatan untuk membantu Adam ketika tidak cukup zat besi? Mudahnya engkau melupakan…
18:28. Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
Viewed 4520 times by 1195 viewers

























Posted
on
Saturday, December 5th, 2009 at 7:56 pm under


Janganlah kamu mendengki atau tidak senang dengan hamba Allah yang ingin mencari kebenaran dan memilih yang terbaik untuk dirinya sendiri.
Janganlah kamu sengaja mengambil tindakan untuk menyusahkan orang yang mencari kebenaran dan memilih yang terbaik untuk dirinya sendiri, kerana Allah melihat manusia apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.
Allah mengetahui segala tindak-tanduk manusia itu berdasarkan niat di hati.
Jika manusia itu sengaja mengambil tindakan untuk menyusahkan orang yang mencari kebenaran, apakah itu tindakan yang benar?
Jangan nak salahkan Allah pula mengatakan tindakan kerana hasad dengki itu adalah takdir Allah.
Seperti kisah dalam Al Quran di mana penghuni neraka menyalahkan takdir Allah yang menjadikan mereka masuk neraka, walhal mereka masuk neraka kerana ketika di dunia mereka dengki kepada orang-orang yang mencari kebenaran dan mengikut yang paling baik.
December 7th, 2009 at 11:28 am26:75. Berkata (Ibrahim), “Dan, adakah kamu memikirkan apa yang kamu sembah,
26:76. Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
Sering terjadi kepada kaum-kaum terdahulu, apabila mereka jadikan amalan sembahan secara ritual, kemudian datang seseorang bertanya tentang amalan mereka itu, pasti mereka akan marah.
Jika mereka orang yang benar, kenapa perlu marah bila ditanya amalan mereka? Dan kenapa pula mereka tidak boleh terima orang lain nak buat amalan yang terbaik untuk dirinya sendiri?
Tindakan-tindakan yang mereka ambil kerana tidak berpuas hati apabila amalan ritual dipersoalkan menunjukkan mereka tahu selama ini mereka buat amalan secara menurut sahaja dan dalam hati mereka ada rasa dengki terhadap amalan orang lain.
Bukankah sia-sia sahaja hidup dengan hati yang berpenyakit? Sudah pasti amalan-amalan mereka selama ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada jiwa mereka sendiri.
December 8th, 2009 at 8:29 amTuhan manakah yang patut ditakuti?
Pencipta alam inikah (yang mencipta sesuatu secara logik) atau “orang muktabar” yang tidak tahu mencipta sesuatu apa pun, malah mereka sendiri diciptakan?
Janganlah menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
December 8th, 2009 at 1:49 pm55:29. Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
55:30. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
55:31. Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.
55:32. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada Penciptanya. Tetapi kenapa “orang muktabar” itu juga yang kamu sembah?
Bukankah mereka juga lemah? Apabila mereka diserang penyakit jantung, apakah amalan ritual yang mereka ajar itu yang menolong mereka, atau amalan bangsa lain yang rajin belajar dan mengkaji sehingga mampu mencipta penawar sakit jantung itu yang menolong mereka?
Jadi, kenapa tidak sembah Pencipta alam ini yang memberi ilmu pengetahuan kepada manusia-manusia yang rajin berusaha ke arah jalan memiliki ilmu?
Kenapa “orang muktabar” yang tidak mampu memberi manfaat kepadamu itu yang kamu sembah?
December 9th, 2009 at 8:03 amorang pertama yang masuk neraka tu adalah orang orang yang tak sempurna solatnya 5 kali sehari..
December 14th, 2009 at 2:12 pm107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
December 15th, 2009 at 6:32 am107:5. orang-orang yang lalai dari solatnya,
107:6. orang-orang yang berbuat riya’,
107:7. dan enggan memberi sesuatu yang bermanfaat.
Perumpamaan solat itu seperti makan. Allah tidak pernah menetapkan berapa kali manusia kena makan dalam sehari dan nak makan guna cara apa.
Tujuan makan adalah untuk membekalkan tenaga kepada jasmani. As long manusia itu makan makanan yang tidak memudaratkan atau tidak makan berlebihan, semua cara atau kaedah makan itu selari dengan peraturan alam.
Tujuan solat adalah untuk membekalkan tenaga kepada rohani. Ia adalah santapan jiwa. Oleh itu, janganlah bersolat sampai jadi seorang yang riya’ (kotor jiwa) kerana itu hanya mendatangkan kesan mudarat (kecelakaan).
Tiada ketetapan Allah dalam kaedah atau cara untuk santapan jiwa itu. As long kita lakukan santap jiwa sehingga menjadi insan-insan yang mematuhi peraturan alam yang Pencipta kita telah tetapkan, itulah orang yang diterima solatnya (solat yang memberi manfaat kepada jiwa).
December 15th, 2009 at 9:04 amKita tidak pernah jumpa manusia berpecah-belah atau berpuak-puak kerana berbeza cara makannya. Tidak kira yang makan pakai tangan, sudu, garpu, pisau atau chopstik, manusia tidak kisah.
Tetapi ada sejenis makhluk yang pantang bila ada perbezaan cara solat dengan cara mereka tetapkan walhal tiada peraturan alam yang menetapkan cara solat kena macam mereka sahaja? Macam mana tahap mentaliti mereka jadi rendah seperti itu?
December 15th, 2009 at 1:08 pmhmmm, solat itu adalah kewajipan yang telah ditetapkan sebanyak 5 kali. ni adalah ibadat teristimewa sekali kerana perintah mengejarkan solat disampaikan terus kepada nabi. so takyah nak pandai pandai pikir logic sendiri. mana ade same ngn makan..
jangn memperkecilkan solat. kalau tak cukup 5 kali buat la ibadat lain pun, tunggang langgang confirm tak lepas.. jadi jgn pandang rendah pasal solat.
kalau solat tak cukup, takyh cakp pasal berjuang, sebab anda tak layak jadi orang islam. sebab solat tu rukun islam. maknanya tak solat bukan orang islam!! tu konsep asas.
jgn terlalu gune logic, nanti jadi gile!!
December 15th, 2009 at 3:59 pmberikut merupakan rukun islam..
1) mengucap 2 kalimah syahadah
2) solat 5 kali sehari semalam
3) berpuasa di bulan ramadan
4) mengeluarkan zakat
5) menunaikan haji bagi orang yang mampu.
ni rukun..
December 15th, 2009 at 4:25 pmape maksud rukun?? rukun adalah benda2 asas.
kalau tak cukup rukun, tak cukup sifat tak leh jadi.
tu jelas rukun nak jadi orang islam..
kalau tak buat, bukan orang islam..
dan memang tetap allah perintah 5 kali. 5 kali la.
cuba bagi dalil yang 4JJI tak cakap solat kene 5 kali?
“Tujuan solat adalah untuk membekalkan tenaga kepada rohani”
aku rasa tak berapa tepat huraian kau nih…tak kuat
konsep solat. 4JJI tu tuhan kita. kita ni hamba 4JJI.
konsep hamba. kita kene patuh tuan kita. macam tu la..
dah 4JJI suruh kita solat. tak yah nak pikir logic ke ape ke. solat je la.
maaf la kalau kasar skit bahasa aku nih. tau tak maksud kafir?? kalau translate (kafir = ingkar)
ingkar ape? ingkar perintah 4JJI.
contoh iblis jadi kafir sebab taknak sujud pada adam a.s. sape suruh sujud kat adam?? 4JJl suruh sujud…
dah iblis taknak sujud, so jadi la kafir.
satu lagi, kenapa kita panggil orang yahudi kristian tu orang kafir?? sebab diorang ni ingkar. ingkar ape?? ingkar peraturan 4JJI.so jadi la kafir..
sama jugak 4JJl suruh solat. kalau tak solat kita adalah orang yang ingkar.. ingkar = ape??? lu pikir la sendiri…
December 15th, 2009 at 5:08 pmkate ade akal yang hebat..
” As long kita lakukan santap jiwa sehingga menjadi insan-insan yang mematuhi peraturan alam yang Pencipta kita telah tetapkan”
kau pun cakap mematuhi peraturan alam yang pencipta kita telah tetapkan. sah sah dah. so ape masalah nye lagi ngn solat. kate kaji quran kan? ha. baca suruh israj… tu pasal rukun solat 5 kali sehari semalam.
insaf la kawan… sempurnakan solat. solat tiang agama..semoga dibuka kan pintu hidayah kepada kau..
December 15th, 2009 at 5:31 pmstatment kau:
“Perumpamaan solat itu seperti makan. Allah tidak pernah menetapkan berapa kali manusia kena makan dalam sehari dan nak makan guna cara apa.”
ko baca ayat dibawah. sah sah 4JJI cakap waktu solat tetap. mungkin ko tak abis baca lagi kot..
04 : 103. Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
bertaubat la..
