N9 Terlepas Peluang

Negeri Sembilan kempunan lagi dalam usaha menambah koleksi kejuaraan apabila tewas di tangan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan jaringan 1-2 di Stadium Paroi malam tadi. Walaupun skuad Rusa berjaya mendahului jaringan di babak pertama menerusi tandukan Idris Karim, namun kelebihan satu gol itu tidak cukup sebagai modal untuk memenangi perlawanan.
Tahniah buat pasukan Selangor yang bijak membuat pertukaran yang menampakkan perubahan taktikal sehingga berjaya menembusi benteng pertahanan Negeri Sembilan di separuh masa kedua. Tahniah juga buat pasukan Negeri Sembilan yang berusaha berhempas pulas sehingga minit-minit terakhir permainan walaupun nasib tidak menyebelahi mereka.
Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang menghiburkan kerana saling serang-menyerang dan menghidangkan aksi-aksi mendebarkan. Nampak peningkatan mutu permainan dan semangat juang yang tinggi.
Kedua-dua penyokong pasukan juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tiada gangguan-gangguan yang mencemar perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2010. Semoga insiden-insiden disebabkan ketaksuban para penyokong dapat dihapuskan dalam kancah bolasepak negara musim ini. Harmonikan permainan bolasepak kita!
Viewed 4064 times by 764 viewers

























Posted
on
Sunday, January 10th, 2010 at 10:59 am under

