Jeritan Mentaliti
Artis: MAY

Perjalanan
Ke gunung mencari mana puncak
Merempuh duri rimba
Kepuasan
Tercipta terpecahlah rahsia
Di depan mata dunia
Untuk apa mencari
Hanya untuk kau tahu saja
Sedangkan ada rahsia
Masih tersembunyi
Pintu besi
Itulah rahsia dalam diri
Berkarat dengan rasa
Pintu hati
Semesti dibuka zaman ini
Jeritan mentaliti
Ketuklah pintu ini
Biar berdarah jiwa raga
Ranap semua impian
Dan tali buaian
Jerit biarkan menjerit
Mentalmu
Akan hilang rasa
Terbelenggu itu
Pintu besi
Itulah rahsia dalam diri
Berkarat dengan rasa
Pintu hati
Semesti dibuka zaman ini
Jeritan mentaliti
Jerit biarkan menjerit
Mentalmu
Biar berdarah jiwa raga
Ulasan:
Hidup berfikir mencari kebenaran seumpama mendaki puncak gunung. Banyak duri rimba terpaksa diredah. Namun setiap kesukaran dalam berfikir akan dibalasi dengan rasa kepuasan, iaitu apabila akal mencapai sesuatu hakikat kebenaran. Banyak rahsia-rahsia yang tersembunyi dapat diketahui.
Tujuan mencari kebenaran itu bukan setakat untuk tahu sahaja melainkan sebagai jalan untuk membuka rahsia-rahsia alam yang masih tersembunyi. Ilmu Allah itu berlapis-lapis. Ia tidak terbatas pada satu lapisan sahaja. Kejayaan mengetahui sesuatu lapisan ilmu akan mendorong manusia itu untuk terokai lapisan-lapisan yang belum ditembusi.
Pada akhir zaman ini, pintu hati kena dibuka. Bukannya hidup secara taksub dan menurut membuta-tuli. Kena guna segala pancaindera untuk memahami sesuatu hakikat agar tidak ditipu oleh golongan tertentu seperti mana kaum-kaum terdahulu ditipu. Cara nak membuka pintu hati adalah dengan berfikir. Keinginan berfikir mencari hakikat kehidupan umpama jeritan batin yang inginkan hujah-hujah yang kukuh bukannya bersandarkan nama-nama orang terdahulu.
Kaum musyrik terdahulu bila berhujah untuk pertahankan amalan tradisi mereka tidak mampu bukti-bukti yang jelas. Bila ditanya tentang amalan mereka, maka mereka berkata “sebab kami lihat bapa-bapa kami berbuat begitu”. Di akhir zaman ini kita jumpa jawapan yang senada seperti kaum-kaum terdahulu itu seperti mengatakan “sebab ada sahabat nampak Nabi buat macam itu”. Itulah jawapan yang tidak ada bukti kukuh, sekadar bawa cerita sahaja.
Perjuangan mencari kebenaran memerlukan manusia itu mengetuk pintu hatinya sendiri. Manusia itu kena ada kesedaran dalam diri untuk berfikir dan mencari bukti. Biar berdarah jiwa raga demi mencari bukti-bukti yang jelas agar hidup tidak menyembah manusia-manusia yang bawa cerita sahaja seperti ulamak Nasrani bawa cerita yang Nabi Isa itu anak Allah. Logikkah Nabi Isa nak mengaku dirinya anak Allah? Tidakkah perkara-perkara sebegitu mereka tidak boleh memikirkannya?
Pintu hati manusia itu seperti pintu besi. Jika ia sudah taksub dengan ajaran tradisinya, ia bagaikan pintu besi yang berkarat dan susah nak dibuka lagi. Rasa ego dan bangga diri dengan anutan tradisinya menutup hati daripada berfikir selain ajaran turun-temurunnya. Seperti itulah orang-orang Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah tertutup hatinya nak mendengar kebenaran Al Quran kerana mereka telah dididik dengan ajaran tradisi ulamak-ulamak mereka. Apa yang bercanggah dengan ajaran ulamak mereka, maka dianggap tidak betul. Tambahan pula Rasulullah bukannya dari keturunan mereka dan tidak belajar dengan ahli-ahli kitab mereka. Ramai yang mengaku Islam pada hari ini juga sama perangainya macam orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu yang tidak boleh berbeza pendapat kerana menyangka ajaran tradisi mereka sahaja betul.
Biarkan jiwa menjerit untuk membuka minda. Barulah hidup tidak dibelenggu dengan ajaran-ajaran yang tiada bukti kukuh yang terpaksa bersandarkan atas nama-nama manusia. Apakah Allah itu terlalu lemah sehingga tidak mampu menjelaskan ayat-ayatNya dan perlukan nama-nama manusia terdahulu? Ramai manusia tidak sedar hakikat ayat-ayat Allah itu.
Sesiapa yang membuka minda, pasti akan memahami ayat-ayat Allah. Sebab itulah Allah kurniakan manusia minda. Apa gunanya minda itu kalau bukan untuk memikirkan dan memudahkan memahami ayat-ayat Allah?
Viewed 3938 times by 804 viewers

























Posted
on
Tuesday, January 26th, 2010 at 11:15 pm under

