Al Faatihah (Pembukaan)
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Nama berfungsi untuk memudahkan perkenalan. Sebab itu kita sendiri ada nama supaya mudah dikenali. Sebagai surah pembukaan, agar terbuka hati kita ingin berubah ke arah membantu memperlihatkan keindahan agamaNya, kita harus mengenali Allah dahulu. Kenali Allah bukan sekadar akuan zahir mulut semata-mata, tetapi seluruh hidup kita kita rasakan kewujudanNya.
Contohnya jika pemimpin kita terpaksa menaikkan harga minyak petrol, janganlah cepat memarahi dan memaki mereka. Fahamilah sebab apa kenaikan harga minyak terpaksa dilakukan oleh mereka. Jika kita rasa tertekan akibat kenaikan harga barangan itu, kajilah bagaimana cara kita berbelanja. Adakah kita ini suka berbelanja untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah? Bukankah Allah sudah menyediakan neraka Jahim kepada manusia seumpama ini? Azab neraka Jahim ini sudah boleh kita rasakan sejak di dunia bila suka hidup bermegah-megah iaitu rasa tidak senang duduk dengan kekayaan orang lain. Akibatnya kita lalai bahawa hidup kita sebenarnya untuk mengAgungkan Allah.
Semakin kita merasakan Allah menentukan sesuatu dalam hidup, semakin kita tunduk dan taat kepadaNya. Seperti kesanggupan Balqis untuk tunduk kepada Sulaiman setelah baginda memperingatkan Balqis dengan Keagungan Allah. Biarpun kerajaan Balqis itu memiliki pelbagai nikmat yang dianugerahkan Allah, tetapi berkat berfikir panjang, ratu itu akhirnya tunduk kepada utusan Allah. Itulah kejayaan manusia yang menggunakan akal.
Kenali Allah berdasar sifat-sifat dan asma-asmaNya. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bergantunglah kepada tali Allah dengan berfikir kerana Dia Maha Pemurah akan mengurniakan ilham-ilham yang membolehkan kita mengharungi hidup dengan bahagia dan gembira. Sesungguhnya Dia tidak mempersia-siakan usaha manusia yang mendekatkan diri kepadaNya biarpun berjuta seteru membencinya.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Setiap ilham-ilham yang kita capai itu akan membolehkan kita nampak logik sesuatu perkara (hikmah) di sebaliknya. Proses ini akan mempertingkatkan keupayaan akal kita untuk berfikir sejauh mungkin sehingga kita diperlihatkan apa yang tidak dilihat oleh orang yang malas berfikir. Seumpama matahari terbit menyinari semesta alam yang menampakkan apa yang tidak boleh dilihat ketika malam. Itulah hati yang telah disinari hidayahNya.
Bila semakin banyak kita mendapat ilham-ilham ini, puji-pujilah Allah. Kerana Dialah yang menyebabkan hati kita memahami sesuatu perkara setelah kita berkeinginan menggunakan akal. Sama juga seperti kita mengkaji Quran, Allah-lah yang menyebabkan kita memahami kelogikan di sebalik sesuatu ayat Quran sehingga kita memahami intipatinya. Semakin banyak ilham yang kita dapat, semakin seronok kita berfikir dan mengkaji Quran. Kerana Quran adalah ilmu yang haq. Ada logik-logik di sebalik sesuatu ayat untuk kita fikir-fikirkan. Bila datang sesuatu yang haq, pasti kebathilan akan dikalahkan, kerana yang bathil itu hanyalah bayangan kosong tanpa bukti. Dan janji Allah adalah benar. Si pendusta akan berterusan merasai debaran dan tekanan atas kedustaannya sendiri. Kerana semesta alam ini milik Allah, ke mana kita hendak lari jika kita mendustai agama Allah ini? Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tidak cukup lagikah masa untuk kita berubah dan membantu agamaNya? Kenangilah nikmat-nikmat Allah yang pernah diberikan kepada kita. Keupayaan mata kita membaca apa yang dituliskan ini juga adalah sebahagian nikmatNya. Cuba bayangkan bagaimana jika Allah cabut nikmat mata ini akibat kelalaian kita sendiri? Namun sejauh mana kita lalai, Allah tetap Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan terus mengizinkan kita mengguna nikmat-nikmatNya. Tidakkah kita mahu menjadi insan yang bersyukur padaNya?
Kembalilah kepada Allah dengan kembali membangunkan akal fikiran seperti yang pernah generasi awal Islam lakukan sehingga umat Islam ketika itu amat suka mengkaji dan meneroka. Semangat suka mengkaji dan meneroka sesuatu yang baru itu telah dicontohi oleh masyarakat Barat sehingga kini mereka menjadi masyarakat berteknologi tinggi sedangkan kita umat Islam sekarang sekadar masyarakat yang suka dengki-mendengki lagi suka berpuak-puak. Atas rasa diri itu mulia, kita sanggup menyebarkan fitnah dan memburukkan peribadi orang lain yang kita nilai moralnya rendah daripada kita, sedangkan urusan darjat itu adalah milik Allah. Tugas kita adalah menjaga nyawa milik kita ini. Rosak jiwa kita akan rosaklah keseluruhan diri kita ini. Jika kita rasa diri kita benar, perlihatkan kebenaran yang kita pegang itu melalui akhlak-akhlak yang mulia, bukannya dengan cari kesalahan orang lain untuk menghukum mereka. Hukuman dosa orang lain, biarlah Allah sahaja yang menentukan. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan tenteram hidupnya dan Dia bersama-sama orang-orang yang sabar.
4. Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Kerana Allah-lah yang menguasai hari untuk membalas setiap perbuatan manusia. Orang yang bersabar akan diberikan ketenangan hidup sejak di atas dunia lagi sedangkan si pendusta yang menolak kebenaran sudah pasti akan merasai tekanan jiwa. Akibat jiwa yang tertekan, kemarahan dihamburkan. Pemerintah menjadi mangsa kemarahannya. Sedangkan Allah menyuruh kita taat kepada orang-orang yang lebih berkuasa daripada kita, kerana kuasa yang orang itu miliki pun adalah atas amanah Allah untuk mereka. Kesabaran kita terhadap pemerintah, samalah seperti kita bersabar dengan ketentuan Allah.
Sebagai rakyat, tugas kita hanya berlumba-lumba memajukan diri dengan bersaing secara sihat. Diri akan maju jika pemikiran kita dipertingkatkan. Cuba lihat masyarakat yang maju pemikirannya dan bandingkan dengan kita yang malas mengkaji dan meneroka ini. Masihkah kita mahu terapung di awangan bahawa kita ini umat terbaik? Bukankah sekarang ini realitinya kita umat yang tersepit lagi terhimpit?
Orang-orang yang beriman dan membantu agama Allah akan dibalasi dengan ketenangan hidup. Tiada amarah kerana dia tahu dirinya hanyalah hamba. Kepada Allah sahaja golongan ini bersabar. Maksud bersabar ini bukannya hidup melepak bersenang lenang tanpa tujuan, tetapi kesabaran yang disertai keazaman memperbaiki diri dari masa ke semasa agar hari ini lebih baik daripada semalam.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Diri diperbaiki dengan memperbetulkan ketaatan kita kepada Allah. Maksud menyembah Allah bukan setakat bersembahyang, tetapi seluruh cara hidup tunduk kepada Allah. Terasa setiap perbuatannya mengikut petunjuk Allah. Setiap pilihan yang Allah beri, dia akan menilainya dengan waras dan logik. Bukannya mengikut persangkaan-persangkaan kosong tanpa bukti.
Dengan menjauhkan diri cari berita-berita kosong, secara tidak langsung boleh menyelamatkan diri dari budaya fitnah-memfitnah. Sekarang ini, ada manusia sanggup menyebarkan berita-berita keburukan orang lain untuk berebut kekuasaan politik. Ada manusia yang hidupnya hanya mahu menilai moral orang lain seolah-olah diri betul. Jika kita mahu perbetulkan masyarakat, mulakan dengan memperbaiki diri sendiri agar terpancar akhlak yang mula, bukannya dengan cara menyebarkan berita-berita yang kita sendiri tidak berani untuk membenarkan kesahihannya. Betapa ramai manusia yang telah tertipu akibat akubat mainan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu tidak pernah berputus asa untuk melalaikan anak Adam sehingga terjadinya hari kehancuran.
Sebagai tanda kita tunduk berserah diri kepada Allah, sentiasalah bergantung harap kepadanya termasuk hendak memahami intipati Quran ini. Kerana Allah sahaja yang boleh menolong kita. Dahulukan pergantungan kita kepada Allah dalam setiap urusan kita dan Dia akan menunjukkan pada jalan untuk mencapai apa yang dicitakan. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Bila kita bergantung harap kepadaNya, Dia akan berikan ilham berupa petunjuk untuk segala kemudahan hidup kita. Usaha kita hanya mahu menggunakan akal agar kita mampu memahami petunjukNya. Petunjuk yang Allah berikan ini mudah dan sesuai mengikut keupayaan akal kita pada sesuatu masa. Kejayaan kita memahami petunjuk Allah akan meningkatkan daya fikir kita. Dan dengan memahami petunjuk-petunjuk Allah inilah akan menyebabkan jalan hidup kita lurus dan mudah. Apa yang kita perlukan kekuatan semangat dan kesabaran untuk merempuh benteng-benteng yang dibina oleh syaitan yang menyebabkan kita menjadi malas berfikir. Syaitan suka kita agar berfikiran cetek dan pendek.
Manusia yang berfikiran pendek akan hilang rasa keyakinan pada dirinya sendiri. Bila hilang keyakinan pada diri sendiri, dia akan mencari orang-orang lain yang dirasakan layak untuk dia bergantung harap. Umpamanya untuk mengkaji Quran, dia terpaksa bergantung harap kepada tok guru-tok guru. Segala apa yang tok guru dia kata, habis dituruti tanpa berfikir panjang. Hingga bila ada yang menyuruh ke arah perpecahan umat, mereka turuti atas rasa puak mereka adalah benar belaka. Jadilah mereka seperti binatang ternak yang dicucuk hidungnya.