December 15th, 2009 at 6:02 pmni satu lagi dalil ketetapan waktu solat
11. 114. Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada
December 15th, 2009 at 6:11 pmwaktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu
menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu
beringat.
ni lagi satu
17. 78. Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh
December 15th, 2009 at 6:16 pmsesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Sedangkan Keesaan Allah yang tak nampak guna mata kasar pun Al Quran buktikan secara logik, boleh pula ada manusia itu solat itu tidak payah fikir pakai logik. Nampak sangat nak berdusta.
23:91. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,
17:42. Katakanlah: “Jikalau ada tuhan-tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakan, niscaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai ‘Arsy.”
Bayangkanlah, pada asas tauhid pun Al Quran ajar buktikan secara logik, apakah patut ajaran lain tidak guna logik?
Allah yang menetapkan peraturan alam ini secara logik. Jadi, apabila manusia itu menolak logik, samalah seperti mereka menolak Allah. Mereka lebih percaya kepada cakap2 manusia yang tiada bukti hukum alam daripada apa yang Allah tetapkan.
Siapakah yang harus kita sembah?
Allah, Pencipta alam yang menetapkan sesuatu itu ada logiknya, atau manusia yang menetapkan sesuatu tanpa guna logik?
Sedangkan apabila mereka kena sakit jantung pun mereka terpaksa bergantung kepada teknologi perubatan yang diciptakan berdasarkan logik (bukan guna jampi serapah).
Janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tak logik. Insaflah…
December 15th, 2009 at 9:19 pm17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur’an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.
Allah suruh manusia membaca di waktu awal pagi sebab dengan rajin membaca, manusia itu akan kenal hukum-hukum alam untuk dipatuhi.
Sebab itulah manusia yang rajin membaca, Allah kurniakan mereka kepandaian sehingga mampu mencipta pelbagai teknologi yang logik itu.
Tetapi lihatlah segolongan manusia yang pemalas belajar dan buat amalan ritual, apabila mereka sakit jantung, bukan amalan ritual yang diada-adakan itu yang tolong mereka, terpaksa juga mereka tunduk pada teknologi perubatan yang berasaskan logik itu.
Tidakkah itu suatu pemandangan yang memalukan?
Bayangkanlah jika satu dunia ini hidup pemalas mengkaji alam dan menolak logik seperti golongan menurut amalan ritual itu, jika ada salah seorang mereka kena sakit jantung, agak-agak macam mana nasib mereka tanpa teknologi perubatan tercipta?
December 15th, 2009 at 9:26 pm16:48. Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?
Kalau kita perhatikan, biarpun ada manusia tidak mahu patuh kepada peraturan alam yang logik ini, tetapi bayangan jasad mereka tetap mengikut peraturan alam, di mana kecondongan bayang-bayang mereka tetap mengikut di mana kedudukan matahari berada.
Renungkanlah, sedangkan mereka sendiri tidak mampu mengawal kedudukan condong bayang-bayang mereka, apakah kita harus percaya cakap-cakap manusia yang tidak mahu guna logik itu?
Bagaimana mereka boleh menyekutukan Allah dengan menurut sesuatu yang tak logik itu? Sudah hilang akalkah mereka? Sedangkan bayang mereka sendiri pun takut nak tolak logik dan sujud (patuh) kepada peraturan alam milik Allah ini.
December 15th, 2009 at 9:37 pm57:6. Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Kenapa Allah jadikan muka bumi ada 2 ketetapan waktu iaitu siang dan malam?
Sebab bumi berbentuk sfera, di mana ada kawasan yang tidak terlindung daripada cahaya matahari (siang) dan ada kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari (malam). Itulah peraturan alam yang telah Allah tetapkan yang boleh difikirkan secara logik dan dibuktikan secara saintifik.
Tetapi ada manusia buat ketetapan waktu amalan ritualnya kena 5 kali sehari (tidak boleh lebih atau kurang) tanpa bawa apa-apa bukti logik atau saintifik. Macam mana mereka menetapkan sesuatu tanpa bukti dari sisi Allah, kemudian mendakwa itu ajaran Allah? Sedangkan Allah sendiri menetapkan sesuatu ada logiknya yang manusia boleh fikirkan.
Mungkin kerana nak berdusta itulah mereka melarang manusia memikirkan ajaran mereka. Sedangkan Rasulullah disuruh menerangkan manusia ajaran-ajaran yang boleh difikirkan.
16:46 … Dan Kami turunkan kepadamu Peringatan (Al Quran), agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,
Ini menunjukkan signature ajaran seseorang Rasul itu terletak pada kemampuan untuk manusia memikirkannya. Bila ada ajaran yang tidak boleh difikirkan dan disuruh menurut membuta-tuli, berhati-hatilah, kerana itu bukan daripada Allah, Pencipta alam semesta ini.
December 16th, 2009 at 8:09 amAda manusia bawa cerita kononnya Rasulullah naik ke langit, untuk mereka menetapkan waktu solat mereka adalah 5 kali sehari.
Tetapi apakah mereka tidak memikirkan ayat-ayat Al Quran, untuk membuktikan Allah itu Esa pun, Rasulullah tidak pun berkata “sebab ketika aku dinaikkan ke langit, aku nampak Allah itu ada Satu sahaja”.
Baginda tidak diajar bercakap tanpa bukti, sebaliknya Allah suruh buktikan Keesaannya guna logik sahaja.
Kenapa ada sejenis manusia suka berpegang sesuatu yang tiada bukti (sekadar cerita kosong), berbanding sesuatu yang ada bukti dan boleh difikirkan? Apakah mereka mahu merendah-rendahkan martabat agama Allah supaya menjadi seperti ideologi-ideologi penganut yang lain?
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.
December 16th, 2009 at 8:54 amlagi banyak statment ko tulis lagi sesat aku tengok.
ok kalau nak berbahas jgn lari dari tajuk..
kita cakap pasal solat 5 kali sehari.
takyah la pusing pusing..aku tanya ko jawap. baru tak merapu rapu. tak rasa merapu rapu ke?
statment ko
“17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur’an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan”
Aku nak Tanya, ko pakai tafsir mane ni?? Aku check 2 version terjemahan quran ayat 78 surah isyraa ni, mane ade sebut bacaan quran?? Ke ko suke hati tambah ke?? Bagi name tafsir yang ko pakai. Biar aku check..
December 16th, 2009 at 9:03 amAssalamualaikum wahai hamba Allah,
Astaghfirullah, kenapakah solat 5 waktu disamakan dengan ritual sembahan berhala?
Wahai hamba Allah,
Sekiranya dunia ini semua penuh dengan kelojikan,
di manakah lojiknya:
-tongkat Nabi Musa a.s boleh bertukar menjadi ular yang sangat besar?
-tongkat tersebut boleh membelah lautan?
Sila terangkan sebagaimana penerangan anda mengenai ‘manusia yang sakit jantung diselamatkn oleh peralatan teknologi tinggi’
Sekiranya semua benda di dunia ini memerlukan lojik, amat byklah benda di dalam Al-Quran yg x dpt diterangkn hanya menggunakan lojik akal.
tongkat bertukar ular -
December 16th, 2009 at 9:21 amdengan menggunakan lojik akal (sebenarnya nabi Musa sedang membuat magik & dia menyembunyikan ular besar tu di bawah bajunya?)
jang,
aku ada sorang kawan,
dia tak semayang, bila dia tak semayang, langsung dia lupa baca quran.
dia minum arak, main pompuan..main judi..
senario 1:
bila aku tanya dia..apsal ko macam ni..
dia kata: ‘aku minum arak tak mabuk, so apa ada hal. aku baca tafsir quran cakap jangan minum setitik arak, aku minum banyak gelas..apa ada hal..by logic,kalu tak mabuk tak salah. doktor pakai alcohol sapu kat tangan tak salah pun. by logic, memang bolehlah alcohol selagi tak mabuk!’
senario 2:
aku tanya lagi..apsal ko main judi?
dia jawab ‘dalam quran cakap jangan judi, tapi dia tak terangkan pun beli nombor tu salah..aku usaha jugak. kuar duit, pegi kedai ekor, beli surat kabar nak check result..by logic, kalau usaha tak salah!biar beli nombor ekor pun..’
senario 3:
aku tanya lagi..apsal ko main pompuan..
dia jawab ‘alah, suka sama suka.dalam quran cakap jangan berzina, tapi tu dulu.sekarang dah ada kondom,ubat pun dah banyak..by logik..kalau dah suka, lantak la anak bini. kalau tuhan marah kompem dia panah petir aku..ni aku ok jer!!’
ni dia yang jawab–bukan aku..
aku rasa..kalau kita ni ikut logic..memang ko akan jawab sesuatu yang menangkan diri kau. tapi jawapan ko tu akan merapu rapula..sebab nak menang punye pasal..
tapi, cuba kita duduk diam sekejap, pikir balik, ko baca tafsir quran, tapi berapa muka surat Al-Quran tu ko baca setiap hari dengan betul tajwidnya (bahasa arab, banyak sebutan seakan-akan, tu pasal tajwid kene betul). berapa minit sehari ko betul betul tunduk dan tawaduk kat Allah. betul betul ko rendahkan diri ko selaku hambaNya?
ko cuba tafsir Al-Quran, tapi dari mana datangnya tafsir itu, bukan dari seorang guru agama jugak?
ko cuba tafsir lagi, tapi asmaul husna kalau aku suruh ko tulis,ko tau arab dan maksudnya sekali?)
kite ni kerdil jang..aku tau ko rasa hebat..tapi Allah tu lagi hebat. sekarang bila ko dah tak semayang, ko lupa pada Dia,tapi Dia ingat ko lagi. ko bangun tido boleh bernafas lagi..janganla sampai Dia lupa nanti..
semoga ko sedar. kesian anak bini ko.
