05 Jan

Ayie Dah School…

Sedar tak sedar, Ayie dah nak masuk 6 tahun. Tahun ni nak tak nak dia terpaksa kena school.

Dah lama aku set dalam mind dia, yang dia kena school. Aku sediakan persediaan untuk sekolah. Beg sekolah baru, pensel, buku, eraser, sharpener, pensel case, botol air dan semuanya untuk dia. Yang bestnya, anak aku ni tak cerewet. Dia tak kisah pun untuk pakai stationary lama macam colour pencel dan beberapa batang pensel lamanya. Malah dia sayang…bagus anak ibu ni…

Hari pertama persekolahan, malam tu aku dah brain wash dia pasal school. Set dalam mind dia, dia kena tidur awal untuk bangun awal. Malam tak leh main game. Tengok tv kejap then tidur. Allah permudahkan urusanku. Anak kecil tu patuh dan ikut apa saja kataku tanpa banyak soal. Mungkin dalam hatinya melonjak gembira untuk school. itu dapat aku tengok dari riak wajah dan keterujaannya.

Aku sering terdengar pebualan dia dengan oya tentang school. Tergelak sesorang aku dibuatnya.

‘Esok Ayie dah school, kena tidur awal…nanti tak sedar pulak, lewat…” Dia ulang balik segala kata-kataku kat adik dia. Yang si adik lak, memberi respon macam dia faham. Then diorang masuk ke bilik tidur bersama botol susu masing-masing. Kol 9 diorang dah lena. Lega aku…Al-Hamdulillah.

Menguruskan anak-anak tanpa abang di sisi, terasa berat juga cabaran ini. namun, aku teruskan jua demi kasih sayang dan cinta yang membara ini. Demi abang dan anak-anak…

Dan pagi hari pertama school, aku kejut Ayie kol 7.15pagi. Unexpected!!! Dia terus bangun. Aku ingatkan dia tentang school. Dia terus faham dan ikut aku ke bathroom. Mandi dnegan air suam. Itu umpan besar tuh.hahahha…Anak aku ni malas mandi.kekeke…Pujuk di auntuk sabun dan gosok gigi…

Then breakfast dengan sosej dan daging beger kegemaran dia. Dia bawa bekal daging beger dan air masak.

Kebetulan masa tu hujan. Tumpang Ayah Die ke sekolah.  Lagila dia seronok…gi school dengan naik lori..hahahha…

Setelah setel pasal borang Ayie, aku uruskan pembayaran yuran dia. Boleh tahan gak walaupun tak sehebat yuran kat area Bangi.

Aku amik peluang tu untuk biasakan Ayie dengan kawan-kawannya kat school tu. Tapi nampaknya anak aku ni tak masuk kawan sangat. Dia dok main dnegan adik dia je lah…kat school tu ada macam-macam mainan. Dia kerah adik dia suh amik mainan…hahhaa…Ynag si adik, ikut la perintah abang. kehkehkeh. Tergelak aku…

Aku ajar dia cara masuk toilet. Kalo nak ceng, cakap kat cikgu…Dia mendengar penuh minat.

Hari pertama school merangkap hari pendaftaran, balik kol 10.00pagi. Setelah diberi taklimat, aku, Ayie dan Oya balik ke rumah. Ayie balik dnegan muka berseri=seri sebab seronok dapat school. Aku pun menghela nafas lega.

Then masuk hari ke dua, proses mengejutkan dia dari tidur bukan perkara susah bagi aku.

Kali nim semua budak-budak diminta duduk di tempat masing-masing.

Di sinilah bermulanya dilema dalam diri anakku. hahaha

“Ayie dok kat kelas, ibu ada tunggu kat luar..” Huh…berbuih mulut aku nak suh dia masuk kelas dan amik tempat. Dia patuh tapi dalam tak sampai 5 minit tu, 3,4 kali dia jenguk aku kat luar tu. Bila tak nampak, dia naik atas kerusi untuk tengok aku kat luar menerusi tingkap..

Mata dia dah merah dah…tapi tak nangis.

Bila nampak dia seakan leka, aku bawa Oya ke kedai runcit berhampiran sebab Oya nak minum. Then datang balik ke school Ayir. Huh, dia dah pasang radio. Cikgu cakap dia cry. Tergelak bercampur kesian. Anak aku mana pernah ditinggalkan seperti itu. Tambah lagi dengan orang asing ,acam tu.

Then aku pujuk dia. Sekali lagi aku tunggu kat luar. Nampaknya sampai kol 10 la aku nunggu dia lagi untuk hari ke 2.