Kita adalah manusia yang dianugerahi akal yang mampu berkembang. Kita bukannya haiwan yang telah dihadkan pemikiran sehingga binatang tidak mampu mengira seperti manusia. Tidakkah itu sebagai bukti-bukti yang nyata bahawa akal manusia ini mempunyai anugerah yang istimewa untuk melayakkan kita menjadi khalifah di muka bumi? Tetapi ada manusia kata, Quran tidak boleh difahami guna logik akal. Bagi mereka Quran hanya perlu dituruti membuta-tuli. Jika ayat-ayat Quran itu zahirnya tertulis gambaran putih, manusia itu hanya nampak putih sahaja. Dia tidak mahu berfikir ada maksud tersirat dalam sesuatu ayat Quran. Begitulah sikap manusia bila akalnya sendiri ditolak. Sebagai balasan, golongan sebegini diberikan kehidupan yang tertekan. Hanya tahu marah kepada orang lain walhal yang rasa tertekan itu hatinya sendiri.
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Adakah hidup dengan rasa benci sesama manusia, mengutuk dan mencaci itu sesuatu yang memberikan kenikmatan? Bukankah itu semuanya berpunca hati yang marah lagi berpenyakit? Hati yang dikuasai syaitan kerana merasa berbangga diri bahawa dirinya mulia. Atas rasa diri itu mulia, mata zahirnya hanya mahu mencari keburukan orang lain untuk disebar-sebarkan. Itulah hati yang tertutup matanya. Kerana suka hidup dalam perasaan amarah, maka Allah membalasi dengan kemurkaanNya. Hati mereka dalam keadaan resah, gelisah, panas hati dan suka kepada permusuhan. Tersesatlah mereka mengikut tipu daya syaitan sehingga agama menjadi alat pemecah-belah umat.
Oleh itu, untuk tidak menjadi golongan yang dimurkai lagi sesat, tetapi untuk menjadi seperti golongan yang telah diberikan nikmat, lakukan perubahan diri menuju ke arah kebaikan dan pendamaian, bukannya ke arah berpuak-puak. Selagi umat Islam ada rasa hendak berpuak-puak, selagi itulah kita menjadi umat yang lemah. Syaitan-syaitan yang tersembunyi dalam hati kita telah menipu agar kita merasa berbangga diri sehingga sanggup menolak membantu agamaNya. Akibatnya Islam nampak hina dan ketinggalan zaman kerana kita hanya tahu bergantung kepada pendapat imam-imam terdahulu untuk fahami Quran. Adakah ilmu Allah ini setakat apa yang pernah dikaji oleh golongan terdahulu? Kita sudah hilang keyakinan pada diri sendiri bahawa kita juga mampu mengkaji dan menghayati Quran mengikut keupayaan akal kita sendiri. Kita adalah insan bukannya binatang ternakan.
Kajilah Quran mengikut perspektif hidup kita berdasarkan logik-logik yang Allah perlihatkan untuk kita. Setiap manusia memiliki perspektif yang berbeza-beza, tetapi logik tetap sama. Sebab itu semua bangsa menerima logik bahawa 1+1=2. Manusia boleh disatukan jika kita boleh tunjukkan keindahan akhlak Quran dengan berfikiran secara logik yang nyata. Bukannya menuruti bayangan-bayangan kosong yang diada-adakan atas nama orang-orang terdahulu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Viewed 177 times by 136 viewers



























Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Cuba lihat susunan ayat yang sempurna ini. Kita sembah Allah terlebih dahulu, kemudian barulah kita meminta pertolongan daripadaNYA.
Bila kita yakin pada kekuasaaan, keagungan, kehebatanNYA, dan pergantungan hanya padaNYA, barulah kita meminta padaNYA. Sudah lumrah, kita meminta pada yang ada dan berkuasa. Dan Allah lah sehebat-hebat Kuasa dan sebaik-baik tempat untuk kita meminta pertolongan.
Kita tidak meminta dahulu baru kita sembah. Itu sudah terbalik. Tak kan lah selepas kita beroleh nikmat barulah kita mengadap Tuhan. Kalau tak beroleh nikmat, tak adalah kita mengadapNYA?
Indah dan sempurna susunan ayat-ayat Allah ini sehinggakan tiada yang cacat padanya. Ini adalah bukti ia bukan ciptaan dan rekaan manusia.
May 7th, 2008 at 11:08 pmTinggginya kedudukan Al-Fatihah disisi Allah swt, Ummul Kitab,induk AQ, merupakan summary AQ, bermula dgn surah 1:1 Bismillahhirrahmahnirrahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…..Pemurahnya Allah diturunkan AQ untuk kita semua….Boleh dirujuk pada surah 55….untuk mengetahui pemurahnya Allah dimana….Diajarkan AQ pada kita….Diciptakan manusia(kita)….mengajar pandai berbicara..(berkata2 berNAS…NAS tu kan bukti…berkata2 yang berbukti kan dari bukti2 AQ….
Surah 55 berulang kali Allah tanyakan pada kita nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?
Air,udara,makanan,harta benda? berulang kali bertanya….adakah kita ni pekak?buta?…tak paham2 g ker budak nie? ada penekanan di sebalik pertanyaan itu…ada ketegasan….ada marahnya disitu…..AQ rupanya yang kita tak ambil…..yang wajib …yang fitrah…yang hukum alam ini rupanya kita tak ambil…
May 16th, 2008 at 12:16 amsurah 30:30 –> Maka hadapkan lah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tiada perubahan pada fitrah Allah, Agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui..
Ya betul tu, sebab itu kita sentiasa membacanya di dalam solat.
Berkaitan dengan fitrah, sebagai manusia, fitrah kita adalah membangunkan fikiran. Seperti mana Allah ajar kita sejak kecil. Siapa yang ajar kita tahu bercakap, berjalan, makan dan etc?
Begitulah Dia perkuatkan hati kita dengan Quran apabila kita berfikir menerokai ilmuNya ini. Kitab Allah ini bukan milik manusia, tetapi milikNya. Oleh kerana ilmuNya luas dan tiada batasan, hanya Dia yang layak mengajar kita intipati Quran yang mudah kita fahami berdasarkan jalan hidup kita yang berbeza-beza.
Biar bagaimana berbezanya perspektif manusia itu memahami intipati Quran, tetapi rasional dan logiknya tetap sama. Seperti ada orang lihat 1+2=3, ada orang lain lihat 2+1=3 dan ada pula yang lihat 1+1+1=3.
Barulah kita mampu menghasilkan generasi yang kreatif memahami Quran. Bukan kaku pada pendapat sesuatu pihak dan ulama-ulama terdahulu sahaja. Yang menyebabkan lapuknya Quran itu bila ia difahami dengan pandangan yang beratus tahun yang lampau sahaja bagaikan umat Islam sekarang tidak mempunyai akal yang kreatif lagi.
Befikirlah secara logik dan lurus yang mudah masuk akal dalam memahami Quran. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
May 16th, 2008 at 5:02 amYa..nikmat Allah itu luas.
Tak mampu dan tak dapat kita dustai. Segala yang terbentang meluas ini, usah ditanya dari siapa. Usah bangga dan megah diri bila merasakan sesuatu kejayaan itu adalah hasil dari usaha sendiri. tanpa izinNYA, jari nak ketuk keyboard ni pun tak dapat. Mata nak berkelip pun tidak bisa.
jangan kerana kesusahan dan kesulitan yang dirasai walaupun sebentar cuma, menenggelamkan segala kebaikan dan rahmat NYA. Tapi yakinilah…tiap kesusahan dan kesulitan itu, selepasnya pasati ada kesenangan.
Sedari diri hanya insan kerdil dan hamba yang hina. Hanya bergantung dan mengharap padaNYA.
May 16th, 2008 at 7:45 amYup….luas nikmatnya…tapi nikmatnya yang satu dibiarkan beku..(AQ)….bersyukur dengan nikmatnya…16:78 Dan dia mengeluarkan kamu dari perut ibu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, diberikan pendengaran ,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur .
seringkali bila kita mentelaah AQ terjumpa 3 perkataaan ini? apakah maksudnya? seringkali ikut aturannya 1)Pendengaran 2)penglihatan 3) Hati
Pendengaran=> dengar arahan/ikut arahan/@ dengar cakap ataupun patuh pada wahyu2 Allah..
Penglihatan=> setelah dengar/patuh…buat/jelaskan praktikkan..: penglihatan digunakan untuk memerhatikan penjelasan2 yang telah dibuat.
Hati=> Hati digunakan untuk membezakan yang mana Haq n yang batil
Tidak kah ini merupakan proses kita berfikir?? tidak kah ini Proses akal? seringkali kita mengatakn kita berakal….namun adakah bezanya antara orang yang mempunyai akal dan berakal? semua orang dilahirkan mempunyai akal…namun adakah berakal….sama keadaanya orang yang mempunyai kereta dan berkereta…ada orang mempunyai kereta namun tidak menggunakan, sebaliknya bg orang yang berkereta..seringkali berkereta..sering menggunakannya…..
begitulah juga akal kita ini…..samaada guna atau tidak…itu yang membezakan kita…bersyukur lah dengan menggunakan AKAL….gunakan Akal untuk melaksanakan apa yang telah diwahyukan Allah kepada Kita semua…
May 16th, 2008 at 11:53 amBetul analogi kereta dan akal itu. Orang yang mempunyai akal tetapi tak menggunakan akal, dia tidak bergerak. Setakat itulah sahaja ketinggian akalnya. Tetapi orang yang sentiasa menggunakan akal, dia akan bergerak memajukan dirinya sendiri. Seperti berkereta, semakin jauh perjalanan semakin luas pandangan. Bila kita berakal, hati akan rasa kepuasaan sebab jiwa kita melalui perjalanan yang indah.
May 16th, 2008 at 3:48 pmDengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Menyebut nama Allah bukan hanya pada perkataan Alif Lam Lah Ha atau A L L A H sahaja. Menyebut namaNya, bersama dengan sifat yang ada padaNya.
Logik, bila kita sebut nama seseorang, tergambar di kepala kita wajahnya, sifatnya. Begitu juga dengan bila kita menyebut nama Allah. Apa erti kalau kita hanya sebut nama Allah sahaja tetapi kita tak tahu sifat-sifatNya. Tau nama sahaja tetapi tidak tahu siapa yang kita sebut itu. Adakah itu berkesan di hati kita?
