Kecuaian kita
Rasanya sudah banyak kali kita mendengar kisah begini berlaku dalam masyarakat kita. Malah kalau tidak silap saya, kisah sedih seperti ini pernah disiarkan di dalam televisyen untuk peringatan bersama. Namun kenapa ia masih lagi berlaku? Apakah ini semua sebagai petanda bahawa masyarakat kita ini memang jenis tidak suka mengambil pelajaran? Apakah masyarakat kita jenis tidak suka beringat sebelum kena?
Risiko kemalangan adalah lebih besar bila kenderaan di bawa secara mengundur, hatta ketika hendak meletakkan kenderaan. Sepatutnya bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil mempunyai kesedaran untuk tidak membiasakan diri meletakkan kenderaan secara mengundur di rumah sendiri.
Anak-anak kecil amat gembira dan teruja bila ibubapa yang mereka sayangi pulang ke rumah. Mereka akan meluru keluar sebaik sahaja tahu kenderaan ibubapa mereka tiba. Malangnya anak-anak kecil itu tidak tahu erti bahaya yang bakal menimpa mereka bila kenderaan itu menuju ke arah mereka secara mengundur. Jadi para ibubapa-lah sepatutnya peka dengan risiko tersebut.
Ibubapa sepatutnya berfikir panjang kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dalam kehidupan kerana mereka adalah pelindung kepada anak-anak. Hidup ini seumpama bermain catur. Kalau berfikir pendek, pasti kita akan terjerat dengan tindakan kita sendiri. Tetapi kalau kita berfikir jauh di hadapan, banyak kebarangkalian-kebarangkalian yang bakal mengundang padah boleh kita lihat sebelum ini terjadi. Maka kita ada masa untuk mengelak daripada tersilap langkah. Bukankah mencegah itu lebih daripada daripada mengubati? Apalah ertinya sudah terhantuk baru nak tergadah kerana nasi sudah menjadi bubur?
Ingatlah, Tuhan itu Maha Adil. Kalau kita suka hidup berfikiran singkat, pasti akan datang kesan buruk kepada kita kerana sikap suka berfikiran singkat kita itu. Tetapi kalau kita hidup berfikiran panjang dan jauh ke hadapan, pasti akan datang kesan baik hasil daripada sikap berfikiran jauh ke hadapan.
Itulah hukum Tuhan yang jarang manusia renungkan kerana manusia itu mudah lupa walaupun kisah yang sama telah diceritakan berulang-ulang. Mereka nak tunggu kena batang hidung sendiri barulah nak meratap-pilu. Namun, menyesal pendapatan, menyesal kemudian, tiada gunanya.
Viewed 49095 times by 3616 viewers
























Posted
on
Saturday, July 30th, 2011 at 10:02 pm under


Salam
Parking kereta mengundur balik kerja…. mengundur kereta nak keluar pergi kerja pun kena ber-hati2, kadang2 kanak2 lari bermain dibelakang kereta, tapi ibu-bapa tak nampak… kena pastikan kanak2 masuk dlm rumah dulu…
August 5th, 2011 at 3:42 pmSalam Jebon,
Benar tu. Asalkan mengundur, tak kiralah nak masuk “porch” ke nak keluar, risiko terlanggar anak sendiri itu tetap ada. Cuma yang biasa terjadi dan dilaporkan di akhbar-akhbar adalah kes parking mengundur masa nak balik kerja.
Apa yang saya cuba suarakan di sini tentang tabiat masyarakat kita yang tak suka beringat dahulu sebelum kena walaupun perkara itu sudah selalu dilaporkan dan diperingatkan. Bukan sahaja kes parking mengundur itu, malah kes main mercun masih berlaku dan melibatkan orang-orang dewasa.
Saya nampak keadaan ini berpunca daripada sikap malas berfikir dahulu sebelum bertindak. Mereka suka membuat sesuatu atas dasar kehendak hati sahaja. Macam juga dengan kepercayaan tradisi mereka. Main buat tanpa mahu memikirkan apa benda yang mereka buat itu dari segi kebenaran dan manfaatnya.
August 7th, 2011 at 2:11 pm