14 Jan

Sains dan Agama

44:38. Kami tidak mencipta langit dan bumi dan semua yang di antara keduanya dengan bermain-main,

44:39. Kami tidak mencipta keduanya melainkan dengan benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

Allah tidak mencipta alam semesta ini dengan bermain-main. Semuanya wujud atas dasar kebenaran. Bila ianya benar, maka alam semesta ini boleh dikaji dan fikirkan.

Allah serius dalam mencipta sesuatu. Jadi patutkah manusia itu sombong untuk mengkaji ilmu alam seolah-olah mereka anggap Allah cipta itu semua untuk bermain-main?

Pada hari ini, ada manusia memisahkan agama dengan hukum alam (sains). Sedangkan kita hidup di atas muka bumi, di mana bumi pun tunduk pada hukum alam ini. Jadi, patutkah kita beragama mengikut sesuatu yang tiada bukti hukum alam ini? Dengan kata lain, kita tidak boleh memisahkan sains dengan kehidupan realiti kita. Kalau nak berkhayal, bolehlah kita tidak ikut hukum sains itu.

Yang memisahkan agama dengan hukum alam ini tidak lain adalah orang-orang yang mahu menjadikan agama itu hak esklusif mereka dan bermain-main. Kononnya jika ikut cara mereka sahajalah yang benar dan cara lain tak benar. Alangkah ruginya hidup dengan hati yang berpenyakit begitu?

Hukum alam ini milik Allah dan boleh dikaji oleh semua orang. Sebab itulah dalam sains, tidak ada sesuatu pihak yang boleh mendakwa mereka sahaja ada hak kepada ilmu sains. Sesiapa yang rajin berfikir dan meneroka hukum alam ini, pasti Allah akan beri ilmu dan pengetahuan sains kepada mereka. Kerana itulah kehidupan saintis tidak mewujudkan puak-puak kerana berbeza pendapat atau aliran? Ada kita dengar mazhab dalam bidang sains?

Sains tidak melahirkan manusia yang taksub dan fanatik pada sesuatu golongan kerana yang mengkaji sains itu semuanya atas niat nak memahami alam Tuhan ini. Tetapi orang yang buat sesuatu ketetapan tanpa bukti saintifik itu jadikan “agama” untuk berpecah-belah sesama manusia. Mereka jadi golongan yang fanatik sehingga berperang sesama sendiri.

Agama yang lurus dan benar, sudah pasti ia selari dengan hukum alam ini. Ia mampu dibuktikan secara logik dengan hujah-hujah yang saintifik. Itulah agama yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul. Kerana itulah dalam Al Quran diceritakan kisah para Nabi yang tahu memanipulasi hukum alam ini seperti menundukkan angin (Nabi Sulaiman), menundukkan air (Nabi Nuh) dan melembutkan besi (Nabi Daud). Dengan kata lain, para Nabi-nabi itu adalah saintis terkemuka di zaman mereka.

Para Nabi menggunakan ilmu sains untuk mengajak manusia tunduk kepada Pencipta alam ini. Mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi kerana orang yang meminati sains akan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Bila mereka lihat kaum mereka buat sesuatu amalan ritual, mereka akan bertanya, daripada mana datangnya ketetapan amalan ritual itu? Apakah ada hujah saintifik yang menetapkan begitu atau ditetapkan berdasarkan persangkaan perbuatan orang-orang terdahulu?

Orang-orang yang tunduk pada sesuatu yang ada bukti hukum alam, itulah orang-orang yang tunduk kepada Pencipta alam ini. Mereka akan dikurniakan ilmu pengetahuan kerana dengan belajar hukum alam inilah membolehkan minda manusia berkembang.

Sebaliknya orang-orang yang tunduk pada persangkaan perbuatan orang-orang terdahulu, mereka hanya dapat persangkaan sahajalah. Mereka tidak mampu memikirkan apa yang mereka lakukan, melainkan atas dasar kepercayaan amalan nenek moyang sahaja.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 4238 times by 839 viewers

2 Responses to “Sains dan Agama”

  1. Tolokminda Says:

    Salam,

    Tuhan kata Dia cipta alam ini dengan kiraan yang tepat.

    54:49 Sesungguhnya Kami telah cipta semua benda menurut kiraan yang tepat. (Surely We have created everything according to a measure.)

    Sebab itulah para saintis dan jurutera dalam bidang apa pun perlu membuat kiraan samada mereka mahu memahami alam ini atau pun mahu mencipta sesuatu. Sains, matematik dan alam adalah kombinasi yang tidak boleh dipisahkan.

  2. Kerasma Says:

    Salam Tolokminda,

    Dengan kata lain, kerana ilmu sains dan matematik itulah terciptanya apa yang ada antara langit dan bumi termasuk diri kita ini.

    Memisahkan diri daripada kedua2 ilmu tersebut menyebabkan manusia itu hidup dalam khayalan kerana khayalan tidak memerlukan kita berfikir mengikut hukum2 alam dan tidak memerlukan pengiraan.

    Bila hidup secara khayalan, mereka mewujudkan amalan2 ritual yang tiada hukum2 alam membuktikan dakwaan mereka itu. Mereka terpaksa bersandarkan cerita2 mitos dari kayangan.

    p/s: Terima kasih kerana sudi memberi komen saudara di sini.

Leave a Reply