Menyebut nama Allah bersama dengan sifatNya yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.Bila kita sebut nama Allah, sifatNya itu datang bersama. Dan kita aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Maha PemurahNya Allah, maha PengasihNya Allah, diberikan dan disediakan segalanya kepada kita. Apa yang ada di dunia ini untuk kita terokai dan ambil faedah daripadanya. Dia sediakan segalanya, cuma kita perlu berusaha sahaja.
Tanpa sifat Maha Pemurah dan Maha penyayangNya, kita tak akan ada di dunia. Kerana segala pergerakan dan perjalanan hidup kita sepenuhnya dikawal selia olehNya. Nak kerdipkan mata pun kena dengan izin dariNya. Kalau Allah tak izin, apa akan jadi dengan mata kita? Nak melangkah pun, kena melalui keiziannNya. Apa akan jadi kalau Allah tak izin kita melangkah?
Adanya kita dan hidupnya kita di dunia ini hanyalah kerana Rahmat dariNya semata-mata. Sifat yang Maha Pemurah dan maha Pengasihlah yang memberikan peluang untuk kita terus berada dan lekat di sini sampai kepada masa yang ditentukan.
October 20th, 2008 at 2:57 pmContohnya jika pemimpin kita terpaksa menaikkan harga minyak petrol, janganlah cepat memarahi dan memaki mereka. Fahamilah sebab apa kenaikan harga minyak terpaksa dilakukan oleh mereka. Jika kita rasa tertekan akibat kenaikan harga barangan itu, kajilah bagaimana cara kita berbelanja. Adakah kita ini suka berbelanja untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah? Bukankah Allah sudah menyediakan neraka Jahim kepada manusia seumpama ini? Azab neraka Jahim ini sudah boleh kita rasakan sejak di dunia bila suka hidup bermegah-megah iaitu rasa tidak senang duduk dengan kekayaan orang lain. Akibatnya kita lalai bahawa hidup kita sebenarnya untuk mengAgungkan Allah.
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI” TAKDE KAITAN DENGAN MENGHORMATI KEPUTUSAN PEMIMPIN MENAIKKAN HARGA MINYAK.
DAN TAKDER KAITAN DENGAN BERBELANJA BERMEGAH².
DAN TAKDER KAITAN JUGA DENGAN TIDAK SENANG DUDUK DENGAN KEKAYAAN ORANG LAIN.
JANGAN GUNA QURAN UTK MENIDAKKAN ORG ISLAM MARHAIN YANG TERHIMPIT SEMASA KENAIKAN MINYAK.
MASA RM 2.70 MEMANG DAHSYAT, TOTALLY CAN NOT SURVIVE.
SILA GUNA AKAL BILA BERHUJAH
March 24th, 2009 at 3:14 pmKerana Sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah itulah harga minyak telah diturunkan kepada RM1.90 (lagi murah dari sebelum naik ke RM2.70).
Tidakkah manusia itu mahu berfikir panjang sedikit lagi mahu bersyukur?
p/s: Jangan guna Quran untuk mengajak kepada kedustaan dan ketidaksabaran. Bukankah golongan yang untung itu golongan yang berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran?
March 27th, 2009 at 10:43 pmnak tanyer bleh?
May 26th, 2009 at 4:00 pmnape tafsir fatihah bukan berdasarkan ayat fatihah tu sendiri. sebab tafsiran tuan-tuan nih tafsiran sendiri. : )jadi buah ilmu dari fatihah tu x berape dapatlah. kalau tuan-tuan tafsir bismillah hir rahman nir rahim. bismilah tu aper. ar- rahman dan arrahim tu aper? siapa ar-rahman dan ar-rahim tu. jadi ader lah buah ilmunye. harap sila tunjuk ajar. tima kasih.
Firstly kita kena faham bahawa ilmu Allah itu luas. Sifat-sifat Allah pun luas, bukannya terbatas. So dalam memahami Al Quran, kita kena luaskan fikiran.
Contohnya dalam memahami ayat pertama surah Al Fatihaah ini, ia mengenalkan kita kepada Sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Macam mana kita nak nampak logik Sifat-sifat Allah itu agar memberi kesan kepada jiwa kita? Maka fikirkan tanda-tanda Kasih-Sayang yang benar-benar terjadi dalam kehidupan kita.
Sebab itu saya bawa contoh pasal harga petrol naik dahulu. Biarpun masa saya tulis itu, harga tengah naik, tetapi kerana Sifat Maha Pemurah dan Penyayang Allah, harga minyak tu sudah turun. Jika manusia itu bukan jenis bersyukur kepada Allah, mereka tidak sedar semua itu berlaku kerana ketetapan Allah. Maknanya dengan nampak logik Sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang itu, ia mampu menjadikan kita insan yang bersyukur dan bersabar.
Manusia yang tidak bersyukur, masa minyak naik, mereka marah mengutuk pemimpin sendiri, tetapi masa minyak diturunkan, tidak pula mereka mengucapkan terima kasih.
Allah ilhamkan agar saya menjelaskan ayat-ayat Al Quran itu dengan maksud yang lebih luas supaya Islam tidak sesempit yang wujud sekarang. Seperti mana luasnya ilmu Allah mencipta langit dan bumi dan di antaranya, maka seluas itulah ilmu Allah yang mampu manusia terokai. Tetapi berapa ramai umat Islam sekarang sanggup memikirkan ilmu Allah yang ada di angkasa sana? Nak fikir pasal ilmuNya yang kata muka bumi pun umat Islam ramai yang malas.
Lihatlah generasi Melayu kita yang setakat melahirkan mat-mat rempit dan bohsia. Tidakkah itu pemandangan yang memalukan kepada bangsa bukan keturunan Islam?
Orang Melayu Islam akan dihormati apabila memiliki banyak idea dan berhati suci. Sekadar melahirkan Melayu yang sibuk berebut kuasa sesama sendiri dan berpuak-puak, tidaklah itu mendatangkan rahmat Allah, melainkan sebagai tanda-tanda azab Allah semakin hampir.
May 27th, 2009 at 5:47 amoooh… macam tu tafsiran kerasma… pandangan kerasma boleh gak diterima. orait lah tu.
mesej nya ialah bersyukur dan berusaha mengkaji ilmu allah. ok ok.
tapi saya minat gak kalau kerasma telitikan ayat fatihah ni dan tafsirkan dalam bidang tasawuf. sebab surah fatihah nih amat menarik kalau kita tafsirkan dalam bentuk tasawuf.
lagipun kalau kerasma tafsirkan begitu. ia amat biasa dan boleh fikir sendiri. kalau ditafsirkan dalam bentuk tasawuf, kita akan nampak hakikat dan makrifat ayat nih.
May 27th, 2009 at 12:38 pmsemua kita beroleh rahmat dan pentunjuk. amin.
Sebenar apa yang saya huraikan itu kalau difikirkan lebih jauh, ia akan membawa kepada bentuk tasawuf juga. Cuma sebab saya gunakan platform realiti yang berlaku pada umat Islam sekarang, maka secara zahirnya nampak huraian tersebut tidak menuju ke arah tawasuf. Tapi matlamatnya tetap untuk mendidik jiwa agar sucikan hati dan kenal tanda-tanda Kekuasaan Allah.
Ilmu Allah itu berlapis-lapis. Tanpa kita menyentuh lapisan terdekat dengan kita, kita tidak akan boleh tembusi lapisan seterusnya. Belajar dari asas dan yang mudah dahulu.
Macam perkembangan pemikiran umat Islam dahulu. Masa zaman Nabi Muhammad, pemikiran mereka pasal alam tidak terlalu mendalam. Namun bila pengkajian demi pengkajian dilakukan, ilmu itu makin mendalam, dan kefahaman pasal Allah semakin mendalam sehingga muncul macam-macam fahaman.
Namun apabila generasi sekarang hanya ambil kefahaman yang mendalam itu tanpa mereka kenal bagaimana fahaman itu dikembangkan dari yang asas (Al Quran), mereka tidak nampak apakah ajaran sebenar Al Quran. Akibatnya, umat Islam sekarang sudah lemah dan berpecah-belah akibat berbeza fahaman ranting atau cabang itu. Padahal kalau mereka lawan penyakit-penyakit hati dahulu (ajaran asas AL Quran), sudah pasti perbezaan perkara ranting bukanlah perkara penting yang perlu diperbalahkan.
Sebab itulah saya gunakan huraian Al Quran yang mudah difikirkan oleh sesiapa agar mengajak manusia berfikir pasal agama, bukan main percaya membuta-tuli dan melahirkan generasi yang suka fikir pasal ayat-ayat Allah.

May 27th, 2009 at 1:00 pmkaresma..
June 1st, 2009 at 3:44 pmtassawur tu macam mane?? u kate u punye huraian dah macam tassawuf. tapi i rasa takde pun..
seperti mana yang lead cakap, u taksir macam tu sahaja. takde supporting document, for this case, suporting documenat adalah hadith hadith dan ilmu yang di hurai oleh ulamak..
i tak pernah tengok u nye novel (tulisan u tulis i tengok macam novel :))
so macam tu je… macam orang cakap la. makan durian kalau yang tak masak tak sesedap namanya..
sama macam case u la..
please expaine detail with strong hujah (hadith and huraian ulama)
P/S (ulama adalah waris ambiak)…
Oleh kerana anda ingin saya bawakan supporting document seperti hadis dan tulisan ulamak, saya nak tanya anda terlebih dahulu;
1) Hadis itu anda maksudkan adalah Al Quran atau pun riwayat hadis (yang disandarkan pada nama perawi)? Sebab bagi golongan beriman, Al Quran itu sendiri adalah Hadis Rasulullah, dan tiada ayat Al Quran suruh bergantung pada riwayat hadis.
2) Boleh buktikan tak dalam Al Quran ada sebut, kita disuruh membawa supporting document dari tulisan ulamak terdahulu? Dan tanpa tulisan ulamak itu, adakah kata-kata kita biarpun logik tetapi tidak diterima?
Jika 2 perkara ini tidak dicari titik persamaannya, tak guna kita berhujah sebab pasti masing-masing tidak boleh terima. Dan ambil kisah golongan kafir terdahulu, oleh kerana Nabi Muhammad tidak guna kitab-kitab ulamak mereka, kebenaran yang baginda bawa tidak diterima. Sudah pasti di sisi kaum kafir itu, ulamak mereka itulah pewaris Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad. Dan kerana kedatangan Nabi Muhammad yang tidak ada supporting document dari tulisan ulamak kaum terdahulu itulah seruan baginda dibantah.