OK.wassalam
December 16th, 2009 at 9:54 amAssalamualaikum,
Wahai hamba Allah,
Saya ingin bertanya mengenai sesuatu.
Adakah anda mengkaji Al-Quran berdasarkan:
1. Anda faham, arif, expert & boleh membaca bahasa arab
kuno(faham ayat & bahasa zaman Nabi Muhammad s.a.w.)?
ataupun
2. Tafsir Al-Quran dalam bahasa rumi(bahasa Jawi ke bahasa Melayu)?
Sekiranya jawapan anda ialah pada nombor 1,
maka tidak lojiklah soalan saya ini.
Tetapi sekiranya jawapan anda ialah nombor 2,
maka lojiklah saya menyoal saudara >
Pentafsir Al-Quran adalah manusia biasa sama seperti saya & saudara.
Secara lojiknya, lain pentafsir, lain tafsirannya walaupun maksudnya adalah sama.
Tetapi adakalanya, manusia boleh salah tafsir dengan apa yang di tulis oleh
seseorang.
Mari kita ambil contoh ayat di bawah:
Dalam bahasa Inggeris:
‘I have a pen, my pen is blue’
Kemungkinan tafsiran dalam bahasa melayu:
1. Saya ada pen, pen saya biru
2. Saya ada sebatang pen, pen saya berwarna biru
3. Saya ada pen biru
4. Saya ada pen dan ianya berwarna biru
5. Saya ada pen berwarna biru
6. Saya pen biru
7………banyak lagi…
banyak lagi boleh ditafsirkan daripada ayat bahasa Inggeris diatas.
Saya pasti, pembaca diluar sana boleh memberikan 10 lagi tafsiran
daripada ayat tersebut.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah, sekiranya kita kurang pasti dengan
tafsiran itu, kita sepatutnya berhubung dengan si pentafsir &
bertanya mengenai fi’il & nahu ayat tersebut. Dalam bahasa Inggeris,
grammar, vocab, noun dsbgnya. Untung kita belajar bahasa Inggeris dari kecil, maka tiada masalah untuk mentafsirkan ayat semudah itu.
Tetapi untuk Al-Quran amat bahaya sekiranya kita terima bulat2 tafsiran itu melainkan
kita sendiri sgt faham dengan ayat asal.
Oleh itu, saya cadangkan saudara untuk berjumpa dengan pentafsir Al-Quran yang
sering dibaca oleh saudara.
Untuk mendapatkan penjelasan dalam setiap tafsirannya.
(secara lojiknya, saudara memang perlu berjumpa dengan pembuat/pentafsir asal, bukannya main baca sahaja)
Saya harapkan saudara membalas soalan saya
ini selepas berjumpa dengan ustaz penterjemah Al-Quran.
Sekiranya saudara berkeras hati untuk bergantung pada tafsir itu sahaja,
saya khuatir, saudara akan semakin jauh dari jalan asal.
Bagaimanapun, soalan ini tidak releven sekiranya saudara boleh mentafsir Al-Quran sendiri(dah setaraf dengan aliim ulama jika boleh tafsir Al-Quran). Maaf.
Semoga kita dirahmati Allah. InsyaAllah.
Wsalam.
December 16th, 2009 at 6:41 pmKpd aku_ali:
Yang tuduh orang lain sesat itulah yang sesat sebenarnya. Sebab Allah sahaja yang paling tahu siapa yang dapat petunjuk dan siapa yang sesat. Jadi bila ada manusia itu mengukum orang lain yang tidak sealiran dengannya itu sesat, mereka bagaikan merasa diri mereka setara dengan Allah. Bukankah si Firaun yang merasakan dirinya tuhan?
Cuba saudara lihat perkataan-perkataan Arab ayat 17:18. Jelas ia sebut perkataan “Quran”, bukannya perkataan “solat” pada waktu “fajar” itu. Saudara tidak cross-check dengan tulisan Arabnya sama ke?
Pada pengalaman saya sebelum ini, manusia yang amalan ritualnya dipersoalkan dan dipatahkan secara logik, pasti mula nak hukum sesatlah, merapulah dan dll. Tak boleh mereka nak berhujah secara matang. Patutlah umat dan kaum mereka lemah begitu sekali.
Kalau apa yang saya sampaikan itu tak betul, bawakanlah bukti apa yang betulnya? Kalau setakat cakap “merapu”, semua orang boleh menghukum macam tu. Tak matang langsung bila berbicara.
Macam perangai orang-orang kafir terdahulu. Apabila mereka dengar apa yang rasul-rasul mereka sampaikan berbeza dengan ajaran turun-temurun mereka, terus dihukumnya rasul itu sesat, pendusta, atau tukang sihir. Tetapi apa bukti kata-kata rasul mereka itu tidak betul, tak pula mereka mampu bawakan.
December 16th, 2009 at 6:44 pm“Macam perangai orang-orang kafir terdahulu. Apabila mereka dengar apa yang rasul-rasul mereka sampaikan berbeza dengan ajaran turun-temurun mereka, terus dihukumnya rasul itu sesat, pendusta, atau tukang sihir. Tetapi apa bukti kata-kata rasul mereka itu tidak betul, tak pula mereka mampu bawakan.”
Salam saudara,
Saya agak tertarik dengan ayat saudara di atas.
Secara lojiknya, sesiapa yang membaca ayat itu akan terfikir bahawa,
“saudara percayakan nabi & rasul”
1. Tetapi, mengapakah saudara tidak melakukan ajaran yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
2. Adakah saudara masih percaya dengan kalimah syahadah?
3. Adakah anda masih berpegang dengan ajaran Rasulullah s.a.w. & sunnahnya?
Sebelum itu, sila jawab saya pada post sebelum ini.
Semoga kita dirahmati Allah.
Insya-Allah.
Wsalam.
December 16th, 2009 at 7:10 pmKita lihat, ciri2 ajaran seorang Rasul terletak kepada kelogikan ajarannya. Ada bukti hukum alam. Sebab itulah untuk buktikan Keesaan Allah, baginda sampaikan secara logik, walaupun Allah itu tidak mampu dilihat guna mata kasar.
Jadi, benarkah sesuatu ajaran itu datang daripada Rasulullah jika tidak dibuktikan secara logik?
1) Al Quran ada sebut, janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu, kerana setiap pendengaran dan penglihatan akan ditanya. Jadi, saya bukanlah seorang yang menurut membuta-tuli sesuatu ajaran, kerana Rasulullah tidak akan mengajar di luar konteks logik. Bayangkanlah Allah yang tak nampak itu pun dibuktikan secara logik. Apa lagi ajaran2 yang nampak itu. Oleh itu saya hanya ikut sesuatu yang dibuktikan secara logik (ada peraturan alam membenarkannya). Itu sahaja saya memelihara diri daripada ajaran2 dusta.
2) Dengan berpegang kepada peraturan-peraturan alam ini tanpa taksub kepada ajaran2 tak logik, itulah cara saya mentauhidkan Allah, sebab Allah cipta alam ini ada logik2nya. Nak ucap kalimah syahadah, semua orang boleh ucap. Tetapi nak yakin dengan peraturan alam ini, hanya orang yang menggunakan akal sahaja yang melakukannya. Sebab itulah Al Quran suruh manusia berfikir. Apa tujuan berfikir, kalau bukan untuk mencapai logik?
3) Kalau saya tidak berpegang kepada ajaran Rasulullah, buat apa saya ikut Al Quran yang logik dan ada bukti hukum alam (sunnah) itu yang pernah disampaikan oleh Rasulullah?
December 16th, 2009 at 7:31 pmKpd aku_abu:
Menjawab soalan sebelum saudara itu:
Saya mengkaji Al Quran dalam keadaan no. 2 itu.
Benar, pentafsir tidak terlepas daripada melakukan kesalahan seperti kita. Para ulamak juga tidak maksum daripada kesalahan. Jadi siapa yang tidak mungkin tersalah? Sudah pasti Allah. Oleh itu, bila baca terjemahan Al Quran, carilah logik atau keselarian dengan hukum alam ini kerana alam ini Allah yang cipta. Takkanlah Allah cipta alam dalam keadaan melakukan kesalahan?
