24 Dec

Allah Pengaturcara Alam

 

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pengaturcara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

6:52. Dan janganlah mengusir orang-orang yang menyeru Pengaturcara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana menghendaki wajah-Nya. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali perhitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut mengusir mereka, dan menjadi antara orang-orang yang zalim.

6:53. Begitulah Kami menguji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka berkata, “Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara kita?” Bukankah Allah sangat mengetahui orang-orang yang bersyukur?

Tanggal 26 Disember 2004, kita dikejutkan dengan bencana tsunami yang tidak mungkin dilupakan oleh manusia hari ini dan generasi akan datang seperti sehingga kini kita dengar kisah bencana-bencanan yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh dan Nabi Luth.

Di daerah yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekkah dan pusat dakwah atas nama Islam, dipusatkan KekuatanNya untuk melaksanakan Sunnah seperti sunnah-sunnah yang terjadi pada kaum-kaum terdahulu. Segala kemegahan atas nama ajaran tradisi mereka tidak mampu melindungi mereka daripada Ketetapan Allah. Ulamak-ulamak muktabar mereka tidak mampu melindungi mereka menggunakan amalan-amalan tanpa logik mereka walhal Allah Mengatur alam ini pun secara logik (boleh difikirkan kebenarannya). Tetapi berapa ramai manusia mengambil pengajaran daripada kisah tersebut?

Masih lagi kedengaran suara-suara manusia yang menyekutukan Allah dengan mengambil pembesar-pembesar agama mereka untuk membuat peraturan sedangkan tiada ajaran tersebut tiada logik bagi menunjukkan apa yang mereka tetapkan itu datangnya daripada Allah.

Sikap manusia yang sudah buta mata hatinya, mereka hanya menilai pada pandangan zahir semata-mata. Mereka sudah tidak mampu membezakan berdasarkan sifat-sifat. Di sisi Allah, pada sifat itulah yang Dia pandang. Orang yang bersifat baik biarpun lahiriahnya tidak berpakaian Arab, tetaplah baik di sisi Allah. Orang yang bersifat buruk biarpun lahiriahnya berpakaian Arab sekali pun, tetaplah buruk di sisi Allah. Kenapa mereka tidak mahu mengerti?

Oleh kerana mereka melihat hanya guna pandangan kasar, mereka tidak percaya azab Allah akan mengenai mereka. Mereka nak tunggu azab itu depan mata, barulah nak percaya. Sedangkan sebelum kedatangan azab itu, tanda-tanda Sunnah itu akan berlaku sudah Allah tunjukkan beberapa tahun sebelum ditetapkan hari agama itu. Begitulah Allah Mengaturcara alam ini dengan KekuatanNya. Tetapi sedikit sekali manusia mahu mengambil pelajaran.

Sama-samalah kita menunggu apa yang mereka harapkan itu (kedatangan azab di hadapan mereka untuk mereka percaya), kerana ketetapan (Sunnah) Allah itu tidak pernah berubah dan ia telah berlaku berulang-ulang.

6:55. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa menjadi nyata.

6:56. Katakanlah, “Aku dilarang menyembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah.” Katakanlah, “Aku tidak mengikuti keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.”

6:57. Katakanlah, “Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pengaturcaraku, dan kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia menceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan.”

6:58. Katakanlah, “Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat mengetahui orang-orang yang zalim.”

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 1779 times by 384 viewers

2 Responses to “Allah Pengaturcara Alam”

  1. Kerasma Says:

    85:1. Demi langit mempunyai gugusan bintang,

    85:2. Demi hari yang dijanjikan,

    85:3. Demi yang menyaksikan, dan yang disaksikan,

    85:4. Dibunuh ialah orang-orang yang membuat parit (yang mewujudkan jurang pemisah),

    85:5. yang api yang berlimpah-limpah dengan bahan bakar (hati mereka penuh kebencian dan kedengkian),

    85:6. Apabila mereka duduk di atasnya,

    85:7. Dan mereka sendiri saksi-saksi atas apa yang mereka buat terhadap orang-orang mukmin.

    85:8. Mereka mendendami mereka (orang mukmin) hanya kerana mereka (orang mukmin) mempercayai Allah, Yang Perkasa, Yang Terpuji (Tuhan yang menetapkan peraturan alam),

    85:9. Yang kepunyaan-Nya Kerajaan langit dan bumi, dan Allah Saksi atas segala sesuatu.

    85:10. Orang-orang yang menganiayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.

    85:11. Orang-orang yang beriman dan membuat kerja-kerja kebaikan, bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; itulah kemenangan yang besar.

    85:12. Sesungguhnya serangan Pengatur kamu sangat keras.

  2. Kerasma Says:

    Pada 26 Dec 2003, terjadinya gempa bumi kuat di Iran yg mengakibatkan lebih kurang 50 ribu orang mati. Iran terkenal sebagai pusat ajaran Syiah.

    Pada 26 Dec 2004, terjadinya gempa yang menghasilkan tsunami yang mengakibatkan ramai manusia di Acheh dan sebahagian pantai timur India mati dalam anggaran 500 ribu orang. Acheh terkenal sebagai pusat ajaran ASWJ dan India pula pusat ajaran Hindu.

    Pada 12 Mei 2008, terjadinya gempa di China yang mengakibatkan hampir 70 ribu orang mati. China terkenal sebagai pusat ajaran Buddha.

    Pada 6 April 2009, terjadinya gempa di Itali yang mengakibat lebih kurang 150 terkorban. Itali terkenal sebagai pusat ajaran Kristian.

    Pada 25 Nov 2009, terjadinya banjir di Arab Saudi yang mengakibatkan hampir 80 orang terkorban. Arab Saudi terkenal dengan pusat ajaran Islam (yg digelar Wahabbi oleh org ASWJ).

    1) Inilah bukti daripada Allah menunjukkan, pembesar2 agama yang membuat ketetapan2 yang tidak ada logik itu hakikatnya lemah.

    2) Pengikut2 yang taksub yang merasakan puak mereka sahaja betul dan puak2 lain hina juga adalah lemah.

    3) Hakikatnya yang Maha Kuat adalah Pengatur alam ini yang membuat ketetapan menggunakan ukuran-ukuran yang logik difikirkan.

    4) Tetapi kenapa ramai mansuia menyembah pembuat-pembuat ketetapan yang tidak logik itu?

    6:57. …Dia (Allah) yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan.

Leave a Reply