30 Jan

King El-mondoque

Artis: XPDC

Dah lama sangat, dah naik karat
Dah nak kiamat masih merempat
Masih melarat, masih keparat

Mana maruah, mana merdeka
Mana sakinah bukti satu mu
Bukti jitu mu, bukti tahu mu

Huray! huray! King El mondoque
Huray! huray! King El mondoque

Siapa raih, siapa rugi, siapa mati
Buka mata mu, buka minda mu, buka hati mu

Huray! huray! King El mondoque
Huray! huray! King El mondoque

Tafsir tuan kami ini siapa
Tikus parit, tikus sawah, tikus sampah
Tikus bukit, tikus rimba, tikus kota
Dilahirkan hanya untuk dinista

Uh…bukan ingkar
Uh…nak derhaka

Tafsir tuan kami ini siapa
Tikus parit, tikus sawah, tikus sampah
Tikus bukit, tikus rimba, tikus kota
Dilahirkan hanya untuk dinista

Uh…bukan ingkar

Mana maruah, mana merdeka
Dah nak kiamat masih merempat
Masih melarat, masih keparat

Huray! huray! King El mondoque
Huray! huray! King El mondoque
Huray! huray! King El mondoque
Huray! huray! King El mondoque



Ulasan:

Terdapat satu kaum yang beragama secara menurut membuta-tuli. Mereka merasakan diri mereka umat terbaik sehingga menyebabkan pintu hati mereka berkarat dengan perasaan bangga diri. Biarpun zaman dah berubah dan nak kiamat, mereka hidup secara lemah dan merempat. Di sana sini mereka melarat akibat suka berpecah-belah atas perbezaan fahaman mengikut golongan-golongan tertentu di kalangan mereka. Mereka suka kafir-mengkafir, mengutuk-keji, memfitnah dan segala macam aktiviti keparat yang membawa kepada perpecahan sesama manusia.

Mereka tidak tahu menilai baik dan buruk kerana terlalu taksub dengan ajaran tradisi mereka. Maruah diri mereka tiada, kerana hidup mereka dibelenggu dengan ajaran-ajaran tak masuk akal yang memerlukan cerita perbuatan orang-orang sebelum mereka. Bila ditanya kenapa mereka buat sesuatu amalan itu, mereka jawap “sebab ada orang nampak Nabi kami buat begitu”. Mereka tidak mampu membawa bukti-bukti kukuh melainkan sekadar bersangka-sangka atas perbuatan orang-orang terdahulu sahaja.

Biarpun mereka nampak macam merdeka di negara mereka, tetapi dalam jiwa mereka tiada kemerdekaan. Mereka tidak tahu buat keputusan sendiri untuk diri mereka melainkan kena menurut golongan tertentu yang mereka rasakan tempat pergantungan, walhal mereka sedar di akhirat nanti mereka akan menghadapi Allah sendirian tanpa bantuan mana-mana pihak.

Mereka tidak mampu membuktikan hidup bersakinah yang mampu menyatukan manusia. Sesama mereka sibuk mewujudkan golongan-golongan yang merasakan mereka sahaja yang layak dapat petunjuk. Seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada Allah, sedangkan Allah-lah yang Berkuasa nak beri petunjuk kepada sesiapa jua yang mahukan petunjukNya.

Akibat beragama secara malas menyelidik dan meneroka untuk mencari bukti-bukti yang nyata, mereka tidak mempunyai kejituan dalam memahami sesuatu perkara seolah-olah mereka tidak tahu apa yang mereka ikut selama ini. Mereka terpaksa bersandarkan pada nama-nama orang tertentu yang dianggap mulia sebagai penguat hujah mereka. Apakah pada mereka ada sekutu bagi Allah?

Oleh kerana hidup malas berfikir, mereka tidak sedar orang lain sudah meraih keuntungan daripada kelalaian mereka sendiri. Khazanah milik mereka dikaut dan disedut sedangkan mereka di pihak yang kerugian walaupun memiliki hasil bumi yang banyak. Mereka suka berperang sesama sendiri bila diprovokasi sehingga ramai di kalangan mereka yang mati. Tidakkah mereka mahu memerhatikan, memikirkan dan memahami sunnah-sunnah Allah yang pernah terjadi kepada kaum-kaum yang lalai terdahulu?

Mereka membiarkan pengikut mereka dalam kebodohan kerana mereka melarang berfikir dalam beragama. Apakah mereka ingat manusia itu umpama tikus-tikus yang sekadar membuat kerosakan dan untuk dinista sahaja? Pada akal itulah terletaknya perbezaan darjat di antara manusia dengan manusia lain. Yang malas berfikir sehingga tahap akalnya rendah, mereka dikatakan lebih hina daripada binatang ternak yang Allah hadkan akal mereka daripada mampu berkembang jauh.

Bukanlah apa yang disampaikan ini untuk mengingkari ajaran-ajaran tradisi atau menderhakai, melainkan untuk peringatan semesta alam agar manusia terbuka mindanya dan membuat perbandingan nasib manusia di serata dunia.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Viewed 4743 times by 1081 viewers

Leave a Reply