Teruskan Perjuangan
Bagaikan suasana perlawanan akhir. Itulah yang dirasakan oleh peminat bolasepak tanahair ketika menyaksikan perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Harimau Malaya dengan musuh tradisi, Singapura. Keputusan seri 1-1 sebaik sahaja pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat menandakan tamatnya perjuangan pasukan negara untuk melangkah ke peringkat seterusnya setelah tewas dengan aggregat 4-6.
Walaupun kekalahan ini pasti mengecewakan ramai pihak setelah harapan besar diletakkan kepada pasukan Malaysia selaku juara Piala AFC Suzuki 2010, namun itu bukanlah penutup perjuangan terpenting iaitu untuk memartabatkan mutu bolasepak negara. Kita sekarang dalam proses mendaki ke puncak yang curam dan berliku. Pasti adakala terjatuh sedikit apabila percaturan langkah tidak menjadi. Namun semua itu ada kebaikannya untuk membantu kita memperbaiki kekurangan yang ada.
Yang jelas, sejak bermulanya perlawanan peringkat kelayakan Piala Dunia ini, kedengaran suara tidak berpuas hati dan kerisauan dengan bahagian pertahanan Harimau Malaya bagaikan mudah dirobek. Kelemahan inilah yang menjadi duri dalam daging kepada pasukan Malaysia malam ini walaupun berjaya menggegarkan jaring lawan menerusi sepakan kencang Safee Sali. Di kala satu gol lagi diperlukan untuk menyamakan aggregat seterusnya mencerahkan harapan ke peringkat pusingan ketiga, kealpaan bahagian pertahanan dihukum oleh penyerang Singapura untuk mencuri satu gol bagi mengekalkan defisit jaringan seterusnya menggugat semangat anak-anak muda Malaysia yang sedang memikul tugas yang amat berat itu.
Apakah kelibat pemain “otai” adalah diperlukan untuk menghadapi perlawanan getir sebegini seperti mana ketika kita mengharungi perlawanan bagi kejohanan Piala Suzuki tahun lalu? Pemain-pemain senior sebenarnya dapat bertindak sebagai penyerap tekanan yang sukar dipikul oleh pemain-pemain muda. Ketiadaan senior boleh menyebabkan pemain muda rasa tertekan bila digalas dengan beban yang berat. Maka tidak hairanlah pasukan Singapura mengambil pemain naturalisasi di kalangan yang sudah berusia, kerana pengalaman mereka berguna untuk menyerap tekanan, apatah lagi bermain dengan pasukan tuan rumah seperti Malaysia.
Di sebalik kegagalan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya, kejayaan pasukan Malaysia dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini telah memeriahkan suasana bolasepak negara. Gembira bila melihat ramai rakan sepejabat sanggup meluangkan masa ke stadium malam ini untuk memberi sokongan kepada pasukan harapan. Bukan mudah untuk melihat suasana begini sejak mutu bolasepak negara jatuh merudum. Tahniah kepada semua penyokong bolasepak negara.
Dan pasti tidak dilupakan, syabas kepada para pemain dan pihak pengurusan yang sudah tentu mahu pergi ke peringkat yang lebih jauh. Namun apakah daya, masih ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki untuk melihat sinar gemilang bolasepak Malaysia. Perjuangan belum selesai. Perjuangan belum selesai. Banyak yang perlu diusahakan lagi. Semoga tidak berputus asa…
Viewed 49216 times by 3667 viewers
























