Perpaduan Melayu
Sebelum merdeka dahulu, orang-orang Melayu yang rata-ratanya mengaku Islam tidaklah sekaya mana. Kalau nak jumpa orang Melayu yang berjawatan besar pada waktu itu, mungkin boleh dibilang dengan jari. Namun biarpun serba kekurangan, orang Melayu boleh jadi kuat (sehingga berjaya menjatuhkan Malayan Union) kerana mereka bersatu-padu di atas satu tujuan iaitu untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Hari ini setelah lebih 50 tahun merdeka, dan telah ramai orang Melayu yang berjawatan besar dan pendapatan lebih 5 angka sebulan, orang Melayu mudah dipecah-belahkan dengan sentimen dan fitnah. Ini kerana orang Melayu sudah tiada objektif yang boleh menyatu-padukan mereka seperti mana sebelum merdeka dahulu. Ramai yang rasa selesa dengan kedudukan masing-masing dan sibuk dengan visi sendiri seperti untuk mengayakan diri. Matlamat mereka hanya tertumpu kepada kehendak dan keuntungan diri mereka sahaja.
Jika orang Melayu ada satu visi yang sama untuk kepentingan bersama, barulah perpaduan Melayu dapat dipulihkan. Namun visi apa yang mereka mahu tujui jika mereka masih tak tahu mencari erti hidup ini?
Viewed 45770 times by 3256 viewers
























Posted
on
Friday, August 19th, 2011 at 2:07 pm under


Jika orang Melayu tidak melihat keperluan menjaga masa depan negara, memang masing-masing tak nampak keperluan bersatu itu.
October 29th, 2011 at 2:30 pm