Itulah cara saya memastikan kefahaman Al Quran saya selari dengan peraturan-peraturan alam. Itulah cara saya menyembahNya dan tidak menyekutukan Dia dengan sesuatu.
Ada manusia tidak mahu mengkaji Al Quran guna bukti2 saintifik (peraturan alam) sedangkan peraturan alam itu bersifat neutral tanpa menyebelahi sesuatu puak.
Kebanyakan mereka suka terima sesuatu pendapat daripada puak mereka sahaja. Di situ sudah menunjukkan mereka bias (tidak adil).
Jadi, dengan kembali memahami Al Quran menggunakan bukti2 saintifik, kita akan mampu berlaku adil kepada semua manusia.
Mana yang baik daripada bangsa2 lain sekalipun, kita terima, dan mana2 yang buruk daripada bangsa sendiri, kita jauhi. Dengan itu kita tidak lagi jadi golongan yang fanatik atau taksub pada sesuatu pihak. Pandangan mata hati kita melihat semua manusia adalah sama.
Allah sahaja yang tahu perbezaan di antara manusia dengan manusia yang lain. Serahkan urusan itu kepada Allah, barulah tenang jiwa kita.
December 16th, 2009 at 7:42 pmDalam membincangkan sesuatu, kembali kepada pokok pangkal. Rasulullah menyampaikan ajaran untuk mentauhidkan Allah, agar manusia tunduk kepada Pencipta yang Esa.
Jadi, jika untuk membuktikan Keesaan Allah pun, baginda sampaikan ayat-ayat yang logik difikirkan (selari dengan peraturan), sudah pasti semua ajaran baginda yang lain, didasari dengan logik juga, sebab ajaran asas (tauhid) pun sudah logik.
Takkanlah ajaran yang tak logik itu patut diiktiraf sebagai ajaran baginda?
Cuba fikirkan dari perkara2 asas ini dahulu.
December 16th, 2009 at 7:55 pmAssalamualaikum,
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membalas post saya sebelum ini,
“Itulah cara saya memastikan kefahaman Al Quran saya selari dengan peraturan-peraturan alam”
Berdasarkan ayat saudara di atas, secara lojiknya, kefahaman anda adalah TIDAK selari dengan peraturan alam. Cuba fikir perkara asas, Perkara pertama sekali terjadi semasa Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah. Adakah Rasulullah memahami ayat-ayat Al-Quran? Tidak. Sedangkan Rasulullah pun perlukan bantuan Malaikat Jibril semasa mempelajari bahasa Al-Quran.
Saudara hanya perlukan tafsiran biasa rumi untuk mengkaji Al-Quran?(yang mana saudara setuju pentafsir juga mungkin salah)
Hebat! Adakah ini bermaksud saudara mendapat mukjizat dan mampu mengkaji Al-Quran tanpa bantuan sesiapa?
Cuba fikirkan perkara asas ini terlebih dahulu. Secara lojik, sebelum belajar membaca, kita kena hafal ABC & sukukata terlebih dahulu. Tetapi mengapa kita tidak fahami asas Al-Quran sebelum mengkajinya?
Mengapa kita tidak mengkaji asas nahu & fi’il ayat2 Al-Quran terlebih dahulu?
Selagi saudara hanya berbekalkan tafsiran rumi & lojik untuk membalas post disini,
selagi itu saya akan persoalkan saudara, “Perkara asas yang perlu dilakukan….”
Wallahualam.
December 16th, 2009 at 9:46 pmRasulullah perlukan bantuan Jibril untuk memahami Al Quran? Kata-kata saudara itu menunjukkan seolah-olah Rasulullah itu seorang yang lemah dan tiada keupayaan diri. Jika Jibril tak datang beri bantuan, baginda takkan faham. Patutlah orang Melayu suka hidup mengharapkan subsidi kerajaan. Kalau kerajaan tak beri bantuan, mereka tak boleh berusaha sendiri untuk maju.
Cuba kita renungkan mengikut fitrah, manusia nak memahami sesuatu perkara adalah dengan cara berfikir. Sebab itu jika ada 2 orang pelajar yang mendengar ajaran seorang cikgu yang sama, belum tentu kedua2nya akan memahami secara serentak. Bergantung kepada tahap pemikiran pelajar2 itu. Sesiapa yang cerdas mindanya, dia akan cepat faham.
Ingatlah, bukan manusia yang sujud kepada malaikat, tetapi malaikat yang sujud kepada manusia. Apabila manusia itu mengikut peraturan alam yang melayakkan ia mencapai kefahaman (dengan rajin berfikir), barulah malaikat datang bawa cahaya kefahaman itu ke dalam hati. Dengan kata lain, apabila manusia itu sujud kepada Pencipta alam ini, barulah malaikat datang bawa apa yang manusia itu niatkan.
Cuba kita fikirkan, jika Rasulullah hanya sibuk berbual2 di kedai2 kopi, apakah kita ingat Allah akan bagi kefahaman Al Quran yang sebegitu bermutu ayat2nya kepada baginda? Dan cuba lihat kenapa orang Melayu suka melepak di kedai kopi dan kemudian kata susah nak faham Al Quran itu sehingga mereka penakut nak kaji Al Quran? Kalau diri sendiri yang malas, kenapa nak kata susah? Renung dulu penyakit2 dalam hati itu yang menyebabkan hati susah nak faham Al Quran walaupun telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.
Allah telah bantu terjemahkan Al Quran itu pun ramai lagi yang buat alasan malas membaca Al Quran. Memang orang Melayu terkenal dengan budaya malas membaca. Itu kita tidak hairan. Apatah lagi nak baca bahan2 yang memerlukan daya fikir yang tinggi. Berat otak orang Melayu itu nak berfikir.
16:46 … Dan Kami turunkan kepadamu Peringatan (Al Quran), agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,
>> “Hebat! Adakah ini bermaksud saudara mendapat mukjizat dan mampu mengkaji Al-Quran tanpa bantuan sesiapa?”
Bila kita sedar peraturan alam ini menetapkan cara untuk memahami sesuatu perkara adalah dengan berfikir, maka ikutlah peraturan alam itu. Peraturan alam itulah bantuan untuk kita faham pengajaran Al Quran. Jadi, saya mengkaji dengan bantuan Allah yang mencipta alam ini. Allah sudah bagi saya mata, telinga, hati dan akal sebagai tool untuk saya membuat perbandingan di antara ayat2 Al Quran dengan hukum2 alam. Maka mudah saya nampak kebenaran Al Quran secara saintifik. Bila sesuatu itu ada bukti saintifik, ia mudah dipraktikkan dan memberikan kesan.
Dengan mengikut sesuatu yang ada bukti saintifik, kita akan mampu melakukan sesuatu perkara. Cuba buat perbandingan, orang yang nak terbang dengan mencipta kapalterbang mengikut bukti2 saintifik, dengan orang yang nak terbang, tetapi sekadar membaca jampi serapah, yang mana satu Allah mudahkan mereka terbang? Lihatlah, orang Melayu nak pergi haji pun terpaksa guna kapal terbang yang diciptakan menggunakan bukti2 saintifik itu. Mereka tidak boleh terbang ke Mekkah guna segala amalan ritual mereka selama ini. Tidakkah itu satu pemandangan yang memalukan?
Peraturan alam tidak berubah2 sifatnya, sebab itu hukum 1+1=2 tetap benar sampai ke hari ini. Peraturan alam tidak menipu, sebab itu ia boleh difikirkan kelogikannya dan tak bercanggah antara satu sama lain, seperti 1+1=2 dan 2-1=1 tidak bercanggah. Malah peraturan alam itu bersifat neutral tanpa memilih puak, sebab itu semua kaum boleh terima 1+1=2 kerana boleh dibuktikan dgn mengira guna jari dan otak masing2.
Cuba kita renungkan, peraturan alam yang menetapkan sesiapa yang pemalas berfikir akan jadi bodoh, ketetapan alam itu terpakai kepada semua kaum tidak kira mereka mengaku Islam ke tidak. Di sini kita nampak Allah bukan menilai manusia pada akuan mulutnya sahaja. Sifat2 dalam hati itu yang dilihatnya. Sesiapa yang rajin, akan dapatlah balasan sesuai dengan kerajinannya dan sesiapa yang pemalas, akan dapatlah balasan sesuai dengan kemalasannya.
>>”Cuba fikirkan perkara asas ini terlebih dahulu. Secara lojik, sebelum belajar membaca, kita kena hafal ABC & sukukata terlebih dahulu. Tetapi mengapa kita tidak fahami asas Al-Quran sebelum mengkajinya?
Mengapa kita tidak mengkaji asas nahu & fi’il ayat2 Al-Quran terlebih dahulu?”
