Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tetiba hari ni rasa rindu nak menulis kat blog. Dah lama benar rasanya tak bernukilan di sini…
Di kesempatan ini, ingin sekali daku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala keterlanjuran, terkasar bahasa dan apa sahaja yang terkesan di hati untuk sesiapa sahaja terutama pengunjung blog ini. Biarpun ucapan maaf bukan hanya tertumpu pada bulan Ramadhan dan Syawal, tapi aku tetap merasakannya istimewa dan tak mahu melepaskan saat ini.
Sudah pastinya anda semua sedang menjalani persiapan terakhir untuk raya. Dan yang paling gembira adalah anak-anak kecil yang dikurniakan kesempatan untuk menikmati dan merasai keindahan dan kegembiraan hari raya. Bercerita tentang persipan raya bersama rakan sekolah, tentang baju raya, tentang balik kampung…Bertuahnya mereka..
Dan ibu bapa pula sudah pasti berusaha sebaik mungkin untuk persiapan anak-anak mereka. Baju baru, kasut baru…dan semuaanya baru. Sudah pasti ianya berbalas dengan kepuasan bila anak-anak tersenyum riang dan seakan tidak sabar untuk menyarungkan segala yang baru itu sempena raya nanti.
Suami isteri dengan pakaian yang sedondon berjalan bersama-sama keluarga…menampakkan keserasian pilihan antara mereka. Sesekali kelihatan begitu…tentu menarik dan seronok.
Gambar si cilik kecil kat atas tu pun tak sabar menanti raya untuk pakai baju baru Ben Ten nya…
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
Viewed 35718 times by 3059 viewers
























Posted
on
Saturday, August 27th, 2011 at 3:21 pm under