June 2nd, 2009 at 7:47 amkita tanya die tanya balik apalaaa..hahaha.kalau macam tu memang tak abis laa.haha
June 10th, 2009 at 4:43 pmni taktik u nak lari dari medan peperangan hah?? muahahahaha.
jawap yang i tanya dulu..
Apa daa. Kalau bertanya, lepas tu tidak tetapkan skema jawapan, takdela kami tanya balik. Ini nak menjawap kena ikut skema mereka, kena ada support document la apa la. Sebab itu kami bertanya.
Itu taktik orang pengecut ke nak tetap-tetapkan cara nak menjawab? Bertanya kat orang, lepas suruh orang menjawab ikut cara mereka. Baik tak yah tanya.
Perumpamaan anda itu macam ajak orang berperang, tapi kena pakai pedang yang anda sediakan. Mana ada orang berperang macam tu? Dalam Al Quran suruh kerahkan kuda-kuda dan segala yang boleh menggentarkan musuh bila nak berperang. Hanya orang pengecut aje yang tetapkan apa yang nak digunakan dalam peperangan.
Tengok rancangan hujah tu, takde pula ditetapkan skema nak menjawab…

June 11th, 2009 at 6:50 amassalammualaikum,
helo, lame saya x mencelah. heheheh.. cuti2 malaysia.
rasanya smakin panas perbincangan kita. elok lah tu. jadik buah ilmu smakin berkembang.
saya tengok, sbenarnya kita kekurangan ilmu. sebab pandangan ilmu kita sekadar logik sahaja. pada pandangan saya alfatihah nih tersorok ilmu yang hebat. sebab, alfatihah ini ada penjelasannya sendiri. penjelasan nya amat tinggi nilainya plak tu. penjelasan ini boleh diletakkan dalam 4 kategori, kategori tersebut ialah syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.
4 kategori tu boleh lah saya katakan tasawuf. kalau silap tolong betulkan lah.
tasawuf ni kira extension dari apa yg kita blaja masa zaman skolah dulu lah. ape yg kira belajar dulu ek?? yg kita blajar dulu… halal, haram puasa, zakat, solat/smayang dan macam macam lagi lah.
apa tujuan tasawuf ni. tujuannya supaya kita kenal ALLAh lah. dan ibadat kita bererti dan bernilai lah. ini bab tasawuf lah. x braper detail. sapa tau bleh lah tambah2.
bebalik kita pada tafsiran tadi. saya sbenarnya penah baca tafsiran alfatihah dalam kategori hakikat/ tasawuf nih. tapi x berapa ingat. tu yg saya tanye soalan pada kerasma tu. mane tau kerasma tau. yelah saya dah lupe lame dah benda nih. saja nak refresh balik. heheheh
ok lah. sapa tau. turun2kan lah ilmu. saya pun x braper arif sgt. skit2 bolehlah.
June 24th, 2009 at 3:13 pmsila tunjuk ajar….
tima kasih.
waalaikumusalam,
Memang semua manusia kekurangan ilmu. Bezanya sama ada manusia itu rajin belajar dan terus belajar, atau sekadar memerhati.
Ilmu tidak akan masuk dalam hati selagi manusia itu tak guna logik. Apabila akal mencapai logik, barulah kefahaman akan masuk ke dalam hati. Itulah ketetapan yang Allah buat dalam alam rohani seseorang manusia. Tanpa mencapai logik, manusia itu setakat menghafal sesuatu ajaran tetapi tidak memahami.
Tanda-tanda manusia itu faham sesuatu ilmu, dia mampu menghuraikan balik ikut perspektifnya sendiri dan mengembangkan dengan buah fikirannya sendiri. Dan apa jua buah fikiran yang benar lagi bernas, hakikatnya semua itu datang daripada Allah. Asas memahami logik dan perkaitannya dengan hati inilah yang kurang ditekankan oleh umat Islam sekarang sehingga mereka ketinggalan jauh dalam banyak bidang ilmu.
Semua ilmu Allah, mempunyai lapisan-lapisan yang perlu dikembangkan oleh manusia sepanjang zaman. Ia tidak bersifat rigid, tetapi ianya dinamik dan luas serta sesuai digunakan tanpa batasan zaman. Umpamanya apabila teknologi penerbangan ditemui, manusia mengembangkan teknologi untuk pelbagai aplikasi. Ada yang buat kapal terbang untuk berperang, untuk pengangkutan, bomba, penyelamat dan macam-macam fungsi. Sebab idea mencipta alat yang boleh membawa manusia terbang itu hakikatnya datang daripada Allah. Allah yang mengajar manusia untuk pandai mencipta. Jadi, macam itulah juga dengan Al Faatihah, jika manusia itu memahaminya, dia akan mampu mengaplikasi pengajaran surah ini untuk seluruh kehidupannya. Umpamanya bila harga minyak naik, daripada naik minyak marah kat pemimpin, baik fikirkan langkah berjimat cermat dan berbelanja ikut kemampuan diri (bukan ikut nafsu). Kenangi nikmat-nikmat Yang Maha Pemurah beri pada kita untuk terus hidup dengan tenang dan sabar (kaitkan surah ini dengan mengawal diri).
Jika kita mahu fahami ayat Al Quran dari segi syariat (peraturan), maka kita kena guna logik sebab semua syariat itu disokong oleh logik. Ada logiknya sesuatu ayat Al Quran bila menetapkan peraturan. Contohnya, bila diharamkan arak atau makan daging babi, ada logik yang menunjukkan benda-benda itu memudaratkan manusia bukan sahaja dari segi kesihatan zahir malah batin.
Jika nak fahami secara tarikat atau perjalanan, maka ia juga mengikut apa yang ada logiknya. Macam untuk jadi bijak, ada jalan yang ditetapkan untuk mencapainya iaitu kenalah rajin belajar dan sedia tempuhi kesukaran-kesukarannya. Perjalanan itu bukannya berlandaskan fantasi atau angan-angan, tetapi memerlukan manusia itu membuktikan secara realiti.
Bila sebut pasal hakikat, lagi-lagilah ia kena ada sokongan logik. Macam kita nak nampak hakikat Keesaan Allah sedangkan mata kasar kita tidak nampak rupa-bentuk Allah itu. Macam mana kita nak buktikan Keesaan Allah? Sudah pasti memerlukan kita berfikir secara logik memerhatikan bagaimana teraturnya hukum alam semesta ini yang kita boleh nampak logik, pasti hanya ada Satu Kekuasaan menetapkan hukum alam ini. Daripada melihat bagaimana teraturnya ciptaan-ciptaanNya itulah manusia mampu capai hakikat Keesaan Allah sebab tidak mungkin sesuatu sistem akan teratur jika ada ramai pengawalnya.
Dan setelah hati faham hakikat pasal Sifat-sifat Allah, barulah kenal (makfirat) siapa Allah yang sebenar. Tanda-tanda manusia itu kenal Allah, dia akan bergantung kepada keupayaan dirinya sendiri. Selagi manusia itu tidak kenal siapa Allah, dia akan hidup dalam keraguan terhadap keupayaan diri. Manusia itu akan mengharapkan orang lain buat untuknya daripada memikirkan apa sumbangannya untuk orang lain. Akibatnya, jadilah mereka golongan lemah dan pengecut yang berpaling lari. Bila diajak bersatu kerana Allah, mereka lari padahal kononnya mereka bersolat macam Nabi. Nabi mana ajar jadi pengecut macam tu pun kita tidak tahu.
Sebenarnya, apabila manusia itu berfikir pasal hakikat kenapa dia diciptakan sebagai manusia dan dihidupkan atas muka bumi, dia sudah bertasawuf. Sebab dengan berfikir secara begitu, pasti dia akan didorong untuk mengenal Penciptanya sendiri.
Ibadah akan jadi bernilai, apabila kita tahu apa tujuan kita melakukannya untuk kehidupan kita di dunia. Ingatlah, biarpun matlamat kita menuju akhirat, sebenarnya kita ada tugas yang perlu dibuktikan sementara hidup di dunia. Jika kita tidak mampu buktikan tugas yang Allah berikan kepada kita sebagai manusia, maka kita akan alami kesukaran di akhirat. Dunia inilah ujian untuk ke akhirat.
Ramai manusia lalai apa tujuan dia dihidupkan dan kenapa manusia dikurniakan akal yang boleh berkembang dan mereka-cipta. Akibatnya, mereka gagal membuktikan dirinya sebagai manusia, sebaliknya hidup secara lemah, malas, lalai macam keadaan rata-rata umat Islam sekarang.
Melihat keadaan umat Islam yang terkebelakang inilah menyebabkan saya mula melihat ayat-ayat Al Quran dari segi logik. Dengan kata lain dari segi yang kita nampak realitinya. Bila kita nampak realiti ayat Al Quran itu, maka mudah nak faham dan amalkan (praktikal).
Apa yang dimaksudkan dengan realiti ayat Al Quran itu adalah pengajarannya memang kita boleh lihat dan boleh rasa dalam jiwa. Umpamanya, apabila kita ikut jalan yang lurus, maka memang kita rasa kenikmatannya iaitu jalan hidup jadi mudah. Tetapi ikut jalan yang bengkok, jalan hidup jadi sukar dan menyerabutkan.
Apa itu jalan yang lurus? Sudah semestinya jalan hidup yang berpandukan apa yang logik Allah tetapkan. Sebab sesuatu yang logik itu, lurus sahaja jawapannya. Ada bukti hukum alam, maka luruslah ia. Namun ia memerlukan manusia itu suka berfikir sesuai dengan ajaran Al Quran yang suruh manusia berfikir.
Jika saudara nak melihat tafsiran Al Quran macam yang digunakan oleh orang terdahulu, memang saya tidak lakukan begitu. Apa yang saya buat, baca sesuatu ayat Al Quran, lihat pengajarannya secara logik dan realiti supaya memberi kesan mendalam ke lubuk hati dan kemudian praktikkan. Dan sejak jumpa kunci memahami Al Quran inilah Allah mudahkan saya melihat Al Quran dari sudut logik dan mudah untuk diamalkan. Memang terbukti, Islam sebenar yang Rasulullah bawa itu hakikatnya mudah. Cuma yang ragu-ragu nak berfikir dalam beragama itulah yang menyebabkan agama jadi susah sehingga keadaan umat Islam sekarang sudah lemah dan ketinggalan dalam banyak segi kebaikan.