Cuba saudara fikir, apakah zahir bahasa itu yang penting ke isi kandungan Al Quran itu yang penting? Semasa kita belajar ilmu sains (ilmu mengenal peraturan alam), belajar dalam bahasa Melayu pun kita boleh faham. Malah anak2 Melayu lagi mudah nak faham ilmu sains jika belajar dalam bahasa ibundanya berbanding dalam bahasa Inggeris. Dan orang2 Melayu juga sibuk suruh pembelajaran Sains dan Matematik itu dalam bahasa Melayu. Tetiba untuk Al Quran, mereka tak bagi pakai bahasa Melayu, walhal Al Quran dan Sains itu sama2 datang daripada Allah juga. Nampak tak percanggahan2 dalam perangai kebanyakan orang Melayu hari ini. Patutlah mereka jadi kaum yang berotak lembab. Fitrah dalam diri, mereka malas nak kaji.
Bahasa hanyalah medium untuk membawa maklumat. Yang pentingnya maklumat yang terkandung dalam sesuatu ayat itu.
As long maklumat atau mesej ayat itu mampu difahami dan dilihat buktinya (ada hukum alam) serta boleh dipraktikkan dalam diri, maka kita sudah mengambil pengajaran daripada ayat2 tersebut.
Saya sudah belajar ABC sejak awal persekolahan. Dan Al Quran yang saya baca adalah Al Quran yang ada tulisan Arab dan terjemahan rumi. Kemudian saya lihat isi pengajaran sama atau tidak dengan peraturan alam agar satu memahami Al Quran untuk tunduk kepada peraturan alam (sembah Pencipta alam ini). Dengan cara ini, saya tidak taksub atau bias pada sesuatu puak, kerana saya kembali kepada peraturan alam yang tidak mengenal puak itu.
>>”Selagi saudara hanya berbekalkan tafsiran rumi & lojik untuk membalas post disini, selagi itu saya akan persoalkan saudara, “Perkara asas yang perlu dilakukan….””
Peraturan alam menetapkan, untuk memahami sesuatu perkara, kena guna logik. Sebab itulah Keesaan Allah pun Rasulullah buktikan secara logik. Dan nak nampak kebenaran 1+1=2 juga perlukan logik.
Kemudian, kenapa saya perlu tafsiran rumi? Sebab peraturan alam menetapkan, manusia perlu terjemahkan sesuatu kod yang dia tak faham kepada kod yang dia faham. Bahasa itu seumpama kod-kod untuk manusia berkomunikasi.
Saudara sendiri tidak ikut perkara asas iaitu dalam memahami sesuatu, kena guna logik. Kalau tidak, takkan Keesaan Allah pun baginda buktikan secara logik sahaja.
December 17th, 2009 at 6:11 amSalam wahai hamba Allah,
>>”Bahasa hanyalah medium untuk membawa maklumat. Yang pentingnya maklumat yang terkandungan dalam sesuatu ayat itu.”
Memang betul, secara lojiknya bahasa & tulisan hanyalah medium. Tetapi harus diingati bahawa Al-Quran bukan lah bahasa atau tulisan yang sama seperti bahasa lain.
Untuk mentafsirkan Al-Quran, kita ‘mesti’ faham isi kandungan dengan faham bahasa, tulisan & kandunannya.
Saudara juga setuju bahawa pentafsir Al-Quran juga boleh melakukan kesilapan. Walhal, saudara adalah pentafsir kepada ‘pentafsir’ Al-Quran tersebut.
Sekiranya pentafsir asal membuat kesilapan, saudara
menggandakan lagi kesalahannya.
>>”Kemudian, kenapa saya perlu tafsiran rumi? Sebab peraturan alam menetapkan, manusia perlu terjemahkan sesuatu kod yang dia tak faham kepada kod yang dia faham. Bahasa itu seumpama kod-kod untuk manusia berkomunikasi.”
Contoh yang saudara berikan ialah 1+1=2, ya, betul.
tetapi ia merupakan bahasa matematik. sekiranya kita tafsirkan kod tersebut dalam bahasa melayu,
1. satu tambah satu sama dengan dua
2. satu ditambah dengan satu menjadi dua
3. satu satu sama dua
4. satu seiring dengan satu menajadi dua
5. sekiranya satu ditemani satu, maka menjadi dualah ia
6. satu bersama dengan satu berdua-duaan
7…….byk lagi…
banyak tafsiran yang boleh dibuat kan? malah tafsiran itu boleh menjadi salah sekiranya si pembaca tidak sefahaman dengan si pentafsir.
Untung saudara memahami & menguasai matematik(mengapa saudara enggan menguasai bahasa arab Al-Quran?), maka tafsirannya tidaklah sesusah mana.
Bayangkan orang yang tidak tahu menahu & tidak menguasai mengenai matematik, macamana dia nak percaya ‘kelojikan’ ini?
Mungkin dia boleh mengatakan “satu tambah satu sama dengan sebelas”. Ada lojiknya disitu.
Jadi, untuk saudara memahami Al-Quran, bukankah lojik saudara perlu memahami ayat2 dan kod2 asas Al-Quran terlebih dahulu?
Dan kod2 asas Al-Quran itu ialah,
1. huruf2 jawi(sama seperti nombor2 matematik tadi),
2. sambungan dari huruf ke huruf(tambah tolak bahagi darab)
3. maknanya dalam bahasa arab
4. membaca Al-QUran dengan direct understanding dari ayat2 Al-Quran. bukannya dari tulisan rumi.
ITULAH LOJIK!
Pelajari & mengkaji Al-Quran dengan tafsiran saudara sendiri(faham bahasa arab), Itulah Lojik!
Bukannya menjadi pentafsir kuasa dua (mentafsir ayat rumi yang pada asalnya ditafsir oleh Ustaz)
Saya pasti, saudara tidak berani untuk bertemu dengan Ustaz asal penterjemah Al-Quran itu, kerana saudara khuatir dia akan
merosakkan cara pemikiran saudara. Walhal, kerana pemahaman saudara yang berlainan, menyebabkan saudara kurang yakin dengan Ustaz tersebut dan sangat yakin kepada diri sendiri dalam menterjemah Al-Quran.
Wsalam.
p/s: saya tertarik dengan post yang di buat oleh aku-adi, saya ingin mendengar saudara memberikan penjelasan pada post aku-adi tersebut.
December 17th, 2009 at 7:22 am>>”Untuk mentafsirkan Al-Quran, kita ‘mesti’ faham isi kandungan dengan faham bahasa, tulisan & kandunannya.
Saudara juga setuju bahawa pentafsir Al-Quran juga boleh melakukan kesilapan. Walhal, saudara adalah pentafsir kepada ‘pentafsir’ Al-Quran tersebut.
Sekiranya pentafsir asal membuat kesilapan, saudara
menggandakan lagi kesalahannya.”
Nak faham isi kandungan Al Quran, kita kena guna logik dengan mencari bukti hukum alam. Sama macam kita nak faham 1+1=2, cikgu kita ajar kita guna jari. Bila kita nampak bukti, barulah hati memahami.
Selagi tafsiran atau terjemahan itu diselarikan dengan hukum alam, selagi itulah betul. Macam bila terjemahan itu tulis “was-was itu tersembunyi dalam dada manusia”, memang betul hukum alam menetapkan was-was itu berada dalam dada. Tetapi jika ada penterjemah kata “was-was itu tersembunyi dalam kepala lutut”, barulah terjemahan itu diragui kebenarannya.
Dan kerana penterjemah dan ulamak itu ada risiko berbuat silap, sebab itulah saya kembali belajar Al Quran dengan Allah, dgn cara buat perbandingan apa yang saya baca itu dengan peraturan2 alam ini. Sebab Allah Maha Suci drp kesilapan.
Jadi, di antara Pengatur alam ini dengan manusia yang takleh lari daripada buat silap, siapa yang patut kita patuhi?
>>”banyak tafsiran yang boleh dibuat kan? malah tafsiran itu boleh menjadi salah sekiranya si pembaca tidak sefahaman dengan si pentafsir.”
Memanglah banyak tafsiran boleh dibuat daripada 1+1=2 itu. Tetapi selagi ia boleh dibuktikan ikut hukum alam, selagi itu ia benar.
Kalau dikatakan “satu tambah satu sama dengan lima” dan diterjemahkan kepada bahasa Arab, tetap pernyataan itu tidak benar, kerana isi kandungannya sudah bercanggah dengan peraturan alam kerana tidak boleh dikira guna jari sebagai cara pembuktian. Dan itu menunjukkan bahasa Arab itu sendiri tidak boleh melindungi dirinya daripada menyampaikan ayat-ayat dusta.
Tidakkah kita boleh memikirkan?
>>”Bayangkan orang yang tidak tahu menahu & tidak menguasai mengenai matematik, macamana dia nak percaya ‘kelojikan’ ini? ”
Kalau kita tak tahu sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dgn mentaati peraturan alam ini.