Lepas tu cekgu bawa diorang main-main kat playground kecil. Anak bujang aku tu tak main pun. Sebab semua mainan basah. Dia geli. berjungkit-jungkit dia jalan. hahaha…Aku tengok budak lain..huh, bukan main selamba jer pijak pasir tanpa selipar. Tapi anak aku ni…hahaha…

Then lepas tu dia mintak nak balik..

“Ayie gi cakap kat cikgu kata Ayie nak balik”, sengaja aku cakap macama tu. Ingat dia tak berani. Tanpa aku  sangka, diaterus mendapatkan cikgu dia tu..

“Cikgu…cikgu, saya nak balik…”Lantang suara dia. Dari jarak 30meter aku dapat dengar jelas suara dia. Sambil menahantawa aku hanya tersenyum. Dalam hati, aku kagum dnegan keberaniannya.

“Hah, nak balik. Minum air dulu…” Kata cikgunya.

Then diorang semua disajikan dnegan air dan biskut.

“Saya tak nak makan cikgu, nak minum jer…” Sekali lagi aku dnegar suara anak aku…Aku gembira dnegan perkembangan terbaru tu. Bermakna anak aku dah terima orang tu sebagai cikgu dia dan dah dapat berkomunikasi sebagai seorang murid dan cikgu. Perkembangan paling baik pada perkiraan ku.

“Cikgu, saya dah minum. Saya nak balik…” Pecah ketawaku dengan telatah beraninya. Ada 4 orang ibu yang menunggu anak mereka turut tergelak sama..

Lepas tu aku dengar cikgu memulakan proses pembelajaran. Oya dah merengek nak balik. Nak milo…macam-macam. Dah boring la tu. nasib baik tak bawa Adam.

Dalam masa tu, kepalanya masih terjenguk-jenguk mengintai aku. Aku buat tak tau jer..nak bagi dia berani dan bersemangat…

Keadaan berlarutan sampailah pukul 10.00pagi. Aku tengok, dia begitu bersemangat untuk balik. haha..kesian anak aibu. Bukan ibu nak mendera sayang, ibu nak bagi Ayie biasa dan berani…

Dan hari ni, sehari suntuk dia dok tanya aku adakah aku akan tinggalakn dia kat school seperti ibu kanak-kanak lain… hehe..nak tidur malam tadi pun masih bertanyakan hal itu…

Kol 2 tadi dia bangun. Aku bau semacam jer…rupanya dia terencing..hahah…kesian dia. Aku buat muka selamba jer. Tak marah dan tak merungut. Agaar dia tak rasa berjauh hati..

Ok lah, nak prepare breakfast untuk Ayie…jumpa lagi.. Gambar pun tak sempat edit n upload.Pah ni deh….

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 3747 times by 718 viewers

7 Responses to “Ayie Dah School…”

  1. Adila Says:

    Hari ke 3 persekolahan Ayie, agak mencabar.hahhaa… Dia menangis bila aku kata nak tunggu dia kat luar. Mendung jer muka dia menagih simpati.

    Memang la tak sampai hati, aku sendiri sebak jugak. ye lah, anak aku mana pernah bercampur macam tu. Asyik berkepit dengan ibu dan abah dan adik-adik dia sahaja.

    Tapi demi kebaikan Ayie jugak, aku terpaksa berkeras dengan dia.

    Bila nampak dia leka, aku dengan perlahan-lahan turun dari sekolah dia. Aku tunggu kat luar dahilu. Tak terus balik. Sebab nak tengok dulu macam mana keadaan dia.

    Nampak dia nangis. Dia duduk kat tepi cikgu.hehe…dia dah rapat dengan cikgu tu…tu yang aku tak sangka sangat tu…

    Bila tengok tangisannya tak teruk sangat, aku sedikit lega. Dan apa lagi…aku balik lah…

    Kol 10.00pagi aku cepat-cepat ke sekolahnya. Masa tu dia tak keluar lagi. Aku tengok dia dah tak nanngis. Malah dah mampu tersenyum.

    Alangkah gembira dan senangnya hatiku melihat kemajuan anakku itu.

  2. Ibu Ayie Says:

    Ni minggu ke dua Ayie school.

    Berdebar jugak aku. Memandangkan pagi tadi dia dah bagi hint tak nak gi school.. hahahah

    Dia bangun sendiri kol 7.00pagi. Tapi bila dia tengok aku dok siapkan keperluan dia gi school, terus mengantuknya datang balik.hehehe…

    Then dia bangun lagi kol 7.15pagi. Nak ceng katanya. tapi nak basuh dnegan air paip-sejuk.

    Aku pun cucuk jarum la..hahaha

    Kebetulan aku dok masak air untuk dia. Then aku sediakan air suam untuk dia basuh ceng dan mandi.

    Gigi ibu goaok, badan ibu sabunkan, ibu mandikan…daia hanya dok tunggu je..hhaha

    Hm, dia nak school pun dah satu rahmat bagi aku.