Maaflah, jika terpanjang bicara…

June 25th, 2009 at 12:13 amassalammualaikum,
ape khabar semua. panjang lebar gak kerasma hurai. nyatalah en kerasma nih tinggi gak ilmunya.
adapun ilmu ini bukan sekadar logik sahaja. ilmu pada asalnya adalah dari Allah S.W.T. ia sangat luas dan banyak sehingga kengkadang tidak dapat ditangkap oleh akal. akan tetapi ia dapat ditangkap oleh iman seseorang mukmin tersebut. sebagai contoh neraka jahanam. mana mungkin akal dapat menerima. sedangkan secara logiknya ia tidak kelihatan. akan tetapi dengan iman yang murni dan tulus, ia wujud dan dan diterima oleh iman kita.
oleh yang demikian, kita harus meningkatkan amalan dengan panduan guru supaya kita oleh hidayah. apabila hidayah ini datang maka kita akan dapat petunjuk sebgai mana para aulia,wali2 dan nabi2 terdahulu. ini ada disebut dalam alfatihah.. ih dina siratal mustakim.. tunjukkan lah padaku jalan yg lurus. adapun butir ilmu kat sini mengajak kita bermohon supaya mendapat petunjuk jalan yang lurus. iaitu jln2 yg membawa kita kejalan yang diredhai Allah. Apakah jln yg diredhai oleh Allah? jln tersebut ialah menolong org, tidak begaduh sesama sendiri, bermuafakat dan macam2 pekara baik.
saya rasa tu je lah dulu buah butir alfatihah buat masa ini. banyak2 karang. poning kopalo nanti. heheheh k k… slamat.
July 23rd, 2009 at 3:37 pmSalam
Kesilapan besar manusia bila menganggap logik itu ssuatu yang perlu dilihat secara mata kasar. Memang ada sesuatu perkara, kita tidak nampak guna mata kasar, tapi kita boleh nampak guna mata hati.
Contohnya, balasan panas hati itu sendiri kita tidak nampak guna mata, tetapi hati kita boleh rasa kepanasannya. Begitulah balasan ketenangan hati juga tak nampak guna mata, tetapi hati kita boleh rasa kenikmatannya. Itulah perumpamaan bagi wujudnya balasan syurga dan neraka.
Biarpun tidak dapat dilukiskan macam mana rasa nikmat di dalam hati, tetapi akal kita membenarkan, itulah logik yang menunjukkan wujudnya kenikmatan.
Jadi, siapakah tok guru yang boleh memberitahu hati kita perasaan kenikmatan itu adalah nikmat? Orang lain, mana nampak dalam diri kita? Bila kita bercinta, tok guru mana boleh bagitahu apa yang kita rasa itu adalah cinta? Tetap kita kena belajar dengan diri sendiri untuk memahami apa erti cinta.
Begitulah uniknya perkara yang tersembunyi dalam dada. Hanya tuan punya diri dan Allah sahaja yang tahu. Sebab itulah dalam Al Quran banyak menyebut pasal Allah Mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata. Jadi, jika Allah lebih tahu perihal diri kita, maka kenapa tidak belajar dengan Allah?
Inilah yang ramai tidak nampak terutama manusia yang telah diterapkan belajar agama kena berguru dengan manusia. Akibatnya mereka tidak nampak tanda-tanda Kekuasaan Allah ada dalam diri mereka sendiri. Mereka lebih taksub ikut cakap tok guru daripada ikut hukum alam yang Allah tetapkan termasuk dalam diri manusia.
Contoh hukum alam yang Allah tetapkan dalam diri manusia adalah, bila berkata benar jadi berani, bila berdusta jadi takut. Tok guru tak nampak dalam hati kita ada ketakutan atau tidak. Kita sendirilah kena belajar membezakan apakah itu berani dan apakah itu penakut.
Belajarlah dengan Allah. Itulah selurus-lurus jalan. Sebab takkan Allah nak menipu manusia? Tetapi berapa banyak kisah ahli-ahli kitab, tok guru atau alaim ulamak terdahulu yang memesongkan umat mereka?
Allah mengajar kita dengan perantaraan hukum yang mudah tercapai oleh akal kita. Mana yang selari dengan hukum alam, itulah yang datang daripada Allah dan mana yang tidak selari dengan hukum alam, itulah yang diada-adakan oleh syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Ingatlah, kenikmatan itu tidak mampu digambarkan dengan mata kasar, tetapi akal dan hati kita mengakui wujudnya kenikmatan. Jadi, jika banyak perkara di dunia ini pun Allah tidak tunjukkan boleh kita nampak guna mata kasar, apakah suatu yang menghairankan bila syurga dan neraka tidak nampak guna mata kasar
July 24th, 2009 at 12:14 pmsalam sejahtera,
banyak sungguh persoalan dari en kerasma. pesoalan tersebut sgt menarik sehingga mengajak diri saya berfikir, saya kagum ngan en kerasma.
adapun ilham, mimpi, hidayah ,akal dan idea2 yang ada sebenarnya memang dilham kan oleh Allah kepada kita. ia memang berasal dari Allah itu sendiri. ada pun tujuan saya supaya berguru ini kerana kita sentiasa berada pada jalan kebenaran. memang x dinafikan ada guru2 yg sesat dan cuba menyesatkan org lain pada masa skrang. akan tatapi apabila kita sentiasa berpegang kepada kebenaran. kita tidak akan sesat tuk selamanya. ini adalah disyorkan oleh nabi kita. berpegang lah pada al-quran dan hadis necaya kita tidak akan sesat selamanya. ini benar.
akan tetapi diri kita lah yg bertanggungjawab ke atas diri kita. kita lah yg patut memilih pekara2 yang benar dan baik. semuanya terletak ke atas diri kita.
adapun tujuan saya mengajak supaya berguru supaya kita mempunyai panduan supaya tidak terpesong. ini kerana guru adalah berpengalaman sehingga ketahap tertinggi yang mana kita tidak pernah tempuh. biasalah lah. diorang dulu lagi makan garam. heheheh. jadi kita mesti berguru. berguru pula mestilah guru yg murshid. murshid nih kira sampai, dan tahu lah. kalau x berguru dengan setan lah kita berguru. yelah. pandai2 je.. nabi pun ader gurunya. allah dan malaikat jibril.
tapi apa2 pun berguru lah. senang…
July 24th, 2009 at 5:22 pmk lah.. nanti kita sambung lagi…
slamat..
Salam.
Saya setuju dengan pendapat Lead bahawa guru bagi nabi adalah Allah. Tetapi pada pendapat aku, malaikat Jibril bukannya guru baginda.
Kenapa? sebab Jibril tiada nafsu. Bagaimana Jibril mampu mengajar manusia yang ada akal dan nafsu sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimana rasanya nak melawan nafsu? Jibril tidak berkahwin dan tidak makan. Macam mana Jibril hendak ajar pasal itu semua kepada Nabi sedangkan dia tidak tahu erti kahwin dan makan. Apa lagi nak ajar pasal berpuasa.
Jadi pada aku, Jibril hanyalah pembawa kefahaman ke dalam hati manusia selepas mereka belajar dengan Allah. Sebab itulah manusia tidak boleh memahamkan dirinya sendiri melainkan setelah melalui jalan yang Allah izinkan seseorang manusia mendapat kefahaman. Bila manusia itu layak mencapai kefahaman, barulah Allah perintah Jibril bawa kefahaman itu masuk ke dalam hati manusia. Itulah tugas Jibril.
Oleh kerana para Rasul semuanya berguru dengan Allah, itu menunjukkan agama yang benar memerlukan manusia berguru dengan Allah. Bukannya oleh kerana para Rasul itu Rasul, maka mereka tidak berguru dengan ahli-ahli kitab atau alim ulamak zaman mereka, tetapi sebab mereka tidak berguru dengan ahli-ahli kitab itulah melayakkan mereka beragama di jalan yang benar. Setelah melalui jalan yang benar itulah mereka diangkat sebagai Rasul. Jika mereka beragama berguru dengan mana-mana ahli kitab atau alim ulamak zaman mereka, tidaklah mereka diangkat sebagai Rasul. Sebab itulah kita tidak dengar para Rasul terdahulu ada tok guru dari kalangan manusia. Ini yang aku cuba contohi.
Aku beragama dengan mendengar semua ucapan, dan memilih yang paling baik. Itulah cara aku belajar agama. Ini untuk menjauhkan diri dari taksub kepada sesuatu aliran agama dan berfikiran jumud. Dengan mendengar pelbagai pandangan dan pendapat, kita boleh meluaskan pemahaman agama kita. Oleh itu, mana yang baik dari Barat, Timur, Utara atau Selatan, aku terima sebab segala yang benar dan baik, semuanya datang daripada Allah.
Bagaimana kita nak tahu seseorang tok guru itu benar-benar mursyid atau tok guru sesat? Kalau manusia mudah membezakan mana tok guru mursyid dan mana tok guru sesat, tidaklah kita dengar ada golongan tersesat akibat taksub pada seseorang tok guru? Sudah pasti bagi mereka, tok guru itu mursyid. Ini kerana mereka tidak tahu menilai mana guru yang benar dan mana yang sesat. Kalau tidak buat apa mereka ikut? Jadi, aku tidak berani menggadaikan akidah dengan melalui jalan yang berisiko sebegitu. Tambahan kita baca dalam Al Quran, kaum-kaum terdahulu jadi sesat bila terlalu ikut ajaran alim ulamak mereka. Pemikiran mereka jadi tertutup dan jumud sehingga para Rasul yang dibangkitkan yang tidak berzahir tok guru, mereka menolaknya.
Oleh itu, adalah lebih selamat aku kembali kepada Allah. Berguru dengan Allah seperti jalan para Rasul terdahulu. Ini kerana Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah menghadkan yang para Rasul itu sahaja boleh berguru denganNya. Semua manusia boleh sebab yang cipta kita semua adalah Allah. Sedangkan masa kita mula-mula diciptakan pun Allah yang ajar kita untuk guna tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan etc, takkanlah nak beragama, Allah tidak boleh ajar?