96:5. Dia (Allah) mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Al Quran terang2 sudah sebut yang Allah mengajar manusia. Tetapi ramai tak nampak2 kejelasan Al Quran itu.
Orang yang malas belajar matematik, memanglah mereka tak tahu logik matematik itu. Cuba mereka rajin belajar.
Asasnya pada hati manusia itu sama ada rajin atau malas sahaja.
Sebab itulah biarpun Al Quran sudah diterjemahkan, ada manusia malas nak membaca. Al Quran itu bukannya ajar buat kalkulus atau ajar buat roket yang susah nak difikirkan. Al Quran itu hanya ajar macam mana kita nak menjadi insan yang baik hati dan patuh kepada peraturan alam ini sahaja. Takkan nak bentuk jiwa kita sendiri jadi insan yang baik pun tak tahu? Semuanya nak disuap dengan subsidi ulamak2 itu.
Janganlah nak melemahkan tahap keupayaan diri macam tu sekali. Nak bentuk diri sendiri jadi insan yang baik pun nak kena menurut membuta-tuli. Apa punya manusia tu?
Manusia yang lemah adalah manusia yang tiada keupayaan diri. Sebab itulah orang Melayu kena penyakit suka subsidi. Tanpa subsidi, mereka takleh nak bergerak. Sebab dalam beragama mereka suka disubsidi daripada berfikir sendiri. Malas nak berusaha.
Peraturan alam sudah menetapkan, manusia akan faham jika menggunakan akal, kenapa tak patuh pada peraturan alam itu?
>>”Mungkin dia boleh mengatakan “satu tambah satu sama dengan sebelas”. Ada lojiknya disitu.”
Boleh ke kita buktikan dgn kira guna jari bahawa 1+1=11? Cakap tanpa bukti itu bukannya logik namanya, itu dusta.
Logik itu adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya. Ada beza antara benar dan dusta. Kalau yang dusta (tiada bukti) itu pun dikatakan logik, macam mana manusia nak bezakan mana benar dan mana yang dusta?
Apakah saudara tidak tahu asas LOGIK itu?
>>”Jadi, untuk saudara memahami Al-Quran, bukankah lojik saudara perlu memahami ayat2 dan kod2 asas Al-Quran terlebih dahulu?
Dan kod2 asas Al-Quran itu ialah,
1. huruf2 jawi(sama seperti nombor2 matematik tadi),
2. sambungan dari huruf ke huruf(tambah tolak bahagi darab)
3. maknanya dalam bahasa arab
4. membaca Al-QUran dengan direct understanding dari ayat2 Al-Quran. bukannya dari tulisan rumi.”
Sebelum turunnya Al Quran, sudah turunnya pelbagai Kitab2 Allah. Dan untuk memahami Kitab2 itu, Rasulullah tidak perlu belajar bahasa2 tersebut sebab ia telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa yang orang Arab faham. Sebab itu wujudnya Bible dalam bahasa Arab.
Itulah bukti ilmu Allah tidak terbatas ikut bahasa. Yang penting setiap bahasa itu perlu membawa isi kandungan yang logik iaitu selari dengan peraturan alam ini untuk mengatakan ia datang daripada Pencipta alam ini.
>>”Pelajari & mengkaji Al-Quran dengan tafsiran saudara sendiri(faham bahasa arab), Itulah Lojik!
Bukannya menjadi pentafsir kuasa dua (mentafsir ayat rumi yang pada asalnya ditafsir oleh Ustaz)”
Saudara sedar tak, orang yang belajar bahasa Arab itu pun melakukan proses terjemahan di mindanya. Sama juga dengan kita belajar sesuatu yang telah diterjemahkan. Malah kita mengurangkan masa untuk buat terjemahan sendiri (belajar bahasa Arab itu) untuk mengkaji isi kandungan yang dah diterjemahkan.
Saya memahami Al Quran ikut keselarian dengan peraturan alam. Sesuatu yang selari dengan peraturan alam itulah logik, bukannya selari dengan cakap seseorang ustaz.
Jika ustaz itu bawakan bukti logik, saya terima. Tetapi sekadar cakap tanpa logik, macam mana saya nak percaya? Sedangkan seorang Rasul pun bawakan kata2 yang logik untuk buktikan Keesaan Allah.
Kita mencari kebenaran, kenalah jujur dan adil. Nak adil, kena guna bukti yang semua manusia boleh nampak iaitu peraturan alam ini yang telah Allah mudahkan manusia memikirkan kelogikannya. Yang pemalas berfikir sahaja susah nak nampak logik.
Macam sebelum kapal terbang diciptakan, ramai manusia tidak nampak logik mereka boleh terbang. Tetapi hukum yang melayakkan sesuatu itu terbang telah wujud, iaitu burung2 boleh terbang.
Ustaz itu sendiri tidak lepas daripada buat kesilapan. Takkan kita nak menurut membuta-tuli cakap mereka. Fikirkanlah mana yang ada logik atau tidak.
Kerana itu, ada baiknya kita kembali kepada peraturan alam ini sebab Pencipta alam ini tidak mungkin buat silap.
Saya hanya menyeru kita kembali kepada Allah iaitu Pengatur alam kita yang mengatur sesuatu ada logiknya.
Tiada Tuhan selain Allah, kerana selain Allah, semuanya tidak terlepas daripada kesalahan.
>>”Saya pasti, saudara tidak berani untuk bertemu dengan Ustaz asal penterjemah Al-Quran itu, kerana saudara khuatir dia akan merosakkan cara pemikiran saudara. Walhal, kerana pemahaman saudara yang berlainan, menyebabkan saudara kurang yakin dengan Ustaz tersebut dan sangat yakin kepada diri sendiri dalam menterjemah Al-Quran.”
Saudara, sebelum saya mengkaji Al Quran dengan cara mencari bukti yang selari dengan peraturan alam, saya telah didik dengan ajaran2 para ustaz dan ulamak masa zaman persekolahan dahulu. Jadi saya boleh buat perbandingan antara mana2 kata2 ulamak yang logik untuk saya ikuti dan mana2 yang tak logik, saya jauhi.
Pada saudara, mungkin logik itu adalah sesuatu yang selari dengan cakap2 ulamak biarpun saudara tidak mampu tunjukkan bukti sesuatu yg selari dengan hukum alam.
Tetapi pada saya, logik itu adalah sesuatu yang selari dengan peraturan alam milik Allah ini. Jadi saya hanya kembali kepada mentaati Allah yang cipta semua di alam semesta ini secara logik.
Saya hanya mencari insan2 yang boleh bercakap secara logik sahaja, demi menyelamatkan hati saya daripada menurut ajaran2 dusta.
Yang tolong jawab soalan Allah di akhirat itu bukannya para ulamak tersebut, sebaliknya kita sendiri. Jadi, patutkah manusia itu menurut membuta-tuli cakap2 manusia yang tiada logik semata2 kerana status manusia tersebut?
December 17th, 2009 at 8:12 amTeringat zaman sekolah dulu, antara rahsia kejayaan pelajar Cina adalah mereka kerana membaca dahulu sesuatu topik yang bakal diajar. Mereka yakin, yang kefahaman bukan kerana adanya cikgu. Jadi, masa di kelas, apabila cikgu mengajar topik tersebut, mereka memudah memahami. Betapa berdikarinya mereka. Sebab itu, walaupun mereka asalnya pendatang, tetapi mereka boleh berjaya di negara yang majoritinya Melayu.
Tetapi kebanyakan pelajar Melayu malas membaca. Mereka tidak mahu berusaha dahulu sebelum cikgu mengajar. Akibatnya, semasa cikgu itu mengajar, mereka susah nak faham. Lepas cikgu ajar pun, ada yang malas nak ulangkaji, maka bertambah-tambah ketinggalan pelajar tersebut.
Itu menunjukkan pemahaman manusia bukan kerana adanya guru, tetapi kerana manusia itu berusaha untuk memahami sesuatu ilmu itu. Sekuat mana manusia itu berusaha untuk memahami, pasti Allah akan bantu, sebab Allah tahu niat dalam hati manusia itu belajar untuk faham atau belajar untuk bermegah2 dengan status “pembesar agama”nya. Guru hanyalah penyampai ilmu, dan mereka tidak mampu memberi kefahaman kepada semua anak muridnya.
Peraturan alam menetapkan, hati akan memahami apabila akal cerdas berfungsi. Sebab itu orang yang pemalas berfikir, mereka susah nak faham.
Mana ada kita jumpa bijak pandai dari kalangan manusia yang pemalas berfikir?
Daripada peraturan alam itu kita akan nampak bahawa semua manusia boleh memahami Al Quran jika mereka mahu memikirkan isi kandungannya. Yang jenis pemalas, penurut, yang beku minda, yang suka beralasan, yang berpenyakit hati, yang buta hati sahaja yang tidak yakin kepada peraturan alam yang Pencipta mereka tetapkan sendiri, sebab itu mereka tak berani nak guna keupayaan mereka sendiri untuk memahami Al Quran. Betapa lemahnya bangsa mereka itu.