    Bila gi antar sekolah, kebetulan kawan yang suka dok layan dia, NAJIB namanya dah ada. Najib tarik tangan dia ke tempat mainan. Then mata dia dok melilau cari ibu jer..

    Cikgu pun tarik tangan Ayie dok depan tv tenegok cd alphabet.

    Aku dan Oya pun beranjak perlahan-lahan ke luar. Dan kami terus balik.

    Oya adalah adik yang setia mengantar dan mengambil Ayie. Kekadang Shahadah, sepupu diorang ikut sama.

    Nampaknya Ayie semakin seronok dan dah dapat membiasakan diri dengan kawan-kawan dan cikgu kat sana. Alhamdulillah. Lega dan suka hati aku melihat perkembangan Ayie.

    Bila diceritakan perihal Ayie kepada abahnya, tergelak jugak la abah dia…walaupun tak gelak besar pun..hahahah…sebab abah Ayie seorang yang cooooool….

    Apa=apa pun abah Ayie, kami tetap sayang dan rindu sangat kat abah Ayie…Insya Allah kita akan bersama kembali…

  3. Adila Says:

    Minggu ke dua persekolahan, Ayie balik pukul 11.00 pagi.

    Sekarang ni, dia dah bersemangat nak gi school. Aku seronok sangat dnegan perkembangannya. Pergi dan baliknya dari school dihantar dan dijemput oleh dua pelayan kecil ditemani aku. Oya tetap setia menghantar dan menjemput abangnya. Begitu juga dnegan Syahadah merangkap teman rapat Ayie.

    Tadi masa aku nak gi ambil dia, aku lihat dia bukan main seronok lagi main dnegan kawan-kawannya. Kat school tu ada ala-ala taman mainan. Seronok la budak-budak.

    Hari ni, aku gi amik Ayie kol 11.00 tepat. Kebetulan Oya sleep. Syahadah pun keluar dengan mamanya.

    Tak terduga keluar persoalan dari mulut anak kecil ku yang manis dan bijak ni,

    “Ibu datang awal sangat. Tak sempat Ayie nak main dnegan kawan-kawan. Lain kali ibu jangan datang awal. Bagi Ayie main dulu. ”

    Adush…terkesima aku dibikinnya.

    Nampaknya, anakku semakin betah dan seronok bersekolah dan bergaul dnegan kawan-kawan. Setelah balik dari school, dia akan tunjukkan apa yang dia belajar di school. Dia akan membuka beg dan mula menulis di tangga.

    Sesekali keluar bicara sayu dari mulut kecil permata sulung ku tentang abahnya bila melihat kawan-kawannya dijemput abah mereka.

    Aku hanya mampu tersenyum dan menerangkan jawapan yang sama. Dalam masa sama, aku minta anak yang suci tanpa noda dan dosa itu mendoakan abah mereka…semoga ada hari yang cerah untuk kami semua…amin.

  4. Kerasma Says:

    Selamat ulangtahun pertama buat baby Dam-dam. :)

    Teringat perjuangan getir membesarkan baby Dam-dam dengan bergantung kepadaNya semata-mata dan tunduk kepada bantuan ilmu-ilmu sains yang Dia turunkan kepada manusia.

    Biarpun sinar ilmuNya itu sentiasa berada di sekeliling kita, tetapi jika tidak membuka minda, tidaklah manusia itu nampak beza sesuatu yang bermanfaat dan sesuatu yang mudarat.

    Samalah seperti cahaya matahari. Walaupun ia terang benderang, tetapi kalau manusia itu tidak membuka kelopak matanya, tidaklah hati mereka nampak cerahnya cahaya matahari itu.

  5. Pakcu Says:

    Kak Dila,
    klo bleh uplod la pic2 bru ayie, oya n Dikdam..rindu lme xjumpe..
    best baca cerita ayie da skolah..da bsr da die..cmne agak2nya keletah dia skrg..still manja2 bijak lagi macam dulu atau lebih dr itu..hehe..

  6. Ibu Ayie Says:

    eh..pakcu..lama tak jumpa..

    Nanti kak dila upload. line slow sikit din. pakai berukbeng..biasa malam2 ok la.

    Kim slam buat semua yer din..kami kat sini pun rindu sesangat…

    Ada umur kita jumpa lagi..Insya Allah.

    Ayie makin petah sekarang. Sejak school, dia dah makin pandai loghat kelate…heheh..dah bertukar dah cara cakap dia.

  7. Pakcu Says:

    hehehe..berukbeng…

    makin petah? bagus..bsr sok bleh jd lawyer…

    sok ble jmpe ayie kne la pakcu kecek klate..heheh..

Leave a Reply