Bagaimana nak berguru dengan Allah? Itulah persoalan orang yang tidak kenal siapa Tuhannya sendiri termasuk aku dahulu.
Berguru dengan Allah hanya memerlukan kita guna mata, telinga, akal dan hati untuk melihat Sunnah atau hukum alam yang Allah tetapkan. Kita hanya mengikut sesuatu yang selari dengan hukum alam. Hukum alam itulah pembaris untuk kita beragama secara lurus. Dengan cara itu, agama kita lebih terjamin benar sebab kita direct kepada ketetapan Allah, bukan ikut ketetapan manusia.
Ketetapan manusia boleh dipengaruhi nafsu dan bisikan syaitan, sedangkan hukum atau ketetapan Allah pada alam itu sudah pastinya terpelihara seperti mana bumi terpelihara mengeliling matahari tanpa lari dari orbitnya.
Cuba kita tengok pengajaran Al Quran. Kenapa pedomannya begitu selari dengan hukum alam? Itu menunjukkan cara beragama yang benar adalah dengan mengikut sesuatu yang selari dengan hukum alam.
Namun, untuk nampak sesuatu hukum alam, memerlukan kita berfikir dan mengkaji seperti seorang saintis. Tanpa berfikir, manusia tidak akan nampak hukum alam. Contohnya, kenapa umat Islam sekarang dalam keadaan lemah dan tertindas. Ini kerana hukum alam menetapkan bangsa yang bijak akan menguasai bangsa yang rendah tahap pemikirannya. Jadi bila kita sedar kekurangan umat Islam sekarang kerana kurang kebijaksanaan, maka beragamalah ke arah kebijaksanaan.
Hukum alam menetapkan bahawa akal manusia hanya akal berkembang jika dia suka berfikir pasal alam dan hukum-hukumnya (sains). Berfikir secara logik. Sebab itulah ajaran Al Quran itu logik dan realistik.
Perlu difahami, logik bukan semestinya kena nampak guna mata kasar. Apabila akal dan hati kita mengakui kewujudannya, itulah sesuatu yang logik.

July 26th, 2009 at 10:21 pmsalam sejatera.
trima kasih kepada en. kerasma. bab2 logik nih kerasma memang ahli orgnya. hehehe
saya kali ni nak fokus pada satu topik sahaja iaitu guru murshid. sebab untuk mengenali guru kita perlu ada sedikit ilmu sebagai panduan. bila dah ada panduan nih kita jadi mudah. xlah menggaru kepala apabila mencari guru.
guru murshid nih adalah org yang mahir dalam bidangnya. macam mane nak tau murshid?
sebagai contoh apabila kita bertanya hal ehwal tasawuf dia boleh jawab dengan detail dan tepat serta memuaskan hati. selain itu guru murshid ini mengunakan al-quran dan hadis sebagai panduan. selain dari itu guru murshid ini jarang meninggalkan syariat dalam hidupnya.
time smayang dia smayang lah.
selain dari itu, guru murshid nih istiqamah dalam membimbing muridnya. dia x biarkan muridnya terumbang ambing dalam kehidupan fana ini. dia akan membimbing murid2 kejalan akhirat. xde lah mengajar murid2nya buat benda2 jahatlah.biasalah kan. hehehe.
pendek kata, guru murshid nih expert lah. tanya ape pun dia bleh jawab. dari soalan merapu sampai soalan tasaqwuf yg mendalam pun dia bleh jawab dan bleh bimbing. akhlak dia pun ok. anta pilihlah org2 camnih. insyalah kita slamat dalam menjalani pengajian.
ok lah. sekian saja.
July 28th, 2009 at 10:35 amnanti kita sambung lagi.
trima kaseh…..
Salam.
Terima kasih saudara Lead kerana menjelaskan ciri-ciri guru yang mursyid yang saudara maksudkan.
Masalahnya macam mana kita nak tahu tok guru mana yang benar-benar tahu hal ehwal tasawuf sedangkan apa erti tasawuf yang benar pun kita tidak tahu? Apakah sekadar ikut kepuasan hati? Jika beragama ikut sedap hati, orang yang suka minum arak pasti mencari agama yang tidak haramkan arak.
Jika mereka boleh menjawab detail, tetapi macam mana kita nak tahu apa yang tok guru itu jawab adalah benar sedangkan masa itu kita tidak tahu apa beza benar dan tidak benar? Takkan nak main percaya disebabkan dirinya tok guru? Mesti ada kayu pengukur untuk menguji sejauh mana kebenaran kata-katanya.
Sudah pasti tok guru yang ajar sesuatu syariat, tidak akan meninggalkan ajaran syariat yang dia bawa. Tetapi macam mana kita nak pastikan syariat yang dia bawa itu benar-benar dari sisi Allah? Sebab semua orang boleh dakwa “ini syariat daripada nabi”.
Umpamanya banyak cara syariat yang wujud dalam ajaran Islam sekarang, bila kita kaji balik dalam Al Quran, tiada ketetapan sebegitu. Ini membuatkan kita tertanya-tanya, macam mana boleh bertambah ketetapan sedangkan Al Quran sudah disempurnakan sejak hayat baginda masih ada?
Ada tok guru yang kita tahu mereka mengajar anak murid mereka dengan istiqamah, ajar anak murid mereka berniaga, mereka solat, pakai jubah dan macam-macam, last-last diwartakan kumpulan ajaran sesat. Mereka sampai tahap mendewa-dewakan tok guru mereka.
Ada pula nampak tok guru, tetapi mengajak berpecah-belah dalam berpolitik sedangkan Al Quran melarang berpecah-belah tidak kira bidang apa pun, sebab agama itu seluruh kehidupan.
So ciri-ciri yang saudara Lead bagi itu tidak cukup kuat untuk mencari tok guru di kalangan manusia. Sebab itulah para Rasul sendiri tidak sanggup menggadai akidah dengan beragama secara berguru dengan manusia (ahli-ahli kitab zaman mereka). Mereka cari Allah dahulu, kemudian barulah mendengar ucapan sesama manusia untuk memilih yang terbaik. Sebab dengan beragama mencari Allah dahulu, barulah kita tahu menilai mana yang benar dan mana yang dusta.
Jika para Rasul dan para Nabi pun terpaksa melalui jalan tersebut (beragama mencari Allah dahulu), apakah patut kita yang insan biasa ini melalui jalan yang berisiko tinggi itu?

July 29th, 2009 at 6:08 amtima kasih en kerasma.
saya hargai pertanyaan saudara. apa yang saudara utarakan memang benar dan perlu diambil kira.
firstly mari kita tgk erti tasawuf.
tasawuf dalam erti bahasa malayu(kamus dewan edisi ke-3):
tasawuf = ajaran ( usaha, jalan ) untuk mengenal tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan tuhan.
kaedahnya pula dalam kamus dewan edisi ke-3:
ilmu - ilmu suluk, ilmu tarekat, mistik.
mengaji - menuntut dan mengamalkan ilmu suluk(mistik).
orang - orang yang menuntut dan mengamalkan suluk.
k? paham x?
pengertian tasawuf tu saya rasa tuan-tuan paham. tapi suluk tu mungkin tuan-tuan x paham.
suluk = bermunajat kepada Allah.( sila cari guru )
suluk ni kita kena cari guru2 yg ariflah. kalau x kita xkan mendapat kelebihan besuluk dan nikmatnya bersuluk( hal ni kene cari guru yg murshid)
ok. itu tadi maksud tasawuf dalam bahasa melayu.
ini pandangan peribadi saya pula. tasawuf ni pengajian yg khusus dalam mendekatkan diri kepada Allah,jadi jalannya adalah syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. inilah tasawuf. objektif khusus ialah mengenal Allah lah. ok aaaa….. setel bab tasawuf.
sekarang bab guru pulak.
guru ni mestilah seorang yang pandai dan tahu hal2 tasawuf ni. dia boleh explain solat tu ape, ape sebab solat,dan ape hikmat solat.dari keaedah syariat samapai kaedah makrifat. ente ngerti? hehehe dia pulak mestilah soleh. bukan lah org yg mengajar buat minum arak, bezina dan lain2.sebab kesudahan perbuatan jahat adalah buruk padahnya. ini kita sudah maklum.
apabila kita tidak faham atau x tau, kita kenelah cari ramai guru dan buat perbandingan. apabila satu2 hal itu kita setuju then kita boleh lah terima . kita boleh berfikir dan menilai. bukan kah tuhan suruh kita suruh pakai akal. jadi kita pakai. boleh terima kita terima. x bleh kita tolak lah. itu aje.
salah satu kaedah belaja dalam pengajian tasawuf ni ialah bersoaljawab. kita mesti mempertikaikan sesuatu yg tidak logik dan tidak munasabah.bila kita stay dengan cara ini. insyalah kita boleh bawa ilmu tasawuf ni.
sebenarnya ilmu tasawuf ni xlah susah sangat. cuma kita perlu tahu makna dalam bahasa melayu.
ye lah. kita org melayu. jadi carapun org melayulah.
ok lah. saya dah turunkan kaedah belaja. tepuk dada tanya selera. suka hati tuan2lah.
sekian terima kasih.
July 29th, 2009 at 12:45 pmc ya….. slamat.
Salam sdr Lead,
Jika tasawuf = usaha untuk kenal Tuhan dan mendekatkan diri kepadanya, maka secara logik tiada siapa yang boleh perkenalkan Tuhan kepada kita melainkan Dia sendiri. Cuba sdr Lead fikirkan, sedangkan orang kafir yang hidup di zaman Rasulullah pun tidak mampu kenal Tuhan dengan sebenar-benarnya, apakah ada tok guru yang boleh memperkenalkan siapa Tuhan itu kepada manusia?
Konsepnya macam inilah, nak kenal bangunan KLCC, kita kena suruh manusia itu guna mata masing-masing, dan pandangan bangunan KLCC itu. Adakah kita perlu ajar manusia itu macam mana nak guna mata masing-masing?
Macam tulah dengan nak kenal Allah. Kita suruh manusia guna akal masing-masing untuk “melihat” Allah. Setiap manusia tahu cara-cara menggunakan akal masing-masing. Allah dah ajar mereka masa mula-mula diciptakan dahulu. So dengan akal masing-masing manusia kenal siapa Tuhannya. Tugas kita hanya mengajak mereka guna akal, dan urusan selebihnya, Allah-lah yang akan ajar mereka mengenal DiriNya.