Tidakkah manusia itu mahu memikirkan?
December 17th, 2009 at 10:54 amhai karesma..
lama tak jumpe. nampak makin sesat dah ko sekarang..
sampai dah pandai komplen pasal solat.
ade berani jumpe face 2 face?? kalau kat sini. ko leh la karang panjang pnajng.
ade berani?? aku bawak ko jumpe ustaz discuss. nak??
December 20th, 2009 at 10:17 amjgn berpaling sebelum berjuang lol….
Allah lebih tahu siapa yang dapat petunjuk dan siapa yang sesat. Nak buktikan mana tulisan saya yang tak betul pun tak mampu, ada hati nak menghukum orang? Perasan diri itu Tuhan ke?
Walhal dengan bacaan itulah mudah kita berhujah untuk membawa bukti2 yang logik difikirkan. Sebab itulah nama “Al Quran” itu bermaksud “bacaan”. Bacaan pula datang bila ada tulisan. So, tulislah apa yang benar daripada saudara nak menunjukkan apa yang tak benar daripada saya?
Setakat nak cakap orang itu sesat, orang ini sesat, semua orang boleh bercakap macam tu. Dan apa nilai kata-kata saudara itu di sisi Allah sebab Allah Yang lebih Layak menghukum manusia?
Kalau kita kaji kisah2 dalam Al Quran, yang hukum para Rasul mereka sesat atau pendusta atau tukang sihir, adalah kaum2 kafir terdahulu bila amalan sembahan turun-temurun mereka dipersoalkan. Nampak ada persamaannya di situ.
Bayangkanlah, nak buktikan dakwaan saya tak betul, pun saudara terpaksa bergantung kepada ustaz, nampak sangat saudara tak yakin kepada Allah. Kalau saudara yakin kepada Allah, sudah tentu saudara boleh bawakan tulisan2 saudara pula untuk buktikan kebenaran saudara. Sudahlah hidup bergantung kepada manusia (menyekutukan Allah), ada hati nak hukum orang lain sesat?
Satu jari menunding kepada seseorang individu, tiga jari lagi tunjuk kepada diri sendiri. Ingat tu…
December 20th, 2009 at 12:05 pmKenapa Al Quran itu dicatatkan? Ia bertujuan untuk menjadi bahan bacaan di samping membuktikan kebenaran diri Rasulullah.
Dalam mencari kebenaran, sebaik2 cara adalah dengan mencatatkan apa yang kita tahu. Dan secara psikologinya, apabila seseorang itu ingin membaca sesuatu tulisan, ia memang berniat untuk memahami. Malah, sesuatu yang memerlukan daya fikir yang tinggi, ia perlu dicatatkan agar mudah manusia nak mengulangkajinya.
Tetapi jika secara bercakap, ia umpama air lalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bila tiada pertemuan, hilang begitu sahaja.
Oleh itu, jika benar manusia itu mencari kebenaran, mereka kena berani catatkan apa yang mereka tahu, agar tulisannya mudah dibaca dan dikaji mana betul atau salahnya.
Orang yang takut menulis apa yang dia tahu itulah orang yang takut pada kebenaran.
December 20th, 2009 at 12:38 pmmacam ni la. kita face to face. baru sronok. ade berani? bila free?
kat umah ko ke? or nak jumpe kat tempat terbuka macam tu?
December 20th, 2009 at 3:48 pmmemang allah lebih tau sape yang sesat ke tak.buktinya, kalau allah sayang kita, dia akan bagi hidayah kat kita. kalau ade hidayah… baru la kita tak sesat. cuba ko tengok, mane ade orang orang alim sahabat nabi n nabi sendiri tak solat macam ko?? ade ke. cuba cakap kalau ade ke tak..
ko rasa ko ni semua betul, takde ape yang salah. sedang nabi pun ade ade kalanya allah tegur. contohnya dalam surah abasa’.
kalau ko rasa ko tak pernah salah, maksud nye ko ni bukan manusia la.. sebab (manusia == insan == pelupa)golongan jin kot..hahaha. nak kate malaikat, malaikat sentiasa tunduk tanpa fikir logic kepada allah. sebab dia takde akal. so ko ni ape ek.hahaha
kesian kat ko dud. allah dah tarik jalan hidayat kat ko.. ni kami yang nmpak cuma mau nasihat la.
nanti kalau kat akhirat, jgn ckp kami tak tolong dh la.tanggung la sendiri
December 20th, 2009 at 3:59 pmko selalu cakap ape yang ko tulis aku tak dapat buktikan ko salah.
ingat lagi ayat ko ni
” kita yang berada dalam zaman teknologi ni mesti lebih bijak dari rasullulah”
ko lupe ke? ko rasa ko betul ke?? cuba jawap.
December 20th, 2009 at 4:04 pmpesanan kepada wife karesma..
syabas kepada saudari.. saudari dah berhirjah demi kebenaran. sesunggunya saudari adalah orang yang dipilih oleh allah untuk menerima ujian ini.
ingat la, dunia ini adalah tempat ujian untuk manusia. dia konsep ujian ni, semakin syg allah kat kita, makin berat ujian yang allah bagi. sebab ape.. sebab allah nak bagi balasan yang lagi baik.
suami itu dalam nakhoda sebuah kapal yang sedang berlayar dilautan bebas. kalau nakhoda tu dah tak betul, confirm akan sesat.
cuba baca hadith 40. hadith pertama. pasal hijrah dengan niat. sama dengan keadaan saudari sekarang.
nasihat saya, bnykan doa dan solat hajat.. insyallah selepas selesai ujian ni.. saudari akan merasa ketenangan dah ke bahagian yang hakiki.
salam
December 20th, 2009 at 4:14 pm>>”cuba ko tengok, mane ade orang orang alim sahabat nabi n nabi sendiri tak solat macam ko?? ade ke. cuba cakap kalau ade ke tak..”
Saudara cakap ni macam pernah tengok sahabat Nabi bersolat macam mana. Saudara hidup ke masa zaman para sahabat nabi dan zaman Nabi? Ke hanya dengar cerita2 orang terdahulu?
Itu sudah bercakap atas dasar persangkaan semata2, sedangkan Al Quran kata pada persangkaan tiada kebenaran.
>>”ko rasa ko ni semua betul, takde ape yang salah. sedang nabi pun ade ade kalanya allah tegur. contohnya dalam surah abasa’.”
Kalau saya rasa saya sahaja betul, buat apa saya pegang pada Al Quran? Baik saya buat kitab saya sendiri.
Ini baru pegang Al Quran pun dah ramai mendengki, agak2nya kalau Allah kurniakan saya Kitab sendiri, lagi2 tersembul penyakit2 hati itu.
>>”kalau ko rasa ko tak pernah salah, maksud nye ko ni bukan manusia la.. sebab (manusia == insan == pelupa)golongan jin kot..hahaha. nak kate malaikat, malaikat sentiasa tunduk tanpa fikir logic kepada allah. sebab dia takde akal. so ko ni ape ek.hahaha”
Kalau saya tak pernah salah, buat apa saya nak kembali kepada Al Quran dan Peraturan alam (Sunnah)? Yang tak mahu kembali kepada Al Quran dan peraturan alam itulah golongan yang tak mahu mengaku salah.
Al Quran dan Peraturan alam itu bersifat neutral. Dengan kembali bersandarkan sesuatu yang neutral, barulah kita jadi orang yang adil dan tak bias pada sesuatu pihak.
Cuba teliti kisah para malaikat disuruh sujud kepada Adam itu. Sebelum Allah nak suruh mereka sujud kepada Adam, Allah buktikan yang Adam lagi berpengetahuan tinggi berbanding para malaikat. Bila malaikat nampak bukti logik kenapa Adam layak dijadikan khalifah, barulah Alalh suruh malaikat sujud kepada Adam. Tak pula Allah suruh malaikat sujud kepada Adam buta-buta sahaja. Jadi, patutkah manusia itu buat satu ajaran, kemudian suruh manusia menurut membuta-tuli?
Begitu juga, untuk buktikan Keesaan Allah, baginda sampaikan bukti2 logik yang difikirkan. Tak pula baginda bawa cerita “Allah itu Esa sebab masa aku dinaikkan ke langit, aku nampak Allah itu ada Satu sahaja”. Baginda tak bawa cerita2 kosong dalam dakwah baginda. Semuanya boleh difikirkan. Sebab itu Al Quran sebut penjelasan Rasulullah itu supaya manusia memikirkan. Sesuatu yang tak logik, macam mana nak difikirkan? Bila sesuatu itu ada logik, barulah ia mampu difikirkan. Itu menunjukkan, ajaran Rasulullah itu logik2 belaka. Ajaran syaitan sahaja yang tak logik.
