21 Dec

Allah Mengatur Manusia

Lihatlah bagaimana Allah membuat peraturan untuk diri kita.

Untuk hidup di muka bumi manusia perlu mematuhi peraturan asas ini;
- bernafas
- berfikir
- makan/minum
- berzuriat

Apakah logik di sebalik peraturan asas itu?
1) Bernafas - untuk menyedut oksigen (menggunakan paru-paru) untuk dibekalkan ke seluruh anggota badan terutamanya ke otak. Sel-sel otak akan mati jika tiada bekalan oksigen.

2) Berfikir - untuk mendapatkan ilham bagi melakukan sesuatu perkara.

3) Makan/minum - membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

4) Berzuriat - untuk meneruskan generasi manusia kerana semua manusia akan menemui mati.

Jika kita renungkan sistem tubuh-badan kita, semuanya Allah aturkan ada logiknya. Allah tidak cipta kita tanpa logik. Allah tak suruh kita berjalan menggunakan kepala, sebab tiada logiknya. Sesuatu yang tak logik, ia bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat, malah ia adalah sia-sia dan memudaratkan kehidupan manusia.

Sebab itu, apabila Rasulullah mendengar ulamak-ulamak Nasrani membawa ajaran yang mengatakan Al Masih Isa ibn Mariam itu adalah putera Allah, baginda tidak terus mempercayainya. Ini kerana ada logik yang menunjukkan tidak mungkin sistem alam semesta ini diperintah oleh lebih daripada Satu Pentadbir (Allah).

Walaupun ulamak-ulamak Nasrani itu mengatakan ajaran yang tak logik itu daripada Nabi Isa, tetapi apabila kita nampak bahawa Allah pun mengatur alam semesta ini secara logik (boleh difikirkan), tidak mungkin seseorang Nabi atau Rasul itu membawa ajaran yang tidak logik. Sudah pasti ajaran itu adalah sesuatu yang diada-adakan (thaghut).

39: 17. Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku,

39:18. yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.

Jadi, sedangkan Rasulullah pun menjauhi sesuatu yang tak logik (thaghut) dan kembali kepada peraturan alam yang logik (kembali kepada Allah yang Mengatur alam dengan penuh KebijaksanaanNya), patutkah kita sekadar mengaku Islam tetapi lebih tunduk kepada ajaran-ajaran tak logik seperti ajaran ulamak-ulamak Nasrani dahulu yang tak logik itu?

Terpulanglah untuk memikirkannya. Jangan jadi macam kebanyakan kaum Nasrani dahulu, Rasulullah depan mata pun mereka tak percaya kepada kelogikan kata-kata baginda.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 2105 times by 421 viewers

2 Responses to “Allah Mengatur Manusia”

  1. aku_ujang Says:

    saudara,

    dalam asas hidup saudara ni takde mention pasal agama. agama tu bukan asas hidup ke?
    kalau bab jimak, tak lupa. ni bab agama sentiasa lupa :)

  2. Kerasma Says:

    Saudara, mematuhi peraturan alam yang Allah tetapkan itulah agama. Kerana itulah Al Quran selari dengan peraturan alam.

    Sedangkan nak berjimak pun kena pakai logik, bukan main “tala” aje. Nanti salah tempat. Yang hairannya, masa berjimak itu, pandai pula mereka guna logik, tetapi nak beribadah, mereka tak tahu guna logik. Tidak pula mereka berjimak guna jampi serapah aje. Kena juga mereka berusaha ikut peraturan2 alam yang Allah sudah tetapkan.

    Nampak tak bagaimana mereka nak menipu Allah dalam beribadah itu?

    :)

Leave a Reply