Sebab itulah Rasulullah sendiri tidak berguru dan mengaku dirinya guru agama, sebaliknya mereka hanyalah penyeru manusia menggunakan akal masing-masing.
Jika suluk = bermunajat kepada Allah, maka semua manusia berupaya bermunajat kepada Allah tanpa breguru setelah mereka kenal siapa Tuhan mereka. Perumpamaannya macam seseorang itu sudah kenal bangunan KLCC, maka dia mudah-mudah sahaja pergi dan duduk di banguna tersebut tanpa perlu ada orang memimpinnya setiap masa.
Macam konsep mencintai manusia, bila kita kenal rasa bercinta, maka kita akan tahu macam mana nak mengorat pasangan kita. Macam itulah bila kita kenal Allah dan terbit rasa cinta kepadaNya, maka segala ibadat dan munajat, kita akan tahu dengan sendirinya. Sebab semua perkara itu Allah sudah sediakan dalam fitrah diri, cuma manusia itu sedar atau tidak sahaja.
Islam itu mudah. Syaratnya kena rajin berfikir dan mohon panduan Allah. Dengan beragama tanpa berguru selain Allah, kita lebih berdikari dan bergantung kepada Allah semata-mata. Rasa pergantungan kepada Allah jadi kuat. Rasa lebih dekat kepadaNya. Dan kita dipandu terus oleh Allah.
Semua manusia boleh lakukan, sebab semua manusia itu sama fitrahnya. Of couselah dari segi darjat, manusia itu berbeza-beza ikut apa yang diusahakan, tetapi kalau dari segi fitrah, semua manusia adalah sama. Sedangkan Nabi Adam pun tiada tok guru, dan para Rasul pun buktikan mereka hanya berguru dengan Allah, apakah tidak ada jalan kepada manusia lain untuk beragama tanpa tok guru?
Ingatlah, kita tidak mampu menilai manusia sebab kita tidak nampak dalam hati manusia lain. Mungkin pada lahiriah, kita nampak dia soleh dan tidak buat maksiat. Tetapi kalau manusia itu percaya kepada sesuatu yang dusta, mampukah kita nampak kedustaan dalam hatinya itu? Sebab itulah Rasulullah pun tidak berani menghukum mana-mana individu itu sesat secara pasti sebab urusan hati ini hanya Allah yang layak menilai.
Di sini kita nampak, manusia tiada kuasa nak membezakan mana tok guru benar dan mana tok guru sesat. Oleh kerana itu, beragama secara berguru mengundang risiko yang tinggi.
Jadi, adalah lebih selamat kita kembali kepada Allah kerana sudah pasti Allah tidak akan menyesatkan hamba-hambaNya sebab Allah berbuat sesuatu tiada kepentingan diriNya, sedangkan kita berbuat sesuatu adakalanya terikut kepentingan diri.
Bagi Allah, sama ada kita taat padaNya atau tidak, Dia tak rugi apa-apa, sebaliknya kita yang rugi jika tidak taat padaNya. Jadi, sudah pasti Dia berbuat sesuatu bukan kerana kepentingan diriNya melainkan untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Sedangkan manusia terdorong oleh rasa tercabar dan dicabar (sebab ramai pesaing). Bila ada dorongan ini, adakalanya manusia tertewas dengan bisikan nafsu. Sebab itu ada tok guru yang terlepas cakap yang bukan-bukan akibat tekanan yang dirasainya.
Oleh itu, berguru dengan Allah lebih terjamin selamat. Berguru dengan Allah hanya memerlukan kita dapatkan banyak maklumat sahaja. Dapat maklumat, buat perbandingan. Di internet itu kita mudah dapat maklumat dan berbincang.
Di internet ini sebenarnya kita mudah belajar agama sebab kita mudah capai maklumat. Malah maklumat di internet tidak terikat pada sesuatu aliran, malah bermacam-macam aliran. Maka semakin mudah kita buat penilaian dan perbandingan mana yang paling baik. Kita tidak berfikiran sempit dan jumud.
Saya sokong dengan kenyataan sdr Lead bahawa dalam bertasawuf itu kita perlu bersoal-jawab. Macam apa yang kita buat sekarang ini. Bersoal-jawab dapat bertukar-tukar fikiran. Dengan bersoal-jawab, kita tidak terikat pada satu pandangan, tetapi mana-mana pandangan yang benar, kita benarkan dan mana yang boleh dipersoalkan, kita persoalkan. Sikap berlapang dada menerima perbezaan pendapat perlu ada dalam bertasawuf.
“Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.” (Az-Zumar (39): Ayat 18).

August 1st, 2009 at 4:47 amwasalam kerasma.
kerasma nih pun boleh tahan degil orgnya. x suka dengar cakap org tua-tua.hehehe. sebelum kita berdikari eloklah kita dapat sedikit panduan dari org-org lama. masa kerasma kecik2 dulu. sapa yang aja kerasma becakap, memilih makanan dan macam2 lagi. tentulah diajar oleh org tua kerasma.
sebelum nak sampai tahap berdikari kita kenelah belajar. seloknya ada guru. senang. jgn ikutkan nafsu nak terus berlari.bila dah mahir. barulah sendiri sendiri. jadi jadik masalah.
panduan saya ini untuk org yang baru nak belajar. kalau dah pandai macam kerasma xpa lah. x kisah.
lagipun, para nabi ni dulu jiwa atau batin diorang nih sudah bersih. takde sedikit kotoran dosa. jadi ilmu, ilham,hidayah memang datang direct pada diorang. kita nih zaman sekarang dah tentu ada macam2 dosa. zinalah, minum araklah. jadi hidayah tu payahlah nak sampai.
jadi tujuan blaja ngan guru ni bukanlah bermaksud tabsub ngan guru. tapi mendapatkan bimbingan.
supaya mudah. contoh. apakah kaedah mendapatkan dzuk apabila menyebut nama Allah. bila kita tau, jadi seronoklah kita bila bersolat atau menyebut nama Allah. sebab bila dzuk kita mendapat nikmat semasa solat atau berzikir.(untuk lanjut cuba tanya org murshid).
ha… saya dah bukak dah sedikit rahsia zikir dan solat. ha pandai2lah cari.
tapi apa2 pun tepulang lah pada en. kerasma. saya cuma membuka jalan sahaja. maka terpulang…
lagipun pesan org tua-tua kata. ” malu betanya sesat jalan”.
sekian terima kasih…
slamat…
August 3rd, 2009 at 2:35 pmSalam sdr Lead,
Degil itu hanya sesuai bila manusia itu tegar ingin membuat perkara buruk. Bila dinasihati, manusia tetap mahu berbuat kejahatan. Maka, layaklah manusia itu dikatakan degil.
Tetapi jika manusia itu mempertahankan kebenaran, layakkah ia dikatakan degil? Bila para Rasul dahulu mempertahankan kebenaran, adakah mereka patut dikatakan degil?
Saya bercakap bersandarkan bukti yang jelas bahawa belajar agama tanpa tok guru itu bukan suatu yang salah dan mustahil. Perkara ini telah dibuktikan sejak Nabi Adam lagi.
Perlu diingat, semua manusia belajar dari bawah. Contohnya, Nabi Ibrahim belajar tanpa berguru dalam keadaan baginda tidak kenal siapa Allah. Baginda pada mulanya menganggap bulan, bintang dan matahari sebagai tuhan. Dalam keadaan baginda masih menganggap makhluk-makhluk itu adalah tuhan, apakah baginda sudah menjadi Nabi atau Rasul? Sudah pasti belum sebab ketika itu baginda masih dalam proses belajar. Tetapi siapa yang guide baginda sehingga baginda kenal siapa Tuhan yang sebenar? Maknanya di sini, sebelum mereka diangkat jadi Rasul lagi mereka sudah tidak berguru. Bukan kerana mereka Nabi, mereka tidak berguru. Sebelum hati mereka betul-betul dibersihkan lagi mereka sudah beragama tanpa tok guru.
Kalau kita tidak berani mencuba, memang kita tidak sedar bahawa belajar agama tanpa tok guru ini bukan perkara pelik dan mustahil. Yang pentingnya, kita kena YAKIN Allah akan pelihara asalkan dibulatkan niat kita benar-benar nak cari kebenaran. Itu sahaja kuncinya. Niat kena bersih dahulu untuk belajar agama direct dengan Allah seterusnya YAKInN dengan ilham yang selari dengan hukum alam yang Allah tunjukkan. Kemudian bertukar-tukar pendapat dengan orang lain untuk mencari mana yang terbaik.
Macam pernah saya sebut sebelum ini. Konsepnya macam kita belajar bercintalah. Kita belajar bercinta dengan berdikari di samping ambil pedoman kisah cinta orang sebelum kita. Yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Sedangkan bercinta dengan manusia pun kita tidak berguru, apakah nak bercinta dengan Allah manusia itu perlukan tok guru?
Terpulanglah kepada masing-masing nak letakkan agama itu di mana. Bagi yang meletakkan agama itu di dalam hati seperti mana cinta, pasti mereka nampak bahawa beragama tanpa tok guru itu bukan sesuatu yang pelik. Tetapi jika bagi manusia yang melihat agama itu sekadar untuk buat gerakan ritual, pasti mereka memerlukan guru yang ajar cara-cara ritual itu, kerana cara itu diturunkan dari ajaran nenek moyang mereka.
Kalau kita renungi fitrah kejadian kita pun, kita boleh nampak bahawa beragama tanpa tok guru ini bukan suatu yang sukar. Sebabnya, semasa kita dalam perut ibu, kita sudah belajar dengan Allah. Ketika itu kita hanya berserah diri dan bergantung kepada Allah semata-mata. Malah bila kita mati nanti pun, kita berseorangan diri menemui Allah.
Keseronokan dalam beragama lebih dirasai bila kita berdikari dan berjaya membuktikan kebenaran dengan usaha sendiri. Kita lebih tenang, yakin dan bersemangat sebab kita dapat rasakan antara kita dengan Allah tiada perantaraan. Kita jadi lebih suka berfikir kerana kita tahu semuanya bergantung atas usaha sendiri.