>>”kesian kat ko dud. allah dah tarik jalan hidayat kat ko.. ni kami yang nmpak cuma mau nasihat la.
nanti kalau kat akhirat, jgn ckp kami tak tolong dh la.tanggung la sendiri”
Orang yang benar2 bagi nasihat, mereka pasti mampu bawakan bukti yang selari dengan hukum alam. Contohnya Rasulullah nak nasihat kaum Nasrani agar tidak menjadikan Al Masih sebagai anak Allah, maka baginda bawakan logik2 yang boleh difikirkan.
Tapi sekadar cakap kosong, lepas itu dakwa beri nasihat, itu macam perangai syaitan masa nasihat Adam dan isterinya untuk mendekati pohon larangan ketika di syurga dahulu. Itu menunjukkan syaitan pun boleh mengaku dirinya pemberi nasihat.
Jadi saya tak mahu tertipu dengan golongan2 syaitan yang setakat mengaku beri nasihat, tetapi kata2nya kosong sahaja.
Kita boleh nilai kejujuran manusia itu sama ada betul2 beri nasihat atau tidak dengan melihat kelogikan kata2 yang dibawa. Sebab itulah para Rasul yang mengaku diri mereka pemberi nasihat, kata2 mereka dibuktikan secara logik. Itu menunjukkan mereka seorang yang jujur. Tetapi golongan yang tak jujur, mereka tidak mampu bawakan logik.
Oleh kerana nasihat orang yang jujur (para Nabi) itu banyak terkandung dalam Al Quran, sebab itulah orang yang mencari kebenaran hanya berpegang pada Al Quran dan peraturan alam (Sunnah) kerana itulah cara nak selamat daripada ditipu golongan syaitan yang mengaku juga dirinya pemberi nasihat, tetapi kata2nya tidak dibuktikan logik.
December 20th, 2009 at 7:17 pm>>”ko selalu cakap ape yang ko tulis aku tak dapat buktikan ko salah.
ingat lagi ayat ko ni
” kita yang berada dalam zaman teknologi ni mesti lebih bijak dari rasullulah”
ko lupe ke? ko rasa ko betul ke?? cuba jawap.”
Apa yang salah daripada kata2 saya itu? Kita nak jadi lagi bijak daripada Rasulullah pun jika Allah kurniakan.
Setiap manusia ada kepandaian dalam bidang masing2. Kita boleh bijak daripada Rasulullah dalam bidang komputer umpamanya, sebab zaman baginda tidak wujud komputer. Tetapi Rasulullah pula ada kebijaksanaan dalam bidang baginda seperti berniaga atau mentadbir. So apa salahnya kata-kata itu? Bukannya kita kata Rasulullah itu seorang yang lemah mindanya.
Kalau kita nak kata seseorang itu salah, bagitahulah di mana salahnya kata2 itu, dan kenapa ia dikatakan salah. Setakat copy-paste macam tu, tergantung cerita sahaja.
Macam mana nak berbincang macam ni. Kat internet pun tak boleh tunjukkan kematangan.
Ingat lagi bila Dr M bagi pendapat yang Rasulullah dahulu simpan janggut kerana zaman dulu takde gillete. Terus ramai kata beliau hina Nabi atau salah.
December 20th, 2009 at 7:30 pmDunia ini umpama ladang untuk membawa hasil ke akhirat. Dalam pertanian, sesuatu kaedah itu tidak terbatas guna cara tradisi sahaja. Jika dahulu manusia guna kerbau untuk membajak sawah, zaman sekarang ramai sudah pakai jentera. Tetap Allah izinkan manusia yg guna jentera itu mendapat hasil pertaniannya walaupun tak guna amalan tradisi bapa2 mereka.
Tetapi dalam bab agama, ada segolongan manusia tidak tahu berinnovasi dalam amalannya. Macam mana nenek moyangnya buat, macam itulah mereka buat. Walhal Allah tak pernah tetapkan pun cara amal ibadat sehingga ia jadi berbentuk ritual. Itu menunjukkan mereka beramal bukan atas dasar ilmu, tetapi atas dasar ikut-ikutan.
Sebab itu apabila Al Quran bawakan kisah2 para Nabi terdahulu, tidak pernah ditunjukkan macam mana cara amalan tradisinya, sebaliknya kaum2 yang menentang Rasul itulah yang beragama secara ritual. Semua para Rasul diceritakan beramal sehingga mereka memiliki kepandaian dalam sesuatu bidang. Umpamanya Nabi Daud pandai melembutkan besi. Sudah pasti ada amalan2 yang logik untuk mencairkan besi. Bukannya main jampi serapah atau buat amalan ritual, tiba2 besi itu bertukar jadi baju?
Malangnya, kisah2 para Nabi yang banyak diceritakan dalam Al Quran itu tidak dapat difahami mesejnya oleh golongan yang beragama secara menurut itu. Akibatnya mereka kembali kepada amalan2 kaum terdahulu yang buat sembahan secara ritual atau tradisi.
Bertambah mengotorkan hati apabila mereka kata sesiapa yang tak ikut cara ritual itu sebagai sesat. Entah ayat Al Quran mana yang hukum macam itu pun kita tak jumpa.
Sifat2 para Rasul dalam Al Quran mereka taknak ikut, tetapi perangai kaum2 terdahulu yang beramal secara ritual itu juga yang mereka tiru.
December 20th, 2009 at 8:09 pmbila nak debat ngn ustaz? ke ko pengecut?
aku cabar ko.. ade berani??
ko cakap je bila ko free.. aku dah tak sabar nak bawak ko. berapa kali dah aku cabar ko. tapi taknak..
jgn berpaling lari lol…
December 21st, 2009 at 12:03 amhmm kalau berdebat dalam ni, syaitan bagi ko banyak idea. tapi aku confirm bila ko jumpe ngn ustaz memang ko tak leh cakap punye. sebab majlis ilmu setan tak leh duduk terbakar. so kalau betul betul berani jom jumpe ustaz..
ada berani tak??
December 21st, 2009 at 12:08 amSaudara nak bawakan bukti kebenaran saudara di sini pun tak berani, ada hati nak kata orang lain pengecut? Sedarlah diri tu sikit.
Hidup ini bukan untuk berdebat, tetapi untuk bawakan bukti kebenaran masing2.
Golongan yang untung ada golongan yang membuat kebajikan, berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran, bukannya golongan yang berdebat.
Berdebat hanya untuk menegakkan benang yang basah sahaja. Tidak mempunyai nilai2 ilmiah kerana manusia itu tidak sempat nak berfikir panjang dan saling nak potong-memotong cakap orang. Buang masa sahaja begitu. Bukannya saya tak pernah jumpa ustaz bercakap pasal ini, tetapi bila saya bawa sesuatu hujah, dipesongkannya topik itu ke arah lain dan tidak menjawab soalan.
Kalau orang itu ikhlas nak buktikan kebenaran, di sini mereka boleh buktikan. Tambahan pula, dengan menulis, sesuatu bahan perbincangan akan kekal lama dan boleh difikir2kan. Kita boleh teliti hujah orang lain itu untuk bawakan bukti yang lebih kuat.
Kalau saudara rasa saudara benar, kenapa tak bawa bukti kebenaran saudara di sini? Dan saya akan bawa bukti saya di sini. So apabila kita ada 2 pendapat, pandai2lah nak menilai, sebab tugas kita menyampaikan sahaja, bukannya memaksa orang lain terima cakap kita.
Atau saudara nak ajak berdebat itu untuk menunjuk2 ego sahaja?
December 21st, 2009 at 7:51 amasal takut ke??
buat ape aku nak ego atau menunjuk nunjuk. bukan aku yang nak debat ngn kau. kawan aku (ustaz) yang akan bercakap ngn ko. ko takut ke???
setakat tulis kat sini sampai bile lol…
ko berani ke dak?
kate logic
void to test keberanian ()
{
#define yes 1
#define no 0
if( you == 1)
you = berani;
else if (you == 0)
you = pengecut;
return 0;
}
aku dah siap bagi proraming dah..
December 21st, 2009 at 9:13 amhahaha
Kenapa tak bawakan bukti di sini sahaja? Kalau ikhlas nak buktikan kebenaran, tak semestinya guna lisan. Guna tulisan lagi baik.
Dengan menulis, ia seumpama kita bermain catur. Ada papan untuk dirangka strategi. Kalau guna lisan, habis begitu sahaja. Tiada isi untuk dicatatkan.
Bayangkan, kalau Al Quran itu tidak dicatatkan dan sekadar lisan semata-mata, apakah kita akan nampak kebenaran yang Rasulullah sampaikan?
Kenapa wahyu pertama bermula dengan “Bacalah…”?
Allah sahaja Yang Tahu siapa berani dan siapa tidak.

December 21st, 2009 at 10:49 amhahaha
tak logic tak logic
0 or 1
please reply
December 21st, 2009 at 11:27 amSaudara yang buat program, pandai2lah saudara cari jalan nak merealisasikan program saudara tu.

December 21st, 2009 at 2:31 pm