Posted
on
Thursday, July 28th, 2011 at 11:36 pm under


follow back arrayah.info - Kebencian Kaum Kafir Terhadap Islam Hingga Ke Padang Bola
July 29th, 2011 at 10:01 pmSalam
Ramai orang yg mengaku Islam pun apa kurangnya, rasis agama…
Anti-Yahudi: FAM minta maaf kata kesat ‘serang’ pemain Chelsea - Malaysian Insider July 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta maaf kepada Chelsea hari ini ekoran kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lepas.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, FAM tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya ketika perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu tetapi menegaskan jika benar, ia hanya melibatkan sekumpulan kecil daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.
“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak,” kata kenyataan itu.
“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain terbabit dan juga kepada kelab Chelsea,” tambah kenyataan itu.
Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.
Chelsea tidak membuat aduan mengenai isu itu dengan segera selepas perlawanan minggu lalu, sebaliknya hanya berbuat demikian kelmarin.
“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.
“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” katanya. — Reuters
July 30th, 2011 at 11:25 amSalam,
Benar Jebon. Rasis agama terdapat di mana-mana. Apabila ada penganut sesuatu agama taksub dengan kepercayaan masing-masing, akan berlakulah tindakan2 seperti itu.
Cuba kita fikir secara rasional, daripada pengadil tiup wisel untuk memulakan perlawanan, sehingga wisel penamat ditiupkan, apakah yang aksi yang berlaku di tengah padang itu kerana seseorang pemain itu tekun dengan kepercayaan agamany? Apakah Lionel Messi berjaya mengelecek lawan dan menjaringkan gol kerana amalan agamanya? Apakah Zidane mampu menjadi pemain terbaik dahulu kerana amalan agamanya? Apakah gol Iniesta pada final Piala Dunia 2010 kerana amalan agamanya? Tidak, semuanya kerana usaha yang mengikut hukum alam yang melayakkan sesuatu jaringan dan kemenangan itu terhasil.
Namun kerana ada pemain yang terlalu taksub dengan kepercayaan mereka, mereka menunjuk-nunjuk simbol agama mereka bila berjaya menjaringkan gol. Jika mereka pemain yang profesional, seharusnya mereka tidak melakukan tindakan sedemikian.
Sedangkan makhluk-makhluk lain yang berjaya memikul amanah Allah dengan menunaikan tanggungjawab sesuai dengan fungsi kejadian mereka pun tak menunjuk-nunjuk tentang kepercayaan mereka pada Tuhan, macam mana ada manusia yang setakat berjaya menjaringkan gol begitu teruja nak menunjuk-nunjuk kepercayaan mereka? Buat malu dengan makhluk-makhluk lain itu sahaja.
Cuba tengok macam mana matahari tekun memikul tanggungjawab yang Tuhan berikan kepadanya tanpa perlu nak menunjuk-nunjuk apa-apa simbol tentang kepatuhannya kepada Tuhan. Sedangkan sumbangan matahari lebih besar daripada manusia, tetapi rasa rendah diri matahari itu lebih tinggi daripada sesetengah penganut agama yang taksub dengan kepercayaan mereka.
Tak mustahil makhluk-makhluk lain akan ketawa melihat perangai sesetengah manusia yang suka menunjuk-nunjuk simbol kepercayaan mereka.

July 30th, 2011 at 1:28 pmSalam
Berita Malaysian Insider tuh mungkin berlaku seperti pada artikel ini, cubalah baca,
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/07/cerkotmeleischelsea-dan-benayoun.html
July 30th, 2011 at 2:09 pmSalam Jebon,
Menarik cerita dalam blog tu. Memang ramai Melayu berattitude macam si “Faisal” tu. Marah secara pukul rata sahaja.
Jika ada segelintir orang Islam mengebom di tempat-tempat awam, dan orang Barat gelar orang Islam sebagai pengganas, tau mereka marah. Tapi bila ada segelintir orang Yahudi buat jahat, habis semua Yahudi mereka benci.
July 30th, 2011 at 5:40 pmSalam,
Berbalik pasal bolasepak negara, saya rasa kita masih kekurangan sokongan kaum Cina dalam menyumbangkan pemain berbakat untuk negara. Wajah 1Malaysia belum terbentuk lagi dalam skuad negara.
Kita sudah ada acuan yang membentuk pasukan bolasepak yang digeruni pada 20 tahun yang lampau, iaitu skuad yang dibarisi kepelbagaian kaum. Namun kita gagal menggunakan acuan tersebut untuk “menempa” wajah pasukan yang pernah kita hasilkan dahulu.
Kejayaan kita membina pasukan bolasepak negara yang mantap yang diwarnai pelbagai kaum dapat menjadi pengukur semangat muhibah rakyat Malaysia.
July 30th, 2011 at 5:51 pmSalam semua,
Berlian tidak terbentuk dalam masa seminggu. Berlian memerlukan masa berjuta-juta tahun dan mampatan tanah sebelum ianya terbentuk.
Pokok Oak tidak tumbuh dalam masa satu malam. Semasa membesar, pokok oak akan kehilangan banyak daun, dahan dan kulit. Tetapi dengan segala kehilangan itulah pokok oak akan menjadi besar dan tinggi suatu hari nanti.
Segala nilai kecantikan, kesempurnaan dan kejayaan dalam alam semesta ini memerlukan masa dan usaha. Begitu jugalah kita sebagai manusia yang tertakluk dengan hukum alam semesta (Sunnatullah), untuk berjaya memerlukan kita terus berusaha dan mengambil masa.
Seolah-olah terdapat satu hukum alam semulajadi yang berkata, ‘Hei, janganlah serius sangat, teruskan usaha dan nikmati kehidupan anda.”
-Mat Guyver-
August 1st, 2011 at 2:07 amSalam MG,
Perumpamaan yang bagus untuk menjadi inspirasi kepada orang-orang yang tekun berusaha dan tidak berputus asa dalam apa jua bidang yang diceburi.
August 1st, 2011 at 6:12 am