Perumpamaannya macam orang yang bekerja sendiri dengan orang makan gaji. Orang yang bekerja sendiri, mereka tahu mereka tidak boleh bermalas-malasan. Pendapatan bulanan mereka bergantung kepada kerajinan mereka. Sedangkan orang makan gaji, mereka tidak risau sebab setiap hujung bulan, gaji akan masuk. Jadi daya usaha mereka tidak begitu kuat berbanding yang bekerja sendiri. Dan kepuasan lebih dirasai oleh orang yang bekerja sendiri.
Macam itulah orang yang belajar agama dengan berdikari serta orang yang belajar agama dengan ada tok guru. Yang berdikari itu akan berusaha dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh kerana mereka tahu, ilmu yang mereka dapat bergantung sejauh mana mereka berusaha untuk berfikir. Sedangkan yang ada tok guru, mereka jadi sekadar main ikut sahaja silibus yang telah ditetapkan tanpa mahu memikirkan advance daripada apa yang tok guru mereka ajar takut-takut tersalah lawan tok guru pula.
Seperti bekerja sendiri itu lebih mencabar dan lebih berisiko, tetapi ganjaran kepuasan dan keyakinan diri lebih dirasai, seperti itulah bila kita beragama secara berdikari ini.
Harap-harap sdr Lead dapat memahami perumpamaan itu.

August 4th, 2009 at 12:18 amwasalam… hahaha…
en kerasma en kerasma…. saya dapat memahami pandangan en kerasma. memang ada kebenaran dari kata2 en kerasma. tapi en kerasma kene amik tahu. bahawa x semua org macam en kerasma. katakan adalah sepuluh org. hanya 1 atau dua yg boleh fikir macam en kerasma. itu pun nasib nasib.
tapi blajar sendiri tanpa guru ni jugak ada bahayanya. sebab saya ada pengalaman blaja sendiri nih. bahyanya boleh mendatangkan isim. en. kerasma tau x isim ni apa. gila asyik. memang kita boleh jumpa Allah. tapi isimlah. dah x leh beza sesuatu pekara. semua bleh hentam.
jgn. jgn cuba kaedah ini. berbahya. saya sudah try.lebih baik beguru. lagi sekali saya nasihatkan. bergurulah dengan guru yg baik/murshid. cari guru. betanya. bukan saya suruh carik guru yg poning. memang poninglah kita.
beguru tanpa guru ni sebanarnya beguru dengan iblis. mane x nya. x tau mana hadnya sesuatu pekara. setiap pekara ada hadnya. kat situ kita letakkan syariatnya. supaya kita x langgar batas-batas. en kerasma, dengarlah nasihat. sekurang-kurangnya nasihat seorang kawan.
saya dah cuba dah stail awak nih. bleh jadik gila awak tau. jgn cuba aaaa…..
begurulah. nanti dah pandai. sendiri sendiri pun xpe. dah pandai.
ponek den nasihatkan ekau nih kerasma. x makan saman. hahaha..
tapi apa2 pun. tepulanglah. saya dah terangkan secara teliti. sambil saya ceritakan rahsia zikir yg mana org awam x tau. k lah. tepulanglah.
slamat beramal….
askum…
August 4th, 2009 at 4:47 pmSalam sdr Lead,
Kenapa dalam 10 orang hanya ada 1 atau 2 orang sahaja? Sebab perkara ini tidak dijadikan kebiasaan seperti mana zaman Rasulullah telah menyedarkan masyarakat baginda.
Kenapa ada yang belajar tanpa guru manusia akan jadi gila isim? Kerana mereka tidak guna logik dalam pembuktian kebenaran. Mereka tidak kenal hukum yang Allah tetapkan dalam pembuktian kebenaran.
Mengapa dalam Al Quran ada sebut suruh kita guna mata, telinga dan hati untuk memahami? Inilah cara selamat nak belajar dengan Allah iaitu menggunakan pancaindera kita untuk memahami bagaimana Allah menetapkan hukum-hukumNya di alam semesta ini.
Konsepnya sama seperti seseorang saintis menemui sesuatu teori yang tidak pernah ditemui oleh manusia terdahulu. Sudah pasti yang mengajar saintis itu tentang teori baru itu adalah Allah, sebab tiada manusia sebelumnya telah mengetahui. Tetapi kenapa saintis itu tidak gila isim? Sebab saintis itu mencari bukti berdasarkan sesuatu yang logik yang diterima akal, bukannya membayangkan sesuatu yang tak masuk akal seperti menggambarkan Ayah Pin ada kerajaan di langit.
Yang jadi gila dalam pencarian Allah itu bila manusia tersebut tolak logik. Mereka suka menggambarkan Allah dalam bentuk-bentuk tertentu yang tiada bukti sandaran yang kukuh. Itu sahaja.
Kalau sdr Lead dah cuba cara ini dan jadi gila, maknanya sdr tengah gila la ni. Hehe (gurau jek).
Dan sepanjang kita berhujah, tidak pun sdr dapat buktikan mana kata-kata saya salama ini yang gila dan tidak diterima akal bagi menunjukkan bahawa belajar tanpa guru itu akan jadi gila. Sebab orang gila, mana mungkin boleh bercakap secara logik. Kalau tidak dah lama orang gila boleh jadi profesor.
Sdr sekadar mendakwa sahaja. Semua orang boleh cakap macam itu. Tetapi tunjukkanlah buktinya.
Ingatlah, para Rasul dahulu pun pernah dituduh gila sebab mereka beragama tanpa tok guru. Takkan sdr nak tiru perangai kaum kafir terdahulu (yang menuduh para Rasul mereka gila) semata-mata kerana ada insan yang buktikan apa yang para Rasul itu lakukan?
Apa yang saya sampaikan ini juga adalah nasihat dan untuk membuktikan apa yang pernah para Rasul dahulu lakukan bukanlah suatu yang mustahil untuk kita semua melakukan. Terpulanglah sama ada sdr nak percaya atau tidak. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Mengikut ajaran Al Quran, tiada taraf orang awam atau tak awam dalam beragama. Semua manusia sama sahaja fitrahnya. Mana ada kasta-kasta macam sesetengah kaum itu. Yang berbeza sama ada berilmu atau tidak berilmu.
Belum tentu orang awam itu tidak berilmu berbanding golongan ahli-ahli kitab. Sebab itulah banyak kisah para Rasul itu dibangkitkan dari orang awam sahaja bukannya dari kalangan ahli-ahli kitab atau ulamak.
Malah banyak kisah ada ahli-ahli kitab atau ulamak terdahulu yang curang terhadap ajaran Kitab-kitab yang diamanahkan kepada mereka.
Kerana itulah kita nampak, adalah lebih selamat kembali belajar dengan Allah seperti mana masa kecil-kecil dahulu pun Dia yang ajar kita banyak perkara.
Semoga terus berfikir.

August 6th, 2009 at 1:13 amyelah kerasma.
saya mengajak pada pekara yang betul. tepulanglah. walaupun bagai mencurah air ke daun keladi.
org lain akan nampak jugak point2 saya.
tapi saya heran jugak. kalau betullah karasma ni pandai. x de satu pun idea kerasma ni dalam bidang tasawuf. semuanya benda2 yang awam. biasa. tidak membawa pada jalan makrifat skali pun.
fana dan kosong.
tapi apa2 pun.tepulanglah. saya rasa macam memberi emas pada unta.sia-sia.
klah. slamat mengenali diri.
askum…
August 6th, 2009 at 11:03 amSaya juga mengajak perkara yang betul. Perkara yang dibuktikan oleh para Rasul terdahulu. Sebab itulah apa yang saya kata, saya bawakan sokongan dan bukti yang boleh difikirkan logiknya. Dan kalau saya bercakap dusta, pasti orang lain boleh patahkan dengan bukti yang jelas.
Namun, sama ada orang lain nak terima atau tidak, saya tak rugi apa-apa pun. Tanggungjawab saya untuk menyampaikan sudah terlaksana.
Semua orang boleh dakwa tulisan seseorang itu fana atau kosong atau tidak betul. Tetapi selalunya mereka tidak mampu tunjukkan apa yang kosongnya dan macam mana yang tidak dikatakan kosong berdasarkan pendapat mereka pula. Mereka lebih suka menjatuhkan hukum terhadap pendapat orang lain sedangkan mereka tidak mampu buktikan apa yang betul dari diri mereka sendiri.
Macam orang kafir terdahulu, bila mereka nak membantah kebenaran yang para Rasul mereka bawa, mereka sekadar berkata “inilah sihir yang nyata” untuk mendakwa apa yang Rasul mereka kata itu hanyalah kosong atau dusta sahaja. Tetapi tidak pula mereka tunjukkan, apa yang kosong dari kata-kata Rasul itu dan apa yang tidak kosong dari pegangan mereka.
Saya dah masak dengan cara berhujah manusia sebegitu sejak berjuang di alam siber ni.
Sesuatu perbincangan tidak akan pergi jauh dan mengembangkan minda jika sekadar berhujah seperti itu.
Cemana pun, terpulanglah orang itu nak berhujah mengikut kematangan akal masing-masing.

August 7th, 2009 at 12:31 amKalau harga minyak naik sampai RM10 per litre kita pun kene faham juga ke. Nak jimat belanja kita tak payah makan agaknya. Tapi yang memerintah sekali lunch je RM300.No way!
November 24th, 2009 at 8:34 pmSaya telah menemui ketenangan satelah hampir 43 tahun hidup. ketenangan itu bukan dari ibadah solat,zikir dll tapi saya temui satelah amalkan puasa Isnin&Khamis dan menjaga setiap makanan yang saya makan supaya badan saya sehat. Saya sentiasa gembira dan ceria. Semua masalah yang saya hadapi tidak mendatangkan stress lagi.Sekarang baru saya tahu mengapa Baginda Rasul begitu teliti tentang pemakanan dan sentiasa berpuasa.
November 24th, 2009 at 8:48 pmSaya setuju dalam mengawal permakanan, ada hikmah dalam menjaga kesihatan rohani dan jasmani. Syukurlah saudara Raduan diberikan petunjukNya.
Petunjuk Allah bermula dari kita berjuang mengawal permakanan. Semakin kita bersederhana dalam permakanan, otak kita mudah berfikir mencari kebenaran. Bila dapat kebenaran, hati jadi tenang dan damai.

November 25th, 2009 at